Manual Pembantu Pemakai

• Published on
17-Feb-2015

• View
643

• Download
49

Embed Size (px)

DESCRIPTION

KAEDAH-KAEDAH RACUN MAKHLUK PEROSAK(PENGENDALI KAWALAN MAKHLUK PEROSAK) 2004

Transcript

Kandungan

PENGHARGAAN PRAKATA

1.

UNDANG-UNDANG DAN PERATURANK. Jantan, M.J.Y. Md Sufian Yek

2.

RACUN MAKHLUK PEROSAKD. Subramaniam

3.

KESELAMATANS. Abbas

4.

APLIKASI RACUN MAKHLUK PEROSAKA.R. Mohd Azmi, Dr. Dzolkifli

5.

PENGURUSAN MAKHLUK PEROSAK Anai-anaiG.K. Laurence

Serangga Pengorek KayuG.K. Laurence

Lalat RumahW.A. Nazni

LipasC.Y. Lee

NyamukJ. Zairi, C.R. Adnan

Makhluk Perosak Iringan Lebah dan PenyengatC.Y. Lee

PinjalH.L. Lee

Makhluk Perosak Di Tempat PenyimpananA.R. Mohd Azmi, Dr. Dzolkifli

SemutC.Y. Lee

Tikus dan MencitT.H. Chia

RumpaiY.W. Chan

PenghargaanLembaga Racun Makhluk Perosak Malaysia ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan rasa terima kasihnya kepada Zairi Jaal, Lee Chow Yang dan Adnan Che Ros dari Universiti Sains Malaysia; Dzolkifli Omar dari Universiti Pertanian Malaysia; Lee Han Lim dan Nazni Hj Wasi Ahmad dari Institut Penyelidikan Perubatan; Laurence G Kirton dari Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia; Chia Tio Huat dari Syngenta Crop Protection Sdn Bhd, Malaysia; Mohd Azmi Ab Rahim dari Persatuan Kawalan Makhluk Perosak Malaysia dan tidak lupa juga kepada Abbas Salleh, Md Sufian Yek Md Juni Yek, Chan Yeng Wai, dan Subramaniam David dari Jabatan Pertanian, Malaysia kerana sumbangan serta pemberian maklumat yang amat berguna dari segi teknikal dan sokongan dalam penyediaan dan penulisan nota-nota pengajaran ini. Kami juga sangat terhutang budi kepada semua ahli-ahli dalam pelbagai Jawatankuasa dan Kumpulan kerja yang telah melibatkan diri sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam urusan memberi bantuan, sokongan intelektual, dan kritikan berguna sehingga terhasilnya manuskrip yang lebih baik. Akhir sekali, penghargaan juga diberi kepada Mohd Yunus Ismail serta Ismail Muhammed serta kepada semua kakitangan mereka di Jabatan Pertanian, Malaysia atas kerja-kerja menyunting dan memformatkan semula berbagai-bagai versi yang diterima sehingga terhasilnya manual yang sempurna ini.

PRAKATAManual ini merupakan satu set bahan rujukan yang padat dan lengkap untuk membantu pusat-pusat latihan yang ingin mengendalikan kursus penyediaan bagi calon-calon yang berhasrat untuk menduduki peperiksaan pembantu pemakai kawalan racun makhluk perosak. Ia mengandungi maklumat-maklumat penting termasuk prinsip-prinsip asas berguna yang dapat memenuhi keperluan semasa dalam industri yang penuh mencabar ini. Maklumat-maklumat yang sediakan adalah hasil dari penulisan pakar-pakar dalam bidang masing-masing yang telah mengolahkannya sedemikian rupa supaya dapat mewujudkan dalam diri calon-calon yang berpotensi kemampuan untuk melaksanakan tugas sebagai pembantu pemakai kawalan racun makhluk perosak dengan sempurna. Modul yang disediakan ini mengandungi lima bahagian dan memerlukan sekurang-kurangnya 22 jam pengajaran. Ia menumpukan khususnya kepada ilustrasi mudah dan pengetahuan yang berkaitan dengan aktiviti-aktiviti kawalan makhluk perosak yang begitu berkait rapat dengan setiap individu yang bergelar pembantu pemakai. Penekanan harus diberikan terhadap latihan praktikal yang melibatkan banyak aktiviti hands-on terutamanya tentang keselamatan dan teknik penggunaan yang betul yang berkaitan dengan aktiviti kawalan makhluk perosak. Lima bahagian itu ialah: Bahagian A Undang-undang dan Peraturan Menerangkan secara ringkas pelbagai undang-undang dan peraturan negeri, persekutuan dan kawasan setempat. Ini merangkumi Akta Racun Makhluk Perosak 1974 (Pindaan 2004): Akta Makanan 1983 dan Peraturan Makanan 1985 (Pindaan 1995); Akta Kualiti Persekitaran 1974 (Pindaan 1985 dan 1996); Akta Keselamatan Pekerjaan dan Kesihatan 1994; Akta Pewasapan Hidrogen Sianida 1953 (Semakan 1981) dan Peraturan (Pengendali Kawalan Makhluk perosak) Racun Makhluk Perosak, 2004, selain surat-surat pekeliling dan peraturan-peraturan lain yang berkaitan. Tumpuan seharusnya pada: Pelabelan Penguatkuasaan Hukuman

