Leptospirosis Report USM

• Published on
08-Jul-2015

• View
241

• Download
0

Embed Size (px)

Transcript

PUSAT PENGAJIAN SAINS FARMASI

FAR 241 ANTIMICROBIAL THERAPY

LEPTOSPIROSISTAN HONG HUEI SITI KHAIRIYAH SALLEH SITI NORZULAIKHA RAMELY TAN CHUN MING TAN KEAN ZHI KUMPULAN: 22 PENASIHAT: PROF. MADYA DR. SYED AZHAR SYED SULAIMAN 99657 99646 99648 99656 99658

ISI KANDUNGAN1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9.

Pengenalan Sebab-sebab Utama Jangkitan Penyakit Leptospirosis Patologi Leptospirosis Tanda-tanda dan Simptom Ujian Dianogsis bagi Leptospirosis Rawatan bagi Leptospirosis Langkah-langkah Pencegahan Kesimpulan Rujukan

3 8 9 12 17 21 28 32 34

2

PengenalanApakah itu Leptospirosis? Leptospirosis adalah sejenis penyakit yang disebabkan oleh bakteria selepas terdedah kepada bakteria Leptospira interrogans dan dikenali juga sebagai penyakit Weil, demam canicola, penyakit kuning hemorrhagic, penyakit kuning spirochetal, lumpur panas, malaria, penyakit dari babi, selesema caver ataupun selesema sewerman.

Tafsiran Leptospirosis Penyakit weil merupakan jangkitan yang singkat bagi manusia dan ia menyebabkan pesakit mengalami penderitaan dari penyakit kuning. Namun begitu, istilah ini sering disalahtaksirkan untuk menerangkan jangkitanjangkitan Leptospirosis. Realitinya, leptospirosis merupakan sejenis penyakit yang jarang berlaku, tetapi penyakit ini senang untuk dijangkiti dan boleh berlaku di semua tempat selagi tempat itu mempunyai pembawa penyakit tersebut. Ia juga merupakan penyakit berjangkit yang mempengaruhi manusia serta haiwan dan telah dianggap sebagai zoonosis yang paling umum di dunia.(1)

Sejarah dan Perkembangan Leptospirosis Penyakit ini pertama kalinya dikenali pada tahun 1883 dan kebanyakannya ia berlaku dalam golongan penjahit. Pada tahun 1886, 4 orang telah menghidap penyakit kuning yang serius, demam dan pendarahan dalam ginjal. Walau bagaimanapu, pada tahun 1916, Inada et al berjaya mengesan sebab akibat agen tersebut di Jepun.(2) Jenis pekerjaan mempengaruhi 30-50% daripada jumlah kes dalam kalangan manusia. Jenis pekerjaan yang berisiko tinggi menghidap penyakit ini adalah terdiri daripada bidang perternakan, doktor haiwan, pemilik kedai haiwan peliharaan, bidang

3

pertanian, tukang paip, jurulatih haiwan, penyembelih, bidang perlombongan batu arang, bidang perikanan, angkatan tentera, pemerah susu dan bidang pembetung. Kajian terhadap pekerja-pekerja dalam bidang pembetung menunjukkan Leptospirosis paling senang untuk dijangkiti. Oleh itu, mereka lebih memerlukan antibodi leptospira sebagai kawalan. Pekerja dalam bidang pembetung dan petani yang terdedah kepada rendaman lumpur and saluran air yang tercemar daripada air kencing serta najis tikus yang telah dijangkiti leptospirosis merupakan penyebab jangkitan ini berlaku. Selain daripada jenis pekerjaan, aktiviti-aktiviti rekreasi juga merupakan penyebab penyakit ini boleh tersebar. Antara kegiatan rekreasi yang menyumbang factor jangkitan Leptospirosis ialah melancong di kawasan hutan hujan tropikal, berakit,(3)

