1. Waktu senja jangan melamun, Perbuatan itu hanyalah sia-sia; Tempat berbau dia berkerumun, Yang hinggap di situ apakah dia. 2. Hendak dikejar tidaklah sempat, Hendak terbang tidak bersayap; Di dalam rumah banyak terdapat, Di dinding dan siling dia merayap. 3. Sedap rasanya si kuih bangkit, Putih warnanya bukannya perang; Kalau menyengat tentulah sakit, Serangga apakah ditakut orang. 4. Keluar rumah memakai bedak, Pakai pula seluar berbelang; Kusangka itik rupanya tidak, Binatang apakah berleher panjang. 5. Bermain kayak di Tasik Chini, Leka bermain hari pun malam; Cuba jawab perumpamaan ini, Bagaikan apa berbulu ayam. 6. Kereta bernama Proton Waja, Sudah terkenal di seluruh dunia; Di darat dan di air boleh sahaja, Ikan di sungai jadi kegemarannya. 7. Berbulan madu di Rantau Abang, Pergi memancing dapat siakap; Siapakah seakan kapal terbang, Bila hinggap mudah ditangkap. 8. Tiada galah gunakan tangga, Ikut sahaja cara yang mampu; Cubalah teka jenis serangga, Suka berkerumun pada lampu. 9. Anak dagang tiada berharta, Walaupun miskin tidaklah papa; Sudah biasa orang berkata, Kalau rajin seperti apa. 10. Jikalau ilmu penuh di dada, Apa peduli wang dan ringgit; Di batang pokok selalunya ada, Siapa memanjat pasti digigit. 11. Di tepi laut kutip cengkerang, Untuk dijual di kedai antik; Siapakah pandai menjalin sarang, Bagaikan benang ditenun cantik. 12. Kapal belayar ke Inderagiri, Hendak menuju Tanjung Harapan; Di dalam tanah apakah dicari, Biasa diguna sebagai umpan. 13. Orang jauh jangan dikenang, Entahkan pulang entahkan lesap; Di dalam air dia berenang, Melekat di kaki darah dihisap. 14. Mat Jenin terkenal suka berangan, Apa dihajat tidak kesampaian; Burung apakah jinak di tangan, Juga sebagai lambing kedamaian. 15. Buah rambutan isinya lekang, Bawa ke pekan untuk dijual; Burung apakah pandai bertukang, Membuat lubang dialah handal. 16. Pandu kereta ke Batu Pahat, Hati-hati berjalan elakkan padah; Dari jauh mudah dilihat, Burung apakah bersarang rendah. 17. Singgah di warung membeli rojak, Warung terletak di pekan Langkap; Kalau mengajuk dialah bijak, Burung apakah pandai bercakap. 18. Sudahlah lama rajanya gering, Rakyat berdoa penuh harapan; Di waktu malam berbunyi nyaring, Biasanya pemancing jadikan umpan. 19. Duduk di rumah tidaklah betah, Hendak berjalan bukannya dekat; Menghisap darah bukannya lintah, Hinggap dikaki dan terus melekat. 20. Sejak dahulu hinggalah kini, Rakyat Malaysia hidup bersatu; Cubalah jawab teka-teki ini, Ada apakah di sebalik batu. 21. Mencari kayu di Gunung Raka, Pergi mencari bersama Pak Melan; Bagaikan siapa cubalah teka, Rajin mengajar anaknya berjalan. 22. Adat hidup banyak bersabar, Onak dan duri sudahlah biasa; Ikan apakah leper dan lebar, Ekornya panjang lagi berbisa. 23. Dari kampong hingga ke pekan, Indahnya negeri tiada tangdingan; Udang bukan ketam pun bukan, Siapakah dia yang banyak tangan. 24. Ayam bertelur itik menetas, Anak beribu tidak berbapa; Di celah kain ataupun kertas, Di situlah tempat selalu dijumpa. 25. Pak Mamat menjual laksa, Laksa dijual di pekan Jelebu; Kalau menggigit sangatlah bisa, Siapakah dia berkaki seribu. 