MINIT MESYUARAT PSV ke 3[1]

  • CategoryDocuments

  • View940

Report
Description
MINIT MESYUARAT PANITIA MATA PELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV) KALI KETIGA 2012 Tarikh Hari: Tempat Masa : 9 Julai 2012 : Isnin : Kelas 3 Biru : 1.45 Petang KEHADIRAN:…
Transcript
MINIT MESYUARAT PANITIA MATA PELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV) KALI KETIGA 2012 Tarikh Hari: Tempat Masa : 9 Julai 2012 : Isnin : Kelas 3 Biru : 1.45 Petang KEHADIRAN: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Pn. Norazlina bt Subri Pn. Hasnah Pn. Masliza bt Saad Pn. Normizah bt Zakarya Pn. Ng Seow Hooi Pn. Quah Bee Choo Pn. Siti Hasniza bt Hasan Pn. Hazima Pn Tan Kim Le Pn Chan Siew Ling Pn Suhaili Anita Pn. Norlia Abdulllah Ketua Panitia 8. 9. 10. 11. 12. Turut Hadir: 1. Pn. Wan Chik bt Md Noor Pen.Kanan Pentadbiran/Kurikulum Tidak Hadir Bersebab: 1. Puan Norhayati (Cuti Bersalin) Puan Jamilah 2. 1.0 UCAPAN KETUA PANITIA 1.1 Ketua Panitia mengalu-alukan kedatangan semua anggota Panitia Pendidikan Seni Visual dan mengucapkan terima kasih kerana menghadiri Mesyuarat Panitia Pendidikan Seni Visual kali ketiga bagi sesi 2012. 2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT LALU 2.1 Minit mesyuarat lalu telah disahkan oleh Puan Siti Hasniza dah disokong oleh Puan Hasnah. 3.0 PERKARA BERBANGKIT 3.1 Tiada sebarang perkara berbangkit. 4.0 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 4.1 Ketua Panitia memaklumkan bahawa beliau akan mengedarkan set-set soalan untuk PKBS 2 kepada guru-guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Seni Visual bagi setiap aliran tahun 3 hingga 6. 4.2 Untuk Karnival Cyber Centre, Ketua Panitia memaklumkan kepada semua guru yang mengajar tahun 4 hingga 6 untuk mula membawa pelajar masing-masing ke cyber centre bagi memulakan projek tersebut. Dimaklumkan juga bahawa hadiah hanya dapat disediakan untuk pemenang pertama kerana tiada peruntukan. 5.0 HAL-HAL LAIN 5.1 Penolong Kanan Kurikulum menegaskan agar kertas soalan untuk PKBS 2 diedarkan awal. 5.2 Ketua Panitia juga memaklumkan kepada semua guru yang mempunyai lukisan yang menarik hasil kerja seni para pelajar boleh meletakkannya di dalam bingkai yang terdapat pada pintu almari bahan-bahan seni. Selain itu, hasil kraftangan yang terbaru juga boleh diletakkan di atas almari bahan-bahan seni tersebut. 6.0 PENUTUP 6.1 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.15 petang. Disediakan Oleh, Disemak Oleh, ......................................... (PN. MASLIZA BT SAAD) Setiausaha Pendidikan Seni Visual ...................................... (PN.NORAZLINA BT SUBRI) Ketua Panitia Pendidikan Seni Visual