memanjak bukit, berkayak,(4,5) memancing, berlayar, berenang, meluncur air dan

aktiviti-aktiviti luar yang berkemungkinan besar terdedah kepada air yang tercemar. Selain itu, menjalankan perkemahan dan melancong di kawasan endemik juga meningkatkan risiko untuk dijangkiti. Pada tahun 2000, satu wabak yang tidak diketahui telah tersebar dalam kalangan atlet yang bertanding dalam pertandingan Eco-Challange-Sabah di Malaysia. Laporan menunjukkan sebanyak 44% daripada wabak tersebut menyerupai leptospirosis.(4) Terdapat 3 faktor yang menyebabkan ia dijangkiti iaitu melakukan aktiviti berkayak, berenang dan terminum air Sungai Segamat. Pada tahun 1998, atlet-atlet yang telah menyertai pertandingan bersiri di Springfield, Illinois dan mereka yang pernah berenang di Tasik Springfield telah disahkan mengidap leptospirosis.(6) Manakala, atlet-atlet yang tidak menunjukkan apa-apa simptom leptospirosis dan menyertai pertandingan yang sama juga disahkan mengidap leptospirosis melalui ujian makmal. Selain itu, mereka yang terdedah kepada air pada tempoh yang lama dan berenang di Tasik Springfield merupakan sebab-sebab utama berlakunya leptospirosis. Pada tahun 1997, pelancongpelancong dari Amerika Syarikat yang mengunjungi Costa Rica dan terlibat dalam aktiviti berakit juga terdedah kepada penyakit ini.(3) Wabak ini juga merebak dengan meluas ketika banjir besar di Nicaragua pada tahun 1995.(7) Di Brazil, jangkitan Leptospirosi mencatatkan jumlah yang tertinggi sepanjang musim panas terutamanya apabila berlaku hujan lebat dan banjir di kawasan bandar. Walau bagaimanapun, banjir berskala kecil juga boleh mengakibatkan4

penduduk terdedah kepada penyakit ini. Hal in dapat dilihat melalui kes- kes yang pernah berlaku sebelum ini seperti banjir yang berlaku di kampus Universiti Hawai pada tahun 2004. Banjir ini telah menyebabkan mereka yang terlibat dalam proses pembersihan dijangkiti leptospirosis.(8) Selain itu, terdapat wabak yang terbaru telah melanda di kem tahanan Juru. Dalam kes ini, seramai 26 pendatang asing tanpa permit telah dihantar ke 2 hospital dan seorang tahanan dari Myanmar telah meninggal dunia di Hospital Bukit Mertajam. Mereka telah terminum air yang tercemar oleh air kencing haiwan yang berada berhampiran di tempat kejadian.

Klasifikasi Leptospirosis Leptospirosis merupakan penyakit yang berpunca daripada bakteria spiral. Penyebab penyakit ini terdiri daripada genus Leptospira, dalam keluarga Leptospiraceae, dalam order Spirochaetales, dalam kelas dan filum Spirochaetes, dan akhirnya dalam domain bakteria. Bentuk Spirochetes ini adalah anaerobes yang bergelung halus, tipis, bergerak, memerlukan tempat bergantung dan lambat membiak. Flagella membantu mereka bersembunyi di dalam tisu. Konsep awal bagi genus Leptospira hanya terdiri daripada 2 spesis: L. interrogans yang menyebabkan penyakit dan L. biflexa bersaprofit. Dalam kajian pada masa sekarang, terdapat 7 spesis leptospires yang boleh menyebabkan penyakit ini berlaku dan ianya wujud lebih daripada 250 serovar. Kebanyakan serovar leptospiral ditemui dalam mamalia liar dan menyebabkan populasi setempat akan terganggu. Organisma ini juga mempengaruhi lebih kurang 160 spesies mamalia termasuk tikus, babi, anjing, kucing, raccoon, lembu and sebagainya. Rodensia merupakan takungan yang paling penting dan tikus merupakan sumber paling umum di seluruh dunia.(9,10) kebanyakan serovar leptospiral berhubung kait dengan binatang tertentu.(9) Misalnya, L. pomona dan L. interrogans yang boleh ditemui pada lembu dan babi, L. grippotyphosa didapati pada lembu, biri-biri, kambing dan tikus padi, L. ballum and L. icterohaemorrhagiae dikaitkan dengan tikus dan L. canicola dijumpai pada anjing. Antara serovar lain yang penting adalah autumnalis,

5

hebdomidis dan australis. Jadual di bawah menunjukkan pelbagai jenis genomospesis dan juga contoh-contoh serovar bagi genomaspesis tersebut.

