PELUASAN, Kejatuhan & Kebangkitan

• Published on
09-Feb-2018

• View
226

• Download
0

Embed Size (px)

Transcript

7/22/2019 PELUASAN, Kejatuhan & Kebangkitan

1/11

PELUASAN, KEJATUHAN & KEBANGKITAN

Ramai ulama berpendapat bahawa selepas wafat Rasulullah saw,umat

Islam gigih melaksanakan pembinaan Daulah Islamiah menebarkan Islamsebagai agama yang sebenarnya mengutamakan kegemilangan kerohaniandan pengabdian, ukhuwah yang luar biasa, memberi khidmat semata-matakerana Allah swt.

Walaupun makmur atau maju dari segi kebendaan, umat Islam sepanjangpemerintahan empat khalifah atau Alkhulafak Arrasyidin iaitu Abu Bakar,Umar, Uthman dan Ali, selama 30 tahun, menyaksikan pengembangan Islamsampai ke Maghribi di Afrika Selatan, Ural di Asia Tengah dan Parsi. Konseppengembangan Islam begitu teratur dan berperi kemanusiaan kerana para

pemerintah Islam turut melindungi semua rakyatnya termasuk jugamasyarakat bukan Islam yang sanggup menerima perlindungan.

Pada akhir zaman Sayidina Ali berlaku perpecahan, termasuk PerangJamal dan kemudian pemberontakan oleh Muawiyah bin Abu Sufyan yangmembawa tamatnya pemerintahan khalifah dan bermulanya pemerintahfeudal. Muawiyah telah menubuhkan Dinasti Umayyah, kemudiantertubuhlah dinasti demi dinasti sehingga yang terakhir iaitu DinastiUthmaniyah Turkey yang berkecai pada 1924.

Menurut kebanyakan sejarawan, umat Islam menghadapi gejolak politikkecuali dalam tiga pemerintah berasingan oleh Salahuddin Al-Ayubi (Hijrah532/1138 - 589/1193 Masehi), Khalifah Umar Abdul Aziz (Hijrah 717/1317 -720/1320 masehi) dan Sultan Mehmet II atau Muhammad Al-Fateh (Hijrah833/1429-886/1481 Masehi).

Selama 700 tahun, umat Islam memegang kuasa tamadun dunia denganpusat-pusat seperti di Cordoba (Andalusia/Sepanyol), Tunis (Afrika),Kahirah (Mesir), Damsyik (Syria), dan Baghdad (Iraq). Umat Islammerangkai ilmu dari tamadun Yunani, India dan China. Dalam zaman ini

lahir empat mazhab utama Hanafi, Maliki, Syafii dan Hambali. Namunberlaku juga perpecahan dan perebutan kuasa politik.

Akhirnya Eropah bangkit dan menguasai tanah-tanah Islam bermuladengan Sepanyol, utara Afrika dan juga kawasan pertumbuhan baru umatIslam seperti di Asia Tenggara. Misalnya Islam pernah berkembang keseluruh kepulauan Filipina termasuk Luzon tetapi penjajahan Sepanyol telahmemaksa ramai penduduknya menukar agama dan menganut agamakristian.

7/22/2019 PELUASAN, Kejatuhan & Kebangkitan

2/11

Di sebalik kelemahan dari segi kuasa politik dan ekonomi, Islam terusberkembang pesat menerusi peranan dakwah mubaligh/pedagang keseluruh dunia.

Antara sebab-sebab terbesar dan terpokok yang umat Islam berpecahdan berbalah ialah dorongan kebendaan, pembentukan parti dan fahamanpolitik yang bertentangan dengan Islam, fikrah atau aliran fikiran yang sesat,gerakan fanatik, kerosakan cerdik pandai atau ulama, pemerintah/kerajaanyang tidak adil dan penjajahan Barat. Demikian menurut ulasan Profesor DrHamka dalam bukunya 'Sejarah Umat Islam'.

