KKP BMM 3107

• Published on
02-Aug-2015

• View
1.571

• Download
1

Embed Size (px)

Transcript

Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

[INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN ABDUL RAZAK]

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN ABDUL RAZAK KOTA SAMARAHAN, KUCHING, SARAWAKPROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN (BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH)

KERJA KURSUS PROJEK PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU BMM 3107NAMA PELAJAR NO KAD PENGENALAN KUMPULAN/ UNIT KOD MATAPELAJARAN PENSYARAH PEMBIMBING TARIKH SERAHAN AUTDREY ANAK KANCHIN 900221-13-7232 PISMP BM/PJ/PSV 1111 BMM 3107 PENGANTAR MELAYU LINGUISTIK BAHASA

PUAN NOOR LIZA BINTI ABDULLAH 12 SEPTEMBER 2012

Autdrey anak Kanchin 1

Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

[INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN ABDUL RAZAK]

Halaman Pengakuan

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan

Nama Penulis : Tarikh :

Autdrey anak Kanchin 2

Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

[INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN ABDUL RAZAK] HALAMAN JUDUL

PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU: KAJIAN SEJARAH PERKEMBANGAN LINGUISTIK & PERBANDINGAN ANTARA KAJIAN SEMANTIK DAN PRAGMATIK SERTA PERBANDINGAN ANTARA PSIKOLINGUISTIK DAN SOSIOLINGUISTIK

AUTDREY ANAK KANCHIN PISMP BAHASA MELAYU AMBILAN JANUARI 2011 SEMESTER EMPAT

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN ABDUL RAZAK, KOTA SAMARAHAN, SARAWAK.

Autdrey anak Kanchin 3

Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

[INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN ABDUL RAZAK]

SENARAI KANDUNGANMUKA SURAT HALAMAN PENGAKUAN HALAMAN JUDUL SENARAI KANDUNGAN

i. ii. iii. iv. v.

SOALAN TUGASAN PROFIL PERIBADI JADUAL PELAN TINDAKAN BORANG REKOD KOLABORASI PENGHARGAAN

Mukadimah

1.0 2.0 3.0 4.0 5.0 6.0 7.0

Esei Kajian Sejarah Perkembangan Ilmu Linguistik Grafik Banding Beza Semantik dengan Pragmatik Grafik Banding Beza Psikolinguistik dengan Sosiolinguistik Penutup Refleksi Kendiri Bibliografi Lampiran

10 21 23 25

Lampiran A Maklumat rujukan Pengantar Linguistik Bahasa Melayu Lampiran B Salinan Kerja Kursus dalam bentuk Cakera Padat

Autdrey anak Kanchin 4

Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

[INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN ABDUL RAZAK]

Autdrey anak Kanchin 5

Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

[INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN ABDUL RAZAK]

PROFIL DIRI PELAJAR

BIODATA GURU PELATIH

Nama No. Kad Pengenalan Kursus

: Autdrey anak Kanchin : 900221-13-7232 : Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan Januari 2011

Kelas Alamat Tarikh Lahir Emel

: Bahasa Melayu : Unit 014, Blok M, Sibu Jaya, 96000, Sibu, : 21 Februari 1990 : autdreyk@yahoo.com

Autdrey anak Kanchin 6

Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

[INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN ABDUL RAZAK] JADUAL PELAN TINDAKAN

KERJA KURSUS PROJEK PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU Pensyarah Pembimbing Tarikh Mula Tarikh Serahan Langkah 1 : PN NOORLIZA BINTI ABDULLAH : 08 OGOS 2012 : 12 SEPTEMBER 2012 Tindakan menerima soalan tugasan Pelajar dengan Pensyarah 8 ogos 2012 Interaksi Tarikh

daripada pensyarah pembimbing taklimat dan sesi soal jawab mengenai tugasan. 2 melayari internet dan meminjam buku dari perpustakaan untuk mencari maklumat perihal fonetik dan fonologi bahasa Melayu. 3 Membaca menandawarnakan yang diperolehi. Menjana beberapa isu sebagai soalan atau perkara yang hendak diketahui dalam Sejarah dan maklumat

12 ogos 2012 Pelajar

Pelajar

13 ogos 2012

perkembangan Linguistik. Memindahkan pengetahuan yang didapati Sejarah Linguistik. 4 Memeriksa kesilapan ejaan dan menyusun Sejarah Linguistik. Membuat banding beza semantik atur esei kajian Pelajar 19 Ogos 2012 dalam esei kajian

