Modul ice breaking

  • Published on
    25-Jan-2015

  • View
    5.554

  • Download
    6

Embed Size (px)

DESCRIPTION

 

Transcript

<ul><li> 1. Modul 2 MODUL LDK DAN FASILITATOR ICE BREAKING Masa : 1 jam Bahan : Kain dan marker pen. Tujuan Menanamkan sifat kepimpinan dan potensi dalam diri peserta. Melatih bagaimana bermesyuarat, membuat keputusan yang rasional dalam membuat perancangan. Menimbulkan nilai-nilai murni. Kaedah Peserta dibahagikan ke dalam beberapa kumpulan. Peserta diminta untuk melukis logo kumpulannya, lengkap dengan organisasi dan maklumat mengenai logo tersebut. LATIHAN DALAM KELOMPOK 1 Masa : 2 jam Aktiviti 1 : Taaruf Berantai Masa : 30 minit Objektif Mengenal ahli-ahli dengan lebih rapat. Melatih peserta untuk mengingati nama-nama ahli dan juga fasi. </li></ul><p> 2. Kaedah Fasi dan ahli-ahli kumpulannya duduk di dalam bulatan. Fasi menerangkan tujuan kita mengenali sahabat-sahabat. Fasi akan memperkenalkan dirinya dahulu dan kemudian barulah diikuti oleh anak buahnya. Perkara yang perlu disebut adalah nama, panggilan manja, sekolah, latar belakang keluarga dan perkara-perkara yang difikirkan perlu. Selepas giliran peserta pertama, peserta kedua hendaklah menyebut nama peserta pertama dahulu kemudian baru memperkenalkan dirinya. Begitulah untuk peserta-peserta seterusnya secara berantai. Aktiviti 3 : Surat Muhasabah Masa : 15 minit Bahan : Surat Objektif Mengenal pasti kejujuran peserta dalam menilai sahabatnya sendiri. Mengesan kelemahan dan kekuatan dalam diri peserta. Kaedah Kedudukan masih dalam keadaan bulatan. Fasi akan memberikan sedikit taklimat berkenaan surat muhasabah. Peserta akan dibahagikan secara berpasangan dan tidak dimaklumkan siapa pasangannya. Sepanjang program, peserta akan menilai pasangannya dari setiap sudut dan aspek. 3. LATIHAN DALAM KELOMPOK 3 Masa : 2 jam Aktiviti 1 : Pokok Ajaib Masa : 30 minit Kaedah Pilih peserta pertama membaca handout. Baca dengan kadar biasa. Kemudian, fasi meminta peserta lain untuk cuba membuat gambaran. Jika kelihatan mereka ragu- ragu, maka minta peserta lain untuk cuba membaca pula. Ulang sebanyak empat kali jika kelihatan peserta masih ragu-ragu dan akhirnya fasi tunjukkan jawapan beserta penerangan. Objektif Fikir dahulu baik dan buruknya. Kita perlu berhati-hati dalam membuat satu tindakan. Dengar dahulu sebelum membuat tindakan. Cerita : Diceritakan pada satu masa dahulu, terdapat sebatang pokok ajaib di Negeri Tanjung Karma. Pokok itu bercabang tiga bermula di pangkal. Terdapat tiga cabangdahan pada cabang yang pertama di pangkal di mana pada cabang yang kedua daripada cabang yang kedua daripada cabang yang pertama di pangkal, terdapat dua cabang dahan yang lain. Cabang yang kedua di pangkal mempunyai tiga cabang dahan. Terdapat dua cabang yang lain pada cabang yang ketiga daripada cabang yang kedua di pangkal dan pada cabang yang ketiga di pangkal poko, terdapat dua cabang dahan. Pada cabang yang kedua daripada cabang kedua di cabang yang pertama yang berasal dari pangkal, terdapat tiga biji buah tetapi tiada dan pelepah. Terdapat tiga 4. daun pelepah tetapi tiada buah pada cabang yang pertama daripada cabang ketiga di cabang kedua yang berasal daripada pangkal. Dan pada cabang yang pertama daripada cabang ketiga di pangkal, tiada buah dan pelepah tetapi terdapat tiga ekor monyet. Aktiviti 2 : Persediaan untuk malam amal. Masa : 2 jam Kaedah Latihan bersama fasi LATIHAN DALAM KELOMPOK 4 Masa : 1jam Aktiviti 1: Saya OK Masa : 30 minit Bahan : Kertas A4 dan pen. Objektif Menumpukan kepada kemahiran mengenal potensi diri. Melihat pegangan hidup peserta. Memastikanahli kelompok dapat mengenal pasti matlamat penglibatan sepanjang program. Kaedah Peserta dikehendaki menulis saya ok pada pagi ini kerana. Peserta dikehendaki