TERAS PENGEMBANGAN

[Sewaktu zaman Sayidina Abu Bakar, khalifah yang pertama telahmelantik Yazid bin Abu Sufyan bin Harb sebagai Panglima pasukantenteranya ke Syam pada tahun 12 Hijrah, telah berpesan sebelumpemergiannya dengan pesanan berikut.

Saya wasiatkan kamu dengan tujuh perkara:

1. Jangan sesekali membunuh wanita, kanak-kanak serta orang tua.2. Jangan memotong pohon-pohon yang berbuah.3. Jangan membinasakan rumah dan harta benda.4. Jangan membunuh kambing dan unta terkecuali untuk

makanan.5. Jangan membakar pohon-pohon kurma dan jangan

membenamnya ke dalam air.6. Jangan memperdaya, dan7. Jangan menjadi seorang pengecut.

Dasar Khalifah Abu Bakar turut dijayakan oleh pemerintahan SaiyidinaUmar Al-Khattab.]1

Apabila panglima 'Amr Ibn Al-'As memasuki dari timur Delta Nil

pada tahun 639 masehi, ketua gereja Mesir ialah Cyrus (Al-Muqauqis dalambahasa Arab). Sebenarnya dia adalah penindas kejam ke atas umat KristianMesir (Koptik) di Iskandariah. Sekitar 200,000 umat Kristian Koptik engganmengiktirafnya dan masih taat kepada Benjamin, ketua gereja di WadiNatrun. Jutaan orang Kristian Koptik memang mahu menamatkan penjajahanBizantium.

Amr arif akan keadaan di Mesir. Beliau telah memerintahkan tenteraIslam agar menghormati gereja dan penganutnya. Mesir dipanggil Darul al-Qibt. Sayugia diingat bahawa Hajar adalah ibu Nabi Ismail yang merupakan

1Terjemahan tulisan Mahfuz Halimi dari JIs Jihad Ideology, Baiah & Ummah.

7/22/2019 PELUASAN, Kejatuhan & Kebangkitan

3/11

moyang Rasulullah saw. Manakala salah seorang isteri Rasulullah sawbernama Mariah al-Qibtiah yang berasal dari Mesir.

Catatan sejarah Arab mengenai kemasukan Islam tidak begitu jelas.Namun berdasarkan penulis para paderi Koptik, jelas bahawa ia berlakudalam keadaan yang teratur tanpa penindasan ke atas orang awam dan hartabenda. Pengislaman berlaku secara beransur-ansur tanpa paksaan.

John, Uskup Nikiu dan pengetua Uskup Hilir Mesir, lahir pada waktukedatangan Islam. Dalam catatannya, beliau menceritakan bahawa rakyatMesir sendiri mahukan kedatangan tentera Islam kerana tidak tertahan olehpenindasan Bizantium. Dalam pada itu, beliau menyatakan geraja Koptikmengalami perpecahan kerana khianat.

Selepas jatuhnya Fajum dan seluruh wilayahnya, tulisnya, ['Amr]menghimpun seluruh tenteranya demi berperang habis-habisnya danrakyat memberikan bantuan kepada Muslim, (Bab CXIII: 1). Danapabila Muslim menyaksikan kebencian rakyat terhadap maharajaHeraclius, dan dengan dorongan Cyrus, ketua paderi Chalcedoni,mereka menjadi berani dan kuat. (Bab CXV: 9).

Menurut Uskup Nikau yang menyimpan perjanjian yang dimeterainyadengan Amr bahawa rakyat Mesir dari keturuan Mesir, Rum, Nubia danYahudi diberikan kebebasan beragama dengan syarat jizya (cukai kepalakecuali ke atas wanita, kanak-kanak dan lelaki tua) sebagai menerima

kebaikan tentera Islam.

Catatan para paderi tadi terdapat di dalam buku Ibrahim Ahmed El-Adawi, Sejarah Dunia Islam yang turut mencatatkan bahawa keadaan Mesirmenjadi aman sehingga membolehkan pelancongan. Buku wisata pertamadunia telah diterbitkan dalam zaman awal Islam di Mesir.