Penekanan harus diberikan pada pelbagai undang-undang dan syarat yang berkaitan dengan pembantu aplikator racun makhluk perosak di bawah Undang-undang (Operator Kawalan Makhluk Perosak) Racun Makhluk Perosak 2004. (1 jam) Bahagian B Racun Makhluk Perosak Gambaran menyeluruh tentang racun makhluk perosak secara umum termasuk jenis jenisnya (contoh OP, OC, carbamate, pyrethroid sintetik, IGR, racun perosak biologi dsb), cara-cara bertindak, kesesuaian, keberterusan dan ketahanan. Pengetahuan asas tentang formulasi racun makhluk perosak. Jenis-jenis bahan pembantu dan bahan tambahan yang boleh digunakan. (2 jam) Bahagian C Keselamatan Maklumat berkenaan penggunaan selamat racun makhluk perosak oleh aplikator termasuk keperluan label, pengangkutan, pemuatan, pembuangan, pembersihan peralatan, cara mengendalikan tumpahan, penyimpanan, aplikasi dan langkah-langkah mencegah bagi mengelak pendedahan dan kecederaan. Kesan racun makhluk perosak terhadap kesihatan manusia selain daripada memahami bagaimana pendedahan boleh berlaku, gejala keracunan yang disebabkan racun makhluk perosak.

Sampel bagi pelbagai jenis formulasi racun makhluk perosak haruslah ditunjuk.

Jenis-jenis kelengkapan pelindung diri (PPE) termasuk pemilihan, penjagaan dan penyelenggaraan. Membiasakan diri dengan prosedur pertolongan cemas, dan tindakan kecemasan apabila berlaku pendedahan racun makhluk perosak dan kecederaan lain yang berkaitan. Prosedur kecemasan. Tanggungjawab para pembantu aplikator racun makhluk perosak yang berlesen.

Beberapa bentuk demonstrasi praktikal tentang cara penggunaan pelbagai PPE dan rawatan pertolongan cemas yang betul perlu diadakan. (5 jam) Bahagian D Amalan Biasa Aplikasi Racun Makhluk Perosak Memahami pelbagai prosedur yang perlu dipatuhi dalam mana-mana aplikasi racun makhluk perosak, termasuk teknik-teknik mencampur dan memuat yang betul. Faktor-faktor yang mempengaruhi kejayaan mengaplikasi racun makhluk perosak seperti penentuan masa, liputan, dos dsb. Pengiraan mudah untuk mendapatkan dos optimum yang diperlukan dalam keadaan setempat dan formulasi yang biasa. Membiasakan diri dengan peralatan dan aplikator yang biasa digunakan dalam manamana operasi kawalan makhluk perosak, termasuk maklumat berkenaan menggunakan peralatan yang betul, penyelenggaraan asas dan penjagaan selain daripada menyelesaikan masalah-masalah kecil. Maklumat berguna berkenaan teknik-teknik aplikasi yang betul dan selamat.

Ilustrasi praktikal tentang aplikasi dan pengendalian pelbagai kelengkapan aplikasi secara selamat merupakan sesuatu yang sangat ditekankan dalam modul ini. (5 jam) Bahagian E Pengurusan Makhluk Perosak Mengenal pasti dan memahami makhluk perosak di bandar yang biasa termasuk kitar hidup, peringkat rentan, mengenal pasti tempat/habitat selain daripada kerosakan dan gejala-gejala yang disebabkan oleh makhluk perosak. Ia seharusnya juga merangkumi kaedah-kaedah mengawal serangan termasuklah demonstrasi praktikal tentang: Anai-anai and serangga pengorek kayu lipas nyamuk lalat rumah semut makhluk perosak di tempat penyimpanan (misalnya. kumbang, kumbang belalai dan ramarama) tikus/mencit rumpai makhluk perosak sampingan (misalnya, pijat, pinjal termasuk kumbang dan penyengat) Satu gambaran menyeluruh tentang Pengurusan Makhluk Perosak Bersepadu perlu lebih diberikan penekanan, berbanding dengan rawatan berjadual. (9 jam ) Calon-calon juga digalakkan banyak membaca bahan rujukan lain yang sesuai bagi mempertingkat dan meluaskan asas pengetahuan.