menyenaraikan lima pernyataan positif tersebut. Fasi wujudkan suasana perbincangan dengan mengajukan soalan : 5. Adakah sukar bagi anda untuk meluahkan pernyataan positif. Apa yang akan berlaku jika anda berfikiran seperti sedemikian. Apakah kesan yang paling teruk jika anda dalam situasi yang mempunyai tekanan. Aktiviti 2: Penyerahan Surat Muhasabah Masa : 15 minit Bahan : Surat Muhasabah Kaedah Peserta diminta untuk menyerahkan surat muhasabah kepada pasangannya. Peserta juga diminta untuk membuta ulasan mengenai surat tersebut. Aktiviti 3: Kesimpulan Masa : 15 minit Kaedah Fasi membuat kesimpulan. Latihan Dalam Kelompok ( LDK ) Slod 1 : Taaruf Aktiviti 1 : Taaruf Berantai Masa : 10 minit Objektif Mengenal ahli-ahli dengan lebih rapat. Melatih peserta untuk mengingati nama-nama ahli dan juga fasi. 6. Kaedah Fasi dan ahli-ahli kumpulannya duduk di dalam bulatan. Fasi menerangkan tujuan kita mengenali sahabat-sahabat. Fasi akan memperkenalkan dirinya dahulu dan kemudian barulah diikuti oleh anak buahnya. Perkara yang perlu disebut adalah nama, panggilan manja, sekolah, latar belakang keluarga dan perkara-perkara yang difikirkan perlu. Selepas giliran peserta pertama, peserta kedua hendaklah menyebut nama peserta pertama dahulu kemudian baru memperkenalkan dirinya. Begitulah untuk peserta-peserta seterusnya secara berantai. Atau Aktiviti 2 : Taaruf Posmen Masa : 10 minit Objektif Menghilangkan sifat pemalu peserta untuk bertanya ataupun memperkenalkan dirinya. Menghilangkan rasa mengantuk dikalangan peserta atau ahli. Kaedah Fasi duduk di dalam bulatan kelompoknya. Fasi menerangkan secara ringkas tujuan kita mengenali seseorang. Ahli-ahli diminta untuk mengeluarkan kertas kosong. 7. Fasi memberi masa selama 5 minit kepada ahli-ahli untuk mendapatkan segala maklumat daripada semua ahli-ahli di dalam kelompoknya walau apa cara sekalipun. Fasi akan memilih dikalangan peserta untuk membentangkan maklumat rakan- rakannya. Fasi memberi kesimpulan bagaimana perasaan kita apabila orang mengenali diri kita. Slod 2: Wasiat Masa : 15 minit Objektif Merapatkan lagi hubungan ukhuwwah dikalangan peserta dan fasi. Mengenal kelemahan dan kekurangan diri. Kaedah Peserta diminta mencari pasangan dikalangan ahli kelompok. Fasi meminta setiap pasangan menulis keburukan dan kekurangan pasangannya di muka hadapan sekeping kertas. Kemudian, dibahagian belakangnya dituliskan wasiat ataupun pesanan buat sahabat. Fasi akan mengutip kembali kesemua kertas-kertas dan ahli diingatkan supaya tidak mendedahkan kepada pasangannya. Fasi menyerahkan kertas-kertas tersebut kepada nama pemiliknya. Fasi membuat rumusan. Slod 3 : Pelan Tindakan Masa : 35 minit 8. Objektif Mengenal kekuatan diri. Menyediakan diri bagi menghadapi segala dugaan dan cabaran hidup. Mengetahui persepsi keburukan diri dan harapan seorang sahabat. Kaedah Fasi akan menerangkan tujuan dan kaedah aktiviti 3K. Peserta diminta menyenaraikan 3 kekuatan yang sedia ada dalam dirinya. Setiap peserta diminta membentangkan kekuatan tersebut. Fasi memberi kesimpulan terhadap kesemua aktiviti yang dijalankan. MODUL BENGKEL PEMUDAHCARA BINA INSAN ICE BREAKING (JEJAK INSAN) Objektif Menanamkan sifat inginkan kawan dalam diri peserta Menyatukan peserta menjadi satu kelompok yang bersatu Membina semangat setiakawan dalam diri peserta Memecahkan peserta kepada beberapa kelompok kecil Melihat bagaimana perhubungan mereka sebelum ini Gerak Kerja Fasi mengeluarkan kertas yang memastikan peserta mendata tandatangan daripada ciri-ciri individu yang tertulis di kertas. 