Koleksi Kek

  • Published on
    16-Feb-2015

  • View
    155

  • Download
    1

Embed Size (px)

DESCRIPTION

RESEPI

Transcript

KEK BATIK BIRU Bahan-bahannya; 10 biji telur ayam 16 oz mentega 1 tin susu manis 1 tin serikaya 1 gelas horlick 1 gelas tepung gandum kg roti tunjuk sedikit warna biru Cara membuatnya; Pukul mentega bersama gula halus hingga sebati. Kemudian, masukkan telur satu persatu. Pukul hingga kembang. Masukkan tepung gandum, horlick dan serikaya. Gaul hingga sebati. Tuangkan adunan kek ke dalam kuali dan gaul rata. Kacau di atas api yang sederhana. Apabila nampak pekat, masukkan roti tunjuk tadi. Biarkan sejuk selama 10 minit. Masukkan adunan ke dalam acuan dan tekan.

KEK LONDON Bahan-bahannya; 12 biji telur ayam 1 gelas milo 50 gm susu manis 1 gelas horlick 2 gelas tepung gandum 12 oz mentega 1 gelas gula halus Cara membuatnya; Telur dipukul dengan gula sampai kembang. Masukkan tepung gandum. Gaul rata. Lepas itu masukkan mentega yang sudah dicampur dengan susu manis tadi. Bahagi kepada 3 bahagian. (i) Milo (ii) Horlick (iii) Asal Kukus adunan horlick dahulu. Lepas itu, adunan milo dan seterusnya warna asal. Kukus berlapis-lapis hingga habis.

1

KEK LAPIS TIKAR GETAH Bahan untuk membuat lapisan bawah; 6 biji telur ayam 120 gm gula 130 gm tepung gandum 30 gm tepung jagung sudu makan ovalette 3 sudu susu pekat Cara membuatnya; 1. Mentega, gula dan susu dipukul hingga kembang 2. Pukul telur di tempat yang berasingan hingga kembang. Masukkan ovalette. 3. Kemudian masukkan tepung gandum, tepung jagung, horlick dan gaul hingga sebati. 4. Akhir sekali, masukkan adunan yang telah sebati ke dalam adunan mentega tadi. Gaul hingga rata. 5. Masakkan selapis demi selapis ( disyorkan inci untuk setiap lapisan) dalam acuan 8 inci. Disyorkan juga 3 hingga 5 lapisan untuk lapisan atas dan bawah. Bahan inti; 10 biji telur ayam 250 gm gula halus 250 gm tepung gandum 16 oz mentega 1 sudu makan ovalette 6 sudu makan susu pekat botol horlick (medium) Cara membuatnya; 1. Mentega dan susu dipukul hingga kembang. Masukkan ovalette. 2. Masukkan tepung gandum, tepung jagung, horlick dan gaul sebati. 3. sediakan tiga warna untuk membuat lapisan. (mengikut citarasa anda sendiri) 4. setiap warna dibakar dalam acuan 8 inci pada ketebalan inci. Setiap lapisan dimasak dalam acuan berasingan pada setiap warna. Sejukkan dan potong mengikut corak ang anda suka. Untuk mencantum, gunakan strawberry ataupun serikaya. 5. setelah siap lapisan, bakar dalam satu acuan selama jam. Sejukkan sebelum dipotong.

2

KEK LAPIS PANDAN STRAWBERRY Bahan-bahannya; 18 biji telur ayam (ambil 7 putihnya) 500 gm mentega 280 gm gula halus dibahagi dua 150 gm tepung hongkong 4 sudu makan susu pekat 1 sudu makan ovalette sudu the esen vanilla 2 sudu makan perasa pandan Pewarna hijau epal dan merah jambu Cara membuatnya; Aduanan 1; Mentega, susu pekat, esen vanilla dipukul hingga kembang. Adunan 2; Pukul kuning telur separuh kembang. Masukkan sebahagian gula dan ovalette. Kacau sebati dan campurkan kedua-dua adunan. Adunan 3; Putih telur dipukul hingga putih dan pekat. Masukkan sebahagian lagi gula dan pukul hingga pekat. Tuangkan adunan putih telur ke dalam adunan mentega. Kacau hingga sebati dan rata. Bahagi kepada 2 bahagian. (i) Campur perisa strawberry dan warna merah jambu (ii) Campur perisa pandan dan warna hijau epal. Bakar selapis demi selapis sehingga habis. Dimulakan dengan lapisan merah jambu.

