kkp falsafah

• Published on
17-Jul-2015

• View
515

• Download
0

Embed Size (px)

Transcript

1.0

PENGENALAN Sistem pendidikan di Malaysia berteraskan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan. Hal ini kerana hala tuju arah pendidikan ditentukan dengan sejauh mana pegangan kita terhadap Falsafah Pendidikan Kebangsaan terutama sekali bagi golongan pendidik. Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah menjadi asas dan sumber inspirasi kepada semua usaha dan rancangan dalam bidang pendidikan misalnya dalam merangka kurikulum sekolah dilakukan dari semasa ke semasa contohnya perubahan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) ke Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Perubahan ini menunjukkan usaha kerajaan untuk merealisasikan dasar matlamat ini Falsafah Pendidikan adanya

Kebangsaan

lantas

perubahan

berlaku

kerana

penambahbaikan terhadap sistem pendidikan Malaysia. Salah satu unsur dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menjadi cabaran pada golongan pendidik pada masa sekarang adalah untuk melahirkan modal insan yang seimbang dan harmonis. sekali lagi tanggungjawab ini digalas oleh golongan pendidik . oleh itu, golongan pendidik seharusnya berkebolehan dan mempunyai kemahiran kemahiran tertentu agar matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini tercapai selaras dengan sembilan cabaran Wawasan 2020 yang semakin menghampiri kita.

1

2.0 2.1

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pengenalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan Seiring dengan pembangunan, negara kita Malaysia turut mempunyai falsafah

pendidikan yang tersendiri. Hal ini kerana falsafah pendidikan yang sendiri telah disedari kepentingannya di negara ini lalu Falsafah Pendidikan Negara ( FPN ) telah digubal pada tahun 1988 bersandarkan dokumen-dokumen dasar dan ideologi negara. Idea untuk penggubalan FPN ini telah tercetus pada tahun 1979 setelah penerbitan laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran. Laporan tersebut mengandungi isu-isu penting berkaitan dengan pendidikan termasuk prinsip, nilai dan hala tuju pendidikan. Tambahan itu, laporan itu turut memperlihatkan kita kepentingan mempunyai suatu falsafah pendidikan yang menekankan pembangunan kemanusiaan seperti petikan tersebut : Perkembangan ekonomi pada hari ini adalah pesat. Demikian juga dalam bidang sosial. kita berhadapan dengan pelbagai unsur dari dalam dan luar. kebanyakan daripada unsur ini adalah baik, tetapi yang didatangkan dari luar, yang tidak menyenangkan. Oleh itu, kita menghadapi satu cabaran lain, iaitu pembangunan kemanusiaan. ( Laporan Kabinet, 1979:226 ) Menurut Akta Pendidikan tahun 1996, Falsafah Pendidikan Negara ( FPN ) tahun 1998, telah digantikan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ( FPK ) pada tahun 1996 ( Kementerian Pendidikan, 1999 ). Falsafah pendidikan Kebangsaan, 1996 berbunyi :2

Pendidikan

di

Malaysia

adalah

satu

usaha

berterusan

ke

arah

lebih

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

2.2 Peranan Falsafah Pendidikan Kebangsaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ( FPK ) ini berperanan sebagai panduan dan hala tuju kepada segala usaha ,mengembangkan dan memajukan pendidikan menjadi dasar dan pertimbangan asas untuk menentukan Matlamat Pendidikan Negara. Hal ini adalah kerana pendidikan adalah proses utama dan asas kepada pembentukan insan yang baik, seimbang dan bersatu padu yang secara langsung merupakan saluran utama dan yang terpenting untuk menjayakan hasrat dan cita-cita negara. Dengan proses pendidikan, negara Malaysia juga akan mencapai matlamat pendidikannya yang tersendiri. Seterusnya, FPK berperanan sebagai bimbingan untuk para pendidik semasa mereka melaksanakan tugas-tugas pendidikan. Hal ini kerana pendidik mempunyai kredibiliti yang tinggi terhadap pelajar pelajar, ibu bapa, masyarakat dan negara. Justeru, pendidik atau guru mestilah memastikan penyampaian ilmu pengetahuan,3

kemahiran dan nilai harus mempunyai kesan yang positif dan merujuk kembali kepada FPK. FPK turut berperanan sebagai rujukan untuk para pendidik memahami sistem pendidikan negara kerana FPK merupakan tonggak utama yang menjadi dasar kepada segala hal yang berkaitan dengan pendidikan di negara ini. Para pendidik haruslah memahami sistem pendidikan di negara ini supaya segala matlamat dan objektif FPK dapat dicapai kerana para pendidik merupakan agen penyebaran ilmu dan pengetahuan. Para pendidik haruslah bersikap profesional supaya tugas dapat dijalankan selaras dengan dasar dan tujuan FPK. Selain itu, FPK berperanan menjadi dasar dan pertimbangan asas untuk menentukan kurikulum, bahan-bahan pelajaran dan strategi pengajaran dan

pembelajaran. Hal ini dapat dilihat melalui silibus kurikulum yang berorientasikan program bersepadu, pengajaran dan pembelajaran yang mementingkan penyerapan nilai murni, reformasi pendidikan berorientasikan pendidikan umum serta perubahan silibus yang sesuai untuk melatih kemahiran pelajar dalam bidang teknologi dan vokasional. Guru memainkan peranan yang penting dalam perkara ini kerana gurulah yang perlu merancang strategi pengajaran dan pembelajaran supaya dapat melahirkan pelajar yang progresif serta mahir dan cekap untuk melaksanakan tugas mereka sebagai warganegara yang produktif dan boleh memberikan sumbangan terhadap kemajuan dan pemodenan negara. Guru juga haruslah memastikan bahan pelajaran yang disediakan sempurna agar pelajar menjadi tertarik dengan pembelajaran supaya dapat membuatkan matlamat pendidikan negara menjadi kenyataan.

4

Kurikulum sekolah juga telah diubah dari semasa ke semasa dari segi bahan pengajaran agar lebih menekankan nilai-nilai murni yang diserapkan ke dalam semua subjek bagi mencapai matlamat untuk melahirkan insan seimbang dan harmonis. Tambahan itu, FPK berperanan juga mengubah keperibadian pendidik sejajar dengan misi dan visi positif dalam profesion agar tujuan dan matlamat FPK menjadi kenyataan. Sebagai seorang pendidik, perlulah melengkapkan diri dengan pengetahuan am dan mata pelajaran serta pengetahuan ikhtisas keguruan agar menjadi seorang pendidik yang inovatif, berpengetahuan luas, berketerampilan dan berakhlak mulia bagi melahirkan pelajar yang mampu mengembangkan lagi potensi diri mereka dari segi jasmani, emosi, intelek, rohani dan sosial secara seimbang. Sistem pendidikan negara telah di telah dianjakkan ke hadapan dengan adanya FPK yang menghuraikan secara jelas prinsip dan nilai asas yang menjadi dasar dan membentuk sistem pendidikan di Malaysia daripada peringkat yang paling rendah hingga ke peringkat yang paling tinggi. FPK menjadi simbolik kepada tujuan dan objektif pendidikan untuk individu dan negara yang mana kedua-duanya selaras untuk melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia dan bertanggungjawab serta akan menjadi rakyat Malaysia yang baik dan terbilang.