9. Peserta dikehendaki mendapat tandatangan sebanyak 50 individu yang ciri- cirinya ada di kertas. Fasi akan melakukan proses penyatuan kelompok melalui kaedah sinar nombor. Kelompok dikehendaki 1) Namakan Kelompok 2) Etika Kelompok 3) Wujudkan ketua kelompok 4) Logo LDK 1 (POHON / POKOK MUHASABAH DIRI) Objektif Mengenal watak dan perilaku ahli lain Mewujudkan kejelikitan di kalangan ahli kelompok Mencari sifat sebenar ahli kelompok Bagaimana ingin mengetahui dan memahami tingkah laku dan perilaku ahli kelompok. Gerak Kerja Peserta diberikan kertas A4 dan dikehendaki melukis pokok selain pokok pinang, pisang, kelapa sawit dan salak. Fasi mengumpul dan menafsirkan perwatakan ahli kelompok berdasarkan sifat yang ditunjukkan melalui lukisan pokok muhasabah tersebut. Dapatkan persetujuan ahli mengenai tafsiran yang dibuat ke atasnya. Asimilasikan dengan sifat atau akhlak yang baik atau sebaliknya. LDK 2 (THE LAST GENERATION) Objektif Melihat kepintaran kelompok memberi pendapat 10. Memastikan kelompok mempunyai ide yang bernas Melihat bagaimana pencapaian inkuri ahli kelompok Disiplin ahli dengan peraturan yang telah ditetapkan Mendapatkan gambaran sebenar mengenai tahap kesabaran dan tolak ansur ahli kelompok Gerak Kerja Peserta dipecahkan kepada dua kumpulan besar jika peserta terdiri daripada lelaki dan perempuan, peserta akan dipecahkan kepada kumpulan mengikut jantina. Peserta dikehendaki memilih untuk menyelamatkan generasi terakhir di bumi untuk dipindah dan membangunkan satu planet baru. Daripada 12 individu terbabit, peserta hanya dikehendaki memilih 6 yang terbabit untuk dipindahkan ke planet baru. LDK 4 (FESYEN KEPIMPINAN) Objektif Memberi kesedaran bahawa pemimpin dan anak pimpinan akan sentiasa saling bergantungan Menanamkan sikap bertolak ansur dan mematuhi arahan selaras dengan tugas Gerak kerja Ahli kelompok akan memilih seorang fasinya untuk dipakaikan dengan pakaian ciptaan kelompoknya Fasi akan mengikut sahaja setiap arahan yang diberikan oleh kelompok semasa 11. proses penciptaan fesyen Pakaian yang dicipta daripada kertas yang berwarna warni oleh kelompok akan diperagakan oleh fasi . Ketua fasi akan memberi ulasan. APRESIASI ALAM Objektif Mewujudkan kejelikitan dan membuka minda peserta Memberi kesedaran akan pentingnya sifat kerjasama Mencungkil kemahiran dan kekuatan kognitif peserta Memberi ruang kegembiraan kepada peserta Melepaskan perasaan yang tidak menepati dengan bengkel Gerak Kerja 1. Paku Millenium Peserta dikehendaki meletakkan 13 batang paku di atas sebatang paku yang tercacak di atas sekeping papan. Peserta akan dikehendaki membawa paku tersebut sejauh jarak yang telah ditetapkan. 2. Mengapungkan Bata Peserta akan dikehendaki mengapungkan bata dengan menggunakan 4 helai kertas A4. Apungan bata tersebut hendaklah melepasi tangan yang dihulurkan melaluinya. 3. Belon Sifat Peserta dikehendaki meniup belon dan mengikatnya dengan cantik dan paling 12. kreatif. Belon tersebut akan dijaga agar tidak dipecahkan oleh ahli yang lain. Tertakluk kepada perubahan jumaat, 14 mac 2003 Ice-breaking : Mencari Rakan Masa : 30 minit Bahan : Kertas keras, pen Objektif : 1. Memberi peluang kepada peserta untuk mengenali ahli kumpulannya dalam suasana yang menyeronokkan. 1. Mengurangkan rasa rendah diri dan takut apabila berada dalam satu kumpulan yang berbeza umur. Kaedah : 1. Peserta-peserta diberi kad/keratan yang bergambar. 2. Setiap kumpulan akan memiliki satu atau isyarat (mencantumkan kepingan- kepingan kad atau keratan) . Contoh bunyi ayam, bunyi katak dan sebagainya. 3. Peserta dikehendaki mencari ahli kumpulan masing-masing seperti yang dinyanyikan/diisyaratkan. 4. Apabila bertemu dengan rakan yang mempunyai bunyi atau isyarat yang sama, peserta perlulah memberi salam dan mengekori peserta tersebut dan terus mencari ahli kumpulan yang lain. 5. Fasi perlu memastikan para peserta tidak bercakap atau sebagainya. 13. 