KKP RBT 3119

• Published on
17-Jul-2015

• View
2.791

• Download
1

Embed Size (px)

Transcript

KKP RBT 3119 RBT 3119 - PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

1. Penyata Kewangan Penyata kewangan (laporan kewangan) ialah rekod formal kegiatan-kegiatan kewangan sesebuah perniagaan, orang perseorangan atau entiti-entiti yang lain. Penyata ini memberikan maklumat kewangan yang penting kepada pihak pengurusan untuk melakukan perancangan dan membuat keputusan. Penyata kewangan memberikan pandangan keseluruhan keadaan kewangan jangka pendek serta jangka panjang bagi sesuatu perniagaan atau orang perseorangan. Maklumat daripada penyata kewangan diperlukan oleh: 1. Kreditor (institusi kewangan) 2. Kerajaan (menentukan cukai perniagaan dan perancangan pembangunan ekonomi) 3. Pemegang saham (saham keutamaan dan saham biasa) 4. Pihak pengurusan (organisasi) Semua maklumat kewangan perusahaan perniagaan yang disampaikan dengan cara berstruktur dan dalam bentuk yang mudah difahami, dikenali sebagai penyata kewangan. Terdapat empat penyata kewangan yang asas: 1. Kunci Kira-Kira 2. Penyata Pendapatan 3. Penyata Aliran Tunai 4. Penyata Ekuiti Pemilik

1

1.1 Kunci Kira-Kira Dikenali juga sebagai Lembaran Imbangan. Kunci kira-kira member gambaran ringkas tentang kedudukan kewangan sesebuah firma. Data yang ditunjukkan merupakan ringkasan harta yang dimiliki dan hutang yang ditanggung oleh sesebuah organisasi. Perkara-perkara asas dalam kunci kira-kira ialah aset, liabiliti dan ekuiti pemilik. Ia menyenaraikan semua milik syarikat, obligasi dan pelaburan pemilik. Ia disediakan sekurang-kurangnya sekali dalam setahun. 1.1.1 Komponen Kunci Kira-Kira 1.1.1.1 1.1.1.2 1.1.1.3 Aset (apa yang dimiliki oleh syarikat): Aset Semasa Aset Tetap Lain-lain aset Liabiliti (apa yang dihutang oleh syarikat): Liabiliti Semasa Liabiliti Jangka Panjang Ekuiti Pemilik / Dana Pemegang Saham (nilai syarikat

kepada pemiliknya): Saham Perolehan Tertahan

2

1.2 Penyata Pendapatan Penyata yang menunjukkan hasil operasi firma (jumlah perolehan / keuntungan dari operasi firma dan perbelanjaan yang dilibatkan) bagi sesuatu tempoh tertentu. Penyata pendapatan menunjukkan kecekapan seseorang pengurus

menggunakan asset untuk menghasilkan keuntungan. Item dalam penyata pendapatan bergantung kepada jenis perniagaan sama ada menjual barang niaga, perkhidmatan atau perkilangan. Penyata pendapatan bagi perniagaan yang menjual barang niaga mengandungi komponen kos barang dijual (KBDJ).

1.3

Penyata Aliran Tunai Merupakan satu penyata tentang aliran sumber dan penggunaan tunai yang

menunjukkan perubahan kedudukan tunai bagi suatu tempoh perakauanan. Penyata ini membantu pihak pengurusan membuat perancangan ke atas aktiviti harian, pelaburan jangka panjang dan mencari peluang perniagaan. Ia juga digunakan oleh pihak luar untuk mengukur keupayaan firma membayar dividen, menyelesaikan hutang dan membayar faedah. Aliran tunai boleh dibahagikan kepada 3 aktiviti kewangan: 1.3.1 Aktiviti Operasi - termasuk untung bersih campur item-item belanja bukan tunai seperti susut nilai dan perubahan dalam beberapa akaun Modal Kerja. 1.3.2 Aktiviti Pelaburan - menunjukkan aktiviti pelaburan untuk sekuriti jangka panjang, mesin, kilang dan asset tetap lain.3

1.3.3 Aktiviti Pembiayaan - menunjukkan aliran tunai aktiviti pembiayaan modal syarikat iaitu penjualan atau penamatan bon, saham utama dan saham biasa.

1.4. Penyata Ekuiti Pemilik Merupakan baki setelah aset ditolak dengan liabiliti. Ia menunjukkan tuntutan pemilik terhadap asset yang ada. Ekuiti pemilik syarikat terdiri daripada: 1.4.1 Modal berbayar 1.4.2 Premium saham 1.4.3 Pendapatan Tertahan 1.4.4 Rizab

2. Analisis Penyata Kewangan Dalam bidang kewangan, analisis nisbah adalah suatu teknik yang boleh digunakan oleh penganalisis kewangan atau sesiapa sahaja bagi mengesan prestasi dan kedudukan kewangan sesebuah organisasi perniagaan. Sebagai contoh, nisbah semasa syarikat membolehkan penganalisis menentukan sama ada sesebuah syarikat itu berupaya membayar obligasi jangka pendeknya apabila ia matang. Terdapat banyak lagi nisbah-nisbah kewangan lain seperti nisbah semasa di atas yang membolehkan kita mengukur pencapaian satu-satu syarikat, namun ia boleh memberi makna sekiranya aktiviti perbandingan dapat dijalankan ke atas nisbah-nisbah ini. Antara teknik perbandingan yang boleh dilakukan adalah analisis arah aliran dan analisis keratan rentas. Kami telah memilih tiga syarikat insurans untuk dibuat analisis penyata kewangan, iaitu:

4

Takaful Malaysia Berhad Etika Insurans Berhad Takaful Ikhlas Penyata kewangan bagi ketiga-tiga syarikat ini adalah bagi tahun 2010.

2.1 KAEDAH ANALISIS PENYATA KEWANGAN Dua kaedah yang biasa digunakan untuk menganalisis penyata kewangan ialah Analisis Perbandingan dan Analisis Nisbah.

2.1.1 ANALISIS PERBANDINGAN Analisis perbandingan dibuat berdasarkan kepada 3 asas iaitu : 2.1.1.1 Asas Intera Syarikat dibandingkan dengan item-item

- data-data dalam syarikat itu sendiri

yang serupa tetapi dalam tahun yang berlainan. 2.1.1.2 Asas Antara Syarikat - item-item dibandingkan antara satu syarikat dengan syarikat yang lain dalam tahun yang sama sama subsidari dalam satu syarikat tetapi secara individu. 2.1.1.3 Asas Purata Industri di mana syarikat itu berada syarikat itu merupakan syarikat

induk atau syarikat yang sama industrinya

-Perbandingan dibuat dengan purata industri

operasi. Contoh Syarikat A (syarikat barangan elektrik) dibanding dengan angka industri dari pelbagai syarikat pengeluar barangan elektrik. Dua jenis analisis perbandingan adalah secara menegak dan secara melintang.

5

2.1.1.3.1 ANALISIS MENEGAK Menganalisis komponen atau item dalam penyata pendapatan dan kunci kirakira menggunakan peratusan yang relatif.Bermaksud setiap item dibandingkan dengan satu item asas dalam penyata pendapatan contohnya jualan bersih dan dalam kunci kira-kira item dibandingkan dengan jumlah aset bersih.

2.1.1.3.2 ANALISIS MELINTANG Analisis arah aliran pula membuat perbandingan data-data laporan kewangan dengan menggunakan satu tahun tertentu tahun

sebagai tahun asas perbandingan. Contohnya, peratus pulangan atas jualan

2009 dan tahun 2010 dibandingkan dengan peratus tahun 2008 yang dijadikan tahun asas perbandingan.

2.1.2 ANALISIS NISBAH Analisis nisbah digunakan untuk menunjukkan hubungan antara satu kuantiti

dengan kuantiti yang lain. Hubungan ditunjukkan dalam bentuk peratus, kadar atau nisbah. Analisis nisbah boleh dibahagikan kepada : 2.1.2.1 Nisbah Kecairan 2.1.2.2 Nisbah Keberuntungan 2.1.2.3 Nisbah Mampu Bayar

6

2.1.2.1 Nisbah Kecairan (Mudah Tunai) Nisbah kecairan mengukur kemampuan jangka pendek sesebuah syarikat untuk membayar hutang atau obligasi-obligasi mereka yang sudah cukup tempoh dan untuk memenuhi keperluan tunai yang tidak dijangka. Nisbah-nisbah kecairan yang biasa digunakan ialah nisbah semasa dan nisbah cepat. 2.1.2.1.1Nisbah Semasa o Mengukur keupayaan sesebuah perniagaan untuk membayar hutang jangka pendek. o Mengukur tahap aset semasa yang mampu untuk membayar balik liabiliti semasa. o Semakin tinggi nisbah semasa, semakin kukuh keupayaan firma membayar balik hutang jangka pendek. o Firma mampu membayar balik hutang jangka pendek seandainya nisbah semasa firma melebihi 1. o Nisbah yang kurang daripada 1 menunjukkan firma tidak berupaya untuk menjelaskan tyuntutan semasa.

Nisbah Semasa =

Aset Semasa Liabiliti Semasa

2.1.2.1.2 Nisbah Cepat o Nisbah cepat mengukur keupayaan tunai dan aset hampir tunai untuk menampung liabiliti semasa. o Nisbah ini member penekanan kepada kecairan sebenar melalui pengecualian nilai inventori sukar ditukar kepada tunai kerana inventori merangkumi 3 item; bahan mentah, barang separuh siap

7

dan barang siap dan pembelian secara kredit. Oleh itu, ianya mengambil masa untuk mendapatkan tunai. o Lebih tinggi nisbah adalah lebih baik.

Nisbah Cepat =

Aset Semasa - Inventori Liabiliti Semasa

2.2 Nisbah Keberuntungan Nisbah-nisbah di dalam kumpulan ini mengukur keberkesanan aktiviti-aktiviti firma dalam menjana keuntungan. Terdapat tiga jenis nisbah keberuntungan iaitu: 2.2.1 Nisbah margin untung bersih 2.2.2 Nisbah pulangan atas aset 2.2.3 Nisbah pulangan atas ekuiti Secara ringkasnya, semakin tinggi pulangan yang diperolehi bererti semakin berupaya syarikat membuat keuntungan.

2.2.1 Nisbah Margin Untung Bersih Dikenali juga sebagai pulangan atas jualan. Mengukur peratus untung bersih yang diperolehi bagi setiap jualan. Menunjukkan lebihan dari setiap ringgit jualan setelah ditolak dengan semua belanja firma. Nisbah ini mengukur keupayaan syarikat daripada segi mengurus dan mengawal perbelanjaan syarikat yang mempunyai kesan secara langsung ke atas keuntungan syarikat.

8

Nisbah Margin Untung Bersih = Pendapatan Bersih Jualan

Secara ringkasnya, terdapat beberapa factor yang menentukan kejatuhan dan kenaikan margin untung ini iaitu: Harga Kos Jualan 2.2.2 Nisbah Pulangan Atas Aset (ROA) Dikenali juga sebagai pulangan atas pelaburan. Ia mengukur kadar keuntungan daripada setiap wang yang dilaburkan ke atas aset. Selain itu, menunjukkan kecekapan firma di dalam pelaburan aset. Semakin tinggi nisbah, semakin baik kerana menunjukkan keuntungan.

Nisbah Pulangan Aset =

Pendapatan Bersih Jumlah Aset

2.2.3 Nisbah Pulangan Ekuiti Nisbah ini membolehkan kita mengukur kecekapan syarikat ini menjana keuntungan pemegang saham syarikat. Para pemegang saham syarikat ingin nisbah pulangan ekuiti yang tinggi kerana ini menunjukkan syarikat berjaya menjana keuntungan cukup supaya diagih-agihkan antara mereka. Antara komponen-komponen ekuiti syarikat termasuklah: Keuntungan tertahan9

Saham keutamaan Saham biasa Keuntungan tertahan dianggap ekuiti kerana ia adalah sebahagian daripada keuntungan syarikat yang tidak diagihkan balik kepada pemegang saham. Keuntungan ini ditahan oleh pihak pengurusan syarikat bagi tujuan pelaburan dan pengembangan syarikat.

Nisbah Pulangan atas Ekuiti =

Pendapatan Bersih Jumlah Ekuiti

Kami telah memilih tiga syarikat insurans untuk dibuat analisis penyata kewangan, iaitu: Takaful Malaysia Berhad Etika Insurans Berhad Takaful Ikhlas Penyata kewangan bagi ketiga-tiga syarikat ini adalah bagi tahun 2010. Kami telah memilih untuk membuat analisis perbandingan asas purata industri iaitu kami membandingkan penyata kewangan tahunan bagi ketiga-tiga syarikat insurans berkenaan.

10

3. Perbandingan pengurusan aset bagi Syarikat Takaful Ikhlas Berhad, Takaful Malaysia Berhad dan Etika Insurans Berhad bagi tahun 2010 Takaful Ikhlas ASET Berhad RM000 Takaful Malaysia Berhad RM000 Etika Insurans Berhad RM000

Hartanah, loji dan peralatan

1, 750

21,446

87, 680

Hartanah pelaburan

11, 665

489, 080

Aset tidak ketara

911

285

Tunai dan baki di bank

148

2, 321

104, 181

Jumlah Aset

2, 809

35, 432

681, 226

(Rujuk lampiran)

Syarikat Etiqa Insurans Berhad merupakan syarikat yang mempunyai jumlah asset tertinggi iaitu RM 681, 226, 000 pada tahun 2010. Syarikat ini mempunyai pelaburan hartanah yang banyak bernilai RM489 080 000 manakala syarikat Takaful Malaysia pula hanya RM11 156 000. Syarikat Takaful Ikhlas tidak membuat pelaburan hartanah dan ini menyebabkan aset syarikat ini paling kecil di antara ketiga-tiga syarikat yang dinilai. Dari segi asset tidak ketara pula Syarikat Takaful Malaysia tidak11

menyatakan jumlah manakala Etiqa Insurance Berhad bernilai RM285 000 manakala Syarikat Takaful Ikhlas pula RM911 000. Jika dilihat dari segi tunai dan baki di bank pula, Syarikat Etiqa Insurance Berhad masih mendahului dengan jumlah RM104 181 00 berbanding dengan Syarikat Takaful Malaysia RM2 321 000 dan Takaful Ikhlas RM148 000. Secara logiknya, Syarikat Etiqa Insurance Berhad adalah syarikat yang baik dan memberikan keuntungan melihat kepada pemilikan asset-asetnya.

4. Perbandingan ekuiti bagi Syarikat Takaful Ikhlas Berhad, Takaful Malaysia Berhad dan Etiqa Insurans Berhad bagi tahun 2010. Takaful Ikhlas EKUITI Berhad RM000 Takaful Malaysia Berhad RM000 Etika Insurans Berhad RM000

Modal Saham

213, 070

162, 817

152, 151

Rizab

420, 485

232, 866

1, 065 898

Jumlah Ekuiti

633, 555

395, 683

1, 218 049

(Rujuk lampiran)

Berdasarkan carta di atas, jelaslah kepada kita syarikat Takaful Ikhlas Berhad merupakan syarikat yang mantap dari segi modalnya yang lebih besar jika dibandingkan dengan kedua-dua syarikat takaful yang lain.Ini menunjukkan pelaburpelabur baru patutlah menyertai Takaful Ikhlas Berhad oleh kerana modalnya yang12

lebih besar dari segi sahamnya.Dari segi jumlah keseluruhan ekuiti ,jelas syarikat Etika Insurans Berhad mendahului kedua-dua syarikat yang lain kerana rizabnya yang tinggi dan banyak menolong menaikkan jumlah ekuitinya itu.Di sini kita ketahui syarikat Etika Insuran Berhad merupakan syarikat yang paling besar ekuitinya dan untuk pelaburan masa depan adalah digalakkan untuk melabur dalam syarikat Etika Insuran Berhad ini. Syarikat Takaful Malaysia Berhad pula,merupakan syarikat yang paling sedikit rezabnya serta jumlah ekuitinya paling kurang jika dibandingkan dengan dua syarikat yang lain itu.Para pelabur tidak digalakkan untuk menyertai atau memasuki Syarikat Takaful Malaysia Berhad ini berdasarkan kewangannya yang kurang kukuh dan mantap ini.Adalah menjadi dasar pelabur-pelabur baru melihat dahulu ekuiti dan rizab sesebuah syarikat itu supaya pelabur akan mendapat pulangan yang menguntungkan dari segi saham ataupun bentuk-bentuk kewangan yang lain.Tiada orang yang melabur inginkan kerugian jadi ,bagi memastikan keuntungan itu pilihlah syarikat yang mempunyai kewangan atau ekuiti yang besar dan mantap seperti Syarikat Etiqa Insuran Berhad.

5. Perbandingan liabiliti bagi Syarikat Takaful Ikhlas Berhad, Takaful Malaysia Berhad dan Etiqa Insurans Berhad bagi tahun 2010. Takaful Ikhlas LIABILITI Berhad RM000 Takaful Malaysia Berhad RM000 Etika Insurans Berhad RM000

Jumlah Liabiliti

215, 091

4, 223, 996

6, 841, 810

(Rujuk lampiran) Dari segi liabilitI pula,Etika Insurans Berhad merupakan sebuah syarikat yang paling tinggi sekali hutangnya.Secara praktikalnya semakin tinggi peratus modal hutangnya atau liability maka semakin besarlah syarikat itu dibebani oleh belanja kewangan. Ini13

menunjukkkan Syarikat Etika Insurans berisiko tinggi kepada pelabur-pelaburnya kerana syarikat ini berhutang terlalu besar jika dibandingkan dengan kedua-dua syarikat yang lain di atas. Semakin banyak hutang syarikat Etika Insurans Berhad ini maka semakin tinggi risiko syarikat tidak dapat menjelaskan faedah pinjamannya.Sementara itu syarikat Takaful Ikhlas Berhad mempunyai jumlah liabiliti yang paling sedikit/kurang. Nilai yang rendah ini menunjukkan pelaburan yang besar kepada pemilik syarikat ini di samping menjamin lebih perlindungan kepada pemiutang. 6. Perbandingan Keuntungan bersih bagi Syarikat Takaful Ikhlas Berhad, Takaful Malaysia Berhad dan Etiqa Insurans Berhad bagi tahun 2010....