masalah tingkah laku murid

• Published on
08-Apr-2018

• View
228

• Download
0

Embed Size (px)

Transcript

8/7/2019 masalah tingkah laku murid

1/10

Ahad, 22 Februari 2009Tingkah Laku BermasalahPENGENALAN

Tingkah laku bermasalah boleh didefinisikan sebagai tingkah laku yang tidak normaldan terkeluar dari nilai dan norma sosial masyarakat,tidak kira di dalam kehidupan

bermasyarakat atau termasuk sekolah. Secara konsepnya, ia bertentangan dengan

tingkah laku yang lazimnya dianggap sebagai persepsi, perasaan, dan perlakuan yang

pada kebiasaanya dialami oleh banyak orang dalam sesebuah masyarakat sama ada di

kawasan pedalaman mahupun bandar.

Berdasarkan dari kajian dan pemerhatian oleh pakar psikologi, didapati tingkah laku

bermasalah ini timbul kerana kurangnya keupayaan individu dalam prosesmengadaptasi atau akomodasi apabila menghadapi perubahan situasi dalam alam

persekitaran. Ini menyababkan berlakunya gangguan emosi dan aktiviti kehidupan

individu serta seterusnya mengganggu kestabilan dan keharmonian persekitarannya.

Dalam konteks pendidikan, tingkah laku bermasalah merujuk kepada sebarang tingkah

laku yang yang boleh merosakan kelancaran dan keberkesanan proses pengajaran dan

pembelajaran khususnya di dalam bilik darjah. Kajian terhadap masalah murid sekolah

ini membawa kepada dua pecahan utama tingkah laku murid bermasalah iaitu, positifdan negatif.

Tingkah laku bermasalah positif yang dikenal pasti seperti perlakuan ingin tahu, cepat

belajar, pintar cerdas dan proaktif. Manakala untuk tingkah laku bermasalah negatif

pula ialah perlakuan distruktif iaitu tingkah laku anti sosial, disruptif berkaitan tingkah

laku mengganggu, dan akhirnya tingkah laku bergantung yang berlebihan.

PRINSIP ASAS DISIPLIN

Bagi melaksanakan disiplin yang baik dan berkesan, setiap sekolah hendaklah

8/7/2019 masalah tingkah laku murid

2/10

berasaskan kepada prinsip-prinsip berikut:

Keadilan dan layanan yang sama rata.

Pertimbangan minat dan keperluan murid.

Kebebasan yang berdasarkan undang-undang.

Amalan menghormati seseorang individu.

Perhubungan sihat sesama manusia untuk kehidupan berharmonis.

Perpaduan masyarakat dan negara.

Sama ada seseorang murid itu mempunyai masalah bertingkah laku positif dan negatif,

ia akan membawa kesan yang tidak baik dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di

dalam bilik darjah. Oleh yang demikian, guru haruslah mengambil tahu dan segera

merancang dan melaksana strategi dan tindakan yang sesuai untuk mengubah tingkah

laku yang negatif itu.

Hal ini sangat penting demi menjamin dan mengawal keadaan bilik darjah yang

kondusif dan mempertingkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.

Esei ini akan cuba menerangkan jenis-jenis tingkah laku bermasalah dengan memberi

contoh keadaan yang bersesuaian. Perbincangan terhadap teknik mengenal pasti atau

metodologi mengenal pasti serta strategi untuk memodifikasi tingkah laku tersebut di

sebuah sekolah yang dikaji akan di tunjukkan.

MASALAH TINGKAH LAKU MURID BERKEPERLUAN KHAS (PKBP)

Guru sering menghadapi masalah untuk melaksanakan proses pengajaran dan

pembelajaran pengurusan tingkah laku. Secara umumnya masalah tingkah laku atau

disiplin bagi murid-murid masalah pembelajaran mempunyai ciri-ciri tertentu. Antara

ciri-ciri yang ada pada murid-murid yang bermasalah tingkah laku ialah penumpuan

yang singkat, memencil dan menarik diri daripada aktiviti kelas, terlalu bergantung

kepada seseorang, tidak mesra dengan guru dan orang lain, gopoh dan tidak sabar,

8/7/2019 masalah tingkah laku murid

3/10

motivasi kendiri rendah, agresif, melanggar perintah, sentiasa mempunyai perasaan

negative, memberi jawapan sesuka hati, kurang kemahiran mengawal emosi, perlakuan

hiperaktif dan sering resah serta kurang kepercayaan terhadap kebolehan diri.

Masalah tersebut secara umumnya telah dipengaruhi oleh beberapa faktor. Antara

faktor yang mempengaruhi pengurusan tingkah laku dan disiplin di dalam kelas seperti

kedudukan tempat duduk murid yang jauh dari guru. Susun atur peralatan seperti meja,

kerusi, almari memainkan peranan penting dalam mewujudkan kelas yang kondusif dan

mempunyai ruang untuk murid dan guru bergerak. Selain itu, alat bahan mengajar yang

dipamerkan hendaklah sentiasa ditukar.

Guru hendaklah peka di dalam penyediaan bahan yang bersesuaian dengan murid-

murid keperluan khas ini. Terdapat sesetengah guru menggunakan muzik latar semasa

membuat aktiviti. Hal ini menyebabkan kebisingan di dalam kelas, tindakan agresif,

mengada-ngada dan sebagainya. Sekiranya mempelbagaikan suasana tempat belajar

iaitu di luar bilik darjah. Oleh kerana mereka mudah tertarik kepada persekitaran,

mereka akan hilang tumpuan untuk belajar di luar bilik darjah dan mereka lebih banyak

bermain.

TINGKAH LAKU BERMASALAH

Sudah menjadi lumrah duniawi setiap menusia mengalami pertumbuhan dan

perkembangan sehingga ke peringkat matang. Perkembangan manusia merujuk

perubahan dari aspek jasmani, kognitif, emosi, sosial dan rohani. Hampir semua

perkembangan tersebut berkaitan dengan faktor baka dan persekitaran. Berikut adalah

berdasarkan pengalaman saya sepanjang mengikuti program Pengalaman Berasaskan

Sekolah (PBS) di sebuah sekolah yang terlatak di sebuah bandaraya yang terkenal.

Sekolah ini mempunyai kelas untuk murid masalah pembelajaran (PKBP) di dapati

terdapat pelbagai tingkah laku di kalangan murid di sekolah tersebut. Walaupun secara

puratanya tingkah laku normal murid-murid adalah lebih ketara di sekolah tersebut,

namun tingkah laku bermasalah juga wujud sehingga menyukarkan proses pengajaran

dan pembelajaran berlangsung dengan teratur. Supaya lebih mudah difahami, saya

akan menerangkan dahulu tingkah laku bermasalah dan kemudian akan

8/7/2019 masalah tingkah laku murid

4/10

menerangkannya di dalam perenggan tersebut beserta contoh agar dapat memahami

dengan baik.

Sepertimana yang telah dijelaskan dalam pengenalan, tingkah laku bermasalah

diklasifikasikan kepada dua kategori utama iaitu tingkah laku bermasalah positif dan

negatif. Tingkah laku bermasalah positif dalam aspek proses pengajaran dan

pembelajaran merujuk kepada perlakuan pelajar yang ingin tahu secara keterlaluan,

cepat belajar, pintar cerdas dan proaktif turut berlaku atau di sekolah dipanggil

hiperaktif positif. Walaupun secara umumnya perlakuan tersebut dilihat adalah sangat

baik dan positif dari segi pembelajaran seorang murid, namun sebaliknya ia

mengganggu kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran yang sedang berlaku.

Sebagai contoh kes yang berlaku di sekolah, murid A yang berperilaku ingin tahu yang

keterlaluan akan menyebabkan murid A itu suka bertanya tidak pututs - putus sehingga

mengganggu proses penerangan sesuatu topik yang dipelajari semasa proses

pembelajaran dan pengajaran berlaku . Begitu juga perilaku proaktif akan menyebabkan

murid lain yang sedang cuba memahami atau memberi fokus terhadap sesuatu topik

pembelajaran dan memerlukan kosentrasi serta suasana yang kondusif turut mengalami

gangguan dari murid A.

Selain itu, tingkah laku bermasalah positif cepat belajar dan pintar cerdas juga akan

menyebabkan ketidakseimbangan dalam proses pembelajaran yang sedang

berlangsung. Pemerhatian yang dapat dilihat ialah, apabila berlaku perlakuan murid

seperti ini akan menyebabkan gangguan emosi bukan sahaja kepada murid dalam kelas

itu sendiri, malah guru juga turut akan menerima kesannya. Perkara yang dapat dilihat

ialah, murid yang bermasalah ini akan cuba untuk memperkatakan perkara yang

mereka fahami dalam topik yang sedang diajar oleh guru. Hal ini menyebabkan murid-

murid lain yang sama kelas kehilangan minat untuk belajar kerana berasa rendah diri

melihat rakan sekelas telah mempunyai pengetahuan yang lebih dalam topik itu selain

lebih berminat bertanya murid tersebut berbanding guru yang sedang mengajar.

