pekeliling DENGGI

  • Published on
    08-Jul-2015

  • View
    74

  • Download
    3

Embed Size (px)

Transcript

  • 5/9/2018 pekeliling DENGGI

    1/5

    K e m e n te r ia n K e s ih a ta n M a l a y si a ,Aras 12,BlokE7,KompleksE,P u s a t P e n ta d b ir a n K e r aj a an P e r se k u tu a n ,6 2 5 9 0 P u t ra j ay aTel: 603-88832545Faks : 603-88895542Email: ismailmerican@moh.gov.my

    Rujukan: (9) dim. KKM-171/BKP/07/35/0519 Jld.3Oktober 2010

    t A , _ V >: .; . J .r < - ! P I ( . _ _ - . ~ 1 v , L < . f~f'SENARAI EDARAN -- """ i-:-./~, ..),_/ .>\. ( L . r e . . . . ;1}_/'b J .. Q" S v - I I - " ' " .~l,. ._Y. Bhg. Tan Sri / Dato? Datin/Tuan/Puan IL"",......-' V .r,y.-,,}JY '1lii,l'- % "PIlJ) , UI"

    SURAT PEKELILING KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSI , ' 1 \ r v \ ( ~BIL.23/2010 yPENGURUSAN DAN KEMASUKAN KES DEMAM DENGGIKE HOSPITAL

    1. TUJUANSurat Pekeliling ini bertujuan untuk menjelaskan kenyataan YangBerhormat Menteri Kesihatan Malaysia yang mahu semua pesakityang disyaki denggi dimasukkan ke hospital untuk rawatan yang telahdipetik oleh beberapa akhbar.Surat Pekeliling ini juga menjelaskan keputusan Mesyuarat KhasDenggi pada 12 Ogos 2010 dan tindakan yang perlu dilaksanakanoleh pihak Jabatan Kesihatan Negeri, Daerah, fasiliti kesihatan primerdan hospital.

    2. LATARBELAKANG/Pada tahun 2010, terdapat peningkatan kes . t l a h .kematian denggi dimana sehingga 7 Ogos 2010 (Minggu Epid ~l),tsejumlah 2~,503\kes

    dE7ngan .~4 kematian diJapqrk

  • 5/9/2018 pekeliling DENGGI

    2/5

    kematian pada tempoh sama tahun 2009, iaitu peningkatan kessebanyak 5% atau 1,376 kes. Manakala peningkatan kematian akibatDemam Denggi adalah sebanyak 27 kes atau 40% pada tahun ini.Analisa kes kematian denggi pada tahun ini, menunjukkan 73% atau69 daripada 94 kematian mendapatkan rawatan pertama di klinikprimer sama ada klinik swasta atau pun kerajaan.Sehubungan itu, satu Mesyuarat Khas Denggi yang dipengerusi olehKetua Pengarah Kesihatan telah diadakan pada 12 Ogos 2010, yangdihadiri oleh Pengarah dan Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri,Pakar-Pakar Kesihatan Awam dan Klinikal dari seluruh Malaysia.Mesyuarat uu membincangkan langkah-Iangkah yang perludilaksanakan bagi membendung peningkatan kes dan kematianDemam Denggi disamping mempertingkatkan aktiviti pencegahan dankawalan yang sedia ada.Yang Berhormat Menteri Kesihatan telah melahirkan kebimbanganbeliau dengan keadaan ini dan mahu tindakan yang lebih drastik danberkesan diambil bagi membendung kejadian kematian denggi yangmeningkat. Beliau kesal kerana banyak kes berlaku di mana walaupunpesakit telah datang awal untuk mendapatkan rawatan dan berulangkali tetapi berakhir dengan kematian. Oleh itu, beliau mahupengurusan pesakit denggi di klinik-klinik primer dan di hospital-hospital awam dan swasta diperkemaskan.Berikutan dengan situasi denggi dan keputusan daripada mesyuarattersebut, beberapa tindakan telah dikenalpasti untuk dilaksanakansamaada diperingkat klinik primer, hospital, dareah dan negeri.

    3. TINOAKAN3.1 TINDAKAN 01 FASILITI KlINIK PRIMER DAN HOSPITALBeberapa tindakan dan penambahbaikan perlu dilaksanakan dengansegera oleh Pengamal Perubatan terutama di fasiliti klinik primer,Jabatan Kecemasan dan Trauma dan Jabatan Pesakit Luar dihospital, bagi menjamin kualiti rawatan yang diberikan pada pesakitDemam Denggi adalah optima. Berikut adalah tindakan-tindakan perludiambil:

    2

  • 5/9/2018 pekeliling DENGGI

    3/5

    i. Pengamal Perubatan yang mengendalikan klinik primer, JabatanKecemasan dan Trauma dan Jabatan Pesakit Luar di hospitalperlu mengetahui tanda-tanda klinikal terutama tanda amaranawal untuk Demam Denggi.

    ii. Kes denggi yang dirujuk ke hospital oleh Pengamal Perubatansama ada dari klinik kerajaan atau pun swasta hendaklahdimasukkan ke wad dan tidak boleh dihantar pulang sepertiyang termaktub dalam Pekeliling Ketua Pengarah Kesihatan Bil7/2004: Mempertingkatkan Kawalan dan Pencegahan Denggi diPeringkat Daerah bertarikh 30 Ogos 2004.