Perkembangan

Perkembangan

Autdrey anak Kanchin 7

Pengantar Linguistik Bahasa Melayu dan 8

[INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN ABDUL RAZAK] pragmantik serta

psikolinguistik dan sosiolinguistik. Menulis refleksi KKP BMM 3107 membuat Sejarah Linguistik. membuat bibliografi 9 menyemak dan menjilidkan hasil kerja. 9 menghantar tugasan kepada pensyarah pembimbing. Pelajar dan Pensyarah 12 September 2012 Pelajar 10 September 2012 isi kandungan dan pengurusan grafik Pelajar 31 Ogos 2012 Pelajar 29 Ogos 2012

Perkembangan

Autdrey anak Kanchin 8

Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

[INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN ABDUL RAZAK] PENGHARGAAN Tak Molek jika alu tiada lesungnya

Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya Tak lengkaplah penghargaan jika tiada tuannya untuk berbicara..

Syukur kepada hadrat Ilahi, atas segala kasih karunianya akhirnya Kerja Kursus Projek BMM 3018 ini dapat saya laksanakan dengan jayanya.

Buat pensyarah pembimbing BMM 3107- Puan Noor Liza binti Abdullah,

Banyak duri perkara duri Tidak sama duri mengkuang Banyak budi perkara budi Tidak sama budimu seorang.

Terima kasih atas segala tunjuk ajar dan bimbingan beliau sepanjang kursus Pengantar Linguistik Bahasa Melayu.

Kepada rakan seperjuangan PISMP BM 1111, atas segala perkongsian idea dan kolaborasi anda: Kuning emas masaknya padi Mawar merah dalam jambangan Terima kasih daun keladi Budi tuan jadi kenangan. Akar keladi melilit selasih Selasih tumbuh dihujung taman Kalungan budi junjungan kasih Mesra kenangan sepanjang zaman

Autdrey anak Kanchin 9

Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

[INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN ABDUL RAZAK]

MUKADIMAH

Kerja Kursus Projek Pengantar Lingusitik Bahasa Melayu ini membincangkan tentang sejarah perkembangan ilmu linguistik yang bermula pada tahun 500 SM hingga ke zaman moden. Sejarah pengkajian ilmu linguistik pada KKP ini bermula pada zaman Yunani, zaman Iskandariah, zaman Rom, zaman pertengahan, zaman Peralihan (Renaissance), zaman Arab, zaman India, zaman Linguitik perbandingan dan zaman linguistik moden. Selain itu, sesuai dengan tajuk pengantar linguistik, struktur dalam linguistik turut dibincangkan di mana penekanan kepada perbezaan semantik dengan pragmatik dinyatakan dalam bentuk grafik. Bagi displin ilmu linguistik, kerja kursus projek ini hanya menyentuh dua bidang kajian linguistik iaitu psikolinguistik dan sosiolinguistik. Walaubagaimanapun, Kerja Kursus ini menerangkan lebih rinci sejarah perkembangan ilmu linguistik. Perihal semantik, pragmatik, psikolinguistik dan sosiolinguistik saya interprestasikannya dalam bentuk grafik banding beza. Di mana saya menyentuh definisi, persamaan dan perbezaan setiap bidang tersebut. Pada akhir kerja kursus ini, saya turut lampirkan bibliografi sebagai bukti menyokong hasil tugasan saya dan beberapa maklumat yang telah saya cetak bagi menunjukkan berlakunya proses pemerolehan ilmu.

Autdrey anak Kanchin 10

Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

[INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN ABDUL RAZAK]