Perjanjian itu mensyaratkan bahawa sesiapa menolaknya hendaklahmeninggalkan Mesir secara aman. Akibatnya Uskup Besar Cyrus telahmeninggalkan Mesir dan membolehkan kepulangan Uskup Besar Koptik

Benjamin ke Iskandariah (Alexandria).

Sikap orang Arab Islam terhadap Kristian terpapar dalam dokumen digereja St Catherine. Ia dikenali sebagai ikrar Nabi yang mungkinditandatangani oleh Khalifah Umar Ibn Al-Khattab. Tertulis padanya:

"Andai rahib atau petapa ingin duduk di gunung, dataran, gurun,pekan, desa atau gereja, saya akan melindunginya dari sebarang musuh.Saya dan tentera serta rakyat Islam akan menjadi

7/22/2019 PELUASAN, Kejatuhan & Kebangkitan

4/11

penjaminnya....Sesiapa yang tidak akur akan piagam ini menentanghukum Allah dan rasul-Nya.2

'Amr Ibn Al-'As membina masjid pertama di Mesir yang kini dikenaliseperti Al-Jamea Al-Atik (masjid tertua). Tidak seperti Palestin dan Syria,tiada petempatan besar Arab di Mesir. Jadi semua wilayah kekal tetapi yangberubah ialah pungutan cukai dan pentadbiran kini di tangan Muslim. Malahpenganutan Islam lambat. Golongan pegawai tinggi Koptik dan Yunanimasih terus menganut agama mereka.

Islam diterima baik di Mesir kerana ia toleran terhadap kepelbagaianagama dan kepercayaan. Lagipun ada banyak persamaan antara Islamdengan Koptik. Bahasa Yunani masih digunakan dalam pentadbiran danhubungan harian. Tetapi lama kelamaan Arab akhirnya menjadi bahasabudaya dan bahasa kerja dan selepas 600 tahun, barulah 80 peratus rakyatMesir menggunakan bahasa Arab.

Kaum Yahudi mencapai kegemilangan tamadun di dalam Daulah Islamiaitu di Mesir dan di Andalusia. Di Mesir dalam zaman Salahuddin Al Ayubi,muncul Musa bin Maimon (Maimonedes) yang dianggap tokoh besar yangkedua terpenting selepas Nabi Musa as. Malah di Andalusia (Sepanyol),kaum Yahudi juga menikmati perlindungan yang membolehkan merekamencapai darjat tinggi dari segi ilmu dan perdagangan. Tetapi di kebanyakanbahagian Eropah yang lain, kaum Yahudi dimusuhi.

KESAN PENJAJAHAN KE ATAS DAULAH ISLAMIAH

Mulai abad ke-15 wilayah Muslim mulai berkecai, bermula diAndalusia. Ini ekoran kelemahan pemerintah Muslim akibat perpecahan,khianat, rasuah atau lebih tepat lagi kerana kurang mengikuti teras sebenarIslam.

Dalam pada itu kuasa-kuasa Eropah telah meningkatkan pengaruhmereka untuk menjajah seluruh dunia, kata sejarawan Arnold Toynbee di

dalam bukunya, The Study of History .

Satu persatu daulah Islam jatuh ke tangan penjajah termasuk di benuakecil India (kerajaan Mughal) dalam abad ke-17 dan daulah terakhir ialahkerajaan Uthmaniyah Turki yang memiliki disiplin agak tinggi.

Uthmaniyah memihak dengan Jerman yang membawa kekalahannyadalam Perang Dunia I. Akibatnya negara-negara di bawah Uthmaniyah(Mesir, Semenanjung Arab, Palestin, Jordan, Iraq dan Iran) jatuh ke tangan

2 Terjemahan, dari buku Egypt Ancient and Modern, 1977 oleh O Meinardus.

7/22/2019 PELUASAN, Kejatuhan & Kebangkitan

5/11

penjajah British dan Perancis, dibahagi-bahagi negara itu mengikutpemerintahan masing-masing secara paksaan dan penipuan tanpapersetujuan dari rakyatnya.

