KKP Linguistik

• Published on
28-Oct-2015

• View
50

• Download
2

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Pengantar Linguistik Am

Transcript

Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

PENGAKUAN

Saya mengaku bahawa hasil tugasan yang telah disiapkan ini adalah hasil penulisan dan tugasan saya sendiri. Saya tidak melakukan palagiat dari mana-mana sumber kecuali ianya adalah bertujuan sebagai hujah sokongan serta bukti yang menyokong tugasan saya. Segala bahan sumber yang tertulis dalam tugasan ini adalah daripada sumber yang sahih dan benar.

Yang benar,

..(HAPIZAH BT HARON)

SEJARAH PERKEMBANGAN LINGUISTIK DAN STRUKTUR BAHASA MELAYU, PERKAITAN DENGAN PEMIKIRAN MANUSIA, BIDANG-BIDANG KAJIAN LINGUISTIK DAN KEPENTINGAN STRUKTUR SINTAKSIS KE ARAH PEMBENTUKAN PENGGUNA BAHASA MELAYU YANG MENGAMALKAN BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA ILMU

PENGHARGAAN

Alhamdulillah. Jutaan kesyukuran saya kepada Allah swt kerana dengan izinNya saya telah dapat menyiapkan kerja kursus pendek (KKP) ini. Rasa kesyukuran ini saya kongsikan buat semua yang membantu secara langsung dan tidak langsung dalam menyiapkan tugasan.Penghargaan yang kedua, saya rakamkan buat pensyarah pembimbing saya iaitu Encik Lokman bin Abd Wahab kerana hasil bimbingannya maka saya dapat menyiapkan tugasan ini mengikut format penulisan ilmiah dengan betul. Pendedahan beliau tentang sistem penulisan ilmiah ini amat berguna untuk saya gunakan dalam setiap tugasan ilmiah saya.Tidak lupa juga buat ahli keluarga saya yang amat memahami bidang tugas dan tanggungjawab saya sebagai isteri, ibu, guru dan pelajar. Sokongan yang tidak pernah padam ini menjadi pemangkin untuk saya mendapatkan keputusan cemerlang dalam pelajaran saya.Selain mereka yang saya sebutkan di atas, jasa dan pertolongan daripada rakan-rakan seangkatan dan rakan-rakan sekerja juga tidak boleh saya pinggirkan. Bantuan yang diberikan terutamanya apabila saya tidak memahami selok-belok linguistik Bahasa Melayu, maka rakan-rakanlah tempat saya membuat rujukan selain buku-buku.Semoga apa yang tuan-tuan dan puan-puan sumbangkan kepada saya ini akan mendapat ganjaran dari Allah. Dan dapat membantu saya serta pembaca memahami dengan lebih mendalam dengan apa yang dikatakan sebagai Pengantar Linguistik Bahasa Melayu.

SENARAI KANDUNGAN

PENDAHULUANTugasan ini akan menghuraikan tentang sejarah perkembangan linguistik dan struktur linguistik Bahasa Melayu. Sejarah yang membawa kepada pembaharuan serta penambahbaikkan sistem bahasa dalam Bahasa Melayu. Tugasan ini juga akan membicarakan tentang hubungkait linguistik dan struktur linguistik dalam perkembangan pemikiran manusia. Saya akan mengupas tentang perkaitan antara linguistik serta strukturnya dalam membentuk satu tatacara yang menjana pemikiran sehingga mampu menjadikan manusia itu sebagai satu makhluk yang mempunyai bahasa yang lengkap.Selain itu, tugasan ini juga bertujuan untuk memberikan justifikasi tentang kepentingan linguistik dan struktur linguistik dalam Bahasa Melayu. Tugasan ini akan menunjukkan betapa pentingnya pembentukan sesuatu bahasa itu berasaskan linguistik. Keseragaman dalam sesuatu bahasa, kesempurnaan kata, makna dan nahunya adalah bergantung kepada peraturan yang diletakkan dalam linguistik dan strukturnya.Menerusi tugasan ini juga, saya akan mengetengahkan tokoh-tokoh linguistik yang bertanggungjawab dalam perkembangan bahasa. Tokoh-tokoh itu antara lainnya ialah Noam Chomsky, Edward Sapir, Leonard Bloomfield dan Ferdinand de Saussure. Tokoh-tokoh inilah yang bertanggungjawab memperkembangkan bahasa melalui refleksi pemikiran mereka dan menjadikan bahasa itu sebagai sesuatu yang lengkap, tersusun dan sempurna. Tokoh-tokoh ini jugalah yang telah membuat kajian tentang bidang-bidang linguistik.Dalam tugasan ini juga akan membincangkan tentang kepentingan struktur sintaksis ke arah pembentukan pengguna bahasa Melayu yang mengamalkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.

