Pandu an 2012

• Published on
26-Jul-2015

• View
336

• Download
1

Embed Size (px)

Transcript

AMARANPelajar yang didapati memberi maklumat palsu/ tidak benar/ manipulasi maklumat berkaitan dengan: Kewarganegaraan Malaysia, bangsa Melayu, Bumiputera Sabah/Sarawak Keputusan peperiksaan dalam borang permohonan kemasukan

Akan diambil tindakan dengan: Surat tawaran ditarik balik, dan Dikenakan tindakan undang-undang

Maklumat ini akan disemak secara terperinci pada hari pendaftaran.

PERINGATAN PENTING

SEORANG PENAGIH, PENGEDAR ATAU TERLIBAT DENGAN KEGIATAN PENYALAHGUNAAN DADAH, ADALAH TIDAK LAYAK UNTUK MENDAFTAR SEBAGAI PELAJAR UMS

ISI KANDUNGANLATARBELAKANG SEJARAH UMS DAN MAKLUMAT KORPORAT UMS Falsafah Universiti Wawasan UMS Misi UMS Objektif UMS Moto Universiti

04

MAKLUMAT MENGENAI PROGRAM PENGAJIAN DI UMS KEMUDAHAN-KEMUDAHAN UMUM Pengangkutan Bas Pusat Kesihatan Perpustakaan Perkhidmatan ICT Kemudahan-Kemudahan Lain Pinjaman

05 06

PANDUAN PENDAFTARAN Pakej Tawaran Kemasukan ke UMS Tindakan yang perlu diambil oleh Calon Setelah Menerima Tawaran Surat Tawaran Syarat-syarat Tawaran Kemasukan ke UMS Mematuhi Peraturan Pengguguran Tawaran Menarik Diri

11

CARTA ALIR PENDAFTARAN UNIVERSITI SESI 2012/2013 PERSEDIAAN SEBELUM HARI LAPOR DIRI Lengkapkan semua borang yang disertakan di dalam Buku Panduan Kemasukan Membayar Yuran Pelajar Membuat Pemeriksaan Kesihatan Penyediaan Gambar Keperluan Peribadi Melapor Diri

15 19

SEMASA HARI LAPOR DIRI Dokumen yang perlu dibawa semasa melapor diri sebagai Pelajar UMS Dokumen-dokumen Asal Dokumen-dokumen Salinan Sahsiah Rupa Diri Semasa Mendaftar

25

SELEPAS HARI LAPOR DIRI Program Minggu Suai Mesra Pelajar Pendaftaran Kursus

29

SENARAI SEMAK BORANG-BORANG YANG PERLU DIISI MAKLUMAT UMUM SOALAN-SOALAN LAZIM

31 35 51 53

LATARBELAKANG SEJARAH UMS DAN MAKLUMAT KORPORAT UMSUMS telah ditubuhkan pada 24 November 1994 di bawah Seksyen 18, perkara 3 (1) Peruntukan Peralihan UMS. Pada Sesi 1995/1996, UMS mula menawarkan program pengajian dengan pengambilan pelajar seramai 250 orang. UMS memulakan program pengajiannya di Kampus Teluk Likas sebagai kampus sementara pada tahun 1995 dan kemudian disusuli oleh kampus di Jalan Tuaran pada tahun 1996. Kini, UMS beroperasi di Kampus tetapnya di Teluk Sepanggar mulai pada tahun 1999 termasuk kampus cawangannya di Wilayah Persekutuan, Labuan. Pada sesi pengajian 2011/2012, jumlah pelajar di UMS adalah seramai 12,960 orang. Ini melibatkan penawaran sebanyak 64 Program Pengajian pelbagai disiplin. Sehingga sesi pengajian 2011/2012, UMS telah mengeluarkan seramai 36,017 orang graduan.

FALSAFAH UNIVERSITI

Pendidikan yang berteraskan prinsip kepercayaan kepada Tuhan dan pembinaan masyarakat terpelajar yang bersepadu dan seimbang dari segi intelek, emosi, jasmani dan rohani untuk berbakti mencapai ke arah kesejahteraan masyarakat dan negara.

