Pantang Larang Pelbagai Etnik

• Published on
09-Aug-2015

• View
109

• Download
10

Embed Size (px)

Transcript

PANTANG LARANG PELBAGAI ETNIKAZRI ASYRAF ZARIFF SYAHIRAH

Pantang larang kadazandusun

KADAZAN/DUSUNPantang larang ibu mengandung Tidak boleh memotong atau mengerat sesuatu.

Tidak boleh mengikat atau menyimpul sesuatu. Suami tidak boleh menggunting rambut - nanti rambut anak panjang. Tidak boleh makan buah yg mengandungi air. Tidak boleh mencocok hidung kerbau/lembu - nanti anak bibir sumbing. Jangan menyiat telinga lembu/kerbau, nanti telinga anak tidak sempurna.

KADAZAN/DUSUNKematian Unggun api dibuat sekeliling rumah. Tanduk kerbau dibakar untuk halau hantu. Mihad - menangisi mayat. 2 lelaki menunggangi kuda/kerbau mengelilingi kampung. Menerima sejemput beras dan garam. Garam dilarutkan supaya panas poudnya dapat dibuang. Beras supaya tanaman tidak rosak oleh poud itu.

Tidak boleh tidur selagi mayat di atas rumah.

Mayat ditanam bersama2 barangannya.

Di kubur diletakkan nasi, pinang bagi perempuan dan rokok bagi lelaki. Hidung, ekor, kaki, mata, telinga, mulut daripada ternakan yang disembelih dibuat sajian kubur. Papakan iaitu sajian untuk simati dalam gelap.

Pantang larang orang Murut

ORANG MURUT Pantang Larang melalui Mimpi Nampak bulan - akan berlaku kematian. Sungai ketika hasil hendak dituai - akan mendapat hasil yang banyak. Kebakaran berdekatan rumah - akan diserang penyakit. Makan durian - dapat buru babi. Ular melilit badan - isteri akan mati. Nampak buah tali - isteri akan mengandung dan dapat banyak anak.

TAPAI Apabila tapai sedang dibungkus, seseorang itu tidak boleh memakan sirih atau mendekatkan dengan benda-benda yang berwarna merah. Jika pantang larang ini dilanggar, tapai tersebut akan berwarna merah dan rasanya tidak sedap. Tidak boleh memakan benda yang masam ketika membungkus tapai kerana ia akan menyebabkan tapai menjadi masam.

Wanita hamil tidak boleh memarut kelapa dan menyentuh santan kerana dikhuatiri akan menghadapi kesulitan semasa bersalin. Wanita hamil juga tidak boleh mengunjungi tempat berlakunya kematian kerana dikhuatiri anak dalam kandungan menjadi lemah dan terkena penyakit yang dikenali sebagai ketimbaluan.

Pantang larang orang Bajau

ORANG BAJAUPantang larang Untuk wanita hamil:

Tidak boleh berjalan malam iblis mengancam keselamatan. Hendaklah huraikan rambut supaya iblis tidak nampak. Tidak boleh makan sotong nanti bayi susah lahir.

Pakai sarung sahaja supaya janin selamat.Tidak boleh parut kelapa atau sentuh santan nanti susah beranak. Tidak boleh melihat mayat atau mengunjung ke tempat kematian nanti anak dilahirkan lema dan berpenyakit. Suami tidak boleh sembelih atau pukul binatang nanti anak kenan.

ORANG BAJAU

Pantang larang untuk perkahwinan Elakkan Rabu dan Ahad pengantin akan jatuh sakit atau tidak mendapat rezeki baik. Adakan pada haribulan 14 atau 15 rezeki murah.

Pantang larang semasa berlaku kematian Pantang sehingga 7 hari. Tidak boleh pecahkan gelas atau pinggan nanti akan berlaku kematian lagi. Tidak boleh membuang kutu mendatangkan sial. Tidak boleh bersin di rumah simati kematian jugaakan berlaku di rumahnya. Rumah simati tidak boleh dicuci. Tidak boleh membakar makana

Rumah Kalau hendak membina rumah pintu depan umah jangan menghadap ke matahari atau dapur jangan menghadap ke matahari. kalau depan pintu menghadap matahari dipercayai orang dlm umah sering bergaduh,sering sakit,tidak bersefahaman. kalau dapur menghadap matahari dipercayai duit susah masuk umah.

Kalau ada kupu-kupu masuk rumah jangan halau kerana arwah ahli keluarga datang menjenguk kita. kalau ada ribut kuat,tabur garam di luar tingkap.

Tidak boleh patah balik (tertinggal sesuatu) jika turun mengail, alamat tak baik. Jangan memotong/menyiang ikan semasa mengail terutamanya dalam perahu. Jangan menegur/bertanya (bercakap/berbual tentang perkara itu) jika melihat sesuatu yang pelik/ganjil di tempat mengail terutamanya tempat yang keras/berpenunggu (tempat latung kata orang Iban).

LAIN-LAIN Anak dara tidak boleh ketawa kuat kuat nanti puntianak datang hisap darah. Jangan kencing di busut/rumah anai-anai nanti anu bekudis. Kalau kita susah hendak mengingati nama seseorang tandanya orang itu kedekut. Kalau tidak mahu tersesat dalam hutan pakai baju terbalik.

Pantang larang masyarakat jawa ponogro

Semasa mengandung kain kemban untuk ke bilik air perlu disidai sebelum mandi. Ia tidak boleh direndam kerana merendam kain berkemban menyukarkan kelahiran anak. Wanita mengandung ditegah duduk di depan pintu kerana sukar bersalin. Ia seperti mengelirukan proses kelahiran sama ada mahu masuk atau keluar.

Ikan keli juga tidak digalakkan dimakan ibu mengandung kerana tabiat ikan itu suka berenang menentang arus. Dikhuatiri, anak yang mahu lahir turut melawan arus, tidak mahu keluar.

Makan buah seperti epal atau apa saja, tidak boleh terus digigit. Perlu dipotong dengan pisau kerana nanti anaknya juga suka menggigit orang ketika kecil.

Semasa bersalin semua bekas bertutup seperti tin biskut dan kotak makanan mesti dibuka. Ia memudahkan proses bersalin seperti membuka jalan kelahiran. Jika pakai tocang pun mesti dibuka ikatannya.

Pantang larang Bugis

Anak peremuan di larang menyanyi di dapur, nanti lambat kawin. Tidak boleh duduk atas bantal nanti buntut berbisul. Jangan potong kuku malam nanti tak boleh jadi kaya. Jangan bercakap masa makan nanti mulut bau busuk.

Pantang larang masyarakat Melanau ( Etnik Sarawak)

Sewaktu mengandungtidak boleh memakan buah-buahan yang berbau kuat seperti durian kerana badan akan menjadi busuk.

tidak boleh makan pucuk-pucuk paku kerana susu badan akan menjadi masam

Haiwan buruan yang dibunuh di dalam hutan tidak boleh diberikan kepada wanita hamil kerana diyakini anak dalam kandungan akan melecur seluruh badan.

Semasa mengandung juga wanita tersebut tidak boleh ditakut-takutkan kerana dikhuatiri akan menyebabkan anak dalam kandungan cacat ataupun gugur.

Si suami juga dikehendaki menjauhi beberapa perkara iaitu: Si suami tidak boleh memotong kayu yang bertindan atau memakan ikan pari kerana dikhuatiri bibir anak akan menjadi sumbing. Si suami juga tidak boleh mengecat kerana dikhuatiri anak di dalam kandungan akan diiringi minyak

Sekiranya terdapat sebarang kematian, si suami tidak boleh melihat kerana anak di dalam kandungan akan mendapat penyakit. Suami juga tidak boleh memotong akar temalet kerana anak akan meninggal dunia tanpa sebab.

PerkahwinanSetelah menjadi pasangan suami isteri, suami tidak boleh menetak bumbung rumah dengan parang kerana cara ini boleh menyebabkan hubungan renggang antara suami dan isteri.

Suami tidak boleh memerah kelapa yang sudah diparut kerana boleh menyebabkan perut isteri sakit atau memulas.

Pakaian yang dipakai semasa upacara perkahwinan tidak boleh dijahit walaupun koyak kerana boleh menyebabkan penyakit di kalangan suami isteri.

Isteri dilarang keras memarut rumbia atau menyeberangi sungai kerana akan jatuh sakit sehingga boleh menyebabkan anak di dalam kandungan keguguran.

