Pantang Larang Kaum India

• Published on
13-Jul-2015

• View
1.699

• Download
4

Embed Size (px)

Transcript

EDU 3106 BUDAYA & PEMBELAJARANADAT DAN PANTANG LARANG KAUM INDIADISEDIAKAN OLEH : SYUHADA BINTI ZAHARUDDIN SOLEHAH BINTI ISMAIL @ SHAARI NUR HIDAYAH BINTI OTHMAN 5 PISMP PRASEKOLAH 1 / 11

DALAM KEHIDUPAN SEHARIANMelangkah kedalam rumah dengan kaki kanan dahulu. Jika menerima sesuatu, dimestikan menggunakan tangan kanan sebagai tanda kebaikan dan kesyukuran. penjagaan anak perempuan amat dititik beratkan terutama ketika mereka masih dara. Masyarakat Hindu akan bersembahyang sebanyak tiga kali sehari iaitu pada waktu pagi, tengahari dan petang di tempat tertentu di rumah.

SEMASA PERKAHWINANUntuk mengelakkan dari keadaan buruk, maka biasanya perkahwinan dilakukan pada waktu tengah malam atau waktu matahari akan naik. Ada pantang larang yang perlu diikuti untuk mengambil pokok pisang ini. Semua orang boleh mengambilnya kecuali pengantin lelaki kerana dikhuatiri akan mendatangkan nasib yang kurang baik untuk pasangan itu pada hari depan. Di dalam perkahwinan kaum India, pokok pisang disimbolkan atas tujuan menolak bala. Pokok pisang yang dihias menjadi gerbang ini tidak boleh dibuang sesuka hati kerana dianggap suci ketika majlis. Pokok itu dibiarkan selama seminggu sebelum dibuang keseluruhannya ke dalam sungai.

SEMASA KELAHIRANSelama 16 hari selepas kelahiran bayi, ahli keluarga tidak boleh melakukan sebarang upacara agama. Pada hari ke 16 kelahiran, upacara penting diadakan untuk menamakan anak. Seorang ketua agama akan dirujuk untuk mencari nama bertuah mengikuti aksara bintangnya. Seorang ibu yang mengandung dilarang melakukan perbuatanperbuatan buruk seperti mengumpat, membuat fitnah, bergaduh, menyembelih binatang dan sebagainya. Perbuatan tersebut dipercayai membawa dosa dan mendedahkan seorang ibu kepada kuasa-kuasa jahat dan seterusnya akan mempengaruhi kelakuan serta pemikiran anak yang bakal lahir.

Dilarang keluar rumah berseorangan pada waktu-waktu tertentu khasnya pada waktu malam. Ini kerana adanya kepercayaan bahawa kuasa-kuasa jahat ( makhluk halus ) lebih aktif dan kemungkinan ia akan membawa angkara atau padah kepada ibu dan kandungannya. Dilarang tidur pada waktu siang atau tidur berlebihan. Dia juga tidak seharusnya berjaga hingga ke larut malam. Ini adalah untuk menjaga kecerdasan bayi dan ibu tersebut. Suami dilarang memukul atau menyakiti isterinya yang mengandung. Suami dilarang menebang pokok khasnya pokok pisang, menyembelih atau membunuh binatang. Semasa berpantang, ibu juga mengamalkan minum arak dan mandi dengan rebusan daun-daun tertentu

SEMASA KEMATIANGambar si mati tidak boleh digantung secara formal tetapi terbalik. Barang perhiasan perlu dikeluarkan dari ruang tamu. Ahli keluarga perlu mengelilingi mayat sebanyak 3 kali lawan jam sebagai tanda penghormatan Sedikit makanan berupa beras disuapkan sebagai pemberian terakhir