Kuliah 14: Aktiviti Fizikal Senaman Pesakit 14- Senaman...Modul Latihan Pengendalian Perkhidmatan NCD Untuk Paramedik Kementerian Kesihatan Malaysia ANJURAN : ... (latihan bebanan di gimnasium atau

  • View
    235

  • Download
    7

Embed Size (px)

Transcript

  • KULIAH 14 : AKTIVITI FIZIKAL

    UNTUK PESAKIT

    DIABETES DAN HIPERTENSI

    Modul Latihan Pengendalian Perkhidmatan NCD Untuk ParamedikKementerian Kesihatan Malaysia

    ANJURAN : BAHAGIAN KAWALAN PENYAKIT

    BAHAGIAN PEMBANGUNAN KESIHATAN KELUARGA

    PENGENDALIAN PERKHIDMATAN PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT (NCD) UNTUK PARAMEDIKKEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  • ISI KANDUNGAN

    DEFINISI AKTIVITI FIZIKAL DAN SENAMAN

    AKTIVITI FIZIKAL DAN KAWALAN DIABETES & HIPERTENSI

    SARANAN AKTIVITI FIZIKAL

    PERSIAPAN SEBELUM AKTIVITI FIZIKAL

    TIPS PENTING

    APA YANG PERLU DILAKUKAN SELEPAS SENAMAN

    Modul Latihan Pengendalian NCD Untuk Paramedik KKM

  • Definisi

    Aktiviti Fizikal

    Aktiviti fizikal adalah sebarang pergerakan tubuh badan yang meningkatkan penggunaan tenaga.

    Senaman

    Senaman adalah aktiviti fizikal yang terancang, berstruktur & berulang-ulang bertujuan meningkatkan kesihatan, mengekalkan kecergasan & sebagai satu cara terapi pemulihan.

    Modul Latihan Pengendalian NCD Untuk Paramedik KKM

  • AKTIVITI FIZIKAL MEMBANTU PESAKIT DIABETES.

    Mengekalkan paras glukosa darah dalam julat sasaran yang diingini.

    Menggalakkan hormon insulin untuk serap glukosa ke dalam sel-sel seluruh tubuh, termasuk otot untuk menghasilkan tenaga. Otot menggunakan glukosa dengan lebih baik berbanding lemak .

    Membantu mencegah peningkatan glukosa darah.

    Jika badan tidak menghasilkan cukup insulin atau jika insulin tidak berfungsi dengan cara yang sepatutnya, sel-sel badan tidak dapat memproses glukosa menyebabkan ia meningkat dan seterusnya menyumbang kepada diabetes tidak terkawal.

    Menjalani hidup lebih tenang dan tiada tekanan.

    Modul Latihan Pengendalian NCD Untuk Paramedik KKM

  • Aktiviti fizikal juga membantu pesakit diabetes

    Mengurangkan risiko NCD yang lain

    Mendapatkan berat badan unggul

    Meningkatkan stamina

    Meningkatkan fungsi pergerakan sendi

    Memantapkan otot

    Mengurangkan stres

    Modul Latihan Pengendalian NCD Untuk Paramedik KKM

  • AKTIVITI FIZIKAL MEMBANTU PESAKIT HIPERTENSI

    Bersenam akan menguatkan jantung. Apabila jantung kuat, ia boleh pam darah lebih banyak dengan mudah. Ia bantu menurunkan atau mengawal tekanandarah.

    Melancarkan saluran darah

    Menguatkan otot dan membantu tubuh berfungsi dengan lebih baik

    Mengurangkan tekanan dan depresi

    Modul Latihan Pengendalian NCD Untuk Paramedik KKM

  • SARANAN AKTIVITI FIZIKAL GLOBALPERTUBUHAN KESIHATAN SEDUNIA 2010

    5-17 thn Kumpulan ini perlu melakukan aktiviti fizikal intensiti sederhana hinggatinggi sekurang-kurangnya 60 minit setiap hari.

    18-64 thn Kumpulan ini perlu melakukan aktiviti fizikal intensiti sederhana sekurang-kurangnya 150 minit seminggu atau 75 minit seminggu bagi aktiviti

    berintensiti tinggi.

    65 thn

    ke atas

    Kumpulan ini perlu melakukan aktiviti fizikal intensiti sederhana sekurang-

    kurangnya 150 minit atau 75 minit seminggu bagi aktiviti berintensiti tinggi.

    Modul Latihan Pengendalian NCD Untuk Paramedik

  • INTENSITI AKTIVITI FIZIKAL

    INTENSITI PENERANGAN

    Rendah Duduk menonton televisyen, berjalan biasa (tidak tercungap-cungap, tidak berpeluh dengan banyak, boleh bercakap seperti biasa )

    Sederhana Berjalan pantas, berbasikal, mengemas rumah, senamrobik

    Tinggi Bermain futsal, jungle trekking, berkebun, berenang, zumba (tercungap-cungap, berpeluh dengan banyak)

    Modul Latihan Pengendalian NCD Untuk Paramedik KKM

    Insteniti aktiviti fizikal adalah subjektif dan berbeza mengikut keupayaan individu. Bagi seseorang berjalan pantasadalah aktiviti intensiti tinggi kerana tercungap-cungap dan berpeluh dengan banyak. Bagi sesetengah orang pulaberjalan pantas adalah intensiti sederhana kerana masih cergas dan ceria serta tidak mengalami keletihan yang melampau.

