Modifikasi Tingkah Laku Kanak

• Published on
29-Nov-2015

• View
36

• Download
3

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Transcript

Modifikasi Tingkah Laku Kanak-Kanak Token Ekonomi : Kelemahan Dan kebaikan Token Ekonomi1.0 Pendahuluan

Tingkahlaku adalah lakuan, aktiviti, tindak balas dan reaksi seseorang individu. Menurut istilah saintifik, tingkahlaku sesuatu organisma boleh diperhatikan dan diukur. Manakala menurut istilah pendidikan pula dikenali sebagai tindak balas secara terang-terangan. Sesetengah tingkahlaku akan dijadikan sasaran untuk diubah. Ia menjadi matlamat dan objektif utama dalam program pendidikan dan direka sebagai tingkahlaku sasaran.

Teori tingkahlaku mengandaikan bahawa tingkahlaku adalah ciri-ciri asas pada organisma yang hidup. Prosedur-prosedur tingkahlaku analitik menegaskan bahawa spesifikasi tepat dan pengukuran terhadap tingkahlaku pemerhatian sebagai panduan asas. Andaian seterusnya adalah tingkahlaku boleh diubahsuai melalui pembelajaran dan perubahan tingkahlaku tersebut adalah fungsi kepada perubahan dalam persekitaran.

Menurut Stone (2007), kalau tingkahlaku boleh dipelajari maka sudah tentu ia boleh diubah atau diubahsuai. Kebanyakan tingkahlaku berbentuk operan dan bukannya responden . Oleh itu tingkahlaku berubah apabila persekitaran berubah dan menyediakan konsekuens yang berbeza. Menurut beliau lagi, operan adalah tingkahlaku disengajakan (voluntary) termasuk kebanyakan perkara yang kita lakukan atau ucapkan setiap hari. Responden pula merupakan reflexus atau respon automatik terhadap rangsangan sebelum itu.

2.0 Teori-teori berkaitan tingkah laku

Terdapat beberapa teoritikal yang membincangkan tingkah laku. Teori saintifik mengutamakan ramalan, serta penerangan bagi sesuatu perkara yang dijadikan asas bagi sesuatu amalan. Tingkah laku boleh dipelajari dan sangat berkait rapat dengan teori-teori tingkah laku. Di antara teori-teori tersebut ialah:

2.1 Teori Kognitif

Teori kognitif adalah pendekatan yang memberi perhatian khusus berkaitan proses-proses pemikiran manusia seperti persepsi dan penanggapan, kognisi, metakognisi, kemahiran berfikir kritis dan kreatif, kemahiran belajar, motivasi dan lain-lainnya. Selain itu, ahli-ahli psikologi kognitif juga cuba memahami apakah proses-proses yang terlibat dan bagaimanakah mereka beroperasi. Ahli psikologi kognitif percaya, bahawa peristiwa-peristiwa dalaman yang berlaku pada seseorang mesti dikaji sekiranya keseluruhan tingkah laku ingin difahami. Pendekatan kognitif ini dipelopori oleh tokoh-tokoh seperti ahli-ahli psikologi gestalt, Piaget, Vygotsky, Gagne, Bruner dan Ausubel.

2.1.1 Teori Kognitif Jean Piaget

Banyak kajian yang telah dijalankan oleh Piaget tentang bagaimana individu memproses maklumat dan mengemukakan pendapat tentang perkembangan kognitif manusia dan bentuk tahap demi tahap. Oleh itu teori perkembangan Piaget juga dikenali sebagai teori tahap. Jean Piaget menggunakan metodologi kajian klinikal dalam mengkaji proses kognitif anak-anak iaitu melibatkan pemerhatian intensif pada mereka pada tiap-tiap hari semenjak lahir hingga remaja dalam persekitaran semulajadi. Pada pendapat Piaget kanak-kanak lahir dengan tingkah laku refleks (menangis, menghisap dan menggapai), berkembang kepada tingkah laku bermatlamat, kemudian berkembang kepada tingkah laku menyelesai masalah.Menurut Piaget, kanak-kanak bina struktur kognitif dalam usahanya memahami persekitaran atau pengalaman. Oleh itu struktur kognitif kanak-kanak bertambah hari demi hari melalui data yang ditafsir dan disimpan oleh kanak-kanak tersebut. Struktur kognitif terbahagi kepada tiga iaitu tingkah laku, simbolik dan operasi.Tingkah laku (behavioral) ialah pola aksi atau turutan tingkah laku yang digunakan oleh kanak-kanak untuk meneroka dan bergerak balas terhadap objek yang ada di persekitarannya. Simbolik pula diperolehi kanak-kanak semenjak berumur 2 tahun atau sejak boleh bercakap, kanak-kanak boleh berfikir tentang objek, pengalaman dan peristiwa. Simbolik membolehkan kanak-kanak menyatakan objek/peristiwa tanpa perlu kepada aksi atau menggunakan bahasa isyarat. Operasi (operational) diperoleh apabila kanak-kanak berusia 6 atau 7 tahun iaitu apabila mereka boleh melakukan operasi logik atau aktiviti mental yang berkaitan dengan objek atau peristiwa. Juga dikenali sebagai menghasilkan pemikiran yang logik.

