KKP TITAS.docx

• Published on
09-Oct-2015

• View
14

• Download
0

Embed Size (px)

DESCRIPTION

KKP TITAS.docx

Transcript

5/19/2018 KKP TITAS.docx

1/35

1

PENDAHULUAN

Penulisan folio ini berfokuskan terhadap penulisan tokoh tamadun Jepun dan

sumbangannya kepada tamadun dunia. Dalam memenuhi kriteria penilaian bagi

sukatan pelajaran untuk subjek ini, Bahagian Pendidikan Guru telah menetapkan satu

tugasan bagi menilai tahap pemahaman seseorang guru pelatih terhadap subjek ini.

Secara keseluruhannya, folio ini adalah penulisan esei pendek. Oleh itu, sebarang

maklumat dan fakta telah diringkaskan supaya pembaca mudah faham. Isi esei pendek

ini juga adalah padat supaya banyak maklumat dapat dimasukkan di dalamnya.

Secara amnya, tamadun ialah satu ungkapan yang digunakan untuk

menggambarkan kemajuan dan pencapaian manusia dalam pelbgai bidang kehidupan.

Pentafsirannya adalah berbeza mengikut kefahaman dan disiplin pemikiran yang

berkait rapat dengtan kepercayaan seseorang. Justeru itu pada hari ini kita dapat

melihat pelbagai pencapaian dan peristiwa yang berlaku sama ada yang berkait

dengan kemajuan dan kemusnahan manusia serta alam. Oleh itu berlakulah pelbagai

tindakan yang memberi kesan yang amat besar kepada kehidupan manusia dan alam

ini.

Tamadun Jepun merupakan salah satu tamadun yang menyumbang ke arah

tamadun dunia. Antara sumbangan tamadun Jepun yang dapat dikenalpasti ialah

penghapusan sistem feudalisme, komunikasi dan perhubungan, pendidikan, undang-

undang, kesusasteraan ideologi dan agama, ekonomi dan banyak lagi.

Antara tokoh-tokoh yang terlibat dalam tamadun Jepun ialah Maharaja Meiji,

Syogun Tokugawa, Hosokawa Hanzo Yorinari dan lain-lain.

Holistiknya, penulisan folio ini hanya berteraskan apa yang ada dalam tamadun

Jepun yang memenuhi keperluan Kerja Kursus Pendek iaitu tokoh dan sumbangantamadun Jepun kepada tamadun dunia.

5/19/2018 KKP TITAS.docx

2/35

2

S I

5/19/2018 KKP TITAS.docx

3/35

3

TOKOH DAN SUMBANGAN TAMADUN JEPUN TERHADAP TAMADUN DUNIA.

TOKOH 1 : MAHARAJA MEIJI

Maharaja Meiji (, Meiji-tenn?) (3 November 1852 30 Julai 1912)

ialah Maharaja Jepun yang ke-122 menurut susunan pewarisan takhta tradisional,

memerintah sejak 3 Februari 1867 sehingga hari kemangkatan baginda. Beliau

dilahirkan pada 3 November 1852 dan mangkat pada 30 Julai 1912. Sebelum beliau

menjadi Maharaja Jepun pada ketika itu, Maharaja sebelumnya ialah Maharaja Kmei.

Selepas kemangkatan beliau, penggantinya ialah Maharaja Taish. Nama pasangan

Maharaja Meiji ialah Maharani Shken. Mereka mempunyai beberapa orang zuriat iaitu

Putera Raja Yoshihito, Puteri Masako, Puteri Fusako, Puteri Nobuko, dan PuteriToshiko. Ayahanda kepada Maharaja Meiji ialah Maharaja Kmeidan bondanya ialah

Nakayama Yoshiko.

Nama diri baginda ialah Mutsuhito (, Mutsuhito?). Seperti maharaja-maharaja

sebelumnya, baginda dikenali dengan nama posthumus selepas mangkat. Selepas

kemangkatan baginda bermulanya satu tradisi baru iaitu memberikan zaman

pemerintahan mendiang maharaja kepada baginda setelah mangkat. Oleh sebab

memerintah ketika zaman Meiji (Pemerintahan kesedaran), baginda kini dikenali

sebagai Maharaja Meiji. Meskipun kadang-kadang dipanggil Mutsuhito atau Maharaja

Mutsuhito di luar Jepun, maharaja-maharaja Jepun hanya digelar dengan nama

posthumus mereka di Jepun. Penggunaan nama diri maharaja itu boleh dianggap

kurang sopan.

Ketika keputeraan baginda pada tahun 1852, Jepun merupakan sebuah negara yang

terpencil, belum berindustri dan feudal yang didominasi Syogun Tokugawa dan daimyo

yang memerintah lebih 250 kawasan terpencar di negara. Apabila baginda mangkat

pada tahun 1912, Jepun sudah melalui revolusi politik, sosial, dan perindustrian dalam

negara (Lihat Pemulihan Meiji) dan timbul sebagai salah sebuah kuasa besar di pentas

dunia.

5/19/2018 KKP TITAS.docx

4/35

4

Garis Masa Peristiwa-Peristiwa Sepanjang Riwayat Dan Pemerintahan Maharaja

Meiji

Riwayat dan pemerintahan Meiji mengundang banyak perubahan besar kepada

masyarakat feudal Jepun. Berikut adalah garis masa peristiwa-peristiwa utama:

* 3 November 1852: Meiji (ketika itu dikenali sebagai Sachinomiya) dilahirkan oleh

gundik diraja Nakayama Yoshiko bersama Maharaja Komei

* 1853: Searmada kapal di bawah pimpinan Laksamana Pertama Matthew Perry tiba di

Jepun pada 8 Julai; dianggap sebagai "Pembukaan" Jepun. Kematian Syogun.

* 185455: Penandatanganan perjanjian bersama Amerika Syarikat oleh Bakufu.

* Akhir 1850-an1860-an: Gerakan "sonno-joi" menjadi giat sepenuhnya.

* 1858: Penandatanganan perjanjian bersama Belanda, Empayar Rusia dan Great

Britain oleh Bakufu.

* 1860:

o Mac: Tairo Ii Naosuke, dibunuh.

o 11 November: Sachinomiya secara rasminya diisytiharkan Putera Raja dan

dikurniakan nama diri Mutsuhito.

* 1862: Peristiwa Namamugi

* 186465: Serangan Shimonoseki oelh kapal-kapal British, Amerika, Perancis dan

Belanda; disusuli pertelingkahan antara pihak syogun dan Choshu.

5/19/2018 KKP TITAS.docx

5/35

5

* 1866: Kematian Syogun, Tokugawa Iemochi pada 29 Ogos; pelantikan Tokugawa

Yoshinobu sebagai Syogun.

* 1867:

o 4 Januari: Pemulihan rasmi pemerintahan diraja; tamatnya pemerintahan syogun

Tokugawa setelah 265 tahun

o 31 Januari: Kemangkatan Maharaja Komei akibat penyakit cacar berdarah, penaikan

takhta Mutsuhito secara tidak rasmi.

o 12 September: Pertabalan rasmi Maharaja Meiji.

o 23 Oktober: Nengo ditukar ke tahun pertama Meiji.

o 6 November: Ibu negara berpindah dari Kyoto ke Edo, dinamakan semula sebagai

Tokyo.

* Akhir 1860-an1881: Zaman pemberontakan dan pembunuhan di Jepun.

* 1869

o 11 Januari: Perkahwinan Meiji ke Ichijo Haruko yang mulai saat itu bergelar

Maharani Shoken.

o 4 September: Meiji menyambut Duke Edinburgh.

* 1871: Pemansuhan kawasan han diisytiharkan.

* 1873: Istana Edo ranap akibat kebakaran; maharaja berpindah ke Istana Akasaka.

Putera-puteri sulung baginda lahir tanpa nyawa.