WAWASAN UMS

Universiti Malaysia Sabah bertekad menjadi sebuah Universiti berinovatif yang bertaraf dunia.

MISI UNIVERSITI

Universiti Malaysia Sabah bertekad mencapai kecemerlangan ilmiah dalam pelbagai bidang ilmu ke arah kemasyhuran di peringkat antarabangsa menerusi pembangunan kurikulum, pengajaran, penyelidikan dan penerbitan, khidmat masyarakat serta keseimbangan pengkhususan ilmu dan keperibadian pelajarnya untuk menghasilkan produktiviti dan kualiti yang tinggi dalam konteks persekitaran dan aspirasi pembangunan masyarakat dan negara.

OBJEKTIF

Untuk memenuhi misinya, UMS bertekad mencapai 9 objektif iaitu: Mencapai kecemerlangan kesarjanaan akademik bertaraf dunia dalam program berbilang bidang iaitu sains, teknologi, kejuruteraan, perniagaan, ekonomi, seni kreatif dan sains sosial. Meneroka, memelihara dan memanfaatkan ilmu dengan berkesan untuk pembangunan masyarakat dan negara. Mempertahankan kebebasan akademik dan mengekalkan kerapian intelektual di kalangan komuniti Universiti. Mengeluarkan graduan mengkhusus tetapi seimbang, berketrampilan, bertaqwa dan patriotik. Mengadakan program-program pengajian dan penyelidikan yang berkualiti serta relevan kepada masyarakat dan negara. Menjalinkan hubungan kerjasama di antara UMS dengan institusi pendidikan, industri, kerajaan, badanbadan profesional dan masyarakat. Memupuk dan menerapkan nilai-nilai murni sejagat serta keterbukaan berfikir dengan penuh tanggungjawab di kalangan para sarjana, pegawai dan tenaga sokongan Universiti sambil mencapai hasil kerja optimum dan berkualiti tinggi. Menyumbangkan kepada pembangunan sosial dan ekonomi yang teguh dan saksama. Meningkatkan martabat dan prestij Universiti sebagai institusi masyarakat yang unggul, progresif dan terkemuka.

MOTO UNIVERSITI BERTEKAD CEMERLANG

Kecemerlangan dalam sebarang aktiviti akan menjadi pendorong dan sasaran utama kepada UMS. Mercu tekad ialah pencapaian yang akan diiktiraf di peringkat antarabangsa.

4

MAKLUMAT MENGENAI PROGRAM PENGAJIAN DI UMSSISTEM PENGAJIANPengajian di Universiti Malaysia Sabah adalah mengikut sistem semester iaitu terdapat dua (2) semester panjang selama 14 minggu dan satu (1) semester pendek selama 7 minggu. Semester pendek hanya terbuka kepada pelajar tahun akhir untuk mengulangi kursus yang gagal bagi tujuan pengijazahan dengan jumlah maksimum tidak melebihi 9 jam kredit. Tempoh pengajian bagi Program Ijazah Sarjana Muda yang dibenarkan ialah tidak kurang daripada lima (5) semester dan tidak lebih daripada dua belas (12) semester panjang. Secara umumnya semua Ijazah Sarjana Muda dengan kepujian mempunyai tempoh pengajian sekurangkurangnya 3 tahun / sesi pengajian kecuali Program Pendidikan, Kejuruteraan, Sains Makanan dan Pemakanan, Teknologi Makanan dan Bioproses, Perakaunan dan Pertanian yang memerlukan pelajar mengikuti pengajian selama 4 tahun. Manakala Program Doktor Perubatan pula ialah selama 5 tahun.

