Konserto Terakhir

  • Published on
    07-Aug-2015

  • View
    4.353

  • Download
    3

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Novel

Transcript

KONSERTO TERAKHIR

Klon soalan SPM bahagian novel sepanjang 10 tahun yang lepas. Boleh diaplikasikan kepada semua novel mengikut zon.1 - Tema yang menarik merupakan pendorong kepada pembaca untuk membaca sesebuah novel. Nyatakan tema novel yang telah anda baca. - Pengarang menyelitkan beberapa persoalan dalam novel yang telah anda baca. Huraikan tiga persoalan utama dalam novel tersebut.

2

3 - Banyak peristiwa yang dipaparkan dalam novel mengandungi nilai murni. Berdasarkan novel yang telah anda baca, bincangkan tiga peristiwa yang membawa nilai murni yang berbeza. 4 - Cerita dalam novel sememangnya memaparkan latar masyarakat sezaman. Nyatakan tiga latar masyarakat yang terdapat dalam novel yang telah anda baca. - Latar tempat yang terdapat dalan sesebuah novel menjadikan cerita lebih realistik. Berdasarkan novel yang telah anda kaji, huraikan tiga latar tempat utama. - Pengakhiran sesebuah cerita dalam novel akan memberikan kepuasan kepada pembaca. Huraikan pendapat tersebut berdasarkan novel yang telah anda kaji.

5

6

7 - Klimaks merupakan unsur utama dalam plot sesebuah cerita. Daripada novel yang telah anda baca, jelaskan persitiwa yang menjadi klimaks dalam novel tersebut. 8 - Novel yang telah anda kaji mengandungi beberapa persoalan utama. Huraikan tiga peristiwa yang mendokong persoalan kegigihan dalam novel tersebut. 9 - Watak adalah unsur penting yang menghidupkan dan menggerakkan cerita. Huraikan tiga perwatakan watak utama dalam novel yang anda baca. 10 - Watak utama dalam sesebuah novel banyak menghadapai cabaran. Nyatakan cabaran watak utama dalam novel yang anda baca. 11 - Pembaca novel akan mendapat banyak pengajaran berguna yang boleh dijadikan panduan hidup. Jelaskan tiga pengajaran utama yang dapat anda petik daripada novel yang telah anda kaji. 12 - Nilai kasih sayang terdapat dalam kebanyakan novel yang bercorak kemasyarakatan. Huraikan tiga nilai tersebut berdasarkan novel kajian anda. 13 - Konflik yang timbul dalam cerita membuatkan cerita semakin berkembang. Berdasarkan novel kajian anda, nyatakan peranan watak utama dalam menyelesaikan konflik. 14 - Watak sampingan dalam sesebuah novel juga penting dalam menggerakkan cerita. Nyatakan peranan satu watak sampingan berdasarkan novel yang telah anda baca.

15 - Sesebuah novel banyak memaparkan peristiwa yang dapat dijadikan teladan. Berdasarkan novel kajian anda, jelaskan peristiwa yang memberi teladan kepada pembaca. 16 - Novel yang telah anda baca mengandungi banyak peristiwa menarik. Nyatakan tiga peristiwa menarik dalam novel tersebut. 17 - Watak-watak dalam sesebuah novel akan bertentangan dengan sebahagian watak yang lain. Berdasarkan novel yang telah anda baca, nyatakan tiga peristiwa menunjukkan penentangan watak. 18 - Latar masyarakat yang dipaparkan dalam sesebuah novel mempunyai nilai tersendiri. Huraikan tiga nilai kemasyarakatan dalam novel yang anda kaji. 19 - Cerita dalam novel menyelitkan banyak nilai murni. Berdasarkan novel yang telah anda pelajari, huraikan tiga contoh yang menunjukkan nilai ketekunan. 20 - Banyak peristiwa yang digambarkan dalam sesebuah cerita mencerminkan persoalan