* 1877: Pemberontakan Satsuma

* 1878: Pembunuhan Okubo Toshimichi.

* 31 Ogos 1879: Kelahiran Putera Yoshihito, putera tunggal Meiji yang bakal menjadi

Maharaja Taisho.

5/19/2018 KKP TITAS.docx

6/35

6

KUNCI KEJAYAAN MASYARAKAT JEPUN DALAM PEKERJAAN DAN KEHIDUPAN

Pemerintah Meiji telah mewujudkan empat slogan sebagai teras kepada rakyat Jepun

untuk meyokong kepimpinan Meiji dan rakyat Jepun dapat berdiri setanding dengan

ketamadunan barat. Keempat-empat prinsip ini telah disematkan di jiwa orang-orang

Jepun supaya sentiasa hidup bermatlamat dan mencipta keunggulan di dunia.

Melalui slogan-slogan ini , Kerajaan Meiji menghantar misi-misi ke barat untuk

mempelajari sistem industri Amerika dan Eropah. Jepun juga melengkapkan sektor

militarinya dengan berpandukan kepada model Jerman dan Perancis.

i. Fukoku Kyohei- Kuatkan Tentera Kuatkan Ekonomi. Prinsip ini mendokong

cita-cita bahawa segala pemikiran dan jasad orang-orang Jepun hendaklah

memperkuatkan keselamatan negara dan memperkukuhkan ekonomi supaya

rakyat Jepun disegani dan dihormati di dunid. Oleh itu mereka digesa bekerja

kuat tanpa rasa jemu supaya negara mencapai keunggulan.

ii. Bunmei Kaika- Meningkatkan Kecerdikan Dalam Pendidikan. Prinsip ini

mendokong agar orang-orang Jepun bersemangat mencari, mengamalkandan menyebarkan ilmu-ilmu baru berteraskan sains dan teknologi kepada

seluruh anak-anak Jepun. Ini dibuat berdasarkan Jepun telah ketinggalan jauh

dari segi pencapaian teknologi dan ekonomi apabila membuka pintu

negaranya ke atas negara-negara barat. Bagi menjamin maruah dan bangsa

Jepun dihormati, rakyat disarankan menimba ilmu tanpa sempadan.

iii. Shokusan Kogyo- Menjalankan Program Perindustrian Berat. Prinsip ini

mendokong cita-cita bahawa negara Jepun mestilah maju dalam lapangan

perindustrian berat untuk mengembangkan ekonomi Jepun di seluruh dunia.

Tokyo telah memainkan peranan sebagai pusat perindustrian dan

penyelidikan di lapangan perindustrian supaya negara Jepun mampu

mengeksport barang-barangnya ke seluruh dunia. Ramai orang Jepun telah

5/19/2018 KKP TITAS.docx

7/35

7

dihantar ke negara barat untuk menimba ilmu pengetahuan dan pulang ke

Jepun sebagai perintis serta penasihat kepada orang-orang Jepun di lapangan

perindustrian.

iv. Kokusai- Kankei Menjalin Perhubungan dengan Masyarakat Antarabangsa

Untuk menjadi sebuah negara maju rakyat Jepun diminta mengadakan

perhubungan dengan seluruh dunia agar negara Jepun terkenal dan ini

sekaligus berupaya meningkatkan perdagangan Jepun. Budaya Jepun

menjadi elemen penting diperkenalkan oleh orang-orang Jepun melalui

konsep kaizen dan arigato.

ERA PEMERINTAHAN MEIJI DAN PENCAPAIANNYA (1868 - 1912)

Zaman pemerintahan Meiji bermula pada tahun 1867. Teraju pemerintahan di

pegang oleh seorang putera yang bernama Putera Mutsuhito. Beliau yang ketika itu

masih berumur 15 tahun ( 16 tahun di dalam beberapa rekod yang lain) di lantik selepas

jatuhnya sistem pemerintahan Shogun Tokugawa (1603 1867). Sewaktu awal

kemunculannya sebagai pemerintah yang di gelar Meiji yang membawa maksud

pemerintah yang menerima pencahayaan, struktur pemerintahan hanya terdiri

daripada kalangan samurai-samurai yang masih muda, berumur dalam awal 30an dan

penghujung 20an. Adalah dikatakan bahawa Maharaja Meiji langsung tidak tahu

menunggang kuda sewaktu berumur 16 tahun. Namun begitu, atas semangat Jepun

Baru, banyak pencapaian yang telah di kecapi sepanjang zaman pemerintahan Meiji.