Maka berlakulah gelombang jihadMuslim dalam bentuk pembebasantanah air atau watan, sama ada secara damai atau secara berdarah. Namunkekuatan jihad tadi tidaklah kuat kerana kekurangan ilmu atau kemahirandari segi persenjataan dan disiplin.

Hanya selepas Perang Dunia Kedua, ekoran kesedaran terhadap hak asasidi negara-negara penjajah sendiri serta kemampuan anak negeri jajahan darisegi ilmu, maka barulah gerakan kemerdekaan terjadi.

Malangnya gerakan jihad gagal menarik penyertaan rakyat dalammembentuk negara baru merdeka seperti yang dialami oleh Ikhwanul

Muslimin pimpinan Hassan Al-Banna di Mesir. Sebaliknya golongan dirajaatau pimpinan sekular telah berjaya membentuk pemerintahan baru yangtidak mencerminkan lunas-lunas Islam yang dituntut oleh golonganpembangkit Islam. Akibatnya timbul perbenturan atau konflik, betapa pulasesetengah pemerintah atau kerajaan negara majoriti Islam gagal memastikankeadilan dari segi pertumbuhan ekonomi dan hak asasi. Lama-kelamaansegelintir gerakan pembangkit Islam menjadi radikal.

Dari satu segi lain pula, beberapa gerakan pembangkit Islam tertekan didaerah minoriti. Mereka terus menuntut kemerdekaan dan enggan tertaklukdi bawah satu negara majoriti yang tidak sehaluan dari segi kaum danbudaya. Contohnya gerakan kemerdekaan kaum Kurdi di Turkey dan Iraq.

Namun gerakan pembangkit hak minoriti bukanlah hanya berlaku ke atasumat Islam saja. Kumpulan minoriti di Sepanyol (Basque), minoriti IrelandKatolik di Ireland Utara dan minoriti Tamil di Sri Lanka turut membentukgerakan pemisah, Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE), yangmenggunakan cara-cara militan untuk menuntut hak mereka. Malah merekaterlebih dulu menggunakan cara pengganasan, termasuk pengebom nekad,demi menjejas ketenteraman masyarakat. Menurut Dr Rohan Gunaratna,LTTE paling banyak menggunakan cara pengebom nekad sehinggalahkemunculan Al-Qaeda pada 11 September 2001.

FENOMENA AL-QAEDA

Jihadpada hari ini telah menjadi faham yang sengaja ditafsirkan sebagaimembolehkan beberapa kumpulan pembangkit Islam menggunakan caraganas atau militan. Ia merupakan langkah hampir putus asa, akibat tertekan

7/22/2019 PELUASAN, Kejatuhan & Kebangkitan

6/11

dan tertindas oleh pihak Barat dan oleh bangsa sendiri yang berkiblat keBarat, demi mendapatkan hak mereka.

Namun dengan kebangkitan al-Qaeda pimpinan Osama bin Laden,berlaku semacam perangkaian (networking) kerjasama kumpulanpembangkit Islam yang bertebaran di 94 buah negara. Antara lain, diayah al-Qaeda ialah cuba membentuk Daulah Islamiah dan mengakhiri pengaruhBarat, khususnya Amerika Syarikat sebagai kuasa besar tunggal abad 21.

