KKP VISHVA

  • View
    247

  • Download
    0

Embed Size (px)

DESCRIPTION

h

Transcript

SBFS 1103 THINKING SKILLS AND PROBLEM SOLVING/KEMAHIRAN BERFIKIR DAN PENYELESAIAN MASALAH

VISHVANATH A/L RAJANDERAN ( SBFS 1103 THINKING SKILLS AND PROBLEM SOLVING/KEMAHIRAN BERFIKIR DAN PENYELESAIAN MASALAH )1.0 PENGENALANMasalah disiplin di sekolah merupakan perkara yang lazim berlaku, walaupun telah banyak beberapa tindakan yang diambil tetapi ianya tetap berlaku. Untuk menyelesaikan sesuatu masalah disiplin ia agak mustahil. Masalah ini lebih tertumpu kepada beberapa faktor utama dan juga mempunyai sebuah teknik yang dapat mencegah masalah ini secara berkesan.Sebagai seorang pelajar seharusnya mengetahui cara penyelesaian masalah dengan bijak dan juga menyelesaikannya dengan menggunakan kaedah ataupun teknik yang berkesan tanpa membawa kesan buruk kepada diri sendiri dan orang lain. Setiap masalah mempunyai satu peluang tersembunyi yang amat berkuasa sehingga ia menyembunyikan masalah itu. Cerita yang paling berjaya dicipta oleh orang yang mengecam satu masalah dan menukarnya kepada satu peluang.Joseph Sugarman (English, 2011).Pandangan di atas telah diujarkan oleh Joseph Sugarman ( 2011) yang dimaksudkan bahawa setiap masalah didapati satu penyelesaian yang cukup kukuh untuk menyelesaikan kekangan yang dihadapi secara berkesan.Orang yang dapat mengidentifikasi masalahnya dan memberi ataupun mengaplikasi cara penyelesaian yang bijak untuk mengatasi masalah tersebut dianggap sebagai seorang yang berjaya.Sejak kebelakangan ini, peningkatan yang mendadak kadar masalah disiplin di sekolah-sekolah Malaysia menimbulkan tanda tanya kepada pelbagai pihak mengenai punca sebenar berlakunya fenomena ini. Dalam tugasan ini, saya berfokus terhadap masalah disiplin iaitu perbuatan ponteng yang kerap berlaku di sebuah sekolah. Bagaimana masalah ini bermula dan berakhir ? Dengan konsep menggunakan kaedah root cause analysis (RCA), saya dapat menganalisis lima faktor yang utama dijadikan penyumbang bagi masalah ponteng ini berlaku secara berleluasa.Sehubungan dengan itu, pada pendapat saya dikehendaki memberi cadangan dengan menggunakan pengaplikasian kaedah tiga teknik Stop It untuk mencegah masalah ini secara keseluruhan di negara Malaysia.Justeru, dalam menyelesaikan sesuatu masalah perkara utama yang perlu dilakukan adalah mengenalpasti masalah terdahulu kemudian membuat analisi dan cadangan yang bersesuaian.

2.0 Konsep RCA (Root Cause Analysis)Analisis akar umbi atau root cause analysis (RCA) adalah satu kaedah yang popular dan kerap digunakan untuk membantu individu dalam mencari punca ataupun faktor bagi berlakunya sesuatu masalah. Secara asasnya, matlamat utama adalah mencari punca utama sesuatu masalah itu, yang boleh dijalankan dengan penggunaan satu set langkah-langkah khusus bersama dengan peralatan. Dengan mengenal pasti sebab utama masalah, bolehlah menentukan apa yang sebenarnya telah berlaku, mengapa \masalah tersebut berlaku dan juga dapat mencari langkah yang sepatutnya dicadangkan bagi mencegah masalahnya terjadi pada masa yang akan datang. Terdapat tiga jenis punca ataupun sebab yang sering didapati dalam pengaplikasian kaedah root cause analysis(RCA) dalam penyelesaian masalah yang dihadapi. Antaranya berikut: Sebab fizikal - Item yang konkrit atau benar, item kebendaan yang gagal dalam cara tertentu Sebab manusia - Satu perbuatan dilakukan oleh individu dan ia tidak dilaksanakan secara betul oleh seorang individu tersebut. Sebab organisasi -Satu sistem, proses atau polisi sikap lazim digunakan oleg seseorang untuk membuat sesuatu keputusan yang penting.

Rajah 1 : Punca RCA (Root Cause Analysis)RCA telah didapati berkesan dalam penyiasatan pola-pola kesan negatif, mengenal pasti masalah yang tersembunyi dalam sesuatu sistem tertentu dan juga mencadangkan tindakan ataupun cadangan yang tepat khusus yang boleh menyumbang pada sesuatu masalah yang tertimbul. Maka RCA boleh diaplikasi pada semua jenis masalah asalkan seseorang bersemangat dan sanggup menghadapi sesuatu cabaran dalam siasatannya dengan satu pertimbangan baik dan berfikiran logik. Terdapat lima langkah yang utama terlibat dalam proses RCA.Rajah 2 : Langkah-langkah RCA (Root Cause Analysis)2.1 Langkah-langkah RCA

Langkah utama mendefinisi masalah dimaksudkan dengan dalam langkah ini haruslah memerhati apa yang sedang berlaku dan pada masa yang sama mencari tanda-tanda sangsi yang khusus.Seterusnya, langkah kedua pula mengumpul data yang membawa definisi membuktikan bahawa masalah itu wujud atau masalah telah pun timbul bagi satu tempoh masa dan telah menyebabkan satu impak ataupun akibat khusus. CATWOE adalah satu alat yang boleh digunakan pada tahap ini supaya boleh melihat masalah dari pelbagai perspektif