Pencapaian ini dapat dipecahkan kepada beberapa bahagian yang penting seperti di

bawah:

1. Penghapusan sistem feudalisme

2. Komunikasi dan perhubungan

3. Pendidikan

5/19/2018 KKP TITAS.docx

8/35

8

4. Undang-undang

5. Kesusasteraan

6. Ideologi dan agama

7. Ekonomi

8. Perindustrian

9. Dasar kewangan dan fiskal

10. Politik

11. Media cetak

12. Kebudayaan

Setiap pencapaian ini akan di bincangkan secara lebih terperinci lagi dalam

perenggan yang seterusnya. Sebelum itu, adalah lebih baik jika kita dapat melihat

keadaan Jepun lebih awal lagi supaya dapat kita lihat perbandingan di antara dua corak

pemerintahan. Pemerintahan yang lebih awal di maksudkan saya ialah zamanpemerintahan Shogun Tokugawa. Tokugawa Ieyasu merupakan sekutu paling berkuasa

kepada Hideyoshi semasa zaman Sengoku Jidai (zaman peperangan yang berlaku

pada 1460 1573M). Zaman pemerintahan Tokugawa tidaklah seteruk mana kerana

rakyat Jepun masih menghargai jasa beliau yang berjaya menyatukan Jepun. Namun,

ketika era pemerintahan beliau, amalan feaudalisme telah dilancarkan oleh beliau

dengan meletakkan diri beliau sebagai Pemerintah Seluruh Jepun. Di bawahnya pula di

susuli oleh samurai yang mendapat hak keistimewaan yang lebih dari rakyat biasa. Di

zaman itu, hanya samurai yang mempunyai kuasa untuk membawa pedang. Kemudian

di ikuti oleh Petani, Petukang dan akhir sekali golongan saudagar. Rajah 1 di sebelah

dapat memberikan penjelasan kepada struktur sistem feudalisme Kesyogunan

Tokugawa.

5/19/2018 KKP TITAS.docx

9/35

9

Di zaman ini juga, Kesyogunan Tokugawa telah melaksanakan pemencilan

Jepun dengan mengamalkan dasar pintu tertutup. Walaupun begitu, keamanan dan

kestabilan berlangsung hampir 200 tahun di bawah pemerintahan beliau. Namun,

segalanya berkahir apabila kekangan ekonomi dan inflasi yang teruk melanda Jepun di

sebabkan oleh kegagalan sistem pertanian. Ketika itu juga, kewibawan para samurai

jatuh di sebabkan terpaksa berhutang dan ini menyebabkan kekuasan golongan

saudagar semakin meningkat. Keadaan ini telah mengubah kedudukan mereka di

dalam status feudal Jepun ketika itu.

Di samping itu juga, kapal Amerika Syarikat yang di naungi oleh Komander

Matthew Calbraith Perry yang berlabuh di Teluk Tokyo pada 1853 dan sekali lagi pada

1854 telah berjaya mendesak Jepun membuka pintu sempadan mereka kepada orangasing dengan termaktubnya Perjanjian Kanagawa. Namun, keadaan menjadi tidak

terkawal apabila terlalu ramai orang asing yang membanjiri tanah Jepun atas keinginan-

keinginan tertentu. Ada juga pihak yang menentang Kesyogunan Tokugawa kerana

merasakan adat dan kebudayaan asli mereka terancam dengan kehadiran orang asing.