26. Rakyat Malaysia berganding bahu, Walau berbeza sudut kepercayaan; Bertubuh besar wujudnya tak tahu, Tarian apakah di hari perayaan. 27. Masa bekerja asyik berborak, Tiada perkara dapat dirungkai; Kepaknya cantik berhias corak, Jadi perhiasan di dalam bingkai. 28. Sayang pahlawan mati dikejar, Hendak melawan tiada berdaya; Bentuk badan bagaikan ular, Berkulit licin siapakah dia. 29. Cahaya bulan Nampak berbalam, Hati melihat rasa tersentuh; Suka muncul di waktu malam, Matanya bulat mukanya hodoh. 30. Biduk berlalu kiambang bertaut, Sudah menjadi adat dunia; Bukan di darat tapi di laut, Tapak apakah nama manusia. 31. Di hari raya ke rumah bonda, Bawa juadah tidaklah lupa; Bertubuh kecil bukannya kuda, Dipanggil tolol umpama apa. 32. Pakai baju kain berbulu, Tidak sama baju kebaya; Hendak makan buka dahulu, Kulit cengkerang apakah dia. 33. Pergi bersiar di Teluk Danga, Bila malam masuk beradu; Bagaikan apa rindukan bunga, Turun hinggap menghisap madu. 34. Tidur malam tidak berbantal, Asyik terkenang entah siapa; Bukan gatal sebarang gatal, Gatal bergesel badan siapa. 35. Entahkan esok entahkan lusa, Suatu hari pasti berjumpa; Bukan bisa sebarang bisa, Bisa terkena sengatan apa. 36. Rakyat Malaysia sudah senada, Satu bangsa satu rupa; Bentuk kepala seperti kuda, Tinggal di laut dipanggil apa. 37. Menuntut ilmu hingga ke India, Untuk bekalan di masa depan; Cuba fikir apakah dia, Badan manusia ekornya ikan. 38. Walaupun cantik semasa muda, Sudah tua tetap berkedut; Di darat ada di air pun ada, Hendak makan mesti disedut. 39. Dari dahulu sudah termaktub, Keris bernama Si Taming Sari; Burung apa jauh di kutub, Bila berjalan macam berdiri. 40. Petik setangkai si daun kari, Untuk dimasak di rumah kenduri; Raja buah gelaran diberi, Buah apakah kulit berduri. 41. Duduk bersila makan bersuap, Nasi minyak bercampur kismis; Buah apakah silalah jawab, Lagi hitam bertambah manis. 42. Hiris bawang bersama lada, Untuk ditumis bersama kentang; Masam ada manis pun ada, Buah apakah berbentuk bintang. 43. Matahari terbenam di Pantai Remis, Mata melihat sayu dan bening; Bentuknya bulat sungguhlah manis, Buah apakah merah dan kuning. 44. Main hujan di Kuala Sepetang, Pakai baju berlapis-lapis; Dari luar Negara ia datang, Buah apakah berkulit nipis. 45. Pak Ayob mengasah parang, Hajat hendak mencari bertam; Buah apakah berkulit perang, Bijinya keras warnanya hitam. 46. Sudah lama duduk menunggu, Daripada gembira jadi merajuk; Warnanya hijau, merah dan ungu, Buah apa dari negeri yang sejuk. 47. Wajah puteri sungguhlah cantik, Teringat hamba siang dan malam; Buah apakah dijolok dipetik, Bijinya banyak halus dan hitam. 48. Jauh berjalan terasa letih, Tapak kaki jadi kematu; Kulitnya nipis isinya putih, Buah apakah dipanggil batu. 49. Buluh kasap si buluh tumpat, Dibawa pulang oleh Pak Jali; Dibuat pengat ataupun lepat, Pokok apakah berbuah sekali. 50. Feri berlabuh di pekan Kuah, Lautnya cantik luas terbentang; Bukan buah sebarang buah, Buah apa bermata binatang. 