KEK ZIG-ZAG Bahan-bahannya; 25 biji telur ayam ( 5 biji dibuang putihnya) 32 0z mentega (2 tin) 1 tin susu manis (medium) 1 gelas tepung naik sendiri 3 gelas gula halus 1 sudu the ovalette

3

4 gelas tepung gandum 1 cawan horlick 1 tin serikaya (kecil)

Cara membuatnya; Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan telur satu persatu. Gaul sebati. Masukkan tepung, kaya, horlick, ovalette dan susu. Gaul rata. Adunan dibahagi kepada 3 bahagian: (i) Merah (ii) Hijau (iii) Kuning Bakar lapisan merah dulu. Apabila masak, tekan dengan acuan zig-zag. Masukkan adunan hijau, tekan lagi. Buat sehingga habis. KEK BUMIKO Bahan-bahannya; 10 biji telur ayam 16 oz mentega 1 tin susu manis 1 gelas gula halus 2 gelas tepung roti marie 1 botol horlick 1 tin kecil serikaya 1 sudu teh vanilla Pewarna hijau, merah dan kuning Cara membuatnya; Pukul mentega dan gula hingga putih. Masukkan telur satu persatu. Putar hingga sebati. Setelah sebati, masuk tepung roti marie dan susu. Putar lagi. Selepas itu masukkan horlick, serikaya dan vanilla. Putar hingga rata. Bahagi kepada 3 bahagian dan warnakan. Kukus berlapis-lapis.

KEK MADU BERKACANG Bahan-bahannya; 10 biji telur ayam 16 oz mentega 1 cawan madu Australia 1 tin susu manis

4

1 cawan kacang tanah ditumbuk 2 gelas tepung gandum 1 tin sederhana besar serikaya 4 sudu besar Nescafe 4 sudu teh browning sugar Cara membuatnya; Pukul telur hinga kembang. Masukkan susu. Gaulkan mentega dengan serikaya, kemudian masukkan susu. Satukan kedua-dua adunan. Masukkan tepung gandum dan gaul rata. Bahagikan kepada 2 bahagian. (i) Hijau (ii) Nescafe dan browning Masukkan adunan hijau dahulu. Kukus sampai masak dan tabur kacang di atasnya. Masukkan adunan coklat. Buat begitu sampai habis. KEK MILLINEUM 2000 Bahan-bahannya; 12 biji telur ayam (4 biji dibuang putihnya) 12 oz mentega 140 gram mentega 140 gram gula tin susu manis 350 gram tepung roti marie 60 gram golden syrup 1 sudu teh fruit paste 1 sudu teh strawberry emulco 1 sudu makan ovalette 5 sudu makan coklat mutella 1 tin kecil serikaya 200 gram horlick Cara membuatnya; Adunan 1 Gaul mentega dan susu manis hingga rata. Adunan 2 Telur, kaya, gula, horlick, tepung roti marie, golden syrup dan ovalette dipukul hingga kembang dan pekat. Campur adunan 1 & 2. Gaul rata dan sebati. Bahagi kepada 3 bahagian: (i) Warna coklat dan coklat mutella

5

(ii) Warna merah dan strawberry emulco (iii) Warna kuning dan fruit paste Bakar berlapis-lapis. Kuning, coklat dan merah. KEK TRAFFIC LIGHT Bahan-bahannya; 5 biji telur ayam 1 tin susu manis 1 tin serikaya 1 gelas tepung gandum 1 gelas gula halus 12 oz mentega 1 sudu teh esen vanilla Cara membuatnya; Pukul gula dan mentega hingga kembang. Masukkan telur satu persatu. Pukul lagi dan masukkan susu. Kacau rata-rata. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Akhir sekali masukkan esen vanilla. Adunan dibahagikan kepada 3 bahagian: (i) Merah (ii) Hijau (iii) Kuning Kukus berlapis-lapis hingga habis. KEK DESAFAIR Bahan-bahannya; 10 biji telur ayam 1 gelas gula halus 1 tin susu manis 1 tin sederhana kaya 1 botol kecil horlick 16 oz mentega 1 sudu teh vanilla 1 gelas tepung gandum Warna hijau dan coklat (jika mahu) Cara membuatnya; Masukkan bahan ke dalam blender dan blenderlah sampai sebati dan rata. Masukkan ke dalam acuan dan kukus sampai masak selama 3 jam.