1.0

ESEI KAJIAN SEJARAH PERKEMBANGAN ILMU LINGUISTIK

Dalam prakata buku Aspects of Language yang dikarang oleh Bolinger (1968) terdapat satu rangkai kata yang bermaksud pada hari ini seorang ahli linguistik akan dapat mengkaji kata adverba sama seperti ahli sains mengkaji atom. Namun, apakah itu linguistik? Perihal apakah linguistik? Perkara ini akan saya kupaskan satu-persatu. Menurut Verhaar (1985:1), linguistik berasal daripada perkataan Latin iaitu lingua yang bermaksud bahasa. Selain itu, perkataan linguistik juga boleh ditemukan dalam bahasa Perancis Langue dan Langage, bahasa Itali- Lingua, bahasa Sepanyol- Lengua dan bahasa Inggeris Linguistics. Menurut Kamus Dewan (1993) perkataan linguistik diambil daripada perkataan Inggeris yang bererti pengajian ilmu bahasa. Berikut ialah beberapa pendapat tokoh yang menjelaskan definisi ilmu linguistik: 1. John Lyons (1968) language. 2. David Crystal (1973), menjelaskan linguistik sebagai kajian bahasa secara saintifik. 3. Langacker (1987), mendefinisikan linguistik sebagai kajian terhadap manusia. 4. Ferdinand de Sausure (1988), mendefinisikan linguistik sebagai kajian mengenai bahasa yang diucapkan oleh segolongan masyarakat. 5. Verhaar (1993) menyatakan bahawa linguistik adalah suatu kajian ilmu bahasa. Beliau juga mengatakan bahawa perkataan linguistik sudah memberikan maksud kajian yang menyentuh sesuatu kajian bahasa boleh dilaksanakanAutdrey anak Kanchin 11

mendefinisikan

linguistik sebagai the scientific study of

bahasa

Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

[INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN ABDUL RAZAK]

Pendek kata, linguistik adalah kajian tentang bahasa. Tetapi sebelum itu, sebagai makluman tambahan, terdapat perbezaan antara istilah ahli bahasa, ahli linguistik dan ahli terjemahan. Ahli bahasa adalah individu yang mahir dalam satu-satu bahasa, terutamanya dari segi peraturan bahasa serta penggunaan bahasa yang betul dalam pelbagai konteks. Ahli linguistik pula adalah individu yang mahir tentang teori-teori lingistik serta kaedah-kaedah penyelidikan linguistik. Seseorang ahli linguistik yang bersandarkan sesuatu teori boleh

menjelaskan apa-apa fenomena atau permasalahan dalam bahasanya sendiri atau bahasa-bahasa lain walaupun beliau sendiri tidak memahami bahasa tersebut. Ini bermakna ahli linguistik bukanlah seseorang yang mahir dalam banyak bahasa seperti ahli terjemahan. Ahli terjemahan ialah seseorang yang mahir lebih daripada satu bahasa. Kemungkinan, seseorang itu boleh menterjemahkan bahasa Melayu dengan bahasa Rusia atau dengan beberapa bahasa yang lain. Walaupun saya telah menjelaskan definisi linguistic dan perbezaan antara ahli bahasa, linguistic dan penterjemah, skop kajian Kerja Kursus yang ingin saya bincangkan sebenarnya adalah perihal Sejarah Perkembangan ilmu linguistik. Sejarah perkembangan ilmu linguistik sebagai salah satu disiplin ilmu moden secara relatifnya masih dianggap baharu. Di Eropah seperti Britain, ilmu ini mula berkembang sekitar tahun-tahun 1960-an. Ijazah ilmu linguistik mula-mula diperkenalkan di Universiti York, Britain. Di Malaysia pula, ilmu linguistik mula diajarkan di Fakulti Sains Kemasyarakatan Dan Kemanusiaan UKM pada 1 Mei 1984. Bidang ini telah mendapat perhatian hampir di semua universiti di Malaysia. Tapi molek sekiranya, kita mengkaji terlebih dahulu sejarah perkembangan linguistik dari zaman ke zaman. Seperti manusia yang telah berkembang secara revolusi, bahasa juga mengalami perkembangan tetapi secara evolusi. Yang dimaksudkan dengan cara evolusi ialah suatu perkembangan yang memakan waktu yang panjang dan tidak membuang unsur-unsur yang lama secara radikal. Misalnya,saya petik contoh ayat bahasa Inggeris dari buku Rencana Linguistik oleh Abdullah Hassan; Tahun 1600: Our Father, which art in Heaven, Hallowed be thy name.

Autdrey anak Kanchin 12

Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

[INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN ABDUL RAZAK]

Tahun 1300: Fader oure thet art ine hevenes, yhalyed bi thi name. Tahun 900: Faeder ure thy the eart on heofenum, si thin nama gehalgod. Tahun 600: Atta unsar, thu ini himinam, weihnai namo thein. Untuk menyakinkan masyarakat wujudnya hakikat evolusi bahasa, hanya ada satu cara iaitu kita menjajarkan sesuatu bahasa yang dipakai daripada beberapa zaman. Implikasinya, kita celik sejarah perkembangan bahasa dan bukan hanya individu yang tahu menuturkan bahasa. Sementelah, kita dapat menerapkan nilai tidak lupa pada bahasa, kerana perkembangan bahasa dari zaman ke zaman inilah yang membantu bahasa kita bersifat dinamika. Sejarah Perkembangan LinguistikZaman Yunani Zaman Yunani Zaman Iskandariah Zaman Romawi Zaman Rom Zaman Arab Zaman Pertengahan Zaman India Zaman Linguistik Perbandingan Zaman Struktur Pengaruh De Saussure Rajah 1 : Kronologi Sejarah Perkembangan Ilmu Linguistik (rujukan buku Rencana Linguistik oleh Abdullah Hassan,1992) Zaman Peralihan Zaman Arab Zaman India Zaman Linguistik Perbandingan

