kkp PYUBURANDIRI

• Published on
11-Dec-2015

• View
241

• Download
13

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Tugasan penyuburan diri

Transcript

1.0 Pengenalan1.1 Definisi Seni

Seni adalah suatu ciptaan ataupun ekspresi akan sesuatu yang dianggap indah. Seni memenuhi keperluan-keperluan naluri estetik dan fizikal manusia yang dipengaruhi oleh faktor-faktor keagamaan, kebudayaan, ruang, masa dan keadaan yang tertentu. Hal ini telah melahirkan kepelbagaian pengertian seni seperti tradisi, moden dan pascamoden, mengikut zaman dan masyarakat yang tertentu. Penghayatan dan penghargaan terhadap seni lazimnya mengambil kira aspek-aspek formal, makna dan konteks penghasilan sesuatu karya. Seni juga mempunyai pelbagai peranan yang bersifat psikologi dan sosiologi.Secara umum, seni berkaitan dengan hal-hal mengenai keindahan atau estetika yang merangkumi aspek-aspek jasmani dan kerohanian individu mahupun masyarakat. Seni ditakrifkan sebagai suatu ciptaan ataupun ekspresi akan sesuatu yang dianggap indah, terutamanya dalam bentuk visual (Hornby, 1974: 43). Seni juga disifatkan sebagai suatu kegiatan atau proses penciptaan yang memerlukan kemahiran serta pengetahuan untuk melahirkan idea dalam bentuk yang nyata (Martin, 1986: 12). Hauser berpendapat, seni adalah komunikasi (1959). Herbert Read pula menjelaskan bahawa seni adalah penciptaan bentuk-bentuk yang menyenangkan. Seni adalah penjelmaan rasa estetika (1959: 16).Mengikut Kamus Dewan Edisi baru, seni didefinisikan sebagai karya ( sajak, lukisan, muzik dan lain-lain ) yang diciptakan dengan bakat, kebolehan mencipta sesuatu yang indah. Secara tidak langsung mengakui bahawa untuk menghasilkan sesuatu produk seni, bakat, kebolehan dan penghayatan serta pemahaman yang jitu amat penting. Kebolehan adalah sesuatu yang mampu dipelajari dan dibentuk manakala bakat pula adalah sesuatu yang berdiri dengan sendiri hasil daripada kurniaan Tuhan yang Maha Esa. Kedua-dua ini saling berkait rapat di dalam menghasilkan sesuatu produk seni yang mempunyai nilai estetika yang tinggi.Menurut buku Fine art in Islamic civilization (1981),pemikir islam iaitu imam Al- Ghazali memperkatakan bahawa seni itu indah melalui pandangan kecantikan dan keindahan.

Menurut Herbert Read ( buku, The Meaning of Arts ) seni adalah penghasilan rupa bentuk yang menimbulkan keceriaan, keseronokan dan kesenangan estetik ( Art is Expression ).Kesimpulannya, biar dari sudut pandangan mana sekalipun, seni merupakan sesuatu yang berkait rapat dengan estetika dan keindahan. Keindahan yang mampu memukau dan mempersonakan mata dan hati yang menghayatinya dengan segenap pancaindera yang ada.1.2 Seni LukisSeni lukis adalah salah satu cabang dari seni rupa. Dengan dasar pengertian yang sama, seni lukis adalah sebuah pengembangan yang lebih utuh dari menggambar. Melukis adalah aktiviti mengolah medium dua dimensi atau permukaan dari objek tiga dimensi untuk mendapat kesan tertentu. Medium lukisan boleh berbentuk apa saja, seperti kanvas, kertas, papan, dan bahkan filem di dalam fotografi boleh dianggap sebagai media lukisan. Alat yang digunakan juga boleh bermacam-macam, dengan syarat boleh memberikan imej tertentu kepada media yang digunakan.Seni lukis adalah salah satu cabang dari seni rupa. Seni lukis adalah sebuah pengembangan dari menggambar. Melukis adalah aktiviti mengolah medium dua dimensi atau permukaan dari objek tiga dimensi untuk mendapat kesan tertentu, dengan melibatkan ekspresi, emosi, dan gagasan pencipta secara penuh. Sebuah lukisan memerlukan konsep tutur yang subjektif , iaitu harus dapat menterjemahkan apa yang ada dalam objek, tema atau idea secara representatif. Di sini ekspresi pelukis seolah-olah menjadi pendorong utama, sedangkan bentuk, corak dan Pengertian warna merupakan hasil akibat ekspresi tadi. Sebagai kata benda ia bererti mengotorkan, yang kemudian berkembang menjadi segala macam karya yang artistik.2.0 Sejarah Umum Senilukis