Genomospesis L.interrogans

Serovar Australis [membawa menyakit] Bataviae Cynopteri Hebdomadis Louisiana Mini Pyrogenes Sejroe L.biflexa [tanpa membawa penyakit] L. borgpetersenii L. inadai L. noguchii L. santarosai L. weilii L. kirshneri Andamana

Autumnalis Canicola Djasiman Icterohaemorrhagiae Lyme Panama Ranarum Shermani Codice

Ballum Celledoni Grippotyphosa Javanica Manhao Pomona Sarmin Tarassovi Semaranga

Saiz Leptospirosis

6

Bakteria secara umumnya mempunyai panjang 20 m dan diameter 0.1 m. Saiznya lebih panjang Jika dibandingkan dengan sel darah merah yang berdiameter 7 m. Namun, kelebarannya terlampau kecil menyebabkan kita mengalami kesukaran untuk melihat di bawah mikroskop optik. Oleh itu, kita hanya dapat melihat teknik kontras melalui mikroskop dark-field. Leptospirosis merupakan bakteria gram negatif dan tidak mempunyai perbezaan dari segi visual antara serovar lain. Spesimen yang hidup bergerak dengan cepat kerana mereka perlu disebarkan dengan kadar yang singkat untuk mencari tempat takungan yang baru.

7

Sebab-sebab utama jangkitan penyakit LeptospirosisLeptospirosis merupakan penyakit yang jarang dijumpai, berjangkit dan menyebabkan pesakit mengalami kesan yang teruk. Penyakit ini berpunca daripada bacteria Leptospira. Bakteria yang memainkan peranan penting ialah bakteria Leptospira icterohaemorrhagiae (serovar bagi Leptospira interrogans).[11]

Antara sebab-sebab utama jangkitan penyakit Leptospirosis termasuk:a. Melalui sentuhan bahan-bahan yang telah dicemari oleh air kencing haiwan

yang telah dijangkiti Leptospirosis. Jangkitan manusia selalu disebabkan oleh pendedahan kepada bakteria daripada haiwan yang telah berjangkit. Antara binatang yang berkemungkinan besar membawa bakteria Leptospira adalah lembu ternakan, khinzir (babi), kuda, anjing dan rodensia.[12] Sebanyak 90% kes adalah melalui air kencing daripada binatang-binatang tersebut. Walau bagaimanapun, terdapat juga kemungkinan jangkitan secara langsung melalui darah. Fenomena ini berlaku melalui pemindahan secara terus (berlaku semasa sentuhan antara air kencing haiwan berjangkit dengan pesakit menyebabkan bacteria memasuki sistem pengaliran darah) adalah jarang berlaku. Namun, pemindahan secara terus tetap akan berlaku apabila pendedahan tidak sengaja semasa mengawal haiwan berjangkit.[11]

b. Melalui pengambilan air yang telah dicemari. Selain itu, jangkitan ini juga berlaku melalui air untuk diminum atau untuk rekreasi seperti berenang. Sebagai contoh, semasa berenang, bakteria dapat memasuki sistam pengaliran darah perenang tersebut melalui kulit yang cedera setelah terdedah kepada air yang telah dicemari air kencing haiwan yang telah berjangkit. [12] Bukan itu sahaja, bakteria juga dapat memasuki badan melalui mata dan hidung ketika terdedah kepada udara yang tercemar dengan Leptospira. Di samping itu, sesetengah perkerjaan juga berisiko tinggi terhadap jangkitan penyakit ini. Contohnya petani, penternak, pekerja rumah penyembelih, dan doktor haiwan.[11]

8

Patologi bagi LeptospirosisKeterangan Umum Leptospirosis merupakan penyakit jenis sistemik dan kebanyakannya

menyebabkan patologi renal dan hepatik, di samping pendarahan melampau di meratarata tempat. Kadar kematian dalam kes yang serius adalah tinggi, tetapi keadaan ini dapat dikawal jika terapi antibiotik diberikan kepada pesakit pada peringkat awal.[13] Jangkitan leptospirosis bermula apabila bakteria memasuki sistem pengaliran darah manusia secara fizikal. Namun, mereka tidak dapat menembusi kulit yang kering dan tanpa cendera. Hal ini kerana, kulit yang kering dan tiada kecenderaan merupakan halangan yang sempurna untuk menghalang penembusan bakteria.[13] Antara lokasi yang paling ketara ialah pada kulit yang tercedera dan terkoyak. Membran mukus yang meliputi laluan udara, mulut, peparu dan organ sek perempuan juga merupakan laluan yang berpotensi tinggi bagi bakteria untuk memasukinya. [13] Di samping itu, tarikan nafas atau penelanan bakteria yang berpotensi menyebabkan jangkitan berlaku iaitu melalui penafasan masuk titisan air udara yang dicemari oleh bakteria.[12] Selain itu, leptospirosis juga dapat merebak melalui hubungan seks.[13] Bakteria ini tidak dibawa secara langsung oleh udara tetapi ainya daripada titisan air di udara. Oleh itu, risiko untuk berjangkit melalui pernafasan adalah tinggi terutamanya apabila terdedah kepada titisan-titisan air yang telah dicemari oleh bakteria (bakteria yang terkandung di dalam air) seperti kerja-kerja pencuci penghawa dingan. Namun begitu, jangkitan tidak akan berlaku jika seseorang berhampiran dengan persakit yang telah dijangkiti bakteria tersebut.[12]

