Koleksi resipi kek

  • Published on
    15-Jun-2015

  • View
    40.024

  • Download
    0

Embed Size (px)

Transcript

KEK LAPIS HOLIDAY INN Sumber : Puan Rabiah Amit Bahan-Bahan A 14 biji kuning telur 6 biji putih telur 200 gm tepung Hong Kong 250 gm gula halus (saya gunakan 220 gm) 1 sudu makan ovalette Bahan-Bahan B 300 gm mentega 4 sudu besar susu pekat manis 75 gm susu tepung 1 botol kecil jem nenas (saya gunakan 200 gm) pewarna makanan hijau, kuning dan merah Cara: 1. Pukul Bahan A hingga kembang (kira-kira 8-10 minit). 2. Pukul Bahan B hingga sebati (kira-kira 5 minit). 3. Kemudian campurkan Bahan A dan Bahan B lalu gaul hingga rata. 4. Bahagikan adunan kepada 4 bahagian. Gunakan loyang berukuran 8x8x3 inci. Lapiskan warna hijau, kuning, merah dan warna asal dgn setiap lapisan empat sudu makan adunan. 5. Ulangi proses ini hingga habis. Nota: Saya bahagikan adunan kpd 4 bahagian dgn setiap bahagian mengandungi 8 senduk adunan (senduk bujur yg biasa saya gunakan utk membuat kek lapis). Satu lapisan saya gunakan 2 senduk adunan, so keseluruhan kek ada 16 lapis. Saya gunakan loyang 9x 6x 3"

KEK LAPIS PRUNE Sumber: Abg Rozzan Bahan-bahannya: 10 biji kuning telur 2 biji putih telur 5 oz gula halus 8 oz mentega 75 gm tepung Hong Kong } sudu teh baking powder} ayak bersama 280 gm buah prune -digunting2 atau dileperkan sudu besar ovalette 1 sudu teh vanilla Peraturan:

1) Pukul mentega dan vanilla sehingga kembang..... Bahan (A).

2) Pukul telur, tepung, baking powder, gula dan ovalette dgn high speed hingga pekat (kira2 sepuluh minit)..... Bahan (B)

3) Satukan Bahan (A) dan (B). Kacau rata-rata. Bakarlah selapis selapis dgn menggunakan api 'grill' (api atas jer) sehingga selesai.

4) Pada setiap lapisan genap, (kedua, keempat, keenam,...) taburkan dgn buah prune yg telah digunting-gunting tadi.

Ini hasilnya...

KEK LAPIS HORLICKS HAW FLAKES Sumber: Babybatriesyia Bahan A 300 gm butter 150 gm horlicks 300 gm kaya 194 gm susu pekat manis 180 gm tepung gandum (diayak bersama 1 sudu teh baking powder) Bahan B 10 biji telur 100 gm gula castor Bahan C 1/2 sudu teh pewarna hijau, ungu, kuning, merah jambu 1/2 sudu teh pes coklat Haw flakes Cara : Pukul butter sampai kembang. Masukkan horlicks, kaya, susu pekat manis dan tepung. Adunkan adunan sehingga sebati. Di dalam bekas yg lain, pukul telur hingga ringan dan kembang. Jangan tambahkan gula sekaligus tetapi sedikit demi sedikit. Pukul sehingga gula larut dan adunan menjadi agak pekat dan berkrim. Pukul lebih kurang 15 minit. Masukkan adunan telur ke dalam adunan tepung dan satukan. Bahagikan adunan tadi kepada 6 warna iaitu warna asal, warna ungu, warna hijau, warna kuning, warna coklat, warna merah jambu. Bakar dalam bekas segiempat 8" dan alas dengan greaseproof paper. Gunakan loyang yg agak tinggi. Kukus setiap adunan mengikut susunan . Susunkan haw flakes. Pastikan setiap adunan benar2 masak sebelum melapis adunan yang lain. Sejukkan kek dalam acuan sebelum dikeluarkan. Setiap adunan selalunya memerlukan masa kukusan selama 10-15 minit sebelum melapis adunan yang lain.Agak sukar untuk memanaskan semula lapisan atau adunan yang tidak masak secukupnya. Pastikan tepung gandum tepung yg baru. Jika tidak, pastikan tepung dijemur dan ayak tepung sebelum digunakan. Air untuk mengukus mesti benar2 panas sebelum mula mengukus kek.

