KKP PSS3108

• Published on
24-Apr-2015

• View
51

• Download
3

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Kerja kursus,Contoh kerja kursus Pengajian Sosial,Kepentingan Pengetahuan Sejarah

Transcript

Kepentingan Pengetahuan Sejarah Pendidikan Sejarah bertujuan untuk memupuk dan memperkukuh semangat setia negara dan jati diri sebagai warganegara Malaysia dan warga dunia, melalui pengetahuan dan penghayatan sejarah tanahair dan sejarah negara luar. Usaha ini bertujuan mewujudkan semangat perpaduan dan kekitaan bangsa dan negara Malaysia. Pendidikan Sejarah juga dapat mewujudkan ingatan bersama terhadap Sejarah sebagai rangka kesedaran dan persefahaman antarabangsa.

Sejarah juga merupakan satu mata Pelajaran yang dapat merangsang pemikiran. Ia membolehkan pelajar dapat melihat secara empati dan menganalisis bagaimana manusia menggunakan masa, ruang, perubahan dan kesinambungan. Pemahaman Sejarah dalam konteks pengajaran pembelajaran bermaksud pemahaman secara kritis dan imaginatif tentang segala aspek kehidupan manusia silam dan kini. Untuk meningkatkan pemahaman pelajar terhadap mata pelajaran Sejarah, pembelajaran dan pengajaran Sejarah pada masa kini bukan sahaja terikat denga kaedah chalk and talk malah boleh dikembangkan dengan kaedah penggunaaan ICT serta aktiviti-aktiviti yang dijalankan di sekolah. Aktiviti yang dijalankan termasuklah mengadakan Bulan Patriotisme di peringkat sekolah.

Seringkali wujud tanggapan bahawa sejarah tidak ada apa-apa kegunaan dalam kehidupan manusia. Ia dianggap tidak boleh digunakan secara praktikal dalam kehidupan seharian dibandingkan dengan disiplin-disiplin ilmu yang lain seperti sains, teknologi, perakaunan dan sebagainya.

1

Menurut Rogers (1987), tiada sesiapa pun yang boleh terlepas daripada masa lampau. Beliau menjelaskan bahawa sejarah memberi pemahaman dengan mendalam mengenai pengalaman dan peristiwa lalu yang berkesinambungan dengan masa kini. Prof. Wang Gangwu (1964) menyatakan secara jelas kepentingan pendidikan sejarah dengan menyatakan pengajaran sejarah adalah bidang penting untuk generasi muda dan bangsa moden di dunia ini.

Sejarah dapat memupuk semangat patriotisme atau semangat cintakan negara. Perasaan ini timbul apabila kita mempelajari sejarah tanahair dan dengan itu akan lahirlah rasa bangga terhadap negara dan bangsa. Tanpa semangat ini, maruah negara kita boleh tercalar apabila lahirnya warganegara yang sanggup mengadai dan menjual maruah negara seperti terlibat dengan kegiatan menyeludup masuk warga asing. Semangat patriotisme timbul apabila kita mengetahui dan memahami siapa diri, bangsa dan negara kita, serta mempunyai pengetahuan teguh tentang sejarah negara kita. Namun begitu, ramai generasi muda hari ini hanya mempelajari sejarah semata-mata untuk lulus di dalam peperiksaan sama ada di peringkat sekolah mahu pun di universiti. Malangnya mereka gagal untuk memahami kepentingan mata pelajaran sejarah dan terhasil rakyat Malaysia yang buta sejarah negara sendiri.

2

Generasi Muda buta sejarah Dalam satu soal selidik oleh Unit Khas Utusan Malaysia baru-baru ini, ada remaja menjawab Tun Razak Hussein sebagai Perdana Menteri pertama. Hari Kemerdekaan pula dijawab dengan pelbagai tarikh oleh sekelompok responden. Antaranya 10 Ogos 1956, 31 Ogos 1943 dan 16 September 1957. Walaupun keseluruhan responden berumur dari 16 hingga 51 tahun, namun mereka yang buta sejarah ini menjurus kepada kelompok usia di bawah 30 tahun, khususnya antara 16 dan 20 tahun. Daripada situ, ia menjadi bukti bahawa ramai remaja generasi kini dan segelintir orang dewasa bukan saja buta sejarah malah bersikap tidak ambil tahu dan memandang remeh fakta-fakta penting bangsa dan negara. Sudah pasti mereka selalu mendengar nama dan melihat wajah Tunku Abdul Rahman dan Tun Razak yang kerap diulang tayang di televisyen atau disiar di akhbar-akhbar.

