PEMIMPIN dan LEADERSHIP

• Published on
06-Jun-2015

• View
2.201

• Download
4

Embed Size (px)

Transcript

PEMIMPIN dan LEADERSHIPDi sini kita sama-sama berkongsi pandangan bagaimana untuk menjadi pemimpin, tidak kira lah peringkat mana pun kita mempimpin, kita tetap seorang pemimpin. Bak sabda Rasulullah, "Setiap kamu adalah pemimpin dan bertanggungjawab ke atas pimpinannya" Tips Pertama: Jiwa pemimpin mesti kuat. Boleh ke kita nak jiwa kuat? Sebagai manusia, kita tetap ada emosi, kita tetap ada waktu semangat kita lemah. Kita mahu mengadu nasib, mengadu masalah. Pemimpin mesti jiwa kuat. Sebab orang akan mengadu nasib kepadanya. Tapi bagaimana pemimpin sendiri mahu mengadu nasib? Pemimpin yang kuat akan mengadu nasib kepada Yang Maha Kuat. Jiwa pemimpin mesti kental. Nak jiwa yang kenal kena lalui banyak dugaan hidup. Ada sedih, ada sakit, barulah jiwa kental. Walau bagaimanapun, Islam ada cara melatih jiwa menjadi bersedia untuk kuat. Nanti kita bagi Tips untuk jiwa kental dan kuat dalam ruangan2 akan datang pula... ia perlukan satu perbincangan yang khusus. Rasulullah pemimpin agung berjiwa kuat. Sahabat akan rasa selamat bersama baginda. Meluahkan masalah terasa sudah selesai masalah itu walaupun masih terkurung dengan masalah. Bahkan melihat wajahnya saja sudah terurai satu masalah dalam jiwa. Kadang-kadang bertemu dan berbincang dengan pemimpin berjiwa kental baru dapat idea untuk selesaikan masalah. TIPS KEDUA: Jiwa Mesti Berani Berani ialah maksudnya bersedia menghadapi risiko. Dalam Islam, kita berani bukan berani untuk mendapatkan risiko, tapi berani untuk berada di sekeliling risiko. Tidak siapa nak menaggung risiko, tapi sering berlaku, suatu kejayaan berada dalam celah-celah risiko. Kadang-kala risiko itu besar dan kadang kala risiko itu kecil. Beza antara orang yang boleh menjadi pemimpin besar dengan orang yang hanya boleh memimpin kelompok kecil ialah tahap keberanian untuk berdepan dengan risiko yang ada. Keberanian mesti di tanam dalam diri. Keberanian mesti dilatih. hanya orang yang berani boleh jadi pemimpin sejati. tanpa keberanian, bagaimana orang mahu berlindung di bawah panji panji pimpinan kita? Berani menghadapi dosa? Dalam kehidupan ini. Kita akan bertemu dengan ramai orang. Ada orang yang memang penakut. Dia memang tidak buat dosa, tetapi bukan kerana dia tidak mahu buat dosa, tapi jiwa dia memang penakut. Orang ini nilai taqwanya adalah sederhana. Ada orang yang berani. Orang ini memang keberanian yang tinggi.

Tapi dia amat takut dengan dosa. Dia memang berani untuk mencuba perkaraperkara baru, tapi dia tetap takut dengan dosa. Orang ini memang benar-benar hatinya bertaqwa. Kerana dia berjaya mengawal keberaniannya dalam aspek dosa. Berani biar bertempat. Bukan berani tanpa ilmu dan berani tanpa akhlak. Pantang seorang pendekar menunjukkan keberanian semata-mata untuk dipuji. Rasulullah pernah bersabda dalam sebuah hadis. "Bukanlah seorang yang benar-benar berani dengan menunjukkan kekuatan. Tetapi orang yang benarbenar berani ialah berjaya mengawal diri sewaktu kemarahan!" Anda ada pendapat yang mahu diutarakan. Jangan takut untuk bersuara jika tiada risiko yang anda tanggung. Ada persoalan nak dilontarkan dalam seminarseminar, jangan takut untuk berdiri dan bertanya. Ada pendapat yang anda rasa menarik untuk dikongsi, jangan takut untuk berdiri di hadapan bersuara. Jika untuk berada di khalayak pun anda gagal, jangan haraplah untuk berani menentang musuh. Beranikan diri untuk melihat anda mendapat suntikan. Beranikan dengan jarumjarum dengan menderma darah. Kecuali jika ada risiko-risiko yang anda rasa tidak berbaloi dengan keberanian anda. Contohnya jika anda bekerja dengan kerajaan dan anda menyara keluarga, jangan nak berlagak berani dengan menentang dasar-dasar kerajaan yang meranapkan periuk nasi untuk keluarga anda. Anda masih ada banyak cara untuk menunjukkan keberanian. Dan masih banyak cara untuk menyatakan tidak bersetuju anda itu selain daripada kemarahan yang meluap-luap. Rasulullah ialah orang yang berani berjuang. Mendepani libasan pedang-pedang serta panahan musuh yang tajan. Berani berjuang bertarung nyawa memimpin angkatan perang orang-orang Islam. Berani mengangkat pedang dan tombak untuk memerangi musuh di medan perang fizikal. Kita? Kita tanam keberanian kita untuk melawan nafsu. Kalahnya seorang pejuang bukan kerana ditikam dengan pedang, tetapi kerana ditikam oleh nafsunya sendiri. TIPS KETIGA: MENGUASAI EGOISME Pemimpin yang berwibawa ada egonya. EGOISME bukan bermaksud ego, angkuh, atau sombong. Egoisme bermaksud memiliki efikasi diri yang tinggi. Nak tahu anda punyai ego yang kuat ata tidak? Anda terasa kurang enak bila dikritik. Itu satu. Keduanya, anda bila berbicara, kalau boleh nak tonjolkan anda ada suatu kehebatan. Itu tandanya anda ada ego. Namun ego mesti dikawal jika mahu menjadi pemimpin yang baik. EGOISME membuahkan keberanian dan kekuatan. Tanpa ego, anda tidak berani

berdepan dengan musuh yang hebat-hebat. Anda tidak berani mengepalai sesuatu organisasi dengan baik. Anda mungkin akan tewas dengan anak-anak buah anda dalam organisasi anda. Rasa berkeyakinan dengan kemampuan diri untuk melaksanakan kerja itu satu ego. Rasa hemah dalam diri, rasa diri berkebolehan itu ego. Ia membantu kerja-kerja anda untuk memimpin orang lain. Orang lain memerlukan anda. Tidak semua orang ada keyakinan diri yang kuat. Tapi awaslah dengan rasa-rasa tersebut. Syaitan sentiasa mempergunakan rasa-rasa itu untuk menjadikan anda lupa kepada PEMBERI ANUGERAH kepada anda. EGOISME menjadikan anda hanya mahu mempamerkan kehebatan anda bila bercakap. Hal ini menyebabkan orang lain boring dengan anda. Malah mungkin ada yang meluat... terutama rakan-rakan anda. Kawallah ia dengan sikap merendah diri. Tidak jatuh kepimpinan anda bila merendah diri sesama manusia. Rasulullah sangat tinggi egoismenya bila berdepan dengan musuh, tetapi sangat merendah diri dengan semua orang. Ingatlah merendah diri sesama insan, merendah hati dengan ALlah.. Allah akan naikkan anda pada mata orang. Egoisme hanya bertujuan untuk meningkatkan daya kepimpinan anda. Di hadapan Allah, rasakan anda sangat hina diri dan sentiasa bergantung kepada-Nya. Bila hati merendah dengan Allah. ALlah akan angkat pandangan manusia kepada kita. Itu sudah menjadi sunnatullah dalam kehidupan. TIPS YANG KEEMPAT: BERTANGGUNGJAWAB. Kalau diikutkan, dalam Islam, kepimpinan adalah tanggungjawab. Maka tidak kiralah anda berada di peringkat mana, anda bertanggungjawab terhadap apa yang anda pimpinan. Serendah-rendah tahap pemimpin pula hanya mampu memimpin diri sendiri. Perlu ingat, tak mampu pimpin diri, jangan harap nak pimpin orang lain. Arah tangan itu, arah kaki itu. Biar akal yang mengarahkan, bukan nafsu. Kalau nafsu yang memimpin maksudnya kita semua tak layak jadi pemimpin. Awal-awal Rasulullah menyatakan, "Setiap orang daripada kamu adalah pemimpin, dan setiap pemimpin akan dipertanggungjawabkan terhadap apa yang dipimpinnya." Sikap bertanggungjawab merupakan sikap utama bagi pemimpin. Dalam cerita SpiderMan, ada ungkapan: "Great power comes with great responsibilities!!" Tak gitu? Birmbaum, seorang sarjana pengurusan pernah menyatakan bahawa sikap bertanggungjawab tanpa kuasa akan menjejaskan tindakan, manakala orang yang punyai kuasa yang tidak bertanggungjawab adalah sia-sia!" Justeru, bagi mereka yang ingin menjadi pemimpin yang baik laksana Umar bin al-Khattab, perlu ada sikap bertanggungjawab. Jangan ada sikap lepas tangan terutama ketika dilanda masalah.

