Organisasi Kesihatan

  • View
    92

  • Download
    10

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Sekolah

Transcript

  • 116 Organisasi Kesihatan

    ORGANISASI KESIHATAN

    Organisasi

    Teori Organisasi

    Struktur Organisasi

    Jenis Struktur 0rganisasi

    Peranan Organisasi Kesihatan

    Organisasi Bilateral

    Organisasi Multilateral

    Organisasi Bukan Kerajaan

    NGO

    Organisasi Kesihatan di Malaysia

    Kementerian Kesihatan Malaysia

    UNIT 6

    ORGANISASI KESIHATAN

    HASIL PEMBELAJARAN

    Di akhir unit ini, anda diharap dapat:

    1. Mengulas definisi organisasi kesihatan dan peranannya dalam sistem masyarakat dunia.

    2. Menjelaskan peranan dan fungsi organisasi multilateral, organisasi bilateral, dan

    Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dalam penjagaan kesihatan jangka panjang.

    3. Membincangkan cabaran organisasi kesihatan antara bangsa dalam pelaksanaan

    program kesihatan.

    PETA KONSEP TAJUK

  • 117 Organisasi Kesihatan

    Rajah 6.1: Bentuk Struktur Organisasi

    Kita hidup dalam dunia organisasi - kerja, universiti, kelab, kesatuan sekerja, badan-badan

    profesional, sekolah, kedai-kedai, dan sebagainya. Bagi memahami bagaimana sesebuah

    organisasi berfungsi, anda tidak semestinya perlu menjadi seorang pengurus. Sebagai individu,

    pengetahuan dan minat terhadap teori organisasi membolehkan anda memahami bagaimana

    sesebuah organisasi beroperasi. Teori Organisasi boleh membantu menjelaskan bagaimana

    mereka bekerja dan mengapa mereka bekerja dalam cara yang mereka lakukan.

    Apakah yang boleh anda perhatikan melalui Rajah 6.1 di atas jika dikaitkan dengan

    organisasi dan juga pengurusan? Jelaslah di sini bahawa organisasi terdiri daripada kumpulan

    pengurus dan juga pekerja. Mereka berganding sama untuk mencapai hasrat atau matlamat yang

    ditetapkan. Jika diperhatikan, mengapakah kumpulan pengurus lebih kecil bilangannya

    berbanding dengan mereka yang diurus?

    Sekarang, cuba pula bayangkan bagaimanakah keadaannya apabila sebuah kapal mempunyai

    jumlah nakhoda yang melebihi daripada anak kapal? Agak-agak anda, apakah rintangan dan

    cabaran yang terpaksa dihadapi oleh mereka? Adakah mereka berjaya sampai ke destinasi yang

    ingin dituju?

  • 118 Organisasi Kesihatan

    PENGENALAN

    Kesihatan yang baik penting untuk kebahagiaan dan kesejahteraan manusia. Populasi yang sihat

    memiliki jangka hayat yang lebih lama, lebih produktif, dan sebagai penyumbang utama kepada

    kemajuan ekonomi sesebuah negara. Masa depan yang mampan akan dihuni oleh orang yang

    sihat, hidup dalam masyarakat yang sihat, dan dalam lingkungan peluang sumber dan had

    persekitaran semula jadi yang sihat. Pandangan holistik kesihatan ini bermakna bahawa

    kesihatan rakyat, kesihatan komuniti dan kesihatan alam semula jadi berkait rapat - pada skala

    tempatan, nasional dan global.

    Hubungan yang kompleks antara faktor-faktor sosial, ekonomi, ekologi dan politik dan lain-lain

    aspek kesejahteraan sosial memberikan pengaruh kepada kesihatan manusia seterusnya

    menentukan kualiti hidup mereka. Oleh itu, dapat dikatakan bahawa isu-isu alam sekitar,

    pembangunan, dan kesihatan berkait rapat dan saling mempengaruhi di antara satu dengan yang

    lain. Justeru, pra-syarat untuk masa depan yang mampan perlu dicirikan oleh penduduknya yang

    sihat dan persekitaran yang selamat.

    Walaupun teknologi secara amnya telah menambah baik amalan perubatan dan kesihatan, tidak

    semua orang mempunyai akses atau kualiti yang sama kepada penjagaan kesihatan. Cuba

    fikirkan mengapa situasi berikut masih berlaku dalam dunia hari ini:

    wanita miskin kurang akses kepada mamogram untuk mengesan kanser payudara,

    walaupun mereka adalah calon yang layak untuk pemeriksaan.

    orang kaya hidup lebih lama daripada orang miskin. Misalnya, golongan kaya di Amerika

    Syarikat hari ini hidup kira-kira 4.5 tahun lebih lama daripada orang miskin (Robert,

    2008).

    Selain itu, golongan kaya dan berpendidikan lebih cenderung untuk mengambil peluang

    daripada kemajuan dalam bidang sains perubatan dan teknologi, yang mempengaruhi

    penurunan dalam kadar merokok, yang secara langsung meningkatkan kesihatan.

    Secara umumnya, perbezaan / jurang kesihatan antara kumpulan-kumpulan etnik dan kaum dapat

    dilihat melalui tiga aspek utama iaitu: perbezaan dalam ciri-ciri sosioekonomi dan alam sekitar,

    halangan yang dihadapi apabila cuba untuk mengakses ke dalam sistem penyampaian penjagaan

    kesihatan, dan kualiti penjagaan kesihatan yang diterima. Perkara ini telah menarik perhatian

  • 119 Organisasi Kesihatan

    dalam bidang sosiologi kesihatan dan perubatan, yang berkaitan dengan penyebaran

    perkhidmatan penjagaan kesihatan di seluruh dunia, dalam ketidakseimbangan tertentu dalam

    penjagaan kesihatan, dan bagaimana konsep kesihatan telah berubah dari masa ke masa.

