Minit Mesyuarat Tender Kantin 2014

  • Published on
    25-Nov-2015

  • View
    492

  • Download
    92

DESCRIPTION

education

Transcript

SEKOLAH KEBANGSAAN TELOK BEREMBANG, 78100 LUBOK CHINA, MELAKA Tajuk : Minit Mesyuarat Tender Kantin 2014/2015 Tarikh : 01 Oktober 2013, Selasa Masa : 10.35 pagi Tempat : Bilik Mesyuarat, Sekolah Kebangsaan Telok Berembang Kehadiran: 1. Ustaz Jamaluddin bin Ahmad - Pegawai PPD Alor Gajah 2. Encik Zaili bin Yaacob - Pegawai PPD Alor Gajah 3. Tuan Haji Mohtar bin Bakar - Guru Besar SK Telok Berembang 4. Puan Hamizah binti Daud - GPK Pentadbiran - 5. Puan Latifah binti Sukor - GPK HEM 6. Puan Azizah binti Muzaini - AJK Kantin 7. Puan Musalmah - AJK Kantin 8. Puan Hamidah binti Bahari - Pembantu Tadbir AGENDA 1. Ucapan oleh Tuan Haji Mohtar bin Bakar (Guru Besar SKTB) 1.1. Memulakan mesyuarat dengan bacaan umul kitab. 1.2. Beliau mengalu-alukan kedatangan pegawai PPD ke SKTB. 1.3. Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang hadir. 1.4. Beliau mengatakan bahawa hari ini akan diadakan pemilihan tender kantin SKTB sesi 2014/2015. Dengan ini, beliau menpersilakan ustaz Jamaluddin bin Ahmad untuk memulakan pemilihan. 2. Proses Pemilihan Tender Kantin 2014/2015 2.1. Pada pukul 10.35 pagi, peti undian telah dibuka oleh ustaz Jamaluddin disaksikan oleh jawatankuasa yang hadir. 2.2. Tiga pemohonan sebut harga tender kantin telah dikeluarkan oleh beliau. 2.3. 4 orang saksi telah menandatangani pengesahan borang sebut harga tender kantin yang telah dihantar. 2.4 Pemohon yang menghantar sebut harga ialah: Nama Pemohon Wang Cagaran RM Pengalaman Markah 1. ENCIK NORAZMAN 280.00 3 tahun 41 2. RUSSITA BINTI HUSSIN 250.00 1 tahun 31 3. ABU S. MARINA ENT 300.00 2 tahun 38 2.5 GPK Pentadbiran memaklumkan bahawa jumlah murid pada 2014 dianggarkan seramai 306 orang. Oleh itu, anggaran bayaran sewa kantin yang ditetapkan ialah RM220.00 sebulan. 3. Keputusan Pemilihan 3.1 Setelah perbincangan diadakan, mesyuarat telah memutuskan sebulat suara bahawa Encik Norazman iaitu penender kantin yang sekarang telah dipilih untuk meneruskan tender kantin SKTB bagi sesi 2014/2015. 4. Penutup 4.1. Tuan Guru Besar mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Jamaluddin kerana telah menyempurnakan pemilihan tender kantin SKTB bagi sesi 2014/2015 4.2 Mesyuarat diakhiri dengan Tasbih Kafarah dan surah Al-Asr Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11.00 pagi. Disediakan oleh, Disemak oleh: _______________ _______________ (Puan Azizah binti Muzaini) (Tuan Haji Mohtar bin Bakar) Setiausaha Jawatankuasa Kantin SKTB Guru Besar SKTB