5

KEMUDAHAN-KEMUDAHAN UMUMPENGANGKUTAN BASUMS menyediakan kemudahan pengangkutan bas untuk memudahkan pelajar pergi dan balik ke Sekolah masing-masing yang beroperasi pada waktu kuliah mulai jam 6.00 pagi hingga 10.00 malam. Kemudahan ini disediakan dari kawasan asrama ke blok-blok akademik/sekolah, perpustakaan dan juga kawasan berhampiran seperti Taman Indah Permai dan Taman Kingfisher. Pelajar dikehendaki menunjukkan kad pelajar semasa kad pelajar semasa menaiki bas.

PUSAT KESIHATAN

Pelajar dibenarkan menggunakan kemudahan rawatan yang disediakan seperti berikut: Panel Klinik Kesihatan yang dilantik dan terdapat di kawasan berhampiran kampus. Pusat Kesihatan Warga terletak di dalam kampus. Kumulatif bahan di Perpustakaan UMS ialah lebih kurang 338,856 naskah monograf, 202 judul e-jurnal, 21 pangkalan data elektronik, 57,338 judul e-books, 1 handbook atas talian, 1 encyclopedia atas talian dan 4,315 judul bahan media dalam pelbagai bidang. Disamping itu, perpustakaan juga menyediakan perkhidmatan dan kemudahan seperti: 1. Perkhidmatan Perkhidmatan Pinjaman, Pemulangan dan Tempahan. Perkhidmatan Pinjaman Antara Perpustakaan (PAP) dan Perkhidmatan Pembekalan Dokumen (PPD) Perkhidmatan Rujukan dan Informasi Perlhidmatan Pangkalan Data Komersial, E-Jurnal dan E-Book Perkhidmatan Terbitan Bersiri Perkhidmatan Koleksi Khas (Perdana, Nobel Laureate, Aseana dan Kanak-kanak) Perkhidmatan Pelanggan Perkhidmatan Repografi Perkhidmatan Multimedia dan ICT Kelas Literasi Maklumat 2. Kemudahan Auditorium Bilik Tayangan Bilik Latihan Bilik Multimedia Bilik Seminar Bilik Muzik Bilik Kubikal Bilik 24 jam Loker Berkunci Surau Peti Cadangan dan E- Aduan Katalog Awam Atas Talian (WebOPAC) melalui iPortal Wireless Komputer Mesin Pinjaman Sualayan Peti Pemulangan Buku Xpress OPAC Taklimat pelawat, dan Induksi Perpustakaan

PERPUSTAKAAN

6

KEMUDAHAN-KEMUDAHAN UMUMPERKHIDMATAN ICTBIL 1 MAKLUMAT PERKHIDMATAN Perkhidmatan Internet & Pendaftaran Akaun Pengguna Rangkaian tanpa Wayar(Wireless) Perkhidmatan Instalasi Perisisan Berlesen (MS Office, SPSS,Visual Studio) Perkhidmatan Video Conferencing Perkhidmatan Pinjaman Alat Bantu Mengajar (ABM) MASA OPERASI RUJUKAN/URL

2 3 4

ISNIN KHAMIS 8.30 Pg 12.30 Tgh 2.30 Ptg 4.30 Ptg JUMAAT 8.30 Pg 11.00 Pg 2.30 Ptg 4.30 Ptg SABTU & AHAD (TUTUP)

Borang boleh didapati di (Bangunan UMTP, Aras Bawah Kaunter Teknikal)

5

Percetakan Kad Pelajar

Borang boleh didapati di Bangunan UMTP, Aras Bawah & di sekolah masing-masing. Kaunter Kad Pelajar (UMTP) http://smart.ums.edu.my http://smp.ums.edu.my

6 7

Perkhidmatan E-Learning Sistem Maklumat Pelajar (SMP)

24 Jam (Dalam Talian) 24 Jam (Dalam Talian) HARI BIASA ISNIN JUMAAT 8.30 Pg 10.00 Mlm SABTU & AHAD 8.30 Pg 6.00 Ptg CUTI SEMESTER ISNIN JUMAAT 8.30 Pg 5.00 Ptg SABTU & AHAD 8.30 Pg 6.00 Ptg MINGGU ULANGKAJI ISNIN JUMAAT 8.30 Pg 12.00 Mlm SABTU & AHAD 8.30 Pg 6.00 Ptg

