Laporan Projek Taman Lestari

• Published on
06-Dec-2015

• View
27

• Download
4

Embed Size (px)

DESCRIPTION

taman

Transcript

LAPORAN PROJEK TAMAN LESTARI

LAPORAN PROJEK TAMAN LESTARI

Nama Projek:Taman Lestari Akan Melestarikan SekolahPengenalan ProjekProjek Taman Lestari di sekolah merupakan suatu langkah penting dan strategik, yang bertujuan untuk menyediakan suasana pembelajaran yang kondusif terutamanya bagi mata pelajaran Sains dan Kemahiran Hidup. Ianya juga berasaskan kepada kesedaran bahawa proses pembelajaran tidak harus terikat dan terhad kepada apa yang berlaku di dalam ruang kelas, tetapi melibatkan persekitaran sekolah yang ceria dan berupaya merangsang dan membina kecemerlangan intelek dan sahsiah murid. Program ini juga dilaksanakan untuk melibatkan pelajar secara langsung dalam mewujudkan suasana sekolah yang menitikberatkan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar dan seterusnya meningkatkan tahap kesedaran warga sekolah mengenai kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.Matlamat ProjekMenjadikan persekitaran sekolah ceria, bermaklumat dan berupaya merangsang intelek,sahsiah, sifat ingin tahu dan minat murid, selaras dengan hasrat untuk menjadikan sekolah sebagai pusat berinformasi bagi penyaluran maklumat kepada semua dan juga menjadikan SK Bandar Baru seri Petaling 2 menjadi sebuah sekolah yang konduksif bagi melahirkan warga sekolah yang menitikberatkan dan mempraktikkan amalan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar supaya sekolah sentiasa berada dalam suasana yang mesra alam dan bebas daripada pencemaran.Objektif Projek Menggalakkan warga sekolah melaksanakan aktiviti mesra alam dengan berkesan seperti program kitar semula. Memupuk semangat kerjasama semua warga sekolah dalam menjaga kebersihan dan keceriaan persekitaran sekolah Memupuk sikap bertanggungjawab kepada bumi dan alam sekitar dengan memberi dan menyediakan peluang dan kesempatan kepada warga sekolah untuk menjalankan aktiviti kitar semula. Memupuk nilai murni cintai alam sekitar pada kalangan warga sekolah. Meningkatkan tahap kesedaran warga sekolah mengenai kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Meningkatkan kerjasama antara semua warga sekolah dalam menjaga kebersihan dan keindahan persekitaran sekolah. Mewujudkan suasana sekolah yang kondusif bagi melahirkan warga sekolah yang mempraktikkan amalan hidup lestariFaedah Projek Kewujudan taman-taman mesra alam iaitu Taman Lestari, Taman herba dan Taman Sains menjadikan persekitaran SK Bandar Baru Seri Petaling 2 lebih cantik dan bebas daripada kekotoran.

Warga sekolah terutamanya pelajar menjadi lebih menghargai alam semula jadi yang wujud dalam sekolah dan menjaga kebersihan persekitaran sekolah.

Di samping itu, penglibatan guru dan pelajar dalam menyelenggara taman-taman tersebut telah berjaya memupuk nilai murni cintai alam sekitar, menggalakkan kerjasama dan meningkatkan tahap kesedaran di kalangan warga sekolah semasa melaksanakan aktiviti mesra alam.

Secara tidak langsung , hasil daripada penanaman sayuran dan herba boleh dijual ataupun digunakan dalam kehidupan seharian.

Pihak Pelaksana Program Taman LestariPIBG SK Bandar Baru Seri Petaling 2, Panitia Kemahiran Hidup, Panitia Kajian Tempatan, Panitia Pendidikan Moral, PSS SKBBSP 2 dan AJK Sekolah Lestari.Strategi PelaksanaanProgram dilaksanakan sepanjang tahun. Status projek masih dalam proses penanaman dan taman ini akan dijadikan sebagai tempat pengajaran dan pembelajaran untuk subjek sains,kajian tempatan dan juga kemahiran hidup.Taman masih lagi di peringkat fasa kedua iaitu menambahkan lagi tanaman dan mungkin kawasan akan dibesarkan lagi. Semua guru terlibat bagi menjayakan program taman lestari ini.

Status Kemajuan Pelaksanaan ProjekProjekTempoh / TarikhKos (RM)PelaksanaStatus Kemajuan Pelaksanaan Projek

Panitia Kemahiran Hidup-Taman LestariBermula 2012-Sepanjang tahun-Panitia KH dan Murid tahap 2Aktiviti diuruskan oleh Panitia Kemahiran Hidup. Panitia Kemahiran Hidup biasanya akan menguruskan taman KH selama 2 minggu dalam setahun kerana berkaitan dengan P&P. Masa lain akan diuruskan mengikut jadual yang ditetapkan.

Panitia Sains-Taman HerbaBermula tahun 2012-Sepanjang tahun-Panitia Sains dan Murid tahap 2Pembinaan Taman Herba.Penanaman pokok pokok herba.Merumput dan menghijaukan kawasan taman.Gotong royong dan pembersihankawasanMelabelkan herba-herba yang di tanam.

Taman Kokurikulum (Semua unitBeruniform)Mulai Jun 2013Sepanjang tahun-Semua badan beruniform, kelab dan persatuan.Sedang dalam perancangan.Akan dilaksanakan pada bulan September.Semua Unit Beruniform akan bergilir-gilir untuk menjaga Taman Kokurikulum tersebut.

PencapaianObjektif tercapai dan semua warga sekolah mengambil bahagian secara aktif dalam setiap program yang dijalankan. Segala program yang dijalankan mendapat kerjasama yang menyeluruh dari warga sekolah dan AJK Sekolah Lestari.Masalah dan Kekangan Yang Di HadapiKekangan dari segi masa untuk menjalankan program selain dari waktu sekolah dan aktiviti yang dijalankan hanya terbatas pada aras murid sekolah rendah. Kawasan sekolah yang terhad menyebabkan pertambahan projek berkaitan pembinaan taman tidak dapat dilaksanakan.Perancangan SeterusnyaMeneruskan program ini dengan memantau keadaan taman dari masa ke semasa dan menggalakkan murid sepanjang masa dalam mengekalkan keindahan persekitaran sekolah. Menaik taraf taman-taman tersebut dari masa ke semasa dengan menambahkan bilangan pokok dan dijadikan tempat penyampaian P&P untuk mata pelajaran tertentu.