yang ingin disampaikan oleh pengarang. Berpandukan novel yang anda kaji, jelaskan tiga peristiwa yang mencerminkan persoalan maruah.21 - Kebanyakan konflik dalam cerita sesebuah novel melibatkan watak utama. Jelaskan cara watak utama menyelesaikan konflik yang dihadapi berdasarkan novel yang telah anda baca. 22 - Tajuk sesebuah novel amat berkaitan dengan cerita dalam novel tersebut. Berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan kesesuaian tajuk novel dengan isinya. 23 - Permulaan yang menarik dalam sesebuah novel akan mempengaruhi pembaca untuk meneruskan pembacaan hingga akhir. Huraikan pernyataan tersebut berdasarkan novel kajian anda. 24 - Cerita yang menarik dalam sesebuah novel akan meninggalkan kesan perasaan kepada pembaca. Nyatakan tiga peristiwa yang meninggalkan kesan kepada anda berpandukan novel yang anda baca. 25 - Setiap peristiwa dalam novel berlaku dalam latar masa tertentu. Berdasarkan novel kajian anda, jelaskan tiga latar masa yang penting. 26 - Watak utama mencerminkan banyak nilai murni. Huraikan tiga contoh nilai ketabahan watak utama dalam novel yang anda kaji. 27 - Cerita dalam novel memaparkan kisah yang berlaku dalam sesebuah masyarakat. Berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan tiga peristiwa yang menggambarkan kepincangan dalam masyarakat. 28 - Plot dalam sesebuah cerita berkembang mengikut peringkat. Huraikan plot novel yang telah anda baca. 29 - Pengarang telah menggunakan beberapa teknik plot agar penyampaian cerita menjadi lebih menarik. Nyatakan tiga teknik plot yang terdapat dalam novel kajian anda.

30 - Novel yang telah anda baca adalah sebuah novel yang menarik. Tuliskan sinopsis cerita novel tersebut.

Sesiapa yang inginkan contoh jawapan yang lengkap, sila maklumkan kepada saya melalui email.

SINOPSISBAB 1

Keluarga

Hilmi tiba di rumah Datuk Johari dan memperkenalkan dirinya sebagai anak Pak Karim dari Kedah. Hayati dan Datin Salmah tidak senang dengan kehadian dan tingkah laku Helmi. Mereka tidak mengetahui bahawa Datuk Johari masih mempunyai saudara di kampung. Hilmi ditempatkan di sebuah bilik berhampiran dengan bilik Pak Amat sementara menunggu kepulangan Datuk Johari. Kehadiran Hilmi telah mengingatkan Datuk Johari tentang kampung halamannya yang telah ditinggalkan sejak tujuh belas tahun lalu. Hilmi menyatakan kepada Datuk Johari bahawa dia berhasrat untuk mencari pekerjaan. Kelulusannya yang hanya setakat darjah empat sekolah Melayu menyukarkan usaha Datuk Johari mencari pekerjaan untuknya. Akhirnya Hilmi diminta menjadi tukang kebun di rumah itu. Hilmi menerima tawaran tersebut. Dalam masa yang sama, dia rasa cemburu melihat kemesraan antara Hayati dengan Mohsin. BAB 2