2.1 Zaman Prasejarah

Secara sejarah, seni lukis sangat berkait rapat dengan gambar. Peninggalan-peninggalan prasejarah memperlihatkan bahawa sejak ribuan tahun yang lalu, nenek moyang manusia telah mula membuat gambar pada dinding-dinding gua untuk membentuk imej bahagian-bahagian penting dari kehidupan. Sebuah lukisan atau gambar boleh dibuat hanya dengan menggunakan bahan yang mudah seperti arang, kapur, atau bahan lain. Salah satu teknik terkenal gambar prasejarah yang dilakukan orang-orang gua adalah dengan menampal tangan di dinding gua, lalu menyemburnya dengan kunyahan daun atau batu mineral berwarna. Hasilnya adalah yang diciplak tangan berwana-warni di dinding-dinding gua yang masih boleh dilihat hingga saat ini. Kemudahan ini membolehkan gambar (dan selanjutnya lukisan) untuk berkembang lebih cepat daripada cabang seni rupa lain seperti seni patung dan seni keramik.

Seperti gambar, lukisan kebanyakan dibuat di atas bidang rata seperti dinding, lantai, kertas, atau kanvas. Objek yang sering muncul dalam karya-karya terdahulu adalah manusia, binatang, dan objek-objek alam lain seperti pokok, bukit, gunung, sungai dan laut. Bentuk dari objek yang dilukis tidak selalu sama dengan asalnya. Ini disebut citra dan itu sangat dipengaruhi oleh pemahaman si pelukis terhadap objeknya. Misalnya, gambar seekor lembu dibuat dengan bahagian tanduk yang luar biasa besar berbanding dengan saiz tanduk asli. Pengimejan ini dipengaruhi oleh pemahaman si pelukis yang menganggap tanduk adalah bahagian paling mengesankan dari seekor lembu. Kerana itu, imej mengenai satu macam objek menjadi berbeza-beza bergantung dari pemahaman budaya masyarakat di daerahnya.

Pada satu titik, ada orang-orang tertentu dalam satu kelompok masyarakat prasejarah yang lebih banyak menghabiskan masa untuk menggambar daripada mencari makanan. Mereka mula mahir membuat gambar dan mula mencari bahawa bentuk dan susunan rupa tertentu. Mereka mula mencari bermacam citarasa keindahan dalam kegiatannya dan terus melakukan hal itu sehingga mereka menjadi semakin mahir. Mereka adalah seniman-seniman yang pertama di muka bumi dan pada saat itulah kegiatan menggambar dan melukis mulai menjadi aktiviti seni .

Contoh Lukisan Prasejarah

2.2 Seni Lukis Zaman Klasik

Di zaman ini lukisan adalah menjrus kepada peniruan bentuk-bentuk alam semulajadi. Bermula pada zaman inilah perkembangnya ilmu pengetahuan yang semakin memuncak dan timbulnya kesedaran bahawa seni lukis merupakan salah satu cabang komunikasi yang lebih efisien serta mampu menyampaikan maklumat verbal dengan lebih berkesan dalam pelbagai aspek.Klasikisme, istilah secara amnya bermaksud kebeningan, elegan, simetri dan dihasilkan kerana perhatian kepada bentuk tradisional. Ia boleh dinyatakan sebagai kecemerlangan atau kualiti seni. Lebih tepat lagi, ia merujuk kepada rasa kagum dan tiruan kesusasteraan Yunani dan Rom, seni dan seni bina kerana ia diperolehi daripada kaedah-kaedah dan amalan orang dahulu dan istilah datang daripada kepatuhan kepada peraturan-peraturan akademik tertentu. Klasikisme juga memperkenalkan Polytheism (kepercayaan kepada banyak tuhan) atau paganism (fahaman jahiliah, tidak menganut sebarang agama) dan seiringan dengan purba dan moden.