3

Dapatan Soal selidik yang telah dijalankan oleh Unit Khas Utusan Malaysia

tidak mengetahui nama Perdana Menteri pertama

tidak hafal Rukun Negara

tidak mengetahui bila tarikh penubuhan Malaysia

tidak mengetahui bilangan negeri di Malaysia

tidak mengetahui tarikh kemerdekaan

4

Walaupun pelbagai kempen diadakan serta sukatan baru diperkenalkan dalam mata pelajaran Sejarah di sekolah namun masalah ini nampaknya terus berlaku.Jika diteliti dengan seeloknya, isu generasi muda buta sejarah adalah berpunca daripada kelalaian kita sendiri selama ini. Sebahagian daripada mereka buta sejarah lantaran golongan dewasa yang memiliki kuasa telah mengabaikan sejarah. Pepatah lama telah mengingatkan kita bagaimana acuan begitulah hasilnya. Hakikat ini perlu diterima meskipun pahit untuk ditelan. Jika di negara luar seperti di Thailand, lagu kebangsaan dinyanyikan di dalam pawagam sebelum filem diputarkan. Mengapa di negara ini tidak? Barangkali isu ada antara rakyat kita terutama generasi muda tidak tahu nama lagu kebangsaan dan nama bendera seperti yang diperoleh dalam soal selidik tersebut sudah tidak timbul lagi pada masa akan datang jika kita telah lama mengikut jejak Thailand. Ini kerana kita pun tahu kelompok yang ramai mengunjungi pawagam terdiri daripada golongan muda. Jika nama Perdana Menteri Malaysia dan cogan kata negara pun tidak tahu, apatah lagi agaknya tahap penguasaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Walaupun soal selidik tidak bertanyakan secara langsung tentang tahap penguasaan bahasa kebangsaan tetapi kita sedia maklum akan parahnya rakyat Malaysia hari ini yang tidak fasih dalam bahasa kebangsaan.

5

Pakar sejarah dan pemerhati politik, Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim, berkata sesuatu perlu dilakukan terhadap kaedah pembelajaran bagi menjamin generasi akan datang mengetahui dengan jelas mengenai susur-galur serta sejarah negara Malaysia . Kegagalan sistem pendidikan adalah antara penyebab kepada generasi muda hari ini tidak bersikap patriotik mahupun tidak mengenali ramai tokoh penting negara. Sistem pendidikan dijalankan di negara kita banyak berorientasikan pendidikan Barat yang tidak asli jika ingin diselaraskan keadaan sejarah tempatan. Hal ini tidak memberi penyelesaian kepada murid kerana apa yang sepatutnya dipelajari di sekolah mengenai negara mereka tidak berlaku, Pada pendapat kami,sebagai generasi muda kita seharusnya berbangga menjadi warga Malaysia. Malaysia mempunyai sistem pemerintahan yang lengkap dan wajar diketahui oleh seluruh warga negara bagi mewujudkan semangat patriotik terhadap tanah tumpah air mereka seterusnya menjadikan generasi muda mempunyai ilmu pengetahuan mengenai negara mereka sendiri. Kesukaran generasi muda memahami maksud 1 Malaysia adalah kesan meminggirkan sejarah dan hal ehwal kemanusiaan dalam sistem pendidikan negara yang juga terlalu berorientasikan peperiksaan. Akibat kedangkalan mengenai 1 Malaysia, akhirnya ia dieksploitasi pihak tertentu yang menyamakannya dengan slogan Malaysian Malaysia sekali gus mahu menghapus hak keistimewaan orang Melayu dan diganti dengan tuntutan kesaksamaan untuk semua kaum. Hakikat ini ternyata menyimpang jauh daripada objektif utama sistem pelajaran yang digariskan dalam Penyata Razak iaitu memperkukuhkan perpaduan kaum yang menjadi asas keutuhan sosiopolitik dan pemangkin kemajuan serta kemakmuran ekonomi negara.6

