Latihan Kemahiran Asas Bola Tampar

  • View
    327

  • Download
    7

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Latihan Kemahiran Asas Bola Tampar

Transcript

LatihanKemahiran AsasBola Tampar

Latihan kemahiran asas bola tampar terbahagi kepada lima jenis, iaitu:1.0Servis2.0Menyangga3.0Merenjam4.0Menghadang5.0Mengumpan

1.0Servis

Servis adalah sesuatu tindakan yang dibuat dalam sesuatu permainan dengan tujuan memulakan permainan. Servis dilakukan dari bahagian belakang luar gelanggang, bola akan dihantar oleh seorang pemain yang memegang giliran untuk melakukan servis. Pemain yang melakukan servis dikenali sebagai peservis. Servis merupakan salah satu kemahiran yang terpenting dalam sesuatu permainan. Oleh hal yang demikian, servis perlu dikuasai oleh semua pemain.Antara kepentingan servis ialah semasa mengikut peraturan permainan bola tampar, sesuatu pasukan mesti berada dalam kedudukan membuat servis untuk mendapatkan skor. Oleh itu pasukan yang memiliki pemain handal membuat servis berpeluang untuk mendapatkan skor dan mengekalkan servis. Seterusnya, semasa seseorang pemain membuat servis dengan darjah lontaran tertentu, pemain tersebut boleh menentukan di mana kedudukan bola yang hendak dihantar olehnya. Satu servis yang kuat dan pantas boleh membuatkan pemain yang lemah daripada pasukan lawan yang menerima hantaran bola tersebut membuat kesilapan seperti terlepas bola, membuat faul atau membuat hantaran lemah (poor pass). Terdapat tiga jenis servis iaitu servis bawah tangan (servis underhand), servis atas kepala (servis tennis) dan servis gelombang (servis fluota).

1.1Servis Bawah Tangan (underhand) Servis bawah tangan atau dikenali sebagai servis underhand ini merupakan servis yang senang dilakukan. Servis ini adalah tepat, sentiasa konsisten dan hanya memerlukan sedikit keupayaan fizikal sahaja. Cara-cara melakukan aktiviti servis bawah tangan melibatkan tiga fasa, antaranya ialah fasa permulaan, fasa perlaksanaan dan fasa ikut lajak. Fasa permulaan ini melibatkan posisi yang betul untuk melakukan aktiviti servis bawah tangan. Semasa melakukan aktiviti ini, kita perlu berdiri dengan kaki kangkang dan jaraknya lebih kurang luas bahu. Seterusnya, kaki kiri ke hadapan untuk peservis yang biasanya menggunakan tangan kanan serta kaki depan menuju ke arah di mana servis akan ditujukan. Bengkokkan sedikit lutut,badan menghadap ke hadapan dan letak bola di tangan kiri untuk peservis tangan kanan di depan dan sebelah kanan badan. Akhirnya, jangan lupa berdiri berjauhan di antara 2 hingga 10 kaki daripada garisan belakang. Seterusnya, fasa perlaksanaan yang merangkumi aktiviti melambungkan bola. Semasa melakukan aktiviti ini, lutut dibengkokkan dan kaki ke belakang sedikit. Pada masa yang sama bola dilambungkan terus ke atas di hadapan dan tangan akan memukul bola tersebut (striking hand). Semasabola dilambungkan tangan yang membuat servis di tarik ke belakang mengikut pergerakkan buah bandul jam. Apabila bola yang dilambungkan telah mencapai puncaknya, pindahkan berat badan dan hayunan tangan ke hadapan dimulakan. Kontak bola dimulakan tangan memukul (sama ada dengan bahagian bawah tangan, tapak tangan atau bukulima), lalu bola tersebut dipukul di tengah atau di bawah sedikit dengan lengan yang lurus.Fasa yang ketiga ialah fasa ikut lajak. Penyervis perlu ikut lajak dengan lengan servis yang dihadkan.Pergerakan tangan ditegarkan untuk mengelakkan putaran bola serta memastikan mata sentiasa mengikut laluan bola.Gambar rajah di atas menunjukkan aktiviti servis bawah tangan.

