Pantang Larang Kaum Murut Di Sabah

• Published on
18-Jul-2015

• View
3.386

• Download
3

Embed Size (px)

Transcript

PANTANG LARANG KAUM MURUT DI SABAH

KAUM DI SABAH KEMATIAN PENGENALAN KAUM MURUT

PA N TA N G L A R A N G KAUM MURUT DI SABAHPERKAHWINAN KELAHIRAN

KAUM DI SABAH dikenali dengan nama Negeri Di Bawah Bayu. Terdapat kira-kira 2.5 juta penduduk Sabah merangkumi lebih daripada 30 suku kaum dan kira-kira 80 dialek bahasa. Penduduknya terdiri daripada kaum Kadazan atau Dusun, Bajau, Murut, Kelabit, Rungus dan lain-lain. Tiga suku kaum utama di Sabah ialah Kadazan, Bajau dan Murut.

PENGENALAN KAUM MURUT suku bangsa yang tertua sekali di Sabah. dipercayai datang dari Annam, Indo-China dan sampai ke Sabah melalui kepulauan Filipina. Perkataan Murut merujuk kepada kumpulan penduduk yang tinggal di lereng bukit atau tanah tinggi di Pedalaman Sabah.

Murut terdapat di beberapa kawasan seperti Keningau, Tenom,Pensiangan, Sipitang, Kalabakan dan Kinabatangan. Mengikut Porllard, istilah Murut beasal dari akar kata purut iaitu berian atau hantaran mas kahwin.

KELAHIRAN Tiada sebarang adat resam dan pantang larang khusus yang diamalkan oleh masyarakat Murut semasa mengandung dan bersalin. Hanya terdapat beberapa pantang larang yang diamalkan selepas bayi lahir iaitu dari segi pemberian nama. Bagi masyarakat Murut, nama tidak akan diberi dengan serta merta untuk mengelakkan sebarang perkara buruk menimpa. kebanyakan nama yang diberi adalah berdasarkan nama alam semulajadi atau disebabkan sesuatu peristiwa tertentu. Nama orang Murut juga berkemungkinan bertukar beberapa kali dan ini bergantung kepada keadaan yang berlaku di sekeliling mereka umpamanya jika seseorang itu kerap sakit atau ada orang meninggal dunia dan kebetulan nama mereka adalah sama.

PERKAHWINAN mereka berkahwin dalam usia yang masih muda iaitu sekitar 13 tahun bagianak perempuan dan 15 hingga 18 tahun bagi anak lelaki. Ibu bapa bertanggungjawab dalam memilih pasangan hidup anak-anak mereka.

Sistem meminta 'barian' atau hantaran sampai mati berlaku untukmengukuhkan pertalian antara keluarga kedua belah pihak. Keluarga pihak perempuan berhak meminta atau mengambil sesuatu daripada harta atau milik anak menantu lelaki mereka. Sekiranya adat ini diingkari, maka menantu lelaki tersebut akan menerima risiko yang berat iaitu boleh dipisahkan daripada isterinya atas arahan ketua adat.

Terdapat beberapa pantang larang yang perlu dijauhi ketika rombongan pengantin berangkat ke rumah pengantin lelaki. Jika cuaca mendung, keberangkatan ke rumah pengantin lelaki perlu ditangguhkan sehingga cuaca cerah. Mereka percaya, pengantin yang terkena air hujan pada hari perkahwinannya akan mudah dihinggapi penyakit. Jika berlaku kematian secara tiba-tiba dalam kampung itu pada hari perkahwinan, keberangkatan tersebut terpaksa ditangguhkan sehingga esok. Jika diteruskan juga, mereka percaya salah seorang daripada pasangan itu akan mati.

Sewaktu kedua-dua mempelai menuruni tangga dan meninggalkan rumah, mereka dilarang menoleh ke belakang. Kalau adat ini dilanggar, dipercayai salah seorang keluarga pihak perempuan akan dikahwini oleh keluarga pengantin lelaki. Amalan ini tidak digalakkan oleh kaum Murut. Jika melalui jalan sungai, pengantin mestilah diangkat. Jikalau terkena air, dipercayai anak sulung pasangan itu akan mati. Setelah genap seminggu berada di rumah suaminya, si isteri akan kembali ke rumah ibu bapanya untuk mengambil barang-barang kepunyaannya yang masih belum dibawa. . Kedua-dua pasangan itu dikehendaki pulang pada hari itu juga.

Selang sebulan, pasangan itu akan kembali ke rumah ibu bapa perempuan selama empat hari. Kemudian pasangan itu akan balik semula ke rumah ibu bapa lelaki untuk menetap di sana buat selama-lamanya.

KEMATIAN Bagi masyarakat Murut, adat mengebumikan mayat dilakukan bergantung kepada punca kematian seseorang itu. Jika berlaku sebarang kematian, keluarga si mati akan memukul 'gong' dengan pukulan yang tertentu. Sesiapa yang mendengar gong atau bunyi tersebut dengan serta merta perlu berhenti daripada melakukan pekerjaan yang sedang dibuatnya, umpamanya sedang berburu, berladang atau menangkap ikan. Ahli rumah yang bertindak sebagai penghantar utusan kematian juga perlu balik ke rumah pada hari yang sama dan jika tidak dipercayai dia akan ditimpa kecelakaan.

Mayat akan dimandi dan dipakaikan dengan baju yang bersih dan cantik. Ketika itu ahli keluarga atau saudara perempuan si mati akan meratapi kematian tersebut sebagai tanda kesedihan. Mayat akan berada di rumah selama dua hari sebelum dimasukkan ke dalam tajau yang dipanggil bangkalan di kalangan masyarakat Murut. Tajau tersebut akan ditutup dengan kayu dan di atasnya dipasang lampu kecil bertujuan untuk menakutkan hantu syaitan. Pada malam keempat mereka akan bersuka ria sebagai tanda menghormati malam terakhir mayat tersebut berada di rumahnya. Keesokannya di awal pagi tajau mayat akan diusung dengan menggunakan usungan kayu ke tanah perkuburan. Ketika ini keluarga si mati, terutama kaum perempuan akan menangis kerana mereka percaya dengan berbuat demikian, roh si mati akan selamat sampai ke syurga disamping bertujuan mengucapkan selamat jalan kepada si mati.

Bagi sesiapa yang menghantar tajau mayat tersebut, mereka akan dikenakan pantang larang tertentu selama empat hari. Pantang larang juga tidak terkecuali bagi balu si mati di mana dia tidak boleh keluar rumah kecuali atas beberapa sebabsebab tertentu dan dia juga perlu memotong pendek rambutnya.