MSR 3053 TOPIK 6_ppgusm_seni_Sem4

  • Published on
    25-Oct-2015

  • View
    5

  • Download
    3

Embed Size (px)

DESCRIPTION

modul_ppgusm_seni_sem4

Transcript

TOPIK 6

TERJEMAHAN ALAM REALITI DAN FANTASI MELALUI KARYA KANAK-KANAKPenglibatan kanak-kanak di dalam aktiviti seni visual memberi mereka rangsangan dan boleh memperkembangkan diri dari pelbagai aspek seperti emosi, mental dan fizikal. Kreativiti kanak-kanak akan berkembang dan nilai sensitiviti kanak-kanak terhadap persekitaran akan bertambah . Justeru itu kepentingan pengajaran mata pelajaran pendidikan seni visual kepada kanak-kanak dapat dilihat melalui aspek berikut:1. Kognitif Penganjuran aktiviti seni visual yang tersusun dan terancang dapat melahirkan kanak-kanak yang mempunyai keupayaan menyelesaikan masalah serta mampu membuat penilaian dan bijak membuat keputusan.1. FizikalPenggunaan alat dan bahan dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual memberikan satu bentuk latihan berkesan kepada otot tangan (psychomotor) dan koordinasi tangan serta mata. 1. KreativitiLatihan dan projek yang bersifat terbuka dapat membantu murid untuk mengembangkan aspek kreativiti mereka. Aktiviti dan projek di dalam pendidikan seni visual mengutamakan proses, berbanding dengan hasilan akhir. Oleh yang demikian, proses ini menyuburkan budaya pemikiran kritikal di dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan. Selain itu, aktiviti pendidikan seni visual menggalakkan eksplorasi dan eksperimentasi supaya kanak-kanak mempunyai pengalaman luas dalam bidang penghasilan karya.1. Persepsi Melalui mata pelajaran seni visual, murid boleh mempertingkatkan dan menajamkan penggunaan pancaindera dan deria. Pendidikan seni visual menambahkan pengetahuan mengenai konsep pembuatan dan kronologi sesuatu produk iaitu proses penghasilan dan hasilan seni, produk dan objek yang terdapat di sekeliling mereka.ALAM REALITI DAN FANTASI KANAK KANAKJean piaget , menyatakan bahawa kanak kanak tidak dapat membezakan antara fantasi dan realiti kecuali apabila usia mereka meningkat enam tahun ke atas. Alam Realiti lebih merujuk kepada pengaruh persekitaran kepada kanak kanak dalam proses menjayakan ekspresi kreatif mereka. Kanak kanak menghasilkan karya berdasarkan apa yang mereka lihat dan alami. Contoh karya karya yang dekat dengan diri kanak kanak seperti keluarga, rumah mereka, haiwan peliharaan dan suasana yang dekat dengan kehidupan mereka. Contoh :

Kanak kanak Palestin menghasilkan karya berdasarkan pengalaman perang mereka di Gaza

Contoh dua :

Keluarga membawa pengaruh yang besar dalam alam realiti kanak kanak menghasilkan karya Alam fantasi kanak kanak pula merujuk kepada hasil ekspresi kreatif mereka berdasarkan pengaruh apa yang mereka lihat, dengar dan alami samada secara langsung atau tidak langsung (pengalaman mimpi mereka). Pengaruh media seperti televisyen membawa pengaruh yang amat besar dalam alam fantasi mereka. Contoh karya kanak kanak yang berkaitan dengan kartun, mimpi, superheroes , dunia fantasi dan lain lain lagi.

Gambar kartun banyak membawa pengaruh dalam alam fantasi kanak kanakContoh : watak watak Walt Disney

Contoh gambar fantasi yang biasa digemari kanak -kanak

Teater yang melibatkan kanak kanak lebih menonjolkan alam fantasi dan objek objek seni seperti kostum, set latar dan hiasan pentas

Teori Ekologi mengikut Bronfenbrenner (1977) memberi penekanan bahawa individu yang melalui proses pertumbuhan dan perkembangan itu terangkum di dalam sistem persekitaran yang mementingkan interaksi antara satu sama lain. Dalam konteks artikel ini, interaksi antara kanak-kanak dengan persekitaran kanak-kanak itu dipercayai boleh mempengaruhi proses pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. Merujuk kepada konsep di dalam teori ini, sama ada kita menyedarinya atau tidak kanak-kanak yang merupakan individu yang berada dalam ruang lingkup mikro (berpusat di tengah) boleh dipengaruhi oleh faktor persekitaran. Dan dalam konteks di prasekolah khususnya, apa dan bagaimana kesannya harus diteliti terutama dalam hal yang menyumbang kepada proses perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak.