Ada orang, bila berlaku sesuatu yang baik, segera diutarakan bahawa dia bertanggung jawab. Tapi bila berlaku sesuatu yang buruk, cepat-cepat dia cuci tangan dan menunjukkan tangannya yang tidak pernah sentuh isu itu. Dia tak bertanggungjawab. Itu bukan pemimpin yang sebenar. Isu bertanggungjawab tidak timbul kalau berlaku sesuatu kejayaan, kerana semua orang nak mengaku kejayaan miliknya, usahanya. Tapi isu timbul bila berlaku kesilapan. Ramai yang cuba lari dari tanggungjawab. Anda nak jadi pemimpin? Bertanggungjawablah selagi ia di bawah pimpinan anda. Sebab itu, bagi pemimpin yang baik, dia sentiasa mengawasi orang bawahannya agar orang bawahannya tidak melakukan kesilapan. Bagi yang dipimpin, sekalipun anda dikerah tenaga dan usaha yang tinggi untuk melakukan sesuatu, janganlah kutuk boss anda kerana yang bertanggungjawab bukan anda tapi boss anda. Suami bertanggungjawab pada isteri. Kalau boleh ambil tahu perkara-perkara yang patut. Isteri bertanggungjawab pada suami. Jangan dedahkan aib suami. Bertanggungjawablah... nescaya anda akan menjadi pemimpin yang hebat! TIPS KELIMA: MESTI BOLEH CONTROL ORANG, BUKAN KONGKONG ORANG Asas utama pemimpin yang bagus ialah boleh dan mampu control orang. Mampu satukan ahli-ahli dalam organisasi untuk bersama-sama mencapai objektif organisasi. Bak kata mat saleh Donald Trumph.. kalau tak boleh control ahli, tandanya kurang leadership! Bagaimana nak control orang? Itu cerita lain pula.. kena baca tips2 yang diberikan secara berkaitan antara satu sama lain baru dapat tahu bagaimana nak control orang. Dalam organisasi, kalau semakin banyak orang yang pintar dan hebat, semakin banyak lah songeh yang kena hadapi dan semakin tinggi tahap konflik boleh berlaku. Dalam organisasi besar, part2 bawahan akan berlaku konflik berupa hubungan sosial dan emosi saja, tapi part2 atas organisasi berlaku konflik idea, dan konflik ego. Konflik2 inilah yang mesti di kawal oleh pemimpin. Bukan senang mengawal konflik. Pemimpin yang gagal akan gagal dengan konflik dalam organisasi. Bahkan salah satu cara menjatuhkan sesebuah organisasi bukanlah dengan membuat persaingan tetapi dengan mencipta konflik dari dalaman... mahu tak mahu pemimpin mesti boleh kawal anggota organisasi dengan baik dan berkesan. Cara mengawalnya ialah banyak cara. Undang-undang dan kod2 atau peraturan hanyalah salah satu untuk mengawal orang-orang bawahan. Undang2 tanpa penguatkuasaan akan gagal. Penguatkuasaan tanpa penyeliaan

pun tak menjadi. Dalam islam kawalan boleh dilakukan dengan cara audit semasa. Atau dengan kaedah-kaedah seperti muhasabah atau namanya audit jugalah. Muhasabah ertinya check kembali segala apa yang berlaku, carilah kesilapan-kesilapan dan kekurangan. Apa yang penting kena amalkan ketelusan dan segala apa masalah jangan takut untuk berbicara secara slow talk. Jangan cakap-cakap belakang kerana ia boleh menimbulkan sistem umpatan (grapewine communication, kata org kelate) yang tidak elok pada agama dan tidak juga elok pada organisasi. Selain itu, dalam Islam, untuk mengawal konflik Islam amalkan prinsip kasih sayang sebagai shared value.. yang ni lah orng cakap senang cakap daripada amal ni.. susah nak berkasih sayang sesama insan ni kalau kita rasa kita lebih dari orang... setiap orang ada egonya, kalau dikritik jatuhlah egonya.. untuk itu kena didik organisasi biar bermatlamatkan akhirat.. didikan ini penting.. supaya setiap apa yang lahir adalah berupa warna2 warni keikhlasan... dari itu lahir kasih sayang.. ..sahabatHijjaz.. sayele: Firman Allah SWT (yang bermaksud) : ..Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil.. (Surah An-Nisa, ayat 58) kita ni siapa?

KURSUS PEMBANGUNAN KENDIRI DAN KERJA BERPASUKAN

FUNGSI KEPIMPINAN PENGURUSANPengenalan Objektif Strategi Pengorganisasian Penstafan Komunikasi Fungsi Kepimpinan Perancangan Latihan

KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN Kepimpinan berlaku apabila seseorang itu mendorong, memujuk, dan mempengaruhi orang lain untuk berusaha ke arah pencapajan sesuatu objektif tertentu. Yang membezakan kepimpinan dengan fungsi pengurusan amnya ialah tugas-tugas mendorong, memujuk dan mempengaruhi yang bercorak peribadi. Umpamanya, di dalaxn tugas-tugas inerancang atau membaca laporan, mereka tidak melibatkan interaksi peribadi. Kepimpinan pula terdiri daripada interaksi-interaksi kelakuan dengan

rakan-rakan sekerja, pekerja-pekerja b awahan, ketua, para pelanggan dan pihak-pihak lain. Boleh dikatakan bahawa di mana wujudnya seorang pengurus yang berkesan di dalam suatu sistem pengurusan yang cekap, di situ juga akan terdapat seorang pemimpin yang berkesan. DEFINISI KEPIMPINAN Pada amnya, kepimpinan didefinisikan sebagai seni atau proses mempengaruhi kegiatan manusia yang berkaitan dengan tugas mereka, supaya mereka rela bergiat dan berusaha ke arah pencapaian gal organisasi. Sebaik-baiknya, manusia patut digalakkan untuk menanam kegigihan, keazaman dan keyakinan untuk bekerja. Para pemimpin tidak menekan atau mencucuk suatu kumpulan dan belakang; sebaliknya mereka meletakkan din di hadapan knitpulan itu sambil memajukan dan mengilhamkan ahli-ahli kumpulan itu untuk mencapai go1 organisasi. Misalnya, seorang pemimpin sebuah pancaragam (orkestra) yang bertugas untuk menghasilkan bunyi-bunyian yang diselaraskan dan irama lagu yang betul, melami usaha-usaha bersatu abli-abli inuzik di dalam orkestranya itu. Terdapat tiga faktor penting tentang definisi kepimpinan. Pertama, kepimpinan mesti melibatkan orang lain atau pihak lain sama ada pekenja-pekerja bawahan yang dipertanggungjawabkan atau para pengikut. Ahli-ahli kumpulan rnembantu mentakrifkan status pemimpin, dan mewujudkan proses kepimpinan melalni kesanggupan mereka untuk menenima pengagihan kuasa yang tidak seimbang di antara para pemimpin dan ahli-ahli kumpulan. Kedua, para pemimpin rnempunyai autoriti untuk memberi arahan berkenaan dengan setengab danipada kegiatan-kegiatan anggota kumpulan, manakala anggota-anggota pula tidak boich mengarab aktiviti-aktiviti pemimpin mereka. Ketiga, selain daripada berkuasa untuk mernbeni arahan tentang apa yang penlu dilakukan, pemimpin boich juga mempengaruhi melalui arahan yang dilaksanakan oleb pekerjapekerjanya. Misalnya, seorang pengurus mungkin dapat mengarah stafnya untuk melakukan sesuatu tugas, tetapi yang mungkin menentukan sampai ada tugas itu benar-benar dikendalikan dengan betul ialah tahap pengaruhnya terhadap pihak yang berkenaan. KELAKUAN DAN GAYA KEPIMPINAN Penerangan awal tentang gaya kepimpinan membahagikan gaya tersebut berasaskan kepada bagaimana pemimpin menggunakan autoritinya. Tiga gaya asas dapat dikenal pastid? Pemimpin yang autokratik merupakan sebrang yang dogmatik dan positif, memerlukan stafnya untuk menurut perintah yang diarahkannya, dan memimpin mengikut kebolehannya untuk meinberi atau rnenarik balik ganjaran keija serta hukuman Pemimpin yang demokratik pula menggalakkan penglibatan dan penyertaan dan staf mereka tentang tindakan dan pembuatan keputusanya Gaya kepimpinan yang ketiga bercorak laissez-faire yang melibatkan pemimpin yang sedikit sekali menggunakan kuasanya dan meinberi staf penuh kebebasan untuk mengendalikan kenja inereka. Pemimpin sedeinikian biasanya membeni kebebasan pekenja untuk menentukan matlamat mereka tersendiri serta cara-cara mencapainya. Ia juga melihat peranannya sebagai memberi panduan kepada terlaksananya operasi-operasi stafnya dengan memberi makiumat berhubung dengan persekitaran luaran...