    Penjagaan kesihatan (atau kesihatan) adalah satu industri yang berkaitan dengan pencegahan,

    rawatan dan pengurusan penyakit bersama-sama dengan promosi mental dan fizikal

    kesejahteraan melalui perkhidmatan yang ditawarkan oleh profesion perubatan dan kesihatan.

    Kesihatan adalah salah satu industri terbesar dan paling pesat berkembang di dunia, mengambil

    lebih daripada 10 peratus daripada keluaran dalam negara kasar negara-negara yang paling

    maju.

    Pada tahun 2000, kos penjagaan kesihatan yang dibayar kepada hospital, doktor, makmal

    diagnostik, farmasi, pengeluar peranti perubatan dan komponen-komponen lain dalam sistem

    penjagaan kesihatan yang digunakan melibatkan kira-kira 14 peratus daripada keluaran negara

    kasar Amerika Syarikat, yang terbesar di mana-mana negara di dunia. Bagi negara-negara G8

    (lapan negara-negara yang paling maju di dunia) purata ialah kira-kira sembilan peratus.

    ISI KANDUNGAN

    Memahami Organisasi

    Definisi organisasi

    Organisasi adalah sekelompok orang (dua atau lebih) yang secara formal dipersatukan dalam

    suatu kerjasama untuk mencapai tujuan yang telah ditetapkan. Organisasi juga bererti suatu

    sistem dalam sesuatu aktiviti dan tingkah laku bagi membolehkan manusia dan / atau mekanisme

    mereka untuk mencapai matlamat dan objektif - fungsi bersama yang memiliki ciri-ciri manusia

    dan ciri persekitaran kerja.

    Terdapat beberapa teori organisasi yang telah dikemukakan sejak lama dahulu. Namun begitu,

    bukan tujuan Modul ini untuk mengupas secara mendalam setiap teori-teori organisasi tersebut.

    Untuk itu, bagi lebih memudahkan pemahaman tentang teori organisasi, kita boleh

    mengklasifikasikan teori tersebut mengikut 3 kategori iaitu Teori Organisasi Klasik, Teori

    Neoklasik dan Teori Moden.

  • 120 Organisasi Kesihatan

    Teori Organisasi Klasik biasanya disebut sebagai teori tradisional atau disebut juga teori mesin.

    Teori ini berkembang mulai abad 19. Dalam teori ini organisasi digambarkan sebagai sebuah

    lembaga / badan yang berpusat dengan tugas-tugasnya yang khusus serta digambarkan sebagai

    struktur mekanisme yang kaku dan tidak mengandungi kreativiti. Teori klasik ini juga berbagai-

    bagai, antaranya Teori birokrasi yang dibangunkan dari ilmu sosiologi dan dikemukakan oleh Max

    Weber, Teori pentadbiran dan Pengurusan Saintifik.

    Kemudian daripada itu, muncul pula Teori Neoklasik yang juga dikenali dengan teori hubungan

    manusiawi. Teori ini muncul akibat ketidakpuasan dengan teori klasik dan merupakan

    penyempurnaan dari teori klasik. Teori ini menekankan kepentingan aspek psikologi dan sosial

    pekerja sebagai individu atau kumpulan kerja. Teori moden muncul pada tahun 1950 sebagai

    akibat ketidakpuasan kedua-dua teori sebelumnya (teori klasik dan neoklasik). Teori ini sering

    diistilahkan sebagai teori penganalisis sistem atau teori terbuka yang menggabungkan antara teori

    klasik dan teori neoklasik.

    Teori organisasi moden melihat bahawa semua unsur organisasi sebagai satu kesatuan yang

    saling bergantung dan tidak boleh dipisahkan. Organisasi bukan sistem tertutup yang berkaitan

    dengan persekitaran yang stabil, tetapi merupakan sistem terbuka yang berkaitan dengan

    persekitaran dan organisasi harus dapat menyesuaikan dengan persekitaran untuk tujuan

    kelangsungannya.

    Organisasi adalah 'sistem adaptif kompleks' (complex adaptive systems) yang digunakan oleh

    manusia, tugas-tugas dan teknologi untuk mencapai matlamat dan objektif yang telah ditetapkan.

    Teori Organisasi merujuk kepada bagaimana organisasi distrukturkan dan bagaimana mereka

    diuruskan. Struktur organisasi sumber-sumber dan aset, dan mewakili pembahagian dan

    pengagihan kerja di kalangan ahli (pengurus dan pekerja) organisasi, dan penyelarasan aktiviti-

    aktiviti mereka dalam apa-apa cara yang menjurus untuk mencapai matlamat dan objektif yang

    telah ditetapkan oleh sesebuah organisasi.

    Pengurusan pula merujuk kepada bagaimana organisasi menguruskan struktur, sumber-sumber

    dan aktiviti-aktiviti di dalam organisasi dan bagaimana ia mengukur dan memantau prestasi yang

    terhasil ke arah mencapai matlamat dan objektif yang ingin dicapai oleh organisasi.

  • 121 Organisasi Kesihatan

    Teori Organisasi cuba untuk menjelaskan bagaimana organisasi berfungsi dengan menentukan

    ciri-ciri umum organisasi atau kumpulan bahagian organisasi, dengan mengumpul data tentang

    mereka, dan dengan menganalisis, menilai 'what works where - and why!. Adalah penting untuk

    memahami bahawa struktur dan pengurusan organisasi adalah berbeza - berbeza d