Struktur kognitif berubah melalui proses organisasi dan adaptasi. Organisasi bermaksud individu mencantun struktur kognitif sedia ada untuk membentuk struktur kognitif baru yang kompleks. Adaptasi pula mengubah struktur kognitif semasa menemui objek, maklumat atau pengalaman baru melalui asimilasi dan akomodasi.Asimilasi bermaksud menambah maklumat baru atau perkaya struktur kognitif sedia ada. Misalnya: Fatin nampak kucing dan diberitahu itulah kucing. Bila Fatin nampak arnab, Fatin sebut kucing. Inilah asimilasi iaitu maklumat diserap tanpa dibuat ubahsuai.

Akomodasi bererti mengubahsuai struktur kognitif sedia ada untuk memahami maklumat baru. Dalam contoh di atas, bapa Fatin terdengar Fatin menyebut kucing apabila melihat arnab, bapanya menegur dengan memberitahu itu adalah arnab sebab dia melompat, tidak mengiau dan makan ikan.

Contoh tahap pengekalan pula ialah: Pengekalan bermaksud memahami bahawa perubahan objek atau susunan tidak mengubah cirinya atau sifatnya. Pengekalan berlaku pada isipadu atau kuantiti cecair,berat bahan pepejal seperti plastersin dan nombor. Seperti dalam rajah di bawah, sekiranya ditanya soalan kepada kanak-kanak berusia 7 tahun, bekas A atau B' yang banyak air, dia tentu menjawab B' kerana dia telah memperoleh konsep pengekalan isipadu air. Dia juga telah menguasai konsep tidak memusat(decenter) iaitu boleh melihat kaitan tinggi dan lebar bekas air. Dia juga secara mental melakukan proses pembalikan iaitu menuang semula ke dalam bekas A. A dan B adalah gelas yang sama besar diisi kandungan air. Air dalam bekas B dituang dengan air yang sama banyak kepada bekas tinggi iaitu bekas B.

2.2 Teori Humanistik

Teori ini berpandangan bahawa manusia adalah individu yang bebas dan baik dengan potensi untuk berkembang dan mempunyai matlamat untuk dicapai. Pendekatan humanistik ini menyatakan bahawa manusia terdorong untuk bertindak melakukan sesuatu kerana mempunyai sesuatu kemahuan serta keperluan.

Mengikut teori ini manusia sentiasa aktif dan bukan menunggu untuk dirancang oleh orang lain. Ahli-ahli psikologi dalam teori ini adalah seperti Abraham Maslow, Carls Rogers dan Gordon Allport. Abraham Maslow (1970) telah mengemukakan Teori Hierarki Keperluan Maslow. Andaian dalam teori ini adalah berasaskan bahawa manusia tidak pernah berasa puas dengan apa yang telah dicapai Mengikut Maslow, kehendak-kehendak manusia terbahagi kepada lima peringkat yang disusun mengikut hirarki. Iaitu dari keperluan peringkat rendah ( asas) hinggalah kepada keperluan ke peringkat tinggi (keperluan bersifat psikologi).

Contohnya; Individu yang telah memperolehi keperluan asas seperti makan dan minum, akan pula mencari keperluan ke peringkat yang seterusnya seperti keselamatan. Kesimpulannya , teori ini lebih memfokus kepada kemahuan seseorang dan menekankan tentang keunikan manusia serta kebebasan mereka untuk memilih matlamat hidup.