    Jadual berikut boleh dijadikan panduan :

    *Tahap intensiti boleh diubah dengan meningkatkan tempoh masa dan tahap kesukaran aktiviti

  • SEBELUM BERSENAM

    Sebelum memulakan program senaman yang tetap, bincang dengandoktor yang merawat.

    Jika mengambil insulin atau ubat-ubatan anti diabetic, uji paras gula darah 30 minit sebelum bersenam.

    13.9 mmol/L: Uji air kencing untuk keton. Kehadiran keton menunjukkan bahawa anda tidak mempunyai

    cukup insulin untuk mengawal gula dalam darah. Jika bersenam ketika mempunyai tahap keton yang tinggi, anda berisiko untuk mendapat

    ketoacidosis - komplikasi yang serius diabetes yang memerlukan rawatan segera. Ambil langkah-langkah untuk mengawal tahap gula dalam darah dan pastikan ujian air

    kencing bebas dari keton sebelum bersenam.

    Modul Latihan Pengendalian NCD Untuk Paramedik KKM

  • PERSEDIAAN SEBELUM BERSENAM

    Sentiasa periksa kaki anda sebelum dan selepas bersenam.

    Elakkan pergerakan yang memberi tekanan kepada kaki seperti berlari atau melompat.

    Senaman yang memberi tekanan minimum terhadap kaki seperti berbasikal, berenang atau berjalan kaki adalah sesuai.

    Pakai kasut yang selesa, tidak ketat dan mempunyai sokongan tapak yang baik.

    Minum air yang lebih untuk elakkan dehidrasi.

    Modul Latihan Pengendalian NCD Untuk Paramedik KKM

  • BERHENTI BERSENAM JIKA

    Paras gula dalam darah adalah

  • BAGI PESAKIT HIPERTENSI

    Berhenti bersenam jika sakit dada,

    badan berasa lemah, pening, bengkak, tekanan

    pada dada, lengan, rahang, bahu dan lain-lain bahagian badan.

    Jangan lakukan aktiviti berat secara spontan.

    Modul Latihan Pengendalian NCD Untuk Paramedik KKM

  • JENIS SENAMAN YANG DISARANKAN UNTUK PESAKIT HIPERTENSI

    1. Latihan daya tahan kardiovaskular (berjalan kaki , berbasikal)

    2. Latihan daya tahan dan kekuatan otot (latihan bebanan di gimnasium atau latihan menggunakan resistance band)

    3. Latihan yang meningkatkan kelenturan otot dan sendi (contoh: jangkauanmelunjur)

    Modul Latihan Pengendalian NCD Untuk Paramedik KKM

  • APA YANG PERLU DILAKUKAN SELEPAS SENAMAN

    Periksa paras gula sebaik sahaja selesai bersenam dan beberapa kali lagi dalam tempoh beberapa jam selepas itu.

    Lebih berat senaman anda, lebih lama paras gula dalam darah anda boleh terjejas. Paras gula darah boleh menurun sehingga 4-8 jam selepas senaman.

    Ambil snek dengan karbohidrat, seperti bar granola selepas latihan boleh membantu mencegah penurunan gula darah secara keterlaluan.

    Minum air untuk menggantikan cecair yang keluar melalui peluh.

    Jangan terus duduk sebaliknya berjalan perlahan dahulu

    Modul Latihan Pengendalian NCD Untuk Paramedik KKM

  • TIPS HIDUP LEBIH AKTIF

    Berjalan di semasa bercakap di telefon.

    Bersiar-siar di taman rekreasi.

    Berjalan-jalan melalui kawasan kejiranan anda.

    Apabila anda menonton TV, bangun & berjalan di

    sekitar bilik semasa iklan.

    Lakukan kerja rumah seperti berkebun, mengemas

    rumah atau mencuci kenderaan .

    Meletak kenderaan jauh daripada pintu masuk

    kompleks beli belah atau pejabat.

    Menggunakan tangga.

    Melakukan regangan secara tetap.

    Modul Latihan Pengendalian NCD Untuk Paramedik KKM

  • KEY HOME MESSAGES

    1. Dapatkan nasihat doktor perubatan sebelum memulakan latihan senaman.

    2. Periksa kaki jika ada luka. Dapatkan rawatan terlebih dulu sebelum bersenam.

    3. Sentiasa bawa bekal air minum dan sedikit makanan (gula-gula,roti atau coklat bar)

    4. Bersenam di tempat yang mempunyai permukaan lembut seperti permaidani, padang atau trek balapan.

    5. Jangan bersenam di bawah terik matahari.

    6. Elakkan aktiviti yang mempunyai pergerakan seperti menghentak dan melompat.

    7. Guna peralatan sokongan senaman seperti recumbent bike atau treadmill.

    8. Bagi pesakit hipertensi jangan lakukan senaman yang memerlukan pergerakan duduk dan bangun dalam tempoh yang cepat.

    9. Panaskan badan sebelum melakukan aktiviti senaman.

    Modul Latihan Pengendalian NCD Untuk Paramedik KKM

  • Terima kasih

    Modul Latihan Pengendalian NCD Untuk Paramedik KKM