Contoh Lukisan Zaman Klasik:

2.3 Seni Lukis Zaman Pertengahan

Seni lukis zaman pertengahan dipegaruhi oleh aktiviti keagamaan yang kuat, seni lukis di zaman ini menentang segala bentuk ilmu pengetahuan. Ilmu pengetahuan dianggap sebagai sihir yang boleh menjauhkan manusia dari pengabdian kepada Tuhan. Kesan daripada itu, seni bertentangan dengan realiti.Kebanyakan lukisan pada zaman ini lebih berupa simbolisme, bukan realisme. Sehingga sukar untuk menemui lukisan yang agung dan baik.Lukisan pada masa ini digunakan untuk alat propaganda dan keagamaan. Beberapa agama yang melarang penggambaran haiwan dan manusia mendorong perkembangan abstrakisme (pemisahan unsur bentuk yang "benar" dari benda).Contoh Lukisan Zaman Pertengahan:

2.4 Seni Lukis Zaman Renaissance

Seni Lukis Renaissance merupakan lukisan, ukiran dan seni hiasan seni ini muncul sebagai gaya yang berbeza di Itali pada kira-kira 1400, selari dengan perkembangan yang berlaku dalam falsafah , sastera , muzik dan sains. Seni Renaissance, juga dilihat sebagai royalti tradisi purba, yang mengambil asas kepada pembentukkan seni kuno klasik, tetapi mengubah tradisi melalui penyerapan perkembangan terkini dalam seni Eropah Utara dan aplikasi pengetahuan sains kontemporari. Seni Renaissance dan falsafah Renaissance Kemanusiaan, tersebar di seluruh Eropah, telah memberi kesan kepada kedua-dua bidang dengan pembangunan teknik-teknik baharu dan perasaan seni baru. Seni Renaissance menandakan peralihan Eropah dari Zaman Pertengahan untuk zaman moden yang awal.Contoh Lukisan Zaman Renaissance:

3.0 Sejarah Seni Lukis Malaysia

Terdapat kepercayaan bahawa pengembara- pengembara Eropah dan Inggeris telah meminta pelukis-pelukis negeri-negeri Selat yang berketurunan Cina atau Melayu untuk melukis gambaran kehidupan tempatan yang bermotifkan flora dan fauna. Ini disebabkan oleh minat mereka atau sebagai rekod sejarah. Lukisan-lukisan dan catan-catan tersebut banyak ditempah oleh pegawai-pegawai Syarikat Hindia Timur yang ditempatkan di Malaya.

Pihak Inggeris telah memperkenalkan genre lukisan/ catan lanskap dalam aliran Realisme, zaman Pre-Raphelites, Turner dan Constable. Ini telah berterusan sehingga abad ke 19 apabile Seni Eropah terutamanya Seni Perancis mula memberi kesannya kepada seluruh rantau dengan pergerakan-pergerakan seni seperti aliran Impresionisme, Kubisme, Surealisme, Futurisme dan Konstruktivisme.

Sumbangan golongan Cina kepada perkembangan seni Malaysia dan Singapura berpunca daripada pendatang dan pelawat Cina seperti Xu Beihong yang telah bermastautin di Pulau Pinang untuk beberapa tahun. Mereka juga telah berkunjung ke Singapura untuk sesuatu jangka masa. Mereka telah menerima pendidikan dalam lukisan berus Cina dan kaligrafi di China.

Pada mulanya penghijrah-penghijrah awal dari China adalah untuk mencari sara hidup. Seni halus tidak pernah difikirkan . Hanya selepas mereka bertapak kukuh dan berjaya dalam kehidupan, barulah terdapat beberapa penghijrahan berdasarkan kretiviti artistik mereka. Terdapat yang terlibat dalam pendidikan Seni dan ada pula yang menjadi pelukis amatur. Antara yang berjaya dalam bidang seni ialah Lee Kah Yeow, Wang Yau, Reverend Chuk Mor, Reverend Pak Yuen, Chai Horng, Chung Hong Kong dan Zhen Wei Sin. Kesimpulannya pada awal tahu 1920an terdapat pelukis yang mempamerkan hasil karyanya. Pameran seni lukis yang terawal di singapura ialah pameran Lian Xiao Oh pada tahun 1924. Disusuli pula dengan pameran pastel He Qui Qo pada tahun 1926.

Aktiviti-aktiviti seni yang awal di Pulau Pinang bermula apabila pengasasan Pulau Pinang pada tahun 1786 oleh Sir Francis Light di bawah Syarikat Hindia timur. Pelukis-pelukis Inggeris yang tinggal di Pulau Pinang gemar melukis pemandangan laut dan keindahan alam semulajadi pulau itu. Kemungkinan terdapat pelukis tempatan yang membekalkan lukisan-lukisan kepada para penaung Syarikat Peniagaan Eropah.Perkembangan seni lukis moden boleh dikesan sehingga tanuh 1920an semasa kumpulan penang Impressionist ditubuhkan. Kumpulan ini terdiri daripada ekspatriat Eropah yang kebanyakannya merupakan surirumah bangsa Inggeris. Disebabkan sikap-sikap kolonialistik pada masa itu, pelukis-pelukis tempatan Pulau Pinang tidak dibenarkan menyertai Penang Impressionist. Dua orang pelukis tempatan yang diterima menganggotainya ialah Puan Lim Cheng Kung dan Abullah Ariff. Abdullah Arif diterima dalam kumpulan itu kerana perkhidmatan beliau sebagai pendidik seni diperlukan, manakala Puan Lim pula isteri seorang jutawan yang dapat memberi sokongan kewangan.