SEJARAH PERKEMBANGAN LINGUISTIK DAN STRUKTUR LINGUISTIK BAHASA MELAYU

Zaman Yunani, Iskandariah dan Zaman RomDalam sejarah ilmu linguistik, golongan pertama yang bergiat dalam bidang pengkajian bahasa ialah orang-orang Yunani.Tamadun Yunani merupakan satu tamadun terawal yang wujud di atas muka bumi ini. Kehebatan tamadun ini merangkumi semua aspek seperti bahasa, ekonomi, budaya dan politik. Kegiatan dalam pengkajian bahasa bermula kira-kira 500 tahun sebelum masihi. Disebabkan seluruh kehidupan mereka dibendung oleh falsafah, maka kajian mereka tentang bahasa banyak dipengaruhi oleh pemikiran yang berbentuk falsafah. Falsafah bahasa bermula pada zaman pra-Socrates, iaitu pada abad ke-6 sebelum masihi. Falsafah Bahasa merupakan satu teras kepada bermulanya satu falsafah yang menjadi pegangan dan kekuatan masyarakat ketika itu.Tokoh hebat dalam pengkajian bahasa pada zaman Yunani ialah Plato dan Aristotle, iaitu murid Plato. Plato (427 347) merupakan ahli falsafah pertama yang mengenal pasti dan menyelidik bahasa sebagai suatu masalah dan persoalan melalui karyanya yang berbentuk dialog, iaitu Cratylus. Dialog Cratylus telah mencetuskan kontroversi berabad-abad lamanya, iaitu antara kumpulan analogis yang mempercayai bahawa bahasa bersifat alamiah, nalar dan logis dengan kumpulan anomalis yang berpegang kepada kepercayaan bahawa bahasa tidak nalar sepenuhnya. Plato telah menimbulkan persoalan adakah ketepatan sesuatu nama berasaskan tabii dan realiti atau konvensyen, iaitu berdasarkan persetujuan masyarakat. Beliau juga menyelidik tentang tatabahasa yang membezakan antara kata nama dengan kata kerja. Plato telah meletakkan fungsi kata nama sebagai subjek kepada predikat dan kata kerja sebagai penerangan kepada perbuatan.Ilmu linguistik terus berkembang pada zaman Aristotle tahun 384 322 sebelum masihi dengan menambah satu lagi pembahagian dalam tatabahasa, iaitu kata penghubung. Beliau memperkembang dan memperdalam pemikiran tentang falsafah bahasa yang diasaskan oleh Plato. Aristotle merupakan sarjana yang mula-mula mengakui tentang adanya sistem kala atau tense dalam bahasa Yunani. Gagasan lain yang dikembangkan oleh Aristotle ialah fungsi bahasa sebagai alat, khususnya untuk retorik dan puisi. Beliau menganggap bahawa bahasa itu sebagai suatu juzuk dunia, tetap dan dapat diperoleh dalam tulisan yang menjadi subjek tatabahasa dan sebagai cara menunjukkan apa-apa sahaja yang ada di dunia yang menjadi subjek logika.Secara umumnya, kita dapati bahawa kajian mengenai bahasa pada era Yunani lebih tertumpu kepada tatabahasa. Namun demikian, kaedah kajian mereka lebih bercorak logik dan bukannya saintifik.Berdasarkan Ensiklopidia Wikidepia, Aristotle supports the conventional origins of meaning. He defined the logic of speech and the argument. Furthermore Aristotle's works on rhetoric and poetics were of the utmost importance for the understating of tragedy, poetry, public discussions etc. as text genres. Aristotle's work on logic interrelates with his special interest in language, and his work on this area was fundamentally important for the development of the study of language (logos in Greek means both language and logic reasoning). In Categories, Aristotle defines what is meant by "synonymous," or univocal words, what is meant by "homonymous," or equivocal words, and what is meant by "paronymous," or denominative words. It then divides forms of speech as being: Either simple, without composition or structure, such as "man," "horse," "fights," etc. Or having composition and structure, such as "a man fights," "the horse runs," etc.Next, he distinguishes between a subject of predication, namely that of which anything is affirmed or denied, and a subject of inhesion. A thing is said to be inherent in a subject, when, though it is not a part of the subject, it cannot possibly exist without the subject, e.g., shape in a thing having a shape. The categories are not abstract platonic entities but are found in speech, these are substance, quantity, quality, relation, place, time, position, state, action and affection. In de Interpretatione, Aristotle analyzes categoric propositions, and draws a series of basic conclusions on the routine issues of classifying and defining basic linguistic forms, such as simple terms and propositions, nouns and verbs, negation, the quantity of simple propositions (primitive roots of the quantifiers in modern symbolic logic), investigations on the excluded middle (what to Aristotle isn't applicable to future tense propositions the Problem of future contingents), and on modal propositions.Seterusnya menurut Arbak Othman (1983, m/s 26), dalam bidang falsafah Yunani, sarjana-sarjana Stoik dipercayai memberikan perhatian yang kepada bahasa. Satu perbezaan utama yang pernah mereka buat sebagai penting ialah perbezaan antara bentuk dan makna. Mereka tidak menganggap yang bahasa sebagai hasil langsung daripada fenomena kebetulan dan dalam hal ini mereka termasuk dalam golongan anomalis yang menekankan bahawa di antara perkataan dengan benda tidak ada hubungan dan bahawa bahasa juga ada tempat-tempatnya tidak boleh dianalisa mengikut kuasa logik.Ahli tatabahasa zaman Iskandariah juga mengkaji bunyi-bunyi pertuturan dan prosodi, bahagian-bahagian yang ditakrifkan bersuara dengan tanggapan seperti kata nama, kata kerja, dan lain-lain Terdapat juga perbincangan mengenai peranan analogi dalam bahasa, dalam perbincangan ini grammatici di Alexandria disokong bahawa bahasa dan terutama morfologi adalah berdasarkan analogi atau paradigma, manakala grammatic di sekolah-sekolah Asia Minor menganggap bahawa bahasa tidak berdasarkan asas analogi tetapi pada pengecualian. (Ensiklopedia Wikidepia, May 2013)Dalam abad ke-18 James Burnett, Lord Monboddo telah menganalisis pelbagai bahasa dan unsur-unsur disimpulkan sebagai logik evolusi bahasa manusia. Pemikiran beliau sesuai dengan konsep pratulisan beliau Evolusi Biology. Sebahagian daripada konsep awal telah disahkan dan dianggap betul hari ini. Di dalam Bahasa Sanskrit (1786), Sir William Jones mencadangkan bahawa bahasa Sanskrit dan Parsi mempunyai persamaan dengan Yunani, Latin, Gothic, dan Celtic bahasa klasik. Dari idea ini muncul bidang linguistik perbandingan dan linguistik sejarah. Melalui abad ke-19, bahasa Eropah tertumpu kepada sejarah perbandingan bahasa-bahasa Indo-Eropah, dengan kebimbangan untuk mencari akar yang sama mereka dan mengesan perkembangan mereka.Pada 1820, Wilhelm von Humboldt menyatakan bahawa bahasa manusia adalah satu sistem peraturan yang ditadbir, beliau menjangkakan tema yang menjadi pokok utama dalam perkara-perkara rasmi pada sintaksis dan semantik bahasa dalam abad ke-20. Daripada pemerhatian ini, beliau berkata bahawa ia membenarkan bahasa untuk membuat "penggunaan tak terhingga cara terbatas" (ber den Dualis 1827).Hanya pada abad ke-19 bahawa pendekatan Neogrammarian Karl Brugmann dan lain-lain memperkenalkan konsep tegar undang-undang yang kukuh dalam linguistik.