Zaman Linguistik Moden Rajah 2 : Kronologi Sejarah Perkembangan Ilmu Linguistik (rujukan Modul PGSR Pengantar Linguistik Bahasa Melayu, KPM)

Berdasarkan daripada rajah 1 dan rajah 2 berkaiatan kronologi Sejarah Perkembangan Ilmu Linguistik, saya dapati sumber rujukan yang saya perolehi

memaparkan perkembangan ilmu linguistik yang agak berbeza. Di mana di dalam buku Rencana Linguistik oleh Abdullah Hassan tidak menyentuh mengenai zamanAutdrey anak Kanchin 13

Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

[INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN ABDUL RAZAK]

Iskandariah. Tetapi di dalam modul PGSR Pengantar Linguistik, ia telah menggariskan sembilan perkembangan zaman ilmu linguistik. Terlebih dahulu, saya akan membicarakan tentang perkembangan ilmu linguistik zaman Yunani. Zaman yunani merupakan tamadun awal di dunia. Kegiatan pengkajian bahasa bermula sebelum 500 masihi. Pada zaman Yunani, tokoh-tokoh seperti Plato, Aristotle, Trax dan lain-lain merupakan sarjana linguistik yang terkenal. Sarjana linguistik Yunani pada masa ini cenderung mengkaji apa yang kita anggap sebagai etimologi; iaitu pengkajian tentang bagaimana kata-kata terbentuk. Perbincangan etimologi ini menyentuh perihal : persoalan pembentukan kata adalah berlaku secara semula jadi atau dibentuk oleh manusia melalui kebudayaan. Di sebabkan persoalan ini, wujudnya dua puak yang menyokong ideologi berlainan iaitu puak naturalis dan puak konvesional,Puak naturalis nendukung filasat bahawa perkataan terbentuk daripada kebiasaan atau realiti benda. Pernyataan ini didukung oleh makna naturalisme yang saya petik daripada Kamus Dewan Edisi Keempat, mukasurat 1073di mana ia menerangkan bahawa naturalisme adalah aliran atau pandangan dalam seni atau sastera yang berusaha untuk mengambarkan manusia atau objek dalam keadaan atau sifat yang sebenarnya.Manakala, puak konvensional pula adalah berdasarkan kebudayaan atau persetujuan masyarakat. Di dalam kamus Dewan, mukasurat 820; perkataan konvensional adalah terbitan daripada kata konvensi. Konvensi bermakna sesuatu seperti amalan, tingkah laku, atau ciriciri yang sudah diiktiraf, diterima dan diamalkan secara meluas serta berterusan. Ketidaksamaan pendapat ini telah mewujudkan dua golongan sarjana iaitu sarjana analogi yang menyokong epistemologi konvensional dan sarjana anomali yang mendukung filasat puak neutralisme. Menurut O.Jespersen di dalam buku Linguistik Am oleh Abdullah Hassan, sekiranya bahasa itu satu unsur semula jadi, maka kita hendaklah menerima bahasa itu sebagaimana bahasa itu terbentuk. Tetapi sekiranya bahasa itu terbentuk menurut kebiasaan, maka bolehlah kita memperbaikinya apabila terdapat kekurangan. Pendapat O.Jespersen ini timbul daripada hasil penyelidikan ahli falsafah zaman Yunani yang terkenal iaitu Plato. Plato merupakan ahli falsafahAutdrey anak Kanchin 14

Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

[INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN ABDUL RAZAK]

pertama yang mengenal pasti dan menyelidik bahasa sebagai suatu masalah dan persoalan ini disalurkan melalui karyanya yang berbentuk dialog iaitu CRATYLUS. Dialog Cratylus telah mencetuskan kontroversi antara sarjana analogi dan sarjana anomalis. Dialog ini mencetuskan persoalan adakah ketepatan sesuatu nama berasaskan tabii dan reali...