1. Pemansuhan Sistem Feudalisme

Pemerintahan Meiji bermula sebaik sahaja kejatuhan Kesyogunan Tokugawa. Era inijuga di gelar Zaman Pemulihan Meiji. Di awal era pemerintahan beliau, perkara yang

terawal sekali yang di lakukan beliau ialah dengan memikirkan bagaimana persoalan

mengenai bagaimana caranya untuk membiarkan semua rakyat di dalam negara ini

merasakan diri mereka di hargai? Perasaan kewarganegaran? Perasaan yang

mengatakan bahawa mereka adalah sebahagian daripada gerakan pemulihan beliau?

Maka, Maharaja Tokugawa telah membuat keputusan untuk memnasuhkan kedudukan

dan kelas dalam sistem feudalisme. Dengan terhapusnya sistem feudalisme, maka

bermulalah era pemodenan Jepun yang merubah nasib hampir keseluruhan penduduk

negara Jepun. Namun, penghapusan kedudukan golongan samurai yang langsung

tidak memberikan sebarang sumbangan untuk beberapa ratus tahun sebelum itu,

tidaklah semudah yang di sangka. Pemansuhan kedudukan mereka telah di tentang

hebat oleh Jeneral Saigo yang bertanggungjawab yang mengetuai angkatan tentera

5/19/2018 KKP TITAS.docx

10/35

10

Shogun. Jeneral Saigo telah menentang Maharaja Tokugawa tetapi telah di tentang

oleh pasukan tentera Maharaja Tokugawa yang terdiri daripada petani yang sebelum ini

tidak mempunyai hak untuk menggunakan senjata. Penentangan Jeneral Saigo

menemui kegagalan dan beliau telah menamatkan riwayanya sendiri mengikut ritual

seorang samurai yang sejati. Dengan kematian Jeneral Saigo, bermulalah era baru

dengan slogan : Tamadunisasi dan Pencahayaan (Civilisation and Enlightment).

2. Komunikasi dan Perhubungan

Bidang komunikasi telah di permodenkan setelah Maharaja Meiji menerima

hadiah berupa mesin telegraf. Mesin ini telah di kaji oleh ilmuwan-ilmuwan Jepun dan

telah di modenkan lagi. Alat ini telah membantu dalam bidang ketenteraan Jepun

sebagai satu media yang efektif dalam berkomunikasi. Teknologi ini juga membantu

dalam urusan pemusatan pentadbiran dan pembangunan ekonomi. Pada tahun 1880,

hampir seluruh bandar besar di lengkapi dengan kemudahan telegraf. Selanjutnya,

sistem pos moden telah di perkenalkan dan memantapkan lagi sistem komunikasi di

Jepun.

Sementara itu, dari segi perhubungan pula, perkhidmatan kereta api telah di

perkenalkan. Kerja pembinaan landasan kereta api telah di mulakan pada tahun 1872.Dengan adanya perkhidmatan kereta api, telah memudahkan system pengangkutan

untuk penumpang dan juga barangan ekonomi. Pada tahun 1872, landasan telah di

bina untuk menghubungkan Tokyo dan Yokohama. Dua tahun berikutnya, 1874, ianya

telah di sambung ke Kobe, Osaka dan Kyoto. Landasan terakhir yang di bina ketika itu

untuk menghubungkan Kyoto dan Otsu di bina pada tahun 1880. Landasan itu telah di

bina sepenuhnya oleh jurutera-jurutera Jepun. Menjelang tahun 1881, Jepun telah

mempunyai landasan kereta api sejauh 26 batu. Pendapat mengatakan sistem

komunikasi dan perhubungan negara Jepun lebih maju daripada negara-negara barat

ketika itu.

5/19/2018 KKP TITAS.docx

11/35

11

3. Pendidikan

Pendidikan memainkan peranan penting untuk mencapai matlamat Maharaja

Meiji. Ianya di anggap sebagai alat tranfsormasi untuk merealisasikan impian Maharaja

Meiji. Sehubungan dengan itu, konsep pendidikan moden telah di beri pe...