1.2Servis Atas Kepala (Servis Tenis)

Servis ini adalah senang untuk dikuasai dan ia lebih kuat serta berat berbanding dengan servis bawah tangan. Servis atas kepala atau dikenali sebagai servis tenis ini dibahagikan kepada tiga fasa, iaitu fasa permulaan,fasa perlaksanaan dan fasa ikut lajak. Semasa fasa permulaan, penyervis berdiri menghadap jaring dengan kaki seluas bahu dan kaki kiri di hadapan bagi peservis yang menggunakan tangan kanan. Seterusnya, pegang bola dalam tangan lambungan (tossing hand) lebih kurang satu kaki ke sebelah kanan muka peservis yang menggunakan tangan kanan serta menyokong bola dengan tangan servis (serving hand). Semasa fasa pelaksanaan pula, penyervis dikehendaki melambungkan bola lebih kurang tiga kaki ke atas kepala dan di hadapan bahu lengan yang membuat servis. Berat badan dari belakang dipindahkan ke hadapan dan menghayun lengan yang membuat servis seperti saksi membaling bola. Seterusnya, memukul bola dengan tapak tangan dan jari di keliling bola. Gunakan pergerakan pergelangan tangan yang cepat untuk melakukan putar depan.Fasa ketiga ialah fasa ikut lanjak. Penyervis ikut lajak dengan lengan servis ke pertengahan badan dan memindahkan berat badan dari belakang ke depan.

Gambar rajah di atas menunjukkan perlakuan servis atas kepala.1.3Servis gelombang (servis floata)

Servis gelombang atau dikenali sebagai servis fluota ini dilakukan selepas memukul bola di tengahnya dengan tapak tangan yang terbuka, tangan berhenti dengan serta-merta tanpa diteruskan lagi. Ini menyebabkan bola terapung atau meluncur tanpa diteruskan lagi. Ini menyebabkan bola terapung atau meluncur tanpa putaran langsung. Gelombang ini bergerak dengan laju melintasi jaring dan tiba-tiba pecah atau mati jadi penerima mungkin terganggu sementara imbangannya. Cara-cara untuk melakukan servis gelombang dengan posisi bermula, penyervis dikehendaki berdiri menghadap jaring dan kaki berjarak seluas bahu. Kaki kiri di hadapan untuk peservis yang menggunakan tangan kanan. Kaki depan harus menuju dengan tepat ke tempat di mana bola yang diarahkan. Seterusnya, lutut dibengkokkan sedikit dan berdiri di antara 2 hingga 10 kaki jauh daripada garisan belakang. Cara yang berikutnya ialah lambungan dan pemindahan berat badan. Berat badan tertumpu di kaki belakang semasa dalam posisi bersedia dan lengan lambungan dengan bola diletakkan di tapak tangan harus direntang ke hadapan. Meletak tangan servis di atas bola menghadap ke bawah (untuk menolong kawalan bola). Seterusya, bengkokkan lutut sedikit ke belakang, pada masa yang sama naikkan lengan lambungan. Tangan servis pula masih berkontak dengan bola selama yang boleh. Lambungan diteruskan dengan lengan tangan bergerak ke atas secara berlanjutan dan lututdiluruskan. Tidak ada pergerakan di pergelangan tangan yang membuat lambungan. Melambungkanbola terus ke atas, di hadapan bahu tangan servis tidak lebih daripada 18 inci tingginya. Akhirnya, berat badan dipindahkan dari kaki belakang ke kaki depan apabila lambungan telahmencapai kemuncaknya. Cara yang seterusnya ialah aksi tangan dan kontak. Penyervis menghayun lengan memukul dengan mengunakan aksi membaling seperti dalam perrmainanbesbol serta memulakan hayunan lengan ke hadapan apabila berat badan dipindahkan dari kaki belakang ke kaki hadapan. Memukul bola dengan bahagian bawah tapak tangan (heel of the hand) dan memastikan pergelangan tangan adalah tegar. Bukan itu sahaja, kontak bola dengan meletakkan tangan di tengah atau sedikit dibawah bahagian tengah boladengan lengan yang cukup lurus. Pastikan mata memandang bola semasa servis dilakukan.