51. Enak rasanya si kuih bingka, Dimasak ibu untuk si anak; Buah apakah disangka nangka, Kalau digoreng sungguhlah enak. 52. Duduk bersembang di tepi kali, Asyik berbual tak sedar malam; Dibuat sambal sedap sekali, Buah apakah seakan mempelam. 53. Pergi ke kota menaiki Kancil, Untuk bertemu ornag tersayang; Serupa mangga tetapi kecil, Bagaikan pipi apa dilayang. 54. Masuk ke hutan bukannya dekat, Hendak mencari si buah petai; Bulat dan kecil bukannya langsat, Buah apakah panjang berjuntai. 55. Berkaki ayam mencari rotan, Mendaki bukit jauh di hulu; Buah apa bagai rambutan, Hendak makan pulas dahulu. 56. Duduk di tangga menjahit jala, Jala putus banyak berlubang; Kulitnya hijau bertompok pula, Buah apakah biji bercabang. 57. Nasi lemak bersambal tumis, Mari dimakan di warung Pak Ali; Kulitnya kesat isinya manis, Dibuat jeruk sedap sekali. 58. Keris pahlawan cantik bertempa, Bila dicabut gendang dipalu; Bulat bentuknya bukan kelapa, Hendak makan goring dahulu. 59. Dari Muar hendak ke Jambi, Bertemu musuh tiada gentar; Banyak ubi antara ubi, Ubi apakah dipanggil putar. 60. Di waktu subuh terasa hening, Duduk seorang tiada yang tegur; Di luar kuning di dalam kuning, Buahnya kecil bukannya anggur. 61. Anakanda bernama Puteri Siantan, Parasnya cantik bagaikan ratu; Isi dan bentuk bagai rambutan, Dibuat minuman sudahlah tentu. 62. Bunga ditanam di dalam pasu, Pasu dibeli di kedai Nadia; Hendak sedap campurkan susu, Rasa cokelat apakah dia. 63. Tangkap seekor si anak ketam, Bawa ke pasar untuk dijaja; Buahnya kecil kulitnya hitam, Hendak buka picit sahaja. 64. Turun ke laut ternampak jerung, Hanya mandi di dalam kolam; Buahnya lonjong bukannya terung, Buah apakah dijadikan ulam. 65. Laut luas bagaikan pentas, Pecah ombak terbitlah buih; Masa menanam sediakan batas, Ubi apakh dibuat kuih. 66. Turun ke paya menyauk ikan, Tanah berlumpur penuh lecah; Jadi penyedap dalam masakan, Buah apakah tak mudah pecah. 67. Dari Batam hingga ke Lingga, Musuh menyerang semua ditentang; Mekar sejambak bagaikan bunga, Buah apakah nama binatang. 68. Ditikam keris tiada makan, Tubuhnya kebal bukannya hantu; Apakah bahan dalam masakan, Rasanya pedas sudahlah tentu. 69. Sedap sungguh si buah bacang, Berbanding pauh tidaklah sama; Bukan kacang sebarang kacang, Buah berjuntai apakah nama. 70. Waktu pagi pergi manjahit, Pergi menjahit di kedai rakan; Bukan pahit sebarang pahit, Pahitnya buah boleh dimakan. 71. Masuk semak kaki tercalar, Ditusuk duri jangan ditanya; Isinya kuning pucuk menjalar, Dibuat gulai enak rasanya. 72. Cik Wendy belum berpunya, Keluar rumah memakai cheongsam; Kuning dan jingga warna kulitnya, Buah apakah bulat dan masam. 73. Naik bot di hujung tanjung, Hendak menuju ke pekan Pulai; Buah apa bulat dan lonjong, Dibuat sambal ataupun gulai. 74. Panjat pokok digigit kerengga, Cabut lari ke rumah Jenab; Buah apakah lonjong dan jingga, Jadi kegemaran kepada arnab. 75. Belajar mengira dengan Pak Mahat, Campur, bahagi, tolak dan darab; Di bulan puasa banyak dilihat, Buah apakah dari negeri Arab. 76. Masuk hutan di Hulu Bernam, Berbaju hitam berseluar celoreng; Kacang apakah buah tertanam, Boleh direbus boleh digoreng. 