5

2.3 Ciri Ciri Insan Yang Seimbang Dan Harmonis Berdasarkan FPK, salah satu aspek yang terkandung di dalamnya adalah untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis melalui perkembangan individu yang menyeluruh. Insan yang seimbang dan harmonis dihuraikan dihuraikan di dalam FPK seperti berikut : .Insan ini juga akan menjadi warganegara Malaysia yang baik. Mereka seharusnya hendaklah memiliki ciri-ciri berikut:

Percaya dan patuh kepada Tuhan, berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak. mulia, bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama, bangsa dan negara. Berbakti dan memberi sumbangan kepada masyarakat, agama, bangsa dan negara dan memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu. (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1990) Individu yang memiliki sahsiah seimbang dan sepadu di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan antaranya bermatlamat ke arah pembentukan akhlak yang mulia : menyedari dan menginsafi adanya Pencipta, menyedari dan menginsafi tanggungjawab dan penanggungjawab, menghargai dan mensyukuri pemberian Pencipta, memupuk dan membina disiplin diri serta membentuk akhlak mulia. (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1990, ms. 12) Seterusnya, amat penting bagi individu untuk memiliki ilmu (intelek), sahsiah yang baik (emosi), percaya kepada Tuhan serta mempunyai akhlak yang baik (rohani), dan kesihatan diri yang baik (jasmani) agar akan dapat melahirkan individu yang

6

mampu hidup secara harmonis dengan orang lain. Insan yang seimbang dan harmonis akan mempunyai kemahiran berfikir secara kreatif dan kritikal dan reflektif lalu melahirkan insan minda kelas pertama. Insan yang sering berusaha untuk memperoleh ilmu dan menyebarkan ilmu serta berpegang kepada nilai-nilai murni adalah merupakan insan yang seimbang dan harmonis. Insan sebegini memiliki ketahanan untuk menghadapi segala cabaran hidup serta sanggup menghadapi apa jua halangan dan rintangan yang melanda. Selain itu. Insan yang seimbang dan harmonis juga berfikiran matang dan berpandangan positif serta akan sentiasa berusaha untuk memajukan diri, keluarga, masyarakat , agama, bangsa dan negara. Individu ini juga akan menjaga maruah diri, profesion, agama, bangsa dan negara dan berusaha memupuk persepaduan rakyat melalui sifat toleransi, bertimbang rasa, kekitaan dan saling menghormati.

7

2.4 MEREALISASIKAN MATLAMAT FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA 2.4.1 Pengenalan Salah satu unsur yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) adalah untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis melalui perkembangan individu yang menyeluruh. Setelah mengetahui ciri ciri insan yang seimbang dan harmonis seperti yang terkandung dalam FPK, kita dapat mengetahui bahawa dalam melahirkan insan yang seimbang dan harmonis ini bukanlah satu kerja yang mudah. Oleh sebab guru merupakan agen penyebaran ilmu, maka guru juga memainkan peranan penting untuk merealisasikan matlamat FPK untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmoni dari sudut JERIS iaitu Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial. Seorang guru haruslah mempunyai kemahiran kemahiran yang tertentu yang perlu dikuasai guru bagi mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. 2.4.2 Kemahiran Kemahiran Yang Perlu Ada Bagi Seorang Guru. Antara kemahiran kemahiran yang perlu ada pada seorang guru adalah berkemahiran dalam memperoleh ilmu pengetahuan. Hal ini bertepatan dengan cabang falsafah epistemologi iaitu merupakan ciri ciri FPK yang bersifat menyeluruh dan bersepadu. Apabila kita berilmu, maka kita dapat mengenal pasti potensi dan kebolehan individu. Usaha untuk memperkembangkan potensi tersebut dapat

diusahakan dengan menyeluruh dan bersepadu. Kemahiran ini juga bertepatan dengan cabang falsafah epistemologi yang melibatkan usaha yang berterusan iaitu tiada ilmu yang bersifat mutlak. Penyesuaian diri haruslah mengikut peredaran zaman dan8