Sekretariat Lembaga Racun Perosak Malaysia Kuala Lumpur

Bahagian A: KAEDAH-KAEDAH DAN PERATURAN-PERATURAN

Md Sufian Yek Md Juni YekBahagian Kawalan Racun Perosak Jabatan Pertanian MALAYSIA

Panduan MengajarJumlah masa yang diperuntukkan - 1 jam (60 minit) Pengenalan Akta Racun Makhluk Perosak Peraturan Operator Kawalan Makhluk Perosak Penguatkuasaan & Hukuman Akta & Peraturan Yang Berkaitan Kuiz - 5 minit - 10 minit - 20 minit - 15 minit - 5 minit - 5 minit

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN1.0 TUJUAN i. Untuk memahami secara ringkas undang-undang dan peraturan-peraturan yang berkaitan dengan pembantu pemakai racun makhluk perosak; ii. Untuk mengetahui beberapa agensi penguatkuasaan yang berhubung dengan undangundang dan peraturan-peraturan; iii. Untuk memastikan bahawa semua langkah keselamatan diambil untuk melindungi pekerjapekerja, orang ramai dan alam sekitar daripada terdedah kepada bahan kimia secara tidak sengaja.

2.0 PENGENALANTerdapat beberapa undang-undang, peraturan dan pengawalan yang mengawal racun makhluk perosak di Malaysia. Ini termasuk: a. Akta Racun Makhluk Perosak 1974, Akta Racun Makhluk Perosak (Pindaan) 2004 b. Akta Makanan 1983 dan Peraturan Makanan 1985 (dipinda pada tahun 1995); c. Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 (Dipinda pada tahun 1985 dan 1996); d. Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994; e. Akta (Pengasapan) Hidrogen Sianid 1953 (Disemak pada tahun 1981).

3.0 AKTA RACUN MAKHLUK PEROSAK 1974 (AKTA 149), (PINDAAN) 2004Akta Racun Makhluk Perosak 1974 (Akta 149) (Pindaan) 2004, iaitu Akta utama bagi kawalan racun makhluk perosak di Malaysia telah dilaksanakan oleh Lembaga Racun Makhluk Perosak, dan mempunyai urus setianya di Jabatan Pertanian.

3.1 Objektif.Untuk memastikan bahawa racun makhluk perosak yang diimport, dikilang dan dijual di negara ini adalah bermutu tinggi dan ianya tidak memberikan kesan buruk kepada manusia, tanaman dan alam sekitar.

3.2 Definisi Racun Makhluk PerosakRacun makhluk perosak bermaksud apa-apa bahan yang mengandungi suatu perawis aktif; atau apa-apa persediaan, campuran atau benda yang mengandungi mana-mana satu perawis aktif itu atau lebih sebagai satu daripada juzuknya, tetapi tidak termasuk makanan yang tercemar atau apa-apa barang yang disenaraikan dalam Jadual Kedua.

3.3 Racun Makhluk Perosak BerlainanMengikut Akta ini, sesuatu racun makhluk perosak harus dianggap sebagai suatu racun makhluk perosak yang berlainan daripada racun makhluk perosak lain jika: i. ii. Nama kimia bagi racun makhluk perosak itu adalah berlainan daripada nama kimia bagi racun makhluk perosak yang satu lagi itu; Nama dagangan atau cap dagangan racun makhluk perosak itu adalah berlainan daripada nama dagangan atau cap dagang bagi racun makhluk perosak yang lain;

iii. Perawis-perawis racun makhluk perosak itu adalah berlainan daripada perawis perawis racun makhluk perosak yang satu segi itu, pada jenis, bilangan, kadar, kepekatan, atau pada lain-lain hal; iv. Racun makhluk perosak itu dirumuskan secara yang berlainan daripada cara racun dirumuskan racun makhluk perosak yang satu lagi itu; v. Racun makhluk perosak itu dikilangkan oleh seorang pengilang bukan pengilang racun makhluk perosak yang satu lagi itu; atau vi. Racun makhluk perosak itu adalah berlainan pada kualiti, jenis, sifat, atau khasiatnya daripada kualiti, jenis, sifat, atau khasiat racun makhluk perosak yang satu lagi itu.

3.4 Racun Makhluk Perosak Salah JenamaSuatu racun makhluk perosak mesti disifatkan sebagai salah jenama jika:.

i.

ii. iii.