6

KEK MALAYSIA Bahan-bahannya; 4 biji telur ayam mangkuk mentega mangkuk gula halus 1 mangkuk tepung gandum 1 sudu teh esen vanilla 1 sudu teh koko sedikit kacang tanah digoreng tanpa minyak dan ditumbuk Sedikit kismis Sedikit badam Cara membuatnya; Pukul mentega dan gula sampai kembang. Masukkan telur satu persatu sampai habis. Setelah itu masukkan tepung gandum dan koko yang telah diayak serta kacang goreng. Masukkan juga buah badam, kismis dan vanilla. Kacau sebati. Ambil acuan kek dan sapukan mentega serta taburkan tepung gandum. Panaskan acuan sebentar. Bakar dengan api sederhana. Apabila kelihatan naik barulah ditukar api atas. KEK LAPIS TAK TERASA Bahan-bahannya: 10 biji telur ayam 16 oz mentega 2 gelas tepung roti marie 1 botol kecil horlick 1 tin kecil milo 1 gelas susu Sedikit vanilla Cara membuatnya: Pukul gula dengan mentega hingga kembang. Masukkan telur satu persatu sampai habis dan pukul lagi. Masukkan tepung roti marie dan gaul rata. Masukkan susu dan horlick dan gaul lagi. Kukus berlapis-lapis sampai masak KEK KAYANGAN Bahan-bahannya: 18 biji telur ayam (kuning sahaja) 12 biji putih telur 9 oz gula

7

21 oz margerin 16 oz tepung gandum ( tin mentega) 2 sudu besar susu pekat manis 1 camca the baking powder 1 camca teh vanilla Cara membuatnya: 1. 2. 3. 4. 5. Pukul putih telur hingga kembang dan masukkan gula sedikit demi sedikit dan pukul lagi. Pukul margerin dan susu dalam bekas lain sehingga sebati. Kemudian tuangkan ke dalam adunan telur. Masukkan tepung yang telah diayak dengan baking powder dan vanilla. Masukkan adunan ke dalam acuan yang berukuran 8 dan bakar selama 10 minit dengan api 180c.

KEK LAPIS PAPERMINT Bahan-bahannya: 16-20 biji telur ayam (ambil putihnya) 5 oz mentega cair 12 oz gula halus 10 oz top flour 2 oz susu cair 1 sudu makan papermint 1 sudu makan ovalette 1 sudu teh garam Sedikit pewarna ungu Cara membuatnya; 1. Pukul putih telur dan gula hingga kembang 2. Masukkan ovalette. Pukul lagi hingga pekat 3. Masukkan tepung dan gaul hingga rata 4. Akhir sekali, masukkan susu cair, garam, mentega cair dan papermint. Bahagikan kepada 2 bahagian: i. Warna ungu ii. Warna asal 5. Bakar berlapis-lapis hingga habis

8

KEK LAPISAN HONEY DEW Bahan-bahannya; 1 gelas gula halus 10 biji telur ayam 16 oz mentega 1 tin susu manis 1 tin kecil serikaya 1 botol horlick 3 gelas tepung roti marie 1 sudu teh vanilla 1 sudu teh ovalette 1 sudu teh madu 1 sudu teh perisa pandan Pewarna hijau, kuning & merah Sedikit kismis hitam dan tepung Cara membuatnya; 1. Pukul mentega dan gula hingga kembang 2. Masukkan telur satu-persatu 3. Masukkan pula susu, serikaya, horlick, madu, ovalette dan vanilla. Kacau rata dan bahagikan kepada 2 bahagian: a. Bahagi kepada 2 bahagian lagi: i. Warna hijau dan perisa pandan ii. Warna kuning b. Masukkan warna merah dan kismis yang telah digaul dengan tepung 4. Kukus hijau dahulu, kemudian kuning dan akhir sekali merah. 5. Bakar sekejap

KEK TANGGA MARMAR Bahan-bahannya; 10 biji telur ayam 16 oz mentega 1 tin susu manis

9

1 gelas gula halus 1 tin jem buah 1 botol horlick 1 sudu teh vanilla 2 gelas tepung gandum Cara membuatnya; Adunan 1 Pukul telur dan gula hingga kembang Adunan 2 Puk