Rajah 3: Alat CATWOE yang digunakan dalam langkah mengumpul Data

Dalam langkah ini, bantuan dari individu-individu yang memahami situasi dan lazimnya dengan masalah yang timbul tersebut akan membantu dalam menanggani masalah dengan lebih baik. Langkah seterusnya identifikasi penyebab iaitu mengecam ataupun mencari urutan sesuatu peristiwa yang menjadi penyebab kepada masalah, keadaan yang membenarkan masalah itu wujud dan masalah- masalah lain yang mengelilingi timbulan masalah utama. Fakta yang paling penting adalah seseorang sepatutnya selalu mencari faktor tertentu. Langkah keempat pula kenalpasti faktor ataupun penyebab utama yang dimaksudkan dengan langkah ini dilaksanakan bagi mendapatkan sebab utama bagi kewujudan faktor penyebab dan kewujudan masalah yang timbul. Langkah akhirnya ialah pengambilan dan pemberian cadangan serta tindakan untuk penyelesaian masalah yang timbul. Pada langkah ini sepatutnya menyediakan idea bagi mencegah masalah daripada berlaku lagi, perancangan dan implimentasi penyelesaian oleh individu dan mengenal pasti risiko yang mungkin wujud dengan implimentasi penyelesaian terpilih.

3.0 Dengan menggunakan kaedah root cause analysis (RCA), analisis LIMA faktor utama yang telah menyumbang kepada masalah ponteng sekolah.

Menurut Kamus Dewan, istilah ponteng didefinisikan sebagai lari daripada tanggungjawab atau tugas tanpa kebenaran. Ponteng ini dibawa maksud kes ketidakhadiran yang berpunca daripada tanpa sebab iaitu keinginan pelajar itu sendiri, dan bukannya kes-kes yang mempunyai sebab seperti sakit, kemalangan dan sebagainya. Berdasarkan langkah pertama dalam RCA (Root Cause Analysis) masalah ponteng didefinisikan berbeza dari segi perspektif sekolah, tetapi lazimnya digambarkan secara jelas dalam peraturan sekolah. Ponteng juga merujuk kepada pelajar yang menghadiri sekolah tetapi tidak menghadiri kelas, sama ada salah satu kelas, beberapa kelas ataupun kesemua kelas dalam satu hari tersebut. Masalah ini juga didapati melalui beberapa tanda-tanda seperti murid kurang menghadiri ke sekolah, murid tidak berminat dalam pengajaran dan pembelajaran guru, dan mendapati prestasi murid dalam pembelajaran kurang memuaskan dari segi peperiksaan.Selain itu, kehadiran murid agak teruk ke sekolah menimbulkan masalah disiplin di sekolah. Masalah ini membuktikan beberapa data yang relevan misalnya, rekod kadatangan murid, prestasi murid berdasarkan kad kemajuan, tingkah laku murid di sekolah. Berlandaskan langkah kedua mengumpul data dikaitkan dengan masalah ponteng guru ataupun ibu bapa boleh mengidentifikasi masalah tersebut melalui kad kemajuan prestasi murid sama ada mereka mencapai markah dan prestasi cemerlang atau lemah dari segi peperiksaan yang dijalankan. Selain itu, ibu bapa boleh mengecam jika anak mereka didapati tidak hadir ke sekolah beberapa hari berturut-turut contohnya seminggu ataupun sebulan, maka itulah ponteng berlaku dalam kalangan murid.

Menurut Haliza Hamzah dan Joy Nesamalar Samuel (2008) dalam buku Siri Pendidikan Guru-Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku, punca berlakunya ponteng dari segi diri murid adalah kerana perkembangan kognitif, emosi, sosial dan fizikal kanak-kanak berlaku pada kadar yang berbeza. Setiap murid mempunyai perkembangan kognitif yang berbeza, ada murid yang lemah dan ada yang bijak. Jika murid tersebut dapati ponteng sekolah, murid tersebut mempunyai masalah tingkah laku dari segi kognitif contohnya, melepak, mengisi masa lapang dengan aktiviti yang tidak berguna, kecicran sekolah, dan mempunyai peluang untuk melibatkan diri sendiri dalam aktiviti berjenayah. Kesemua ini telah mencemarkan masa depan murid dan membawa akibat buruk terhadap diri sendiri, masyarakat dan negara.

Terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan pelajar ponteng. Dalam konsep RCA langkah ketiga pula identifikasi faktor secara jelasnya punca berlakunya masalah ponteng dalam kalangan murid. Faktor yang pertama adalah disebabkan oleh sikap pelajar itu sendiri. Terdapat dalam kalangan pelajar yang tidak mempunyai motivasi diri untuk belajar dan kurangnya minat untuk bersekolah. Pelajar dalam kategori ini lazimnya keluar dari rumah pada waktu pagi dengan memakai pakaian sekolah yang lengkap tetapi tidak ke sekolah, sebaliknya mereka berkumpul di pusat snuker atau pusat permainan video untuk berseronok-seronok dan melepak dengan rakan sebaya yang lain. Model Humanistik diperkenalkan oleh Abraham Maslow dan Carl Rogers menekankan lima keperluan tingkah laku yang mempengaruhi dan mengarahkan tingkah laku manusia.Keperluan fisiologi merupakan aspek yang penting perlu dipenuhi dalam proses P&P.Sekiranya keperluan fisiologi tidak dipenuhi pelbagai masalah tingkah laku akan muncul.

Seterusnya, faktor suasana dan persekitaran sekolah juga mungkin menjadi penyebab kepada masalah pelajar ponteng. Mengikut Hussein (1993) pembelajaran yang berkesan datangnya dari suasana sekolah yang tenteram, kerana ketenteraman itu amat kritikal bagi melahirkan pencapaian yang baik di kalangan pelajar. Suasana sekolah yang kondusi