Dalam pada itu, tindak-tanduk pelajar yang mempunyai kelebihan positif pintar cerdas

juga menyebabkan guru tidak selesa untuk mengajar. Hal ini dapat dilihat sekiranya

guru tersebut kurang bijak mengawal murid-murid dan tidak tegas dalam mengawal

murid-murid. Sebagai contoh yang berlaku di sekolah, murid yang hiperaktif positif, ini

8/7/2019 masalah tingkah laku murid

5/10

apabila diberi sesuatu tugasan yang perlu disiapkan akan mengganggu pelajar lain yang

masih sedang menyiapkan tugasan yang diberi kerana dia mampu menyiapkannya

dengan lebih awal.

Murid pintar cerdas ini, bukan sahaja ada di sekolah aliran perdana namun ianya juga

ada di aliran PKBP. Walaupun majoriti murid PKBP adalah murid yang berkeperluan

khas namun ada sebahagian daripada murid-murid ini yang pintar cerdas. Pertanyaan,

mengganggu,dan menjawab soalan sering berlaku sehingga menganggu proses

pembelajaran dan pengajaran seperti aliran perdana. Murid yang menjadi pintar cerdas

ini adalah murid yang mengalami masalah lembam kerana di dalam kalangan murid

PKBP ini merekalah yang lebih berpengetahuan sikit, cuma kurang daya ingatan.

Murid-murid ini bersifat demikian adalah kerana inginkan perhatian yang lebih

daripada guru yang mengajar, malah murid ini juga cuba mengganggu rakan mereka

dan menyebabkan rakan terasa terpinggir dan malu untuk menonjolkan diri ketika di

dalam kelas.

Penyelesaiannya, guru seharusnya lebih tegas agar murid lebih menghormati , dapat

mengelak daripada murid lebih aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selain

itu, guru boleh memfokuskan murid agar tumpuan dapat diberikan murid sepenuhnya.

Tingkah laku bermasalah negatif pula terbahagi kepada tiga bahagian iaitu perlakuan

distruktif iaitu tingkah laku anti sosial, disruptif berkaitan tingkah laku mengganggu,

dan akhirnya tingkah laku bergantung yang berlebihan. Tingkah laku distruktif sering

berlaku di kalangan murid yang berusia 10 hingga 15 tahun. Sikap agresif mereka sering

ditunjukkan dalam bentuk tingkah laku merosakkan sama ada melalui sindiran atau

melalui perbuatan fizikal seperti tumbuk-menumbuk, bergaduh, melukai atau

menyakiti seseorang yang lain. Tingkah laku merosakkan ini mungkin melibatkan

permusuhan nyata, vandalisme dan klik. Tindakan agresif kepada pihak lawan akan

ditunjukkan akibat rasa tidak puas hati, benci, marah atau dendam. Tingkahlaku

destruktif sebenarnya dipelajari sama ada melalui masyarakat, ibu bapa mahupun

televisyen. Di sekolah yang saya melakukan PBS terdapat juga berlaku pergaduhan kecil

semasa mereka. Walaupun, dilihat sebagai pergaduhan kecil yang melibatkan kanak-

8/7/2019 masalah tingkah laku murid

6/10

kanak namun ianya akan memberi kesan yang buruk kelak.

Tingkah laku masalah ini dicatit di dalam buku disiplin sekolah . Tindakan akan diambil

adalah berbentuk amaran untuk pertama kali dan kedua kali dilakukan. Apabila ianya

kerab dilakukan maka murid itu akan diambil tindakan berjumpa dengan waris sebelum

sekolah mengambil tindakan susulan. Terdapat buku peraturan sekolah dan tindakan

yang akan diambil termasuk merotan mengikut undang-undang yang ditetapkan

sekolah dengan perserujuan ibubapa dan Jabatan Pendidikan.

Murid yang mempunyai tingkah laku desruptif pula sentiasa menganggu dan

menjejaskan kelicinan perjalanan pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, tingkah laku

menganggu ini juga berlaku di luar bilik darjah sama ada sesama adik beradik mahupun

rakan sebaya. membuat bising iaitu tingkah laku yang mengganggu atau disruptif.