2.3 Teori BehaviorismeTeori behaviorisme mengatakan bahawa ahli psikologi tidak perlu memberi perhatian kepada peristiwa yang berlaku dalam mental ( sedar dan tidak sedar), sebaliknya memberi tumpuan kepada tingkah laku yang boleh diperhatikan secara nyata atau tidak nyata. Watson, seorang ahli behaviorisme mengatakan bahawa aspek yang berkaitan tingkah laku seseorang dipengaruhi persekitaran dan bukannya dari unsure-unsur dalaman. Idea Watson ini mengembangkan lagi teori ini yang menekankan idea bahawa tingkah laku dan proses mental adalah hasil daripada pembelajaran.

Ahli-ahli psikologi behaviorisme yang laian ialah Ivan Pavlov, B.F Skinner dan E.L Thorndike. Pavlov (1849 1936 ) mengaitkan konsep pelaziman klasik yang membuat eksperimen ke atas seekor anjing bagi menunjukkan perkaitan antara rangsangan (makanan) dengan gerak balas (air liur). Rangsangan ialah apa-apa sahaja bentuk tenaga yang menimbulkan gerak balas. Gerak balas ialah apa-apa sahaja tingkah laku yang timbul akibat rangsangan.

Sebagai contohnya, kebanyakan guru apabila mendengar bunyi loceng, perkara pertama yang akan dilakukan adalah keluar dari bilik guru atau kelas untuk mengawasi pelajar. Tingkah laku ini terbawa-bawa hingga ke rumah guru berkenaan. Apabila beliau mendengar bunyi loceng di rumah, beliau akan keluar dari bilik dan memerhatikan ahli keluarganya. Dari pada contoh ini, bunyi loceng tersebut adalah rangsangan, manakala tindakan guru keluar dari bilik adalah tindak balas.

3.0 Ulasan Artikel. Dua artikel mengenai pengubahsuaian tingkah laku ialah Evaluating the social behavior of preschool of children with autism in an inclusive playground setting dan The effects of a token economy system to improve social and academic behavior with a rural primary aged child with disabilities.

3.1 Ulasan artikel Evaluating the social behavior of preschool of children with autism in an inclusive playground setting

Kebiasaannya pelajar autisme dimasukkan ke sekolah biasa adalah untuk mewujudkan peluang dalam membina hubungan sosial dan pengalaman. Namun terdapat hanya sedikit sahaja kajian yang menerangkan tentang interaksi semulajadi yang berlaku di antara pelajar autisme dan pelajar biasa apabila diletakkan dalam situasi yang sedemikian.

Menurut penulis artikel ini, kajian dijalankan ke atas tiga orang pelajar autisme yang diletakkan bersama pelajar biasa. Hasil keputusan didapati bahawa pelajar autisme kurang serta jarang bergaul ( bersosial) semasa inclusive experinces tersebut dijalankan. Begitu juga dengan kakitangan tempat tersebut kurang membantu interaksi antara pelajar autisme dan pelajar biasa. Kajian ini juga membuktikan bahawa pendedahan pelajar autisme kepada pelajar normal tidak memberi makna terhadap pengalaman sosial mereka.

Artikel ini juga menyatakan tujuan kajian adalah untuk mengkaji interaksi yang berlaku secara normal dan semulajadi antara pelajar autisme dan juga pelajar normal. Manakala method adalah terdiri daripada 3 orang peserta . Iaitu 3 orang pelajar autisme yang layak untuk menyertai kajian yang dijalankan. Dua orang pelajar autisme ini mempunyai ciri-ciri sikap dan echolalia yang sama. Sebutan atau perkataan yang diucapkan adalah perkataan tunggal semasa berkomunikasi. Sementara seorang pelajar lagi menyebut 3 perkataan secara sepontan walaupun pelajar ini jarang-jarang bercakap.

Kajian menilai tingkahlaku pelajar autisme ini dijalankan di taman permainan sekolah. Waktu kajian dijalankan ialah waktu bermain yang telah disusun dalam jadual waktu sekolah. Peralatan yang digunakan ialah papan gelungsur, jongkang-jongkit, baldi , pasir dan sebagainya yang terdapat di taman permainan. Masa pemerhatian yang diambil ialah selama 10 minit. Alatan lain ialah jam tangan, data atau borang pemerhatian.

Prosedur yang dijalankan ialah meletakkan 10 15 orang pelajar normal supaya berada di taman permainan tersebut bersama-sama pelajar autisme yang telah dipilih..

Keputusan yang dijalankan dari kajian ini adalah interaksi antara kedua-dua pihak adalah minima. Boleh dikatakan pelajar autisme tidak pernah berinteraksi menggunakan suara dan bahasa badan (gesture). Amat sedikit sekali interaksi yang berlaku secara fizikal. Interaksi dari pelajar biasa terhadap pelajar autisme juga rendah dan bergantung kepada jenis sikap atau perbuatan. Interaksi yang dibantu oleh staff dewasa juga di tahap yang rendah. Menariknya , 80% - 96% masa yang diberi adalah digunakan untuk bermain dengan peralatan dan permainan di taman permainan tersebut.

Artikel ini juga menjelaskan beberapa faktor yang menyumbang kepada keterbatasan interaksi ini. Antaranya ialah keadaan persekitaran yang mungkin tidak sama dengan persekitaran yang biasa dialami untuk pembelajaran, keadaan ini memberi kesan yang lebih kepada pelajar yang mengalami autisme di tahap yang lebih tinggi lagi.

Selain itu, keadaan semula jadi persekitaran sebagai alat bantuan komunikasi juga tidak membantu kepada perkembangan interaksi yang diharapkan. Masa bermain memberi kebebasan pelajar autisme untuk bergerak dari satu kawasan ke kawasan yang lain untuk bermain dan keadaan ini juga menyebabkan penurunan interaksi.

3.2 Ulasan artikel The effects of a token economy system to improve social and academic behavior with a rural primary aged child with disabilities.

Artikel hasil tulisan Anna Klimas dan T.F McLaughlin ini mengupas tentang sistem ekonomi token dari segi peningkatan sosial dan akademik murid sekolah pedalaman yang kurang upaya. Ia bertujuan untuk menilai kesan ekonomi token individu dengan kanak-kanak kurang upaya.

Terdapat tiga perlakuan dicatatkan iaitu masa untuk menyelesaikan dan melengkapkannya, jumlah kerja yang berjaya diselesaikan dan kekerapan perbuatan atau perlakuan yang kurang sesuai. Masa pelaksanaan yang diambil ialah 30 minit setiap pagi. Kesimpulan hasilan kajian menunjukkan terdapat dua sistem token yang berbeza berkesan meningkatkan akademik dan sosial peserta. Jumlah hasil kerja yang dapat dilakukan juga meningkat tanpa penyusutan akademik yang besar ataupun peningkatan dalam perlakuan yang tidak sesuai.

Method kajian yang dijalankan ialah peserta dan tempat yang dirancangkan (setting). Peserta terdiri daripada murid yang berumur 6 tahun yang telah diuji mempunyai masalah pembelajaran oleh panel psikologi sekolah. Iaitu murid yang gagal bercakap semasa ujian. Manakala setting pula ialah sebuah kelas pendidikan khas sekolah rendah di pedalaman. Mempunyai 9 orang pelajar, seorang guru pendidikan khas yang ditauliahkan, seorang guru dari pelajar senior dan tiga orang guru pembantu. Masa yang dicatatkan ialah dari jam 9.00 pagi hingga 11.30 pagi.

Tugasan dan arahan diberikan dengan jelas supaya murid dapat menyiapkan tugasan dengan sempurna. Prosedur pengukuran yang dijalankan ialah dengan menjalankan penilaian ke atas masa tugasan dilengkapkan, jumlah tugasan dilengkapkan dalam masa 30 minit dan tingkahlaku yang kurang sesuai dalam tempoh masa per 30 minit seperti menjerit, tidak mahu melakukan kerja dan sebagainya. Jenis perlakuan yang tidak sesuai inappropriate behavior tidak dicatatkan untuk meminimumkan gangguan semasa program dilaksanakan.

Pengumpulan data dan persetujuan penilai dari segi perekodan program adalah menggunakan sistem 3 token iaitu rekod tempoh masa murid menyiapkan tugasan dibahagi 3 untuk mendapatkan purata tempoh masa satu tugasan sehari. Begitu juga sistem 5 token menggunakan proses yang sama. Merekodkan tempoh masa murid menyiapkan 5 tugasan dan memerhati berapa banyakkah aktiviti atau tugasan yang dapat disiapkan dalam 30 minit yang ditetapkan. Peserta diberi tugasan harian dan peratusan kerja yang betul direkodkan dalam borang data. Lima minit token boarddiberikan untuk rehat setiap beberapa tugasan disiapkan.

Persetujuan antara pemerhati iaitu 33 50% d...