Keluarga khususnya ibu bapa merupakan agen sosialisasi paling penting dalam kehidupan seseorang kanak-kanak itu dan sebagai individu terdekat atau berhampiran dengan komuniti kanak-kanak, mereka mempunyai pengaruh besar ke atas tingkah laku kanak-kanak. Sebagai contoh, kajian di dalam dan di luar negara menunjukkan bahawa faktor persekitaran seperti penglibatan ibu bapa secara aktif mempunyai kesan langsung ke atas semua aspek perkembangan kanak-kanak (Mac Naughtori, 2005).Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka. Hasil kerja seni visual yang dihasilkan berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanak-kanak. Refleksi ini menurut Koster (2001), akan terus berkembang bersama kanak-kanak sehingga ia membesar. Penghasilan karya terutama lukisan oleh kanak-kanak mempunyai interpretasi yang berbeza dengan karya yang dihasilkan oleh orang dewasa.Bagi orang dewasa, seni visual sering dikaitkan dengan kecantikan dan kesempurnaan, namun bagi kanak-kanak hasil karya yang dihasilkan bersifat luahan dan ekspresif (Lowenfeld, 1975).Kebanyakan pengkaji seni kanak-kanak menganggap hasil karya seni visual sebagai satu kaedah menarik untuk melihat cara berfikir dan menyelami perasaan selain melihat dan menguji keupayaan perkembangan kognitif mereka.Karya seni visual kanak-kanak adalah bersifat peribadi dan tersendiri.Bertitik-tolak daripada faktor inilah pengetahuan asas mengenai lukisan yang dihasilkan oleh kanak-kanak penting bagi guru pendidikan seni visual sebelum kanak-kanak didedahkan dengan pelbagai aktiviti. Kesemua pengetahuan yang merangkumi umur, tahap kanak-kanak serta kemampuan mereka perlu difahami supaya guru-guru pendidikan seni visual berupaya merancang aktiviti yang sesuai dengan mengikut tahap yang sesuai.Banyak kajian yang dijalankan bagi mengenal pasti kebolehan kanak-kanak.Aktiviti melukis dikatakan sebagai suatu bentuk aktiviti yang banyak digunakan oleh saintis, pendidik dan ibu bapa bagi menyelami perasaan dan fikiran kanak-kanak.Aktiviti melukis merupakan aktiviti yang membantu kanak-kanak mengenali objek selain membantu meningkatkan daya sensitiviti terhadap alam sekeliling mereka. Proses melukis yang menjurus ke arah pengamatan terhadap objek melatih deria kanak-kanak supaya menjadi lebih peka dan meningkatkan daya persepsi mereka. Selain itu, aktiviti melukis juga meningkatkan daya imaginatif kanak-kanak selain berupaya mengimbangi emosi mereka. Ianya dijadikan sebagai satu proses pembelajaran kepada kanak-kanak melalui aktiviti imitasi alam sekeliling lalu dipermudahkan menjadi penghasilan simbol abstrak seterusnya menjadikan ianya satu bentuk hasil karya yang unik.1. Melukis sebagai Medium Komunikasi

Lukisan merupakan bentuk komunikasi awal kanak-kanak sebelum mereka berupaya untuk bertutur.Ianya dijadikan alat perhubungan yang berkesan untuk berinteraksi. Selain itu, lukisan juga dijadikan alat membantu saintis untuk menganalisa fikiran dan perasaan kanak-kanak.Penghasilan imej seperti pokok, figura manusia, catan dan arca boleh memberikan tafsiran yang dapat membantu ahli psikologi untuk mengenal pasti kanak-kanak yang mempunyai masalah trauma.Terutama sesuatu yang realiti berlaku terhadap diri mereka.Contoh di bawah menunjukkan karya kanak kanak yang menjalani penderaan seksual oleh bapa saudaranya sendiri.