6. Jika ada ahli kumpulan yang masih tidak menemui kumpulan masing-masing setelah masa tamat, mereka dikehendaki menyanyi dan kumpulan yang berkenaan akan menyambutnya. Latihan Dalam Kelompok 1 (LDK I) Objektif : 1. Mengeratkan hubungan antara peserta dan fasilitator. 2. Mewujudkan sifat setiakawan dan semangat kerjasama dalam kumpulan. 3. Mewujudkan sifat keterbukaan dalam diri peserta. 4. Menggalakkan individu memberi maklumbalas terhadap ahli kumpulan yang lain. Aktiviti 1 : Salam Muhibbah Masa : 10 minit Kaedah : 1. Fasi memperkenalkan diri dahulu. 2. Diikuti oleh peserta. 3. Fasi menutup mata salah seorang peserta. 4. Peserta yang ditutup matanya dikehendaki meneka rakannya dengan sentuhan dan suara. Aktiviti 2 : Impressi Kali Pertama Masa : 20 minit Kaedah : 1. Peserta masih berada di dalam satu bulatan. 2. Seorang daripada ahli diminta berdiri di tengah-tengah bulatan. 14. 3. Setiap ahli diminta membuat tanggapan tentang individu yang berada di tengah bulatan. 4. Apabila semua ahli kumpulan telah memberikan impressi mereka, proses itu diulang sehingga semua ahli mendapat maklumbalas daripada ahli lain. SABTU, 15 MAC 2003 Latihan Dalam Kelompok II Aktiviti 1 : Resolusi Masa : 10 minit Objektif : 1. Mengetahui tahap kefahaman peserta selepas Slot 2. 2. Meningkatkan pengukuhan dan motivasi diri peserta. 3. Mengenal pasti kelemahan diri peserta. Kaedah : 1. Ahli-ahli duduk di dalam satu bulatan. 2. Setiap ahli diminta membuat satu rumusan. Aktiviti 2 : Beg Kendiri Masa : 1 jam Bahan : Kertas Mahjong, pen marker, gam, gunting, majalah dan akhbar lama. Objektif : 1. Meningkatkan keyakinan diri ahli kumpulan. 2. Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan diri setiap kumpulan. 15. 3. Mengenal pasti tanggungjawab sebagai pengawas. Kaedah : 1. Setiap kumpulan mendapat dua helai kertas mahjong. 2. Fasi dikehendaki memecahkan kumpulannya kepada 2 kumpulan kecil. 3. Dengan daya kreativiti masing-masing, setiap kumpulan diminta membuat sebuah beg. 4. Fasi mengarahkan peserta menggunting gambar / huruf / perkataan di dalam akhbar lama yang berkaitan dengan peranan dan tanggungjawab serta kelemahan dan kekuatan sebagai seorang pengawas. 5. Gambar / Huruf / Perkataan yang menggambarkan kekuatan dan tanggungjawab ditampal di luar beg manakala gambar / huruf / perkataan yang menunjukkan kelemahan disimpan di dalam beg. Perbincangan : 1. Ahli kumpulan diminta menerangkan tentang beg kumpulannya. 2. Fasi menggalakkan ahli kumpulan bertanya soalan. Rumusan : 1. Kekuatan dan tanggungjawab seorang pengawas boleh dilihat dan ditonjolkan. 2. Kelemahan seorang pengawas perlu disimpan dan diperbaiki. 3. Tanggungjawab berpunca daripada kekuatan dan kelemahan seorang pengawas. Aktiviti 3 : Soal Selidik Diri Masa : 20 minit Bahan : Borang soal selidik 16. Objektif : 1. Mengenal pasti kejujuran peserta. 2. Mengesan kelemahan dan keutan dalam diri peserta. Kaedah : 1. Kedudukan masih dalam keadaan bulatan. 2. Fasi akan memberikan sedikit taklimat berkenaan borang soal selidik. 3. Fasi meminta setiap ahli kumpulan untuk mengisi borang soal selidik. MODUL 1 Aktiviti 1 : Muslim Cemerlang Ummah Gemilang Masa : 1 jam Bahan : Kertas mahjong, marker pen dan gam. Objektif : 1. Membuka pemikiran peserta ke arah perbincangan dan pemahaman. 2. Mengenal pasti kemampuan peserta di dalam melakarkan sesuatu yang diusulkan. Kaedah : 1. Fasi akan membacakan cerita yang diarahkan. 2. Semua peserta diminta membuat lakaran berdasarkan arahan fasi. Cerita : Man, hang mai sini nak tidoq ka nak baca buku ?. Aku memang setai nie, mula-mula tidoq, lepaih tu baru studi. 17. Begitulah suasana Samad dan rakannya yang baru mula menumpukan study kerana exam yang sudah dekat, di sebuah pulau yang agak jauh dari rumah mereka. Pulau tersebut menjadi pilihan lantaran suasananya indah dan permai dengan pembang...</p>

Recommended

View more >