77. Ikan dijemur sehingga kering, Untuk dijual di pekan Lukut; Kulitnya perang isinya kuning. Tangkai apakah paling kedekut. 78. Kalau berbual biarlah sopan, Hormati kawan ataupun rakan; Buah apakah berpapan-papan, Bau tak enak sedap dimakan. 79. Biskut dihidang bersama cokelat, Makan berkelah di tepi tebing; Waktu gugur kuning dan bulat, Bila dijemur hitam berkeping. 80. Kadazan, Murut dan juga Bajau, Hidup bersatu sama berjuang; Air apakah berwarna hijau, Isi dikunyah hampas dibuang. 81. Balik kampong di Ulu Tiram, Tiada berlampu pasang pelita; Di sawah terbentang ia ditanam, Apakah makanan utama kita. 82. Sungguh cantik wajah Si Teja, Turun bermain di tepi kali; Bentuknya bulat kecil sahaja, Buah apakah sebesar guli. 83. Mendaki bukit bersama peta, Hajat hendak mencari gua; Orang dahulu selalu berkata, Bagaikan apa dibelah dua. 84. Masuk ke hutan serata ceruk, Hendak mencari kayu gahara; Buah apakah dibuat jeruk, Sudah terkenal di negeri utara. 85. Tidur malam tiada nyenyak, Apalah nasib untungnya badan; Buah apakah hasilkan minyak, Bijinya banyak bertandan-tandan. 86. Turun ke sungai membawa jala, Jala dipinjam dari Pak Malau; Besar buahnya bagaikan bola, Limau apakah namanya pulau. 87. Bila senja matahari terbenam, Duduk melihat dari beranda; Dulu dijumpa sekarang ditanam, Tumbuh di kayu apakah benda. 88. Puteri Bulan nama jolokan, Orang mendengar tertanya-tanya; Banyak diguna dalam masakan, Warna kuning apa bendanya. 89. Waktu petang pergi ke taman, Angin bertiup sangatlah dingin; Daripada herba dibuat minuman, Sangat bagus membuang angin. 90. Beli beras di kedai nyonya, Kedai nyonya di pekan kajang; Kurus dan tinggi bentuk tubuhnya, Burung apakah berkaki panjang. 91. Dari Kampar hendak ke Rokan, Jalan seorang terhoyong-hayang; Bukannya buah untuk dimakan, Buah apakah paling disayang. 92. Pergi berkelah di Pantai Balok, Bawa bekal buah durian; Buah ini tak boleh dijolok, Buah apakah jadi pemberian. 93. Dari gunung turun ke lembah, Berhenti berehat di tepi teratak; Buah ini selalu bercambah, Buah apakah dikaitkan otak. 94. Waktu pagi mengerat kuku, Jangan sampai terkena karat; Dalam banyak-banyak buku, Buku apakah digenggam erat. 95. Tidaklah jauh hanya sejengkal, Tidaklah dalam amatlah cetek; Bukan akal sebarang akal, Akal apakah yang paling cerdik. 96. Masuk hutan memasang denak, Sambil menunggu duduk berangan; Dalam banyak-banyak anak, Anak siapakah jadi kesayangan. 97. Pak Hassan orang berhemah, Dari dahulu suka beramal; Bukannya tukang membina rumah, Tukang apakah jadi peramal. 98. Di hujung minggu duduk berehat, Waktu malam mangaji Quran; Mata apakah tak boleh melihat, Hanya Nampak pada kebendaan. 99. Jari luka terkena kaca, Buat kerja janganlah rabun; Buku ini tak boleh dibaca, Buku apakah ada di kebun.
Please download to view
All materials on our website are shared by users. If you have any questions about copyright issues, please report us to resolve them. We are always happy to assist you.
...

Pantun Teka-Teki (4)

by rebyajoan-joan

on

Report

Category:

Documents

Download: 0

Comment: 0

84

views

Comments

Description

Download Pantun Teka-Teki (4)

Transcript

Fly UP