Pantang larang masyarakat Orang Iban

Sewaktu Mengandung Dalam tempoh tujuh bulan sewaktu mengandung, wanita Iban dan suaminya dikenakan pelbagai pantang larang, antaranya seperti berikut;

Mereka dilarang menggali parit di kawasan padi atau di mana-mana sahaja. Mereka dilarang memotong pokok yang menjalar di atas tanah, kerana dibimbangi akan menghalang pendarahan yang berterusan semasa melahirkan anak.

Wanita yang mengandung dilarang menuang minyak ke atas tapak tangan untuk disapu pada rambut supaya bayi yang bakal lahir tidak akan bernanah.

Kedua suami isteri tidak boleh mengetuk telur menggunakan pisau atau kayu kerana dikhuatiri bayi itu akan cacat penglihatan. Mereka tidak boleh menanam pokok pisang supaya si bayi tidak berkepala besar. Mereka tidak boleh memikul batu-bata tajam di dalam raga kerana dikhuatiri bayi akan lumpuh. Mereka tidak boleh membawa kura-kura ke dalam bilik supaya bayi tidak tersekat di dalam rahim semasa dilahirkan.

MemancingBurung embuas juga merupakan sejenis burung yang membawa alamat yang tidak baik dalam masyarakat Iban. Apabila kita hendak pergi memancing, kalau terdengar bunyi burung ini, lebih baik batalkan niat.

Kalau burung ini berbunyi di sebelah kanan, alamatnya tidak dapat ikan.

Kalau burung ini berbunyi di sebelah kiri bermakna memberi alamat berjaga-jaga sebab mungkin akan berlaku malapetaka (kecederaan @ kemalangan).

Sebab tu pada masa dahulu, masyarakat Iban bila melangkah keluar (ke kebun, bekerja, dsb) dari rumah panjang, biasanya awal pagi sebelum matahari terbit untuk mengelak daripada terdengar bunyi burung-burung ini.

Sebab tu pada masa dahulu, masyarakat Iban bila melangkah keluar (ke kebun, bekerja, dsb) dari rumah panjang, biasanya awal pagi sebelum matahari terbit untuk mengelak daripada terdengar bunyi burung-burung ini.

Tidak boleh berbual semasa turun mengail.

Tidak boleh menegur @ menyapa seseorang yang turun mengail.

Tidak boleh membasuh tangan dengan air ketika @ sesudah mencangkuk umpan.

Kalau strike pertama dapat ikan bersisik, alamat baik.

Pantang larang masyarakat Orang Asli

Sewaktu mengandung

Wanita mengandung tidak boleh mentertawakan binatang seperti monyet kerana dikhuatiri muka dan perlakuan bayi akan menyamai haiwan berkenaan.

Mereka dilarang memakan ikan yang bewarna merah kerana dikhuatiri berlakunya tumpah darah ketika melahirkan bayi.

Wanita mengandung juga dilarang bekerja pada waktu subuh dan maghrib kerana dikhuatiri bayi yang lahir akan kelihatan tidak bermaya kerana semangatnya telah terganggu.

Mereka dilarang mengetuk paku pada kayu di sebelah petang kerana dikhuatiri bayi atau ibu akan sakit atau mati

Selepas lahirBayi akan diberi nama dengan kebenaran dari ibu bapanya selepas selamat dilahirkan.

Nama bayi diberi berdasarkan nama pokok, tumbuh-tumbuhan, ikan atau tempat yang dekat dengan bayi ketika lahir atau juga menurut nama peristiwa yang berlaku ketika bayi dilahirkan.

Jika nama yang diberi tidak sesuai , bayi akan jatuh sakit.

Masyarakat Orang asli akan menguruskan tali pusat tersebut dengan sebaik-baiknya. Sekiranya tali pusat tadi hilang, ini bermakna bayi akan bekerja di tempat yang jauh apabila dewasa nanti kerana kononnya tali pusat tersebut merupakan sebahagian daripada 'adik beradiknya'

KematianBagi suku Negrito dan Senoi, kematian yang dilakukan berlainan mengikut suku kaum sendiri.

Masyarakat orang asli akan membersihkan si mati terlebih dahulu. Kemudian si mati akan diletakkan di tengah-tengah rumah untuk dilihat oleh ahli saudara-mara.

Sekiranya semasa hidupnya si mati menghisap rokok, bibir si mati akan dikepilkan dengan rokok sebagai tanda menghormati si mati.

TAMAT