Patologi Jangkitan Akut Setelah Kemasukan Bakteria Leptospira Apabila bakteria leptospirosis memasuki badan manusia, ia akan merebak ke sistem limfa dan peredaran darah dalam masa beberapa minit, dan mencetuskan jangkitan sistemik dengan cepat. Namun, kadar pertumbuhan bakteria leptospirosis adalah lambat, oleh itu tempoh pengeraman adalah di antara 2 hingga 28 hari biasanya dalam lingkungan 3 hingga 14 hari. Tempoh pencetusan penyakit bagi kebanyakan kes adalah sangat cepat, diikuti dengan sakit kepala yang serius. Linangan air mata9

konjunktival dua hala, tanda meningitis, pyrexia yang mencecah 39C dan ke atas adalah tanda-tanda bagi penyakit ini. Selain itu, ruam yang merah dan tidak tetap serta tidak celur sering dijumpai. Pesakit leptospirosis sering mengadu sakit pada otot, penat, dan rasa loya.[13] Perubahan dari segi psikologi juga sering terjadi dalam kalangan pesakit. Pesakit akan merasa tertekan, kekeliruan, dan cenderung untuk menyerang. Bakteria akan wujud di dalam aliran darah dalam beberapa hari yang pertama, iaitu S0 (hari tanpa simptom) hingga S9 (hari kesembilan dengan wujudnya simptom). Maka, bacteria dapat diasingkan secara terus. Selepas tempoh tersebut, bakteria akan memasuki tisu-tisu di dalam badan dan ujian yang dijalankan hendaklah bergantung kepada pengesanan antibiotik.[13]

Jangkitan Leptospirosis yang Berlangsung secara Satu Fasa Bagi kes yang tidak serius, jangkitan leptospirosis akan mengikuti fasa pertama dalam tempoh 3 hingga 7 hari. Simptom-simptom yang telah dinyatakan di atas akan wujud pada hari S0 (hari tanpa simptom), kemuncak pada hari S2 (hari kedua dengan wujudnya simptom) dan akan berkurangan pada hari seterusnya. Oleh itu, ia sering disalah tafsirkan melalui diagnosis iaitu merupakan salah satu daripada jangkitan pyrexic. Antibiotik masih berguna dalam fasa ini tetapi pesakit dapat disembuhkan dengan bantuan sistem keimunan badan itu sendiri.[13]

Jangkitan Leptospirosis yang Berlangsung secara Dua Fasa Dalam kes jangkitan sederhana dan serius, ia akan mengikuti dua fasa, iaitu fasa septisemia permulaan seperti yang dinyatakan di atas ,diikuti remission transient, kemudian menurun dengan cepat selepas satu atau dua hari. Simpton Icteric akan wujud semasa fasa kedua ini, dan kematian akan berlaku dalam masa yang singkat jika rawatan terapi diberikan kepada pesakit. Patologi dwifasa tidak selalunya menunjukkan jangkitan yang serius. Realitinya, dalam kes yang amat serius, perbezaan antara fasa

10

akan hilang dan kesihatan pesakit akan merosot dengan cepat dari S0. Dalam keadaan sedemikian, pesakit akan mati dalam tempoh sepuluh hari. [13]

11

Tanda-tanda dan SimptomKeterangan Am Tanda- tanda dan simptom bagi pesakit yang telah dijangkiti oleh leptospirosis adalah sukar untuk dilihat kerana simptomnya berbeza bagi semua pesakit. Sesetengah simptomnya adalah begitu lazim ditemui, tetapi terdapat juga sebahagian kecil pesakit yang akan mengalami kesakitan yang boleh membawa maut yang dikenali Weil's disease. Keadaan jangkitan leptospirosis bergantung pada umur dan kesihatan pesakit, strain bakteria yang mengakibatkan jangkitan dan jumlah bakteria yang memasuki badan manusia. Leptospirosis sering mengakibatkan jangkitan pada sistemik manusia dan menyebabkan deman secara tiba-tiba. Bagi kes yang sederhana, simptom jangkitan hanya akan berlangsung selama beberapa hari sahaja, mengikut jenis selesema. Akan tetapi, ia sering berlaku dalam kedua- d...