Pendedahan sejarah kepada kanak-kanak juga adalah amat penting. Ini akan dapat meningkatkan kefahaman generasi muda mengenai susur galur kejadian penting yang sudah berlaku, sekali gus mereka akan lebih berjiwa patriotik dan

bertanggungjawab kepada diri dan masyarakat. Ini bukan sahaja berlaku kepada generasi muda, malah kelompok sarjana di institusi pengajian tinggi juga tidak begitu memahami sejarah negara, apatah pula perjuangan tokoh tertentu yang banyak berjasa kepada negara sehingga berjaya membawa Malaysia menjadi membangun. Mereka yang bergelar sarjana dalam bidang berkaitan tidak mahu berbual dengan mereka yang lebih berpengalaman dalam usaha mendapatkan cerita sebenar terhadap apa yang berlaku kepada negara. Mereka melakukan penyelidikan yang menjurus kepada hasil penulisan sempit saja sedangkan mereka perlu faham apa yang berlaku selain memahami sejarah negara. Mereka tidak mahu bertanya menyebabkan mereka kurang ilmu pengetahuan, Tan Sri Prof Dr Khoo Kay Kim negara yang

Pada pendapat kami, kerajaan perlu memberi perhatian terhadap keadaan itu bagi mengelakkan generasi muda terus lesu daripada mengetahui sejarah negara sendiri. Pihak terbabit tidak wajar memberi penumpuan kepada Matematik dan Sains saja apabila membabitkan pendidikan kerana pelajaran Sejarah dan Kemanusiaan juga penting untuk diketahui dan dipelajari terutama apabila memperkatakan mengenai sejarah kemerdekaan negara.7

Senario terkini menyaksikan graduan susah untuk mendapatkan dana bagi menjalankan kajian dan penyelidikan dalam bidang sejarah atau kemanusiaan kerana ada tanggapan mengatakan dua subjek berkenaan tidak penting serta tidak membantu ke arah mendapatkan pekerjaan kelak. Pengakuan tokoh akademik yang juga sejarawan negara, Tan Sri Prof Dr Khoo Kay Kim, bahawa sistem pendidikan kita terlalu menumpukan pembelajaran sains dan teknologi sehingga pelajar tidak menguasai ilmu kenegaraan, termasuk hidup bersatu dalam negara berbilang kaum wajar diberi perhatian serius. Dapat juga dikatakan disini bahawa tanpa menerapkan dua asas jati diri itu sepanjang proses pembelajaran serta pembentukan sahsiah individu, maka nilai murni akan terhakis seterusnya generasi muda buta sejarah negaranya sendiri. Sebaliknya, individualistik kian subur menggantikan semangat kekitaan dan perpaduan antara kaum. Mereka juga tidak kenal siapa pejuang dan pemimpin negara terdahulu, apatah lagi mengambil tahu sejarah nama bandar, nama jalan dan sesuatu tempat bersejarah. Sehingga ke tahap lebih buruk lagi apabila ramai di kalangan kita hari ini kenal jiran tetapi tidak mengetahui nama mereka. Tiadanya unsur sejarah dan kenegaraan juga menyebabkan semangat patriotisme dalam diri rata-rata rakyat negara ini sangat dangkal. Ini boleh dilihat dengan kehambaran suasana menjelang sambutan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos, setiap tahun. Generasi sekarang berasakan mereka bukan sebahagian daripada perayaan pada tarikh keramat itu dan tiada tuntutan atau keperluan untuk meraikannya.

8

Penekanan perlu diberikan

kepada kanak-kanak sejak awal

mengenai

pendidikan sejarah dan kemanusiaan. Begitu juga dengan dana pengajian terhadap bidang ini wajar ada peruntukkan untuk membolehkan sarjana meneruskan kajian dan menghasilkan bahan bacaan yang mencetus kepada pemahaman mengenai semangat cintakan negara dan patriotik. Justeru, langkah proaktif wajar diambil bagi menanamkan sifat patriotik dalam diri generasi muda selain mengelakkan mereka kabur sejarah dan tidak mempunyai mempunyai ilmu pengetahuan mengenai bagaimana negara mereka mencapai kemerdekaan. Mengenali sejarah akan membentuk patriotisme iaitu perasaan cinta dan setia kepada negara sehingga pada satu tahap sanggup mengorbankan jiwa raga untuk mempertahankan keselamatan serta kedaulatan negara. Semangat itu turut dikaitkan dengan kesanggupan untuk mempertahankan bahasa, amalan agama, perundangan malah kesetiaan untuk kebaikan bersama. Semua unsur ini ternyata kian lekang daripada jiwa generasi muda menyebabkan mereka terumbang-ambing mencari identiti selepas kehilangan nilai diri serta peradaban bangsa Malaysia.