8

Perkhidmatan 1 Megalab(Thin Client)

Tiket Penggunaan Perkhidmatan 1 Megalab boleh diperolehi di kaunter Perpustakaan, Aras Bawah

KEMUDAHAN-KEMUDAHAN LAIN

Kompleks Sukan merangkumi Gimnasium, gelanggang bola tampar, tenis, bola jaring dan lain-lain Stadium Padang Kawad CIMB Bank Berhad Mesin ATM (Maybank & Bank Rakyat) Kedai Runcit Kafeteria Telefon Awam Kedai Buku Anjung Siswa Koperasi (perkhidmatan mesin cetak dan penjualan cenderahati)

7

KEMUDAHAN-KEMUDAHAN UMUM

MAKLUMAT PEMBIAYAAN PENDIDIKAN PTPTN a. Pembiayaan pendidikan PTPTN terbuka kepada semua pelajar di IPTA yang mengikuti pengajian secara sepenuh masa, separuh masa dan jarak jauh di peringkat seperti berikut:i. Diploma ii. Ijazah Sarjana Muda iii. Ijazah Sarjana iv. Doktor Falsafah (PhD) v. Kursus Profesional b. Pelajar yang telah mendapat pembiayaan PTPTN untuk pengajian terdahulu tetapi gagal menamatkan pengajian boleh memohon pembiayaan kali kedua untuk meneruskan pengajian mereka setelah kesemua hutang terdahulu diselesaikan. Walau bagaimanapun, pertimbangan bagi pembiayaan kali kedua tertakluk kepada peruntukan kewangan yang mencukupi. c. Pelajar yang telah mendapat pembiayaan PTPTN dan berjaya menamatkan pengajian terdahulu boleh membuat permohonan untuk ke peringkat pengajian yang lebih tinggi. Permohonan untuk peringkat pengajian yang sama tidak akan dipertimbangkan. d. Pelajar yang telah menerima pinjaman PTPTN, tetapi mendapat pembiayaan daripada penaja lain boleh membuat permohonan kali kedua mengikut kategori di bawah:i. Bagi pelajar yang menerima tajaan lain dan tidak bertindih pembiayaan (mendapat pembiayaan PTPTN dan penaja lain dalam semester yang berbeza):Pelajar boleh membuat permohonan kali kedua tetapi perlu mengemukakan rayuan beserta dokumen sokongan yang diperlukan dan disahkan bahawa tajaan peminjam tidak bertindih dengan PTPTN. ii. Bagi pelajar yang menerima tajaan lain dan bertindih pembiayaan (mendapat pembiayaan PTPTN dan penaja lain dalam semester yang sama):Pelajar boleh membuat permohonan kali kedua tetapi perlu menyelesaikan jumlah pembiayaan yang bertindih secara sekaligus dalam tempoh yang ditetapkan. e. Pelajar yang membatalkan pembiayaan pendidikan PTPTN dan membiayai sendiri baki pengajian juga boleh membuat permohonan kali kedua tetapi perlu mengemukakan rayuan beserta dokumen sokongan yang diperlukan dan disahkan bahawa pelajar membiayai pengajiannya sendiri tanpa menerima pembiayaan daripada mana-mana penaja lain. f. Pembiayaan akan diberhentikan sekiranya pelajar gagal meneruskan pengajian pada peringkat jurusan atau IPT sepertimana yang dinyatakan dalam permohonan pembiayaan. Pelajar dikehendaki membayar balik wang yang telah diperolehi daripada PTPTN sepanjang tempoh pengajian yang telah diikuti sebagaimana yang ditetapkan dalam perjanjian. SYARAT-SYARAT PERMOHONAN Pelajar layak memohon pembiayaan pendidikan sekiranya memenuhi syarat-syarat berikut:i. Warganegara Malaysia; ii. Berumur tidak melebihi 45 tahun pada tarikh memohon; iii. Lulus SPM dengan sekurang-kurangnya 3 kepujian dalam mana-mana mata pelajaran;atau iv. Lulus SPM dan memperolehi CGPA 3.0 ke atas untuk pelajar lepasan sijil kolej komuniti yang mendapat tawaran pengajian ke peringkat diploma politeknik sahaja atau pelajar lepasan diploma politeknik yang mendapat tawaran pengajian ke peringkat ijazah pertama di IPTA atau IPTS; v. Bagi pelajar-pelajar IPTA / IPTS / Politeknik, kursus yang diikuti mestilah mendapat kelulusan pendaftaran daripada Jabatan Pengurusan IPT (IPTA / IPTS) / Jabatan Pengurusan Politeknik dan Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi; vi. Bagi pelajar-pelajar IPTS, kursus yang diikuti mestilah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan belum tamat tempoh sah laku semasa permohonan dikemukakan. vii. Bagi pelajar yang mempunyai kelayakan yang berbeza daripada yang disyaratkan di perenggan (e) dan (f), pengesahan bahawa kelayakan tersebut setaraf dengan kelayakan yang disyaratkan hendaklah diperolehi daripada jabatan atau agensi sebagaimana dinyatakan; viii. Baki tempoh pengajian semasa membuat permohonan hendaklah tidak kurang dari satu (1) tahun. ix. Tiada penaja lain;