KEK COKLAT KUKUS BEBOP Sumber: Kak Bebop Bahan-bahannya 1 1/2 ketul (375 gram) butter 1 tin susu cair 2 cawan gula 4 biji telur - dipukul perlahan 1 cawan koko 1 sudu teh esen vanilla 2 cawan tepung gandum 1 sudu teh baking powder 1 sudu teh soda bikarbonat Cara-caranya 1. Cairkan butter bersama susu cair, gula. Dah sebati tutup api. Tunggu hingga suam masukkan telur. 2. Ayak bahan kering bersama dan masukkan sedikit demi sedikit kedalam adunan butter. Masukkan juga esen vanilla. Kacau sebati, masukkan dalam loyang 10" yg telah disapu minyak, kukus selama 1 1/2 jam. (Tutup loyang dengan plastic glaze, supaya air kukusan tak jatuh kedalam aduan kek) CHOCOLATE TOPPING Bahan-bahannya 250 gm cooking chocolate 50 gm susu cair Masak bersama hingga likat, sapukan atas kek dan kelilingnya. KEK BATIK JAWA Sumber: Maklang Bahan-bahannya Biskut Marie - patahkan 4 2 biji telur 1 cwn gula putih (nak manis tambah lagi) 150g butter 1/2 cwn koko powder 1/2 cwn susu cair (agak2 ajelah...jgn adunan terlalu pekat) Cara-caranya 1. Cairkan butter didalam periuk kemudian... masukkan koko dan kacau...guna api kecik. 2. Telur + gula, pukul ngan whisker dan masukkan dlm periuk tadi. Masukkan sedikit susu cair. 3. Last sekali, masukkan biskut marie...gaul sampai kesemua biskut sebati...tutup api. Jgn biarkan biskut terlalu kembang. 4. Angkat dan tuang dlm loyang yg dialas dengan alu.foil supaya kek tu tak melekat... Tekan kek hingga padat. 5. Masuk dalam fridge, dah keras baru potong menggunakan pisau tajam. Hiasan : Cairkan cooking coklat dan curahkan aje atas kek tadi...tabur almond. Nota : nak masukkan nut, kelapa dan kismis dlm kek pun boleh jika suka..mklang buat plain je sbb anak2 tak suka letak macam2 dlm kek...kat atas tu tabur je almond buat penyeri.

KEK BATEK JAWA Sumber: Maklang Bahan-bahannya 400 g biskut Marie (dipatahkan 4) 4 biji telur 1 1/2 cawan gula 1 ketul butter 3/4 cawan koko 1/2 cawan air Cara-caranya 1. Pecahkan telur dan masukkan gula.Kacau hingga kembang.Masukkan butter dan kacau lagi. 2. Masukkan pula koko dan tambah air, kacau lagi.Letak atas dapur dengan api yg kecil dan kacau selalu. 3. Last sekali, masukkan biskut yang dipatahkan 4 tadi dan biar sampai kembang tapi kena kacau takut nanti hangus pulak. 4. Letakkan aluminium foil dalam acuan dan tuangkan adunan. Tekankan adunan dan padatkan kemudian masuk dalam fridge. 5. Bila dah keras,bolehlah dipotong.Boleh juga disapukan topping coklat di permukaan atas kek tu. KEK LAPIS PRUNE Bahan-bahannya 5 putih telur 25 kuning telur 500 gram mentega 180 gram all purpose cake flour 220 gram gula caster 4 sudu makan susu pekat 2 sudu besar ovalette 1 sudu makan pure esen vanilla 340 gram pitted prune (prune tanpa biji) dihiris 1 tin kek 9" x 9" x 3" gris sekeliling dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas kek Cara-caranya Pukul mentega, susu dan vanilla sehingga kembang. Masukkan 100 gram gula. Pukul lagi sehingga gulanya larut. Ketepikan. Pukul putih terlur sehingga kembang. Masukkan 120 gram gula dan ovalette. Pukul lagi sehingga rata, masukkan kuning telur satu persatu dan pukul sehingga adunannya kembang. Masukkan adunan mentega kedalam adunan telur dan pukul pada kelajuan perlahan sehingga rata. Masukkan tepung dan gaul rata. Cara membakarnya Gunakan grill, panaskan sehingga 3.5 untuk kek lapis kemudian panaskan tin kuih sehingga kertasnya bertukar warna. Keluarkan dan tuangkan 1 senduk adunan kedalam tin dan ratakan. Grill sehingga warnanya coklat. Setelah itu tuang 1 sendung adunan diatasnya dan ratakan. Susun hirisan prune jangan terlalu banyak selang-selikan dan jangan terlalu rapat. Grill lagi sehingga coklat. Ulang lagi dengan satu lapis plain dan satu lapis mengandungi prune, sehingga adunan habis. Bila sampai ke lapisan terakhir dan bila warna permukaan menjadi coklat, tutup tin kuih dengan aluminium foil atau tutup periuk dan segera buka kepada kepanasan oven biasa pada suhu 120 darjah C, bakar lagi selama 10 minit. Apabila sudah masak, keluarkan dan buka tutupnya, biarkan sejuk, baru boleh dipotong.