Labelnya mengandungi, berkenaan dengan racun makhluk perosak suatu penyataan, reka bentuk, atau pernyataan grafik yang palsu atau mengelirukan pada apa-apa butir mustahak, atau jika bungkusannya adalah selainnya memperdayakan berkenaan dengan kandungan bungkusan itu; Ia adalah suatu tiruan, atau adalah dijual bawah nama, suatu racun makhluk perosak lain; Labelnya tidak mengandungi apa-apa amaran atau ingatan yang perlu dan, yang jika dipatuhi, adalah memadai bagi mengelak risiko kepada manusia atau binatang; Apa-apa perkataan, pernyataan, maklumat atau lain-lain perkara yang dikehendaki oleh kaedah-kaedah atau peraturan-peraturan supaya ditunjukkan atas labelnya tidak sedikit pun ditunjukkan atasnya atau tidak ditunjukkan sebagaimana yang ditetapkan; Ia tidak dipek atau dilabelkan sebagaimana yang ditetapkan; Ia mempunyai suatu kebisaan yang berlainan daripada kebisaan yang dikatakan ia mempunyai; Ia dicampur atau dipek dengan sesuatu bahan supaya jenis atau kualiti asalnya akan berubah kemudiannya; atau Ia mengandungi suatu bahan lain daripada bahan atau bahan-bahan yang dikatakan ia mengandunginya

iv.

v. vi. vii. viii. 3.5

Penguatkuasaan Akta Racun Makhluk Perosak 1974. Seorang pegawai yang diberi kuasa boleh pada semua masa yang munasabah memasuki mana-mana tempat di mana racun makhluk perosak disimpan atau mungkin disimpan dan merampas atau memindahkan racun makhluk perosak yang secara munasabah telah melanggar peraturan Akta ini. 3.5.1 Kesalahan & Penalti. Sesiapa sahaja yang melanggar Akta, Kaedah-Kaedah dan Peraturan-Peraturan itu atau mana-mana syarat kelulusan boleh dihukum bersalah atas kesalahan itu seperti yang diperuntukkan. a) Penalti umum: Hukuman maksimum penjara enam bulan atau denda sebanyak lima ribu ringgit bagi kesalahan pertama. Bagi kesalahan kedua atau kesalahan seterusnya, satu tahun penjara atau denda sepuluh ribu ringgit atau kedua-duanya. b) Mengimport, mengilang racun makhluk perosak yang salah jenama, atau racun makhluk perosak yang tidak didaftarkan, atau racun makhluk perosak yang tidak mengikut syarat pendaftaran:Kesalahan kali pertama, lima tahun penjara atau denda lima puluh ribu ringgit. Bagi kesalahan kali kedua atau seterusnya, sepuluh tahun penjara atau denda seratus ribu ringgit atau kedua-duanya sekali.

c)

Menjual dan menyimpan untuk dijual racun makhluk perosak tanpa lesen yang sah. Bagi kesalahan kali pertama, hukuman tiga tahun penjara atau denda sepuluh ribu ringgit. Enam tahun penjara atau denda sebanyak dua puluh ribu ringgit atau kedua-duanya sekali boleh dikenakan ke atas kesalahan kali kedua atau seterusnya. Memiliki atau menggunakan racun makhluk perosak yang tidak didaftarkan dan penggunaan racun makhluk perosak yang tidak diluluskan. Tiada sesiapa pun boleh memiliki atau menggunakan racun makhluk perosak yang belum lagi didaftarkan di bawah Akta ini, atau menggunakan racun makhluk perosak secara lain daripada yang disyaratkan pada label, seperti yang diluluskan oleh Lembaga; dan sesiapa yang bersalah melakukan kesalahan dan disabitkan dengan kesalahan kali pertama, boleh dihukum penjara satu tahun atau didenda sepuluh ribu ringgit dan, bagi kesalahan kali kedua dan seterusnya, boleh dihukum penjara tiga tahun atau didenda dua puluh ribu ringgit atau kedua-duanya.

d)

3.6

Kaedah-Kaedah Dan Peraturan Di bawah Akta Racun Makhluk Perosak 1974. Beberapa Kaedah-Kaedah dan Peraturan-Peraturan telah diluluskan dan dilaksanakan untuk memastikan objektif Akta tersebut dapat dicapai. Sehingga kini, 7 Kaedah-Kaedah dan Peraturan-Peraturan utama yang berikut telah pun dilaksanakan iaitu:I. II. III. IV. V. VI. VII. Kaedah-Kaedah Racun Makhluk Perosak (Pendaftaran) 1976; Kaedah-Kaedah Racun Makhluk Perosak (Pengimportan bagi Maksud-Maksud Pelajaran dan Penyelidikan) 1981; (Pindaan) 1987 Peraturan-Peraturan Racun Makhluk Perosak (Pelabelan) 1984; Kaedah-Kaedah Racun Makhluk Perosak (Pelesenan bagi jualan dan Penyimpanan untuk jualan) 1988; Peraturan...