2.0Menyangga

Menyangga boleh dibahagikan kepada dua jenis,iaitu menyangga sendirian dan menyangga berpasangan.

2.1Menyangga sendirianSemasa menyangga sendirian,kita perlu lambungkan bola dan terus menyangga. Ulang beberapa kali sehingga yakin boleh melakukan aktiviti menyangga. Seterusnya, lambung bola dengan tinggi dan cuba menyangga semasa bola menurun serta menguji sejauh manakah kita boleh mengelakkan bola daripada jatuh ke tanah. Kita boleh melakukan aktiviti menyangga bola ke dinding berulang-ulang. Pastikan selepas sahaja memukul bola, tetapkan kedudukan badan untuk melakukan sanggaan yang baik.

Gambar rajah di atas menunjukan aktiviti menyangga bersendirian.

2.2Menyangga berpasangan

Semasa menyangga berpasangan, lakukan aktiviti menyangga dengan rakan dan bola disangga ke dinding. Untuk memudahkan aktiviti ini, biar bola melantun terlebih dahulu sebelum disangga bergilir-gilir. Seterusnya, lakukan sanggaan berpasangan ke dinding tanpa menjatuhkan bola ke tanah.

Gambar rajah di atas menunjukan menyangga berpasangan. Pukulan menyangga digunakan apabila bola berada di bawah paras mata. Kebanyakan pemain belakang gelanggang menggunakan kemahiran ini sewaktu menerima bola servis atau bola rejaman. Bahagian tangan yang sesuai untuk menyangga ialah antara tangan hingga ke siku. Lutut perlu dibengkokkan untuk mendapatkan kuasa hayunan menyangga dengan baik.

Gambar rajah di atas menunjukkan pukulan menyangga.

Terdapat dua jenis hantaran boleh dilakukan sama ada melalui atas kepala (overhead) atau bawah tangan (underarm). Posisi pemain, posisi bola dan kelajuannya akan menentukan jenis hantaran yang akan dibuat.

2.3Hantaran atas kepala (overhead)

2.4Hantaran Bawah Tangan

3.0Merenjam Kemahiran ini digunakan untuk mendapat skor. Merenjam adalah bola yang dihantar dengan menbuat smesy ke bawah dalam gelanggang lawan. Perenjam berdiri dekat dengan jaring, menghadap arah daripada mana bola akan datang. Semasa bola mula menurun, perenjam melompat tinggi ke udara dan menghayunkan tangan kanan atau kiri ke atas untuk memukul bola ke bawah seterusnya ke dalam gelanggang pihak lawan. Merejam terbahagi kepada dua jenis,iaitu renjam berdiri dan renjam sambil berlari.

3.1Renjam Berdiri

Renjam berdiri tidak ada run-up dan melonjak dengan kedua-dua kaki bertolak dari setempat. Semasa merejam, bengkokkan lutut dan menolak ke atas dengan tangan dihayunkan ke belakang dan ke atas. Seterusnya, menaikkan tangan kanan atau kiri di atas kepala atau di belakang bahu untuk merejam bola. Pukulan boleh dibuat dengan pukulan buku lima tangan, tapak tangan terbuka atau menadahkan tangan. Bagi pengetahuan semua, pergerakan pergelangan tangan adalah penting untuk menbawa bola turun.

Gambar di atas menunjukkan renjam berdiri.3.2Renjam sambil berlariRenjam sambil berlari pula, perejam dikehendaki berdir