9

Oleh itu, untuk mengelak kepincangan masyarakat, perlu ada inisiatif dan komitmen pihak terbabit untuk meneliti semula kandungan silibus mata pelajaran tertentu bermula sejak prasekolah hingga ke peringkat pengajian tinggi. Apakah erti kemajuan dan pembangunan jika roh dan semangat jati diri rakyatnya luntur atau kontang. Menyuburkan hubungan simbiosis antara kemajuan fizikal yang didokong sains dan teknologi dengan peneguhan sahsiah serta jati diri adalah jalan terbaik dalam proses pembentukan masyarakat seimbang. Tanpa kesedaran semua pihak untuk menerapkan kembali sejarah tanah air dan ilmu kenegaraan dalam sistem pendidikan negara maka nilai, pengajaran serta semangat yang tersemat daripada sesuatu sejarah itu akhirnya lenyap ditelan zaman.

10

Rasional Subjek Sejarah Diperkenalkan di Peringkat Sekolah Rendah

Pendidikan adalah proses pembentukan nilai-nilai murni, keperibadian dan penyampaian ilmu dan budaya dalam kehidupan manusia atau insan. Sekolah adalah institusi sosial dan memainkan peranan sosialisasi yang kritikal dalam mencorakkan rupa dan jiwa negara bangsa. Falsafah pendidikan negara menetapkan keperluan membentuk insan yang seimbang emosi, intelek dan rohani para pelajar. Dalam hal yang berkaitan Dasar Pelajaran Nasional bertujuan memupuk perpaduan nasional di kalangan pelajar.

Ilmu dan subjek sejarah adalah bidang dan subjek penting dalam membentuk negara bangsa dikalangan pelajar. Subjek ini telah dijadikan alat propaganda oleh British dalam menanamkan taatsetia dan bangga terhadap Ratu dan empayar British. Sejarah telah pun dipelajari sebagai subjek di sekolah rendah pada tahun 1960-1970an sebelum KBSR diperkenalkan di peringkat sekolah menengah.

Pembangunan yang pesat dan kesan globalisasi melalui ICT dan perubahan budaya serta ketidakstabilan politik Malaysia selepas 2008 menyaksikan sejarah tidak lagi menjadi panduan dikalangan ahli politik dan parti politik BN dan pembangkang. Rakyat khususnya golongan muda tidak menilai sumbangan UMNO dan BN tidak memahami dan menelusuri sejarah tanah air. Khusus memahami ilmu sejarah tidak diminati dan dihayati oleh pelajar.

11

Pensyarah dan guru tidak memahami falsafah dan ilmu sejarah secara batin. Hal ini telah dihuraikan oleh Ibnu Khaldun ahli sejarah dan sosiologi Islam bahawa ilmu sejarah mempunyai bahagian batin yang menghuraikan kepentingan peristiwa sejarah dan bukan sekadar fakta yang beku dan lapuk.

Penekanan paper chase atau pencapaian akademik dalam memperolehi banyak A atau kepujian sejarah adalah subjek teras dalam PMR dan SPM, ia tidak memerlukan syarat lulus bagi mendapat sijil. Ini menyebabkan pelajar tidak serius mempelajari ilmu sejarah dan dipelajari secara sambil lewa sahaja.

Kaedah pembelajaran dan pelajaran yang tidak menarik dan tidak kreatif menyumbangkan kebosanan pelajar. Pengajaran lebih tertumpu pada buku teks dan buku kerja. Kesannya sejarah tidak dihayati, difahami tidak meyerap didalam jiwa menyebabkan golongan muda melupakan sejarah dan menganggap sejarah ilmu kuno. Akibatnya golongan muda sanggup menjadi penderhaka kepada Sultan, menghina pemerintah negara dan pemimpin nasional diketepikan dalam pemodenan bangsa tanpa melihat nilai peristiwa sejarah itu boleh pembentukan bangsa.

Memetik madah agung, George Santayana, seorang ahli sejarawan dunia, seseorang yang melupakan sejarah pasti akan mengulanginya. Justeru, bertepatan dengan kata-kata tersebut, mata pelajaran harus diperkenalkan sejak peringkat sekolah rendah lagi.

12

Ini adalh kerana, kita dapat menerapkan nilai-nilai patriotisme dalam kalangan pelajar sejak mereka kecil lagi. Semangat cinta akan negara amat vital dan perlu dipupuk dalam sanubari rakyat jelata sejak kecil lagi. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Lantaran itu, pengajaran mata pelaj...