1. Melukis sebagai Cara Mencapai Kepuasan Diri

Kanak-kanak umumnya belajar sambil bermain.Bagi mereka, aktiviti bermain memberikan kepuasan di samping memberikan peluang kepada mereka untuk meneroka alam sekeliling.Melukis merupakan aktiviti yang mampu memberikan kepuasan kepada kanak-kanak.Melalui lukisan, kanak-kanak dapat meluahkan perasaan dan emosi selain dapat membina kekuatan otot.Aktiviti sebegini juga dapat membantu menajamkan daya intuisi kanak-kanak. Mereka dapat memenuhi keinginan emosi dengan membuat lukisan tentang alam fantasi seperti menjadi superman, altraman, puteri Cinderella dan lain lain lagi watak fantasic. Melukis untuk Meningkatkan Daya Penguasaan Kendiri (Self Esteem)Aktiviti melukis dapat memberikan kepuasan kepada kanak-kanak dalam meluahkan apa yang dilihat lalu dipindahkan semula dalam bentuk dan rupa imej yang unik mengikut tahap pemahaman mereka. Kesan penghasilan karya lukisan mampu membentuk personaliti kanak-kanak.Konsep kendiri terbina apabila kanak-kanak mampu melukis tanpa ragu dan tidak bimbang memikirkan soal kecantikan karya mereka. Selain itu, aktiviti melukis juga menggalakkan kanak-kanak untuk bercerita mengenai karya mereka sekaligus membantu mereka untuk membina keyakinan diri untuk bertutur. Melalui aktiviti Perkembangan artistik kanak-kanak banyak dipengaruhi oleh persekitaran dan suasana mereka dibesarkan.Dalam konteks ini, persekitaran memainkan peranan penting kerana persekitaran yang sihat membantu perkembangan kognitif kanak-kanak dengan cara yang positif. Kajian mengenai perkembangan artistik kanak-kanak banyak dijalankan bagi melihat pertumbuhan pemikiran kanak semenjak dari kurun ke 19 lagi.Menurut Light dan Barnes (2003), kajian terawal mengenai perkembangan artistik kanak-kanak yang pernah direkodkan adalah pada tahun 1887.Corrado Ricci yang berbangsa Itali telah menghasilkan tulisannya di dalam buku yang bertajuk The Art of Little Children yang mengkaji beberapa lukisan kanak-kanak.Pada tahun 1910 pula, kajian perkembangan kanak-kanak diteruskan oleh Clara dan William Stern di Jerman yang menerbitkan kajian mengenai lukisan yang dihasilkan oleh seorang kanak-kanak lelaki daripada kanak-kanak tersebut berumur 4 hingga 7 tahun. Pada tahun 1913 di Perancis, Georges-Henri Luquet telah menerbitkan 1,500 keping katalog lukisan yang dihasilkan oleh anak perempuan beliau, dilukis semasa berumur antara 3 hingga 8 tahun. Kesemua kajian dan penerbitan yang dihasilkan mengenai perkembangan awal artistik kanak-kanak masih lagi menjadi rujukan utama kepada kajian mengenai perkembangan artistik kanak-kanak pada masa sekarang.Contoh : Teori Perkembangan Artistik oleh Hurwitz dan Day tentang perkembangan kanak kanak yang melibatkan alam realiti dan alam fantasiHurwitz dan Day (2001) telah merumuskan peringkat perkembangan artis kanak-kanak kepada tiga bahagian utama.Peringkat-peringkat ini dikenali sebagai peringkat manipulatif, peringkat membuat simbol serta peringkat pra-remaja.1. Peringkat Manipulatif atau Zaman Awal Kanak-kanak (2-4 Tahun)Pada peringkat ini, kanak-kanak tidak mempunyai kawalan pada pergerakan tangan kerana usia mereka yang masih muda, selalunya di dalam lingkungan umur dua hingga lima tahun. Lukisan yang dihasilkan juga selalunya tidak terkawal dan banyak terdapat di dinding, di atas meja dan kertas lukisan dengan menggunakan pelbagai jenis bahan dan medium seperti krayon, pensil serta bahan-bahan lain.

Penghasilan karya pada usia ini tidak bersifat realistik dan banyak menggunakan lukisan garisan bagi menggambarkan sesuatu imej. Pada usia ini, kanak-kanak lebih gemar untuk mencuba dan bereksperimentasi dengan pelbagai jenis garisan yang boleh dihasilkan melalui pelbagai media.

Secara umumnya terdapat empat peringkat contengan pada peringkat manipulatif iaitu contengan garisan tidak terkawal, contengan garisan terkawal, contengan rupa terkawal dan contengan rupa.