8

KEMUDAHAN-KEMUDAHAN UMUMPERSEDIAAN SEBELUM MEMBUAT PERMOHONAN a. Sebelum membuat permohonan, pelajar perlu membeli No PIN bernilai RM 5.00 di semua cawangan Bank Simpanan Nasional melalui 3 saluran di bawah sebelum membuat pendaftaran kali pertama permohonan pembiayaan pendidikan iaitu:a. Kaunter b. Mesin Teller Automatik ( ATM ) c. Mesin Deposit Tunai ( CDM ) * No PIN hanya sah 6 bulan selepas tarikh daftar permohonan (Pendaftaran Kali Pertama) b. Membuka akaun simpanan (persendirian) mengikut bank yang telah ditetapkan oleh IPT masing-masing. Bagi Universiti Malaysia Sabah menggunakan BANK CIMB. KAEDAH PERMOHONAN a. Permohonan boleh dibuat melalui laman web rasmi PTPTN iaitu http://www.ptptn.gov.my. Permohonan boleh dilakukan pada bila-bila masa selepas mendapat tawaran kemasukan ke IPT. Walaubagaimana pun, pemprosesan permohonan tersebut hanya akan dilakukan mengikut tarikh yang akan ditetapkan oleh PTPTN. Maklumat tersebut boleh di semak melalui laman web PTPTN. b. Pemohon yang berjaya mendapat tawaran pembiayaan pendidikan PTPTN hendaklah mencetak dokumen tawaran dan perjanjian dengan menggunakan kertas berwarna putih yang bersaiz A4 (80 gsm). Cetakan hanya dibenarkan pada satu muka sahaja untuk setiap helaian (bagi satu-satu muka surat). Dakwat cetakan hendaklah berwarna hitam. c. Dokumen perjanjian yang telah dilengkapkan beserta dokumen sokongan perlu diserahkan kepada Pegawai PTPTN melalui Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) di IPT masing-masing. d. Dokumen sokongan yang telah ditetapkan untuk permohonan Pembiayaan PTPTN adalah seperti berikut:i. Salinan Kad Pengenalan pemohon (muka hadapan dan belakang dibuat salinan pada muka surat yang sama) ii. Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) (Nota: Bagi yang mengemukakan salinan slip keputusan peperiksaan SPM / SPMV, hanya slip yang tidak melebihi tempoh 2 tahun dari tahun peperiksaan diambil boleh diterima pakai) iii. Salinan Surat Tawaran Kemasukan ke IPT (surat tawaran dari cetakan laman web IPT boleh diterima tetapi hendaklah disahkan oleh peg...