Kebiasaan masalah ini wujud apabila keadaan murid keperluan khas ini tidak kondusif

ketika mengikuti pengajaran dan pembelajaran. Boleh dikatakan kebanyakkan mereka

akan membuat bising sama ada ketiadaan guru atau sebaliknya. Mereka akan bercakap

sesama mereka, menjerit, mengganggu rakan sekelas dan sebagainya. Hal ini juga

disebabkan kurangnya guru mengendalikan murid-murid tersebut seperti tidak

mempelbagaikan kaedah penyampaian mengajar, guru menghadirkan diri ke mesyuarat

dan meninggalkan mereka tanpa pengawasan, sikap semulajadi murid-murid keperluan

khas seperti hiperaktif. Kebiasaan mereka akan hilang minat untuk mengikuti

pembelajaran selepas waktu rehat atau melakukan aktiviti luar seperti pendidikan

jasmani. Bagi mengatasi kebisingan di dalam kelas guru mesti memainkan peranan

dengan menggunakan kaedah modelling iaitu modifikasi tingkah laku melalui ubah suai

luaran. Modifikasi ini merujuk kepada peniruan melalui pemerhatian tingkah laku

seorang model yang disanjung dan secara tidak langsung mengubah tingkah lakunya.

Teori ini telah diperkenalkan oleh Bandura yang menjelaskan pelbagai tingkah laku

sosial yang dipelajari oleh kanak-kanak. Jenis-jenis tingkah laku desruptif termasuk

hiperaktif, terlalu membuat bising, pergerakan melampau, menganggu rakan sebaya,

gelak terbahak-bahak serta menunjukkan keagresifan fizikal seperti tolak-menolak.

Biasanya, tingkah laku ini dialami oleh pelajar lelaki berusia 10 hingga 11 tahun.

Selalunya tingkah laku desruptif akan menjadi punca terjadinya tingkah laku destruktif

jika emosi tidak terkawal dan melibatkan aspek balas dendam, tidak puas hati dan

sebagainya.

8/7/2019 masalah tingkah laku murid

7/10

Pemerhatian yang telah dibuat dalam sebuah sesi pengajaran dan pembelajaran yang

sedang berlangsung, memang didapati masalah ini banyak berlaku terutamanya di

kelas-kelas hujung dalam sesuatu darjah. Kebiasaannya golongan murid ini memang

gemar mengganggu pelajar lain dengan membuat bising atau melakukan perlakuan

agresif dari segi perilaku dan lisan terutamanya apabila mereka tidak dapat memahami

sesuatu tugasan yang diberi.

Murid yang tingkahlaku bermasalah hiperaktif merupakan murid yang tidak dapat

mengawal diri sendiri dan sentiasa melakukan sesuatu aktiviti yang akan menganggu

murid lain. Malah murid ini juga boleh membahayakan dirinya sendiri dan juga murid

yang lain .Sebagai contoh yang berlaku di sekolah, murid hiperaktif ini memanjat pagar

tingkap. kemungkinan murid itu jatuh dan tercedera atau pagar itu jatuh terkena pada

murid lain yang boleh menyebabkan kecederaan. Murid hiperaktif ini merupakan murid

Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (PKBP). Murid aliran perdana juga ada

yang hiperaktif seperti ini. Murid ini akan mengganggu proses pengajaran dan

pembelajaran dengan bertindak luar dari kawalan seperti berlari di dalam kelas,

membuat bising dan menganggu murid lain.

Murid aliran perdana yang menjadi hiperaktif adalah disebabkan oleh kurang

berdisiplin ketika dirumah ataupun kurang perhatian ibu bapa yang sentiasa sibuk

dengan tugasan kerja. Murid ini berkemungkinan mengalami tekanan dan seterusnya

memberontak ketika di sekolah. Bagi murid PKBP pula, Murid ini dikenali sebagai

Hiperaktf-impulsf kerana bagi muird keperluan khas jenias ini , petunjuk utama

adalah gabungan antara hiperaktif iaitu jumlah pergerakan sangat tinggi dan impulsive

iaitu melakukan sesuatu tanpa berfikir. Murid jenis ini kerap mengetuk-ngetuk meja

dan menggoyang-goyang kerusi, selalu berlari-lari, sentiasa aktif dan banyak bercakap.

Terdapat beberapa kaedah dalam mengatasi, membendung dan mengurangkan

tingkahlaku bermasalah ini daripada semakin berleluasa. Antaranya adalah dengan

menggunakan kaedah memenuhi kehendak pelajar seperti memahanmi keperluan

pelajar tersebut. Apabila kehendaknya dituruti barulah lama kelamaan murid tersebut

da...