KEK BATIK KENYALANG Sumber : Majalah Saji, April 2003 Bahan-bahan 500gm mentega golden churn 390gm susu pekat 200gm jem buah-buahan 10 biji telur gred A 1 sudu kecil pewarna hijau 200gm gula halus 150gm horlick 300gm tepung hongkong 1 sudu kecil pewarna kuning 1 sudu kecil pewarna merah

Cara menyediakan 1. Pukul mentega dan gula sehingga putih (selama 3 minit). 2. Dalam bekas lain, pkul telur sehingga kembang. 3. Campurkan adunan mentega dan telur,pukul sebati atau selama 2 minit. 4. Masukkan susu pekat, jem, Horlick dan tepung. Pukul selama 2 minit. 5. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian iaitu 2 cawan kuning. Selebihnya dibahagi 2 dan diwarnakan hijau dan merah. 6. Tuang 1 cawan adunan kuning ke dalam acuan 9 x 9 yang telah dialas kertas dan disapu mentega. Bakar dengan api atas sahaja pada suhu 180 C sehingga masak.

7. Masukkan adunan merah dan hijau ke dalam botol sos berasingan. Bila adunan kuning masak, paipkan secara menyerong adunan hijau berselang merah. sehingga menutupi lapisan bawah. Bakar pada suhu sama sehingga masak. 8. Jika lapisan tadi menggelembung, tekan lapisan dengan penekan untuk memampatkannya.

9. Paipkan pula lapisan kedua secara bertentangan dengan lapisan sebelumnya. 10.Ulangi proses ini sehingga habis. 11.Untuk lapisan akhir, tuang adunan kuning yang masih berbaki tadi.Ratakan dan bakar pada api atas bawah sehingga masak.

KEK LAPIS BATIK SUTERA Sumber: Lee Lin Bahan-Bahan: 450g mentega 250g gula halus 10 biji telur 170g seri kaya 397g susu pekat manis 100g Horlicks 1 sudu kecil esen vanila 200g tepung gandum (saya gunakan tpg Hong Kong) Cara : Pukul mentega dengan gula hingga kembang. Masukkan telur sebiji-sebiji sambil terus memukul hingga sebati. Masukkan seri kaya, susu manis, Horlicks dan esen vanila. Pukul lagi hingga rata. Masukkan tepung dan gaul rata-rata. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian: i) 2 bahagian dibiar plain (utk lapisan bawah dan atas) ii) 1 bahagian lagi dibahagi 3 -utk 3 warna, merah, cokelat dan oren. Panaskan ketuhar dgn suhu kira-kira 200-220 darjah Celsius. Gunakan api grill saja. Sementara itu sediakan loyang berukuran 10" x 7". Alaskan dgn kertas dan digriskan pd dasar dan sekeliling loyang. Setelah itu, mulalah membakar kek untuk lapisan bawah. Gunakan adunan plain dan bakar setiap lapis dgn 2 senduk adunan (4 lapisan semuanya) . Setelah itu bakar 3 lapis adunan berwarna merah, 3 lapis warna cokelat dan 3 lapis warna oren. Akhir sekali, bakar lapisan atas kek dgn adunan plain (4 lapisan).

KEK LAPIS SARAWAK Sumber: Kak Hanieliza Bahan A [Dipukul kembang dan ringan] 250 gm susu pekat 250 gm butter Bahan B 6 biji telur sejuk gred A [k