Contengan garisan tidak terkawal berlaku kerana kanak-kanak tidak mempunyai daya kawalan dan garisan yang dihasilkan biasanya berulang-ulang. Di peringkat contengan garisan terkawal pula garisan yang dihasilkan lebih menampakkan kawalan yang matang dibandingkan dengan peringkat pertama. Sementara itu, contengan rupa terkawal memperlihatkan kebolehan kanak-kanak yang mula melukis rupa dan mengulanginya mengikut kehendak mereka.

Akhir sekali adalah contengan rupa, di mana pada peringkat ini kanak-kanak berupaya mengenal pasti rupa dan menyebut rupa yang dihasilkan. Pada peringkat ini juga lukisan yang dihasilkan adalah lebih kepada kepuasan dan keseronokan kerana mereka diberi peluang untuk melukis dan menggunakan alatan melukis seperti pen dan pensil.

Antara perkara penting yang perlu diberi perhatian adalah cara kanak-kanak memegang alatan untuk melukis. Pada usia ini alatan tulis yang dipegang adalah mengikut keupayaan cara dan gaya yang disukai oleh mereka. Keupayaan menconteng sangat bergantung kepada keupayaan otot dan keselarasan koordinasi di antara mata dan tangan. Fokus imej yang dihasilkan pada peringkat ini adalah lukisan garisan yang pelbagai.1. Peringkat Membuat Simbol (6-9 Tahun)Daripada peringkat lukisan contengan, kanak-kanak mula beralih ke peringkat menghasilkan simbol. Peringkat penghasilan simbol bermula pada umur empat sehingga kanak-kanak berumur lapan tahun. Pada peringkat ini, kanak-kanak sangat terpengaruh dengan keadaan sekelilingnya.

Persekitaran memainkan pengaruh besar dan lukisan yang biasa dihasilkan adalah seperti rumah, kereta, bunga, alat permainan dan sebagainya. Imejan dalam lukisan figura merupakan imej yang paling dominan. Simbol dan imejan yang dilukis oleh kanak-kanak ini biasanya didahului dengan imej mereka sendiri, kemudian diikuti dengan keluarga terdekat seperti ibu bapa diikuti rakan-rakan. Pada peringkat ini juga, simbol yang dihasilkan oleh kanak-kanak mudah untuk dikenal pasti kerana kanak-kanak mempunyai kawalan yang seimbang dan teratur dari segi pergerakan tangan.

Di peringkat awal penghasilan imej simbolisma, imej-imej yang dihasilkan melalui lukisan terdiri daripada pelbagai saiz. Umumnya, seseorang yang penting di dalam kehidupan kanak-kanak tersebut digambarkan lebih besar saiznya berbanding dengan imej figura yang lain. Sebagai contoh, bapa digambarkan lebih besar daripada imej ahli keluarga yang lain melambangkan kekuasaan dan kekuatan yang di miliki oleh bapa selaku ketua keluarga. Dalam sesetengah keadaan, imej diri kanak-kanak itu juga mempunyai saiz yang lebih besar berbanding dengan imej figura yang lain.

Pada permulaan peringkat pertama simbolisma ini, penggunaan warna terhadap imej tidak menjadi fokus utama dan tidak ketara. Pada peringkat kedua pula, penggunaan warna ke atas imej mula diperlihatkan. Sebagai contoh, imej langit dikaitkan dengan warna biru, warna kuning untuk matahari dan warna hijau bagi menggambarkan rumput atau tumbuhan. Pada peringkat ketiga simbolisma,lukisan yang dihasilkan lebih menumpukan kepada imej yang konkrit iaitu imej yang dilihat berbanding dengan imej yang mereka tahu.1. Pra-Remaja (10-13Tahun)Peringkat Pra-remaja dikatakan peringkat transisi zaman kanak-kanak ke zaman remaja. Terdapat percubaan untuk melukis figura dengan saiz yang betul. Lukisan figura pula mula dilukis dengan menitikberatkan daya saiz sebenar objek. Sebagai contoh, figura manusia mula dilukis dengan melihat kadar banding pada objek tersebut tanpa membuat penambahan. Lukisan pada peringkat ini dikatakan lebih rasional kerana selain daripada kedudukan dan saiz figura yang betul, mereka juga telah mula mementingkan warna yang tepat selain dari memasukkan bayang-baya...