Tahun 1920an merupakan peringkat yang penting dalam sejarah seni lukis Pulau Pinang. Yong Mun Seng telah datang ke Pulau Pinang dari Singapura dan mendirikan studio seninya. Pelukis pertama yang mengadakan pameran seni lukis di Malaysia adalah Ooi Hwa yang telah mempamerkan karya-karyanya di Pulau Pinang pada tahun 1927. Ooi Hwa dan Lee Cheng Yong mungkin merupakan pelukis pertama yang pergi ke luar negeri untuk mempelajari seni di Akademi Seni Halus Shanghai. SITC (Sultan Idris Training College) ditubuhkan pada tahun 1922. Mata pelajaran Pendidikan Seni diajar di samping subjek-subjek lain. Komponen subjek Pendidikan Seni diajar bersama-sama dengan pertukangan tangan seperti membuat bakul dan lain-lain seni pertukangan rakyat ketika itu.

Sukatan Pelajaran yang digunakan adalah pelajaran menggunakan mengkuang untuk membuat bakul bagi tahun pertama. Mereka dikehendaki mencipta corak-corak baru dengan menggunakan rotan dan buluh. Kerja-kerja tahun pertama disambung pada tahun ke dua dan penggunaan rotan dan buluh adalah lebih meluas lagi pada tahun ke tiga. Buku teks yang digunakan ialah Kitab Rajah-rajah Anyaman oleh guru anyaman Mr. W. Olaguera.

Penuntut-penuntut diberi pilihan untuk pertukangan kayu bagi melatih membuat perabot-perabot seperti meja kecil, almari buku, tongkat dan sebagainya. Dalam tempoh tiga tahun terdapat enam kelas pertukangan kayu. Pilihan seterusnya adalah menjilid buku di mana hanya sebahagian kecil penuntut tahun tiga sahaja yang mengikutinya. Menganyam jaring bagi permainan bola sepak, hoki dan bola tampar. Pertukangan tanah liat di mana hanya sebilangan penuntut sahaja dipilih untuk belajar membuat tempat bunga, periuk dan lain-lain daripada tanah liat.Pada tahun 1935, sekumpulan pelukis di Singapura merupakan penuntut Sekolah Seni Halus Shanghai, Sekolah Seni Shanghai dan Universiti. Mereka telah menubuhkan Salon Art Studies Society yang kemudiannya ditukar kepada Persatuan Pelukis-pelukis Cina.

Persatuan ini menumpukan perhatian kepada perlaksaan pameran karya-karya pelukis asing, terutamanya karya pelukis-pelukis HongKong dan Cina. Pelukis tempatan turut diberi peluang untuk meluaskan pengalaman. Pameran tahunan mereka telah menjadi tradisi berterusan tanpa sebarang sekatan melainkan pada tahun-tahun peperangan 1942 hingga 1945. Ramai ahlinya merupakan staf Akademi Seni Halus Nanyang.

Akademi Seni Halus Nanyang diasaskan pada tahun 1938 oleh pengetuanya, Lim Hak Tai. Lim Hak Tai, seorang pelukis ternama dan berwawasan memperkembangkan kesenian dengan menubuhkan institusi yang pertama dan paling lama di Singapura. Di antara pelukis-pelukis terkenal yang menjadi tenaga pengajar ialah Cheong Soo pieng, Georgette Chen Li Ying, Chen Wen His dan Chen Chong Swee. Para pelukis ini telah datang ke Singapura selepas Perang Dunia ke Dua. Mereka dilatih di akademi-akademi Seni di Shanghai, kanton dan Amoy. Mereka juga didedahkan kepada pengaruh modenis aliran-aliran di Paris.

4.0 Tokoh-Tokoh Seni Lukis Malaysia4.1 Bapa Seni Lukis Melayu Moden Malaysia

Karya seni Syed Ahmad Jamal, mempunyai makna yang analitikal dan intrinsik yang tinggi bahawa tanah menandakan sumbangan yang besar kepada sejarah Seni Malaysia. Dari konteks ini, Syed Ahmad Jamal niat adalah untuk menjemput masyarakat Malaysia untuk berfikir dalam cahaya yang berbeza terutamanya dalam intellectualizing cara orang rama...