    iii. Bagi kes yang didiagnosa atau disyaki denggi, penilaian dankeputusan samada pesakit perlu dirujuk atau dimasukkan kehospital mestilahdilakukan oleh Pengamal Perubatan yangberpengetahuan dan berpengalaman. Bagi klinik-klinik primeryang tiada Pengamal Perubatan yang berpengetahuan danberpengalaman, pesakit hendaklah dirujuk terus ke hospital.

    iv. Sekiranya pesakit mempunyai tanda-tanda amaran awal, pesakithendaklah dirujuk dan dimasukkan ke hospital serta merta.

    v. Semua kes denggi yang dirujuk ke hospital mesti diperiksa olehPegawai Perubatan yang berpengetahuan dan berpengalamansama ada di Jabatan Kecemasan dan Trauma atau di wad.

    vi. Latihan termasuk kemahiran pengurusan kes diberikan kepadasemua doktor, jururawat dan penolong pegawai perubatan.

    vii. Semua hospital perlu mengujudkan Dengue Management Team,wad denggi atau kubikal dan high dependency ward atau areadengan pasukan yang terdiri dari Pegawai Perubatan, jururawatdan paramedik yang terlatih.

    viii. Sistem pengurusan dan pemantauan pesakit di wad hospitalperlu diperkemaskan dan dibuat secara teliti denganmenggunakan carta pemantauan pesakit seperti yangdigunakan oleh Hospital Kuala Lumpur iaitu DENGUE CARECHART dan CLERKING SHEET FOR SUSPECTED DENGUECASES (contoh Lampiran disertakan ).

  • 5/9/2018 pekeliling DENGGI

    4/5

    ix. 8agi pesakit yang mempunyai gejala ringan dan tidakmempunyai tanda-tanda amaran hendaklah diberi nasihat dantunjuk ajar yang jelas mengenai tanda-tanda amaran yang perludiperhatikan. Namun begitu, jika pesakit mahu dimasukkanke hospital walaupun tidak menunjukkan tanda-tandaamaran, pesakit hendaklah dibenarkan berbuat demikian.

    x. Bagl yang tidak mempunyai tanda amaran awal dan dibenarkanbalik ke rumah, mereka hendaklah dibekalkan dengan kad"Rekod Pemantauan Pesakit Denggi dan PanduanPenjagaannya di Rumah". Sekira pesakit menunjukkan tanda-tanda amaran seperti sakit perut, kerap muntah, pening ataugelisah, pucat, sesak nafas dan menunjukkan gejalapendarahan, pesakit hendaklah dinasihatkan untuk terus kehospital. Di samping itu, pesakit yang datang sendiri untukkali kedua mesti dirujuk dan dimasukkan ke hospital untukrawatan lanjut.

    xi. Pengarah Kesihatan Negeri dan Pegawai Kesihatan Daerahperlu mempastikan stok kad "Rekod Pemantauan PesakitDenggi dan Panduan Penjagaannya di Rumah" adalahmencukupi dan dibekalkan ke semua fasiliti-fasiliti kesihatantermasuk fasiliti swasta.

    3.2 TINDAKAN AKTIVITI KAWALAN DENGGI OLEH PEJABATKESIHATAN DAERAH DAN JABATAN KESIHATAN NEGERI

    i. Meningkatkan aktiviti Penguatkuasaan undang-undang kepadapemilik premis yang didapati membiak aedes denganmengenakan kompaun dengan nilai maksima iaitu RM 500.00dan tidak dibenarkan kurang dari nilai ini.ii. Mengenakan kompaun kepada doktor-doktor yang tidakmelaporkan kes denggi atau kes disyaki denggi dalam tempoh 24jam selepas didiagnosa.iii. Pengarah Kesihatan Negeri dan Pegawai Kesihatan Daerah

    hendaklah mempastikan tindakan aktiviti kawalan wabak denggidipf)rtingkatkan peringkat terrnasuk4

  • 5/9/2018 pekeliling DENGGI

    5/5

    mobilisasi sumber-surnber sedia ada dan digunakan secaraoptimum. Disamping itu mempastikan aktiviti kawalan yangdilaksanakan adalah effektif dan berkesan.

    iv. Memastikan semua klinik swasta dan kerajaan terutamadikawasan hot spots dimaklumkan mengenai situasi semasa dankematian denggi. Sistem pelaporan kes denggi oleh pengamalperubatan kllnlk swasta hendaklah dlpermudahkan termasuknotifikasi kes menggunakan SMS contohnya Infoblast.v. Mempertingkatkan jumlah lokaliti pelaksanaan Program COMBI(Communication for Behavioural Impact) di lokaliti baru. JabatanKesihatan Negeri perlu mengenalpasti dan menyenaraikanlokaliti baru untuk pelaksanaan program ini.vi. Mempertingkatkan pengiklanan dan promosi Kempen Anti-denggipada semua kenderaan Jabatan kesihatan dengan memasangsticker atau seumpamanya dengan tujuan meningkatkankesedaran masyarakat mengenai Penyakit Demam Denggi.

    4. TARIKH BERKUATKUASASurat Pekeliling ini berkuatkuasa dengan serta-merta.Tindakan-tindakan dalam surat pekeliling ini hendaklah dibacabersama dengan SURAT PEKELlLlNG KETUA PENGARAHKESIHATAN MALAYSIA yang sebelumnya.Sekian, terima kasih."BERKHIOMAT UNTUK NEGARA"

    l ,TAN SRI OATO' SERI OR. HAJi MOHO ISMAIL MERICANKetua Pengarah Kesihatan MalaysiaI) Oktober 2010

    5