Zaman Pertengahan, Zaman Arab dan Zaman IndiaSejarah perkembangan linguistik zaman pertengahan yang dikenali juga sebagai zaman Renaissance. Pada era ini ahli bahasa mula meneroka bahasa termasuk tatabahasa vernakular. Para pengkaji pada zaman ini menggunakan ilmu bahasa sebagai satu elemen untuk mengukur kualiti sesuatu bahasa. Anggapan mereka bahawa hasil tulisan itu baik sekiranya bahasa dan hasil tulisan itu tepat dan kurang kesalahan tatabahasa. Bahasa pada era ini masih kekal kepada fungsi kesusasateraan.

Anda harus ingat bahawa pada era ini juga teori sebab musabab, kelainan logika dalam bahasa dan hubungan antara bahasa mula berkembang. Golongan zaman pertengahan ini menolak bahasa luar atau bahasa pinjaman. Mereka juga dapat mengesan hubungan satu bahasa dengan bahasa lain terutama bahasa Inggeris.

Menurut Arbak Othman (1983, m/s 38), Pada zaman Arab, bahasa berkembang pesat di Baghdad dan menjadikan ia sebagai sebuah pusat ilmu di dunia. Hal ini disebabkan oleh Eropah mengalami zaman gelap. Kebanyakan ahli fikir yang lahir pada zaman ini ialah sarjana Islam yang sentiasa mendapat sokongan daripada pemimpin mereka. Kajian mereka tertumpu kepada sumber al-Quran dan hasilnya perkembangan ilmu fonetik semakin pesat dan hampir menjadi sempurna serta terciptanya kamus lengkap untuk dijadikan bahan rujukan.

Pada zaman India pula, bahasa Sanskrit digunakan dengan meluas dan memberikan kesan besar kepada ilmu linguistik. Bahan kajian turut berubah daripada tradisi bahasa Inggeris kepada kitab Rig-Veda. Kajian mereka lebih baik daripada Yunani dari aspek fonetik, morfologi dan sintaksis.

Tahukah anda bahawa sumbangan terpenting ahli-ahli bahasa zaman ini ialah kejayaan mereka membawa pembaharuan dalam ilmu bahasa dan mula mengkaji bahasa secara saintifik. Tamadun ini turut mengiktiraf bahawa bahasa berasal daripada satu bahasa yang sama. Hal ini dapat dibuktikan melalui kajian, hampir semua bahasa memiliki perkataan yang hampir sama dan maksud perkataan juga hampir sama.

Zaman Linguistik Bandingan dan Linguistik ModenZaman ini dikatakan sebagai permulaan kepada linguistik moden, iaitu sekitar abad ke-19. Bidang bahasa mula berkembang dengan wujudnya bidang baharu, iaitu antropologi dan sosiologi. Pendekatan kajian bahasa berdasarkan bukti nyata. Mereka turut mengkaji pertalian dan hubungan antara satu bahasa dengan bahasa yang lain. Mereka mendapati bahawa hubungan bahasa bukan melalui peminjaman atau kebetulan tetapi wujud daripada satu rumpun yang sama.

Kesan daripada kajian ini wujudnya rumpun-rumpun bahasa daripada semua bahasa di dunia. Ahli bahasa zaman ini turut mengasingkan bahasa-bahasa di dunia kepada tiga kelompok, iaitu bahasa berisolasi, berimbuhan dan bahasa berfleksi. Hukum baharu mula wujud yang dikenali sebagai hukum R-G-L dan R-D-L.

Pengkajian ilmu bahasa pada zaman ini lebih cenderung kepada linguistic deskriptif atau linguistik huraian. Kajian pada era ini lebih sistematik dan menekankan kepada sinkronis dan diakronis. Para pengkaji turut mengeluarkan satu teori baharu, iaitu bahasa adalah baka dan satu fenomena sosial. (Lutfi Abas, 1971, m/s 42)

Pemikiran Linguistik Zaman Tatabahasa TradisionalBerdasarkan Matthew, Peter, 1997, Pemikiran linguistik pada zaman tatabahasa tradisional berfokus kepada pemikiran ahli falssafah pada zaman Yunani. Ianya memberikan penekanan kepada apa yang dimaksudkan bahasa dan hakikat bahasa. Rata-rata ahli falsafah sependapat bahawa bahasa ialah sistem simbol dan manusia dipercayai hidup dalam simbol berdasarkan pelbagai aspek kehidupan mereka. Sumber tersebut boleh terdiri daripada seni bina, geografi, perubatan dan sebagainya. Sehubungan itu, pada masa ini pemikiran linguistik melibatkan dua ahli falsafah terkemuka, iaitu Plato dan Aristoteles.Panini pada abad ke-4 juga bertumpu pada bidang fonetik, iaitu simbol dan bunyi bahasa yang selari dengan keperluan menghafaz doa dan nyanyian yang terdapat dalam kitab suci Veda, iaitu kitab suci penganut Hindu.

Pemikiran Linguistik Abad Ke-19Pada abad ke-19, pemikiran linguistik mempunyai pendekatan bersifat atomistis. Unsur bahasa yang diteliti tidak dihubungkan dengan unsur lainnya mis...