Kuli

Hilmi gembira dengan pekerjaannya sebagai tukang kebun. Die bekerja dengan takun sehingga pekarangan rumah itu berubah menjadi cantik. Dia mendapat pujian daripada Datuk Johari dan juga Dr. Nathan iaitu jiran Datuk Johari. Namun Datuk Johari tidak menganggap Hilmi sebagai tukang kebunnya. Hilmi amat tertarik dengan mainan piano Hayati. Rumah Datuk Johari juga sering didatangi oleh saudara mara Datin Salmah yang berpangkat. Dalam pada itu, Datin Salmah termakan hasutan kakaknya Siti Hajar tentang Hilmi kerana dia takut orang akan mengetahui bahawa Hilmi itu anak saudara Datuk Johari. Datin Salmah menjadi tidak senang hati dan mencari jalan untuk mengusir Hilmi dari rumahnya. BAB 3 Hayati semakin memahami Hilmi. Kadangkala Hayati ikut bersama-sama Helmi mencari kumbang dan ulat yang memusnahkan tanaman. Setiap hari Sabtu dan Khamis, Hayati belajar bermain piano di rumahnya. Helmi amat tertarik dengan piano dan lagu yang dimainkan oleh Hayati. Pada kedua-dua hari tersebut keletihannya terasa hilang apabila dapat mendengar lagu-lagu dari piano tersebut. Hati Datin Salmah mulai berubah terhadap Hilmi. Dia tidak lagi memanggil Helmi sebagai tukang kebun. Datuk Johari dan Datin Salmah bangga kerana ramai orang memuji-muji tanaman bunga di rumahnya. Datin Salmah juga gembira dengan hasil tanaman seperti terung, kacang, timun, dan petola telah berbuah dengan lebat. Dia menghadiahkan hasil tanaman itu kepada teman-temannya apabila pergi ke morning coffee dan juga ketika ada antara kawannya yang datang berkunjung ke rumahnya. Datin Salmah gembira mendengar pujian daripada kawan-kawannya. BAB 4 Leha, penolong pembantu rumah telah pulang ke kampung. Hilmi telah ditugaskan oleh Datin Salmah untuk membersihkan ruang tamu. Suatu hari Hilmi keseorangan di rumah kerana Datin tidak ada di rumah. Hilmi telah mencuba memainkan piano tersebut sehingga tidak menyedari kepulangan Mak Minah. Perbuatan Hilmi itu ditegur oleh Mak Minah kerana takut dimarahi oleh Datin Salmah. Setelah Hayati pulang dan hendak menghiburkan pak cik dan mak ciknya, dia menyedari pianonya telah rosak. Datin Salmah mula mencari siapa yang mengganggu piano itu. Mak Minah terpaksa memberitahu bahawa Hilmi telah memainkan piano itu. Datin Salmah ingin mengambil kesempatan dari peristiwa itu untuk mengusir Hilmi. Atas kebijaksanaan Datuk Johari, Hilmi dimaafkan dan dipotong gajinya. Datin Salmah juga menyuruh Hilmi memujuk Hayati dan meminta maaf. Semasa Datuk Johari sekeluarga bercuti selama satu bulan, Mak Minah dan Pak Amat juga diberi cuti balik ke kampung. Hilmi diminta menjaga rumah tersebut. Hilmi amat kesunyian dan teringat pada lagu-lagu yang dimainkan oleh Hayati. BAB 5 Sepeninggalan mereka, Hilmi mendapat simpati jiran Datuk Johari, iaitu Dr. Nathan. Mamat kawan baiknya iaitu drebar Dr. Nathan juga balik ke kampung. Semasa Hilmi masuk pula ke bilik tamu, dia rasa terlalu ingin bermain piano begitu kuat dan meronta-ronta di dalam dirinya tetapi dia tidak berani menyentuhnya. Mamat, drebar Dr. Nathan telah balik dari kampung dan telah memperkenalkan Hilmi dengan Encik Bakar, seorang ketua sebuah quartet. Encik Bakar menyuruh Hilmi bermain organ dan Hilmi telah mendapat pujian daripada Encik Bakar. Encik Bakar mengajar Hilmi muzik secara percuma. Hilmi telah belajar dengan tekun dan Encik Bakar juga telah mengajarnya tentang not-not muzik. BAB 6 Hilmi berasa bertuah kerana dapat belajar muzik dengan Encik Bakar. Hilmi bermain piano setelah pulang dari bilik Mamat. Tanpa disedari Datuk Johari dan keluarganya telah sampai ke rumah dari luar negeri. Hayati terpesona melihat Hilmi bermain piano. Datin Salmah dan Datuk Johari terpegun. Helmi terperanjat kerana tidak menyedari kepulangan pak ciknya sekeluarga. Hayati memberikan hadiah berupa sebuah patung wanita kepada Helmi. Hubungan mesra Hilmi dan Hayati tidak disenangi oleh Datin Salmah. Datin Salmah merasakan ada sesuatu yang tidak kena pada Hayati. BAB 7 Mohsin kesal kerana dia tidak dapat menjemput Hayati di lapangan terbang. Sebelum ke pejabatnya Mohsin singgah dahulu ke rumah Hayati. Hayati sedang asyi