[Antara kumpulan pengganas yang disenaraikan oleh Polis Antarabangsa(Interpol) 2003 yang sejumlah besar adalah Muslim (huruf sendeng),termasuklah:

1. Al-Qaeda2. Armed Islamic Group (Algeria)3. Salafist Group for call and Combat (Algeria)4. Islamic Jihad (Mesir)5. Al-Jamaah Al-Islamiya (Mesir)6. November 17 (Greece)7. Mujahideen Khalq (Iran / Iraq)8. Hamas (Israel/ Palestin)9. Islamic Jihad (Israel/ Palestin)10.Harakatul Mujahideen (Kashmir)11.Jaish Mohammed (Kashmir)12.Liberation Tigers of Tamil Eelam (Sri Lanka)13.Hizballah (Lebanon)14.Babbar Khalsa (Sikh/India)15.International Sikh Youth Federation (Sikh/India)16.Abu Nidal (Palestin)17.ETA (Spain)18.Kurdistan Workers Party (Turki)19.Revolutionary Peoples Liberation Party (Turki)20.Islamic Army of Aden (Yaman)21.Irish Republican Army (IRA)]322.The Red Army (Jepun)

Konsep jihad itu bukanlah sesuatu yang agresif dan ganas , sepertimana yang diterangkan di dalam sebuah fatwa keluaran Islam Online FatwaEditing Desk:

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdullilahi wassalatu wassalam ala Saiyidina MuhammadRasulullah saw.

3 Petikan dari Appendix B: Background Information on Designated Foreign Terrorist Organizations.

US Department of State: Patterns of Global Terrorism, 30 April 2003.

7/22/2019 PELUASAN, Kejatuhan & Kebangkitan

7/11

Sudah menjadi kewajipan bagi semua umat Islam untukmenerangkan kepada mereka tentang Islam yang sebenarnya dankonsep sebenar Jihad. Oleh yang demekian kami rasa sangat

berfaedah untuk kami memetik penulisan Dr Hammudah Abdul-Laati dari bukunya Islam In Focus dengan beberapa

pengubahsuaian:

Banyak telah dikatakan atau ditulis tentang umat Islam yangkejam, yang muncul daripada padang pasir Arab Saudi yang

gurun dan kering untuk menakluk daerah Rom and Parsi, dan jugamengharungi di sekitaran Eropah. Ramai yang telah meluahkan

pendapat mereka bahawa Muslim telah didorongi oleh semangatIslam untuk menyebarkan Islam secara paksa dan sejauh mungkin.

Ramai juga yang berpendapat bahawa pendapat ini adalah bodoh dantidak bernas, kerana Islam secara sifat semula jadinya- tiada

paksaan; dan kalau ia dipaksa terhadap mereka yang telah ditakluk, iatidak mungkin dapat bertahan di sana begitu lama dan orang-orangyang bukan Muslim akan dihapuskan oleh para penguasa daerah-daerah yang telah ditakluki.

Sejarah menjadi saksi bagi menguatkan kenyataan bahawa di manasahaja Islam sampai, ia dapat bertahan, kecuali di Sepanyol olehkerana beberapa sebab, dan dimana sahaja pahlawan Islam menuju,

mereka tinggal bersebelahan dengan penduduk asli yang bukanIslam. Malah mereka mengatakan bahawa seseorang itu tidak bolehmemaksa sesuatu agama, seperti Islam, ke atas sesiapa pun dan iamasih boleh bersikap jujur dan setia atas kepercayaannya samaseperti penganut Islam yang baru. Kita memerlukan lebih daripada

paksaan untuk menghasilkan umat Islam yang baik daripada kaumyang telah kalah dalam peperangan, dan kita memerlukan lebihdaripada tekanan untuk mereka menegakkan dan mengasihi agamapaksaan ini.

Terdapat juga pemikiran yang lain di kalangan beberapa orang yangsuka mengenalkan diri mereka sebagai pengkritik atau penguasa.

Mereka mengganggap bahawa Islam telah berkembang denganpeperangan agresif oleh Muslim yang tersekat dalam kepanasan dankemarau Arab Saudi serta telah didorong oleh keperluan ekonomi dankeadaan. Ini boleh menggambarkan bahawa bangsa Arab tidak dapatmara tinggi dengan pengorbanan dan ketaatan...