perkembangan semasa amat penting misalnya teknologi maklumat (ICT) , k-ekonomi dan sebagainya. Perubahan ilmu akan menggalakkan proses kembang nya suatu ilmu pengetahuan dan kemahiran diri dan berlakunya penekanan pembelajaran sepanjang hayat. Sebagai seorang guru, kita seharusnya memperlengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan kerana pada era globalisasi ini pemikiran guru seharusnya berkembang mengikut peredaran zaman yang kini memberi penekanan sains dan teknologi. Seorang guru haruslah mempersiapkan diri dengan pengetahuan am di samping mata pelajaran contohnya dasar baru dalam pendidikan iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Jika seorang guru mengharapkan pengetahuan yang sedia ada dan hanya percaya kepada pengalaman yang diperoleh adalah tidak cukup. Seorang guru tidak seharusnya mengharapkan informasi informasi dari pihak sekolah sahaja, tetapi sebagai seorang guru, kita seharusnya berkemahiran untuk mencari maklumat maklumat sama ada dari segi pembacaan dari buku buku, jurnal, internet dan sebagainya. Seorang guru seharusnya bijak menggunakan kemudahan yang sedia ada sama ada dari segi media cetak mahupun media elektronik. Dunia zaman sekarang adalah dunia tanpa sempadan ataupun dunia di hujung jari. Sebagai seorang guru seharusnya mempunyai intelek yang tinggi kerana guru berperanan sebagai pembina daya kefahaman dan patriotisme murid. Oleh itu, kemahiran untuk mencari maklumat amatlah penting bagi seorang guru agar matlamat FPK untuk membina insan yang seimbang dan harmonis tercapai. Selain itu, bagi menjamin tercapai nya matlamat FPK ini, seorang guru seharusnya berkemahiran tinggi untuk merangka dan melaksana strategi pembelajaran9

yang berkesan. Seorang guru haruslah berpandangan progresif dan saintifik. Untuk menguasai kemahiran ini. Guru haruslah memastikan agar penguasaan penuh aspek aspek JERIS . Contohnya, untuk melahirkan pelajar pelajar yang seimbang dan harmonis, sebagai guru kita haruslah memastikan ciri ini terdapat dalam diri kita terlebih dahulu. Oleh itu, apabila penguasaan ini berlaku, kita dapat merangka strategi pembelajaran dengan baik sekali. Selain itu, bertepatan dengan hasrat Falsafah Pendidikan Guru untuk melahirkan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin. Tambahan lagi, kemahiran guru juga diperlukan untuk mengenal pasti bakat dan potensi setiap murid dan menggalakkan proses perkembangan potensi tersebut berlaku. Bukan setakat itu sahaja, di samping berkemahiran merangka aktiviti pembelajaran dengan baik dan berkemahiran memperkembangkan bakat murid seorang guru juga haruslah seimbang dari segi emosi dan rohani. Selaras dengan cabang falsafah aksiologi iaitu kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan dan juga berakhlak mulia dan bertanggungjawab. Bagi menerapkan nilai nilai ini ke dalam jiwa murid murid, seorang guru seharusnya berkemahiran tinggi dalam menerapkan nilai nilai ini dalam diri murid. Kerana bukan sahaja penerapan nilai nilai ini dititikberatkan, tetapi juga dari segi penghayatan dan aplikasi nilai nilai ini dalam kehidupan seharian murid juga penting. Ini bermakna proses pembentukan akhlak generasi muda negara iaitu modal insan negara pada masa kini dan pada masa hadapan terpikul di atas bahu seorang pendidik ataupun guru. Kemahiran yang tinggi diperlukan dalam diri seorang guru untuk memupuk nilai nilai ini dalam jati diri murid. Hal ini demikian kerana, untuk membina insan yang10

seimbang dan harmonis seharusnya mengambil kira semua aspek iaitu dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Seorang guru haruslah bijak memainkan peranan sebagai role model untuk dijadikan contoh bagi murid. Oleh itu, etika keguruan seharusnya diamalkan sepanjang masa. Justeru, matlamat FPK dapat direalisasikan untuk membina insan yang seimbang dan harmonis kerana modal insan yang terhasil bukan sahaja mempunyai daya intelek yang tinggi malah dari segi rohani juga cemerlang dan juga aspek aspek JERIS yang lain. Oleh itu, seorang guru haru...