PEMBENTANGAN KERAJAAN BANI UMAIYAH

  • Published on
    12-Jan-2016

  • View
    105

  • Download
    0

Embed Size (px)

DESCRIPTION

PEMBENTANGAN KERAJAAN BANI UMAIYAH. nama ahli. MOHAMED SYAZWAN B.SAMDI FARIS BIN RUZI INDRA PUTRA BIN JUHANA MUHAMMMAD NAQIB BIN AZMY. - PowerPoint PPT Presentation

Transcript

  • PEMBENTANGAN KERAJAAN BANI UMAIYAH

  • MOHAMED SYAZWAN B.SAMDIFARIS BIN RUZIINDRA PUTRA BIN JUHANAMUHAMMMAD NAQIB BIN AZMY

  • Kami daripada kumpulan 1 kelas 4KE2 Sekolah Teknik Perdagangan Johor,telah di beri amanah oleh guru Pendidikan Islam untuk membuat satu kajian dan pembentangan tentang Sejarah Kerajaan Bani Umaiyah.Kami telah menggunakan masa yang singkat iaitu selama 3 minggu setengah untuk menyiapkan tugasan ini.Hal ini kerana kami saling berganding bahu untuk menyiapkan tugasan ini bak kata pepatah berat sama di pikul ringan sama dijinjing

  • Nama Daulah Umaiyah berasal dari nama Umaiyah bin Abdul Manafiaitu salah seorang dari pemimpin-pemimpin Kabilah Quraisy di zaman Jahiliyah.Berasal keluarga bangsawan,serta mempunyai kekayaan yang begitu banyak.Mempunyai sepuluh orang putera-putera yang terhormat dalam masyarakat.Sesudah datang agama islam berubahlah hubungan antara Bani Umaiyah dengan saudara-saudara sepupu mereka Bani Hasyim.

  • Bani Hasyim menjadi penyokong dan pelindung Rasullulah.Dalam peperangan Badar,kekuatan Quraisy hampir berpusat pada Bani Abdul Syams.

  • Peristiwa penting yang membawa kepada penubuhan kerajaan Bani Umaiyah ialah:-1) Pelantikan Saidina Ali sebagai khalifah telah mencetuskan perasaan tidak puas hati di kalangan puak-puak Umaiyah.2) Muawiyah menentang Saidina Ali kerana tidak puas hati dengan tindakan Saidina Ali menyelesaikan kes pembunuhan Saidina Usman.Ini menyebabkan berlakunya peperangan Siffin pada tahun 37 Hijrah yang berakhir dengan persidangan Majlis Tahkim.Majlis ini diwakili oleh Abu Musa Al-Asyari yang mewakili Saidina Ali yang telah diperdaya oleh wakil Muawiyah iaitu Amru bin Al-As.3) Saidina Hassan Bin Ali kemudian telah dilantik menjadi khalifah pada tahun 40 Hijrah oleh puak Syiah.

  • 4) Mementingkan perpaduan umat islam.Saidina Hassan secara sukarela memberikan jawatan khalifah kepada muawiyah dengan beberapa syarat iaitu:-

    i) Menjamin keselamatan ahli keluarga Saidina Ali. ii) Pemilihan khalifah perlulah diserahkan semula kepada umat islam selepas kemangkatan Muawiyah. iii) Jawatan khalifah diserah dengan rasminya pada tahun 41 hijrah bersamaan 661 Masihi kepada Muawiyah bin Abi Sufian yang bersetuju menerima syarat-syarat tersebut maka tertubuhlah kerajaan Bani Umaiyah.

  • Kerajaan Bani Umaiyyah sebagai mengambil sempena nama ketua keluarga mereka iaitu Umaiyah bin Abd Syams bin Abd Manaf bin Qusai bin Kilab dari keturunan Quraisy.Mereka tinggal di kota Makkah.Umaiyah ialah anak saudara sepupu Hasyim bin Abd Manaf dari sebelah bapa.Umaiyah mempunyai dua orang anak iaitu Haub dan Abu Al-As.

  • Perlembagaan Madinah adalah asas pembentukan negara Islam yang pertama.Kedudukan negara islam mencapai keteguhan dan kemantapan pada zaman Khulafa al-Rasyidin.Kedaulatan islam berkembang pesat hingga ke Eropah pada zaman pemerintahan Bani Umaiyah dan Abbasiyah.Tuntutan jihad telah mewujudkan kekuatan tentera untuk menjamin kejayaan dan keselamatan gerakan dakwah Islamiah.Ilmu,pendidikan,ekonomi berkembang pesat pada zaman Umaiyah dan Abbasiyah.