Pencemaran Alam Sekitar

  • Published on
    09-Dec-2014

  • View
    89

  • Download
    0

Embed Size (px)

DESCRIPTION

b

Transcript

TAJUK KAJIAN Saya telah menjalankan kajian tentang Pencemaran Alam Sekitar di kawasan Taman Sri Jeram yang terletak di Daerah Muar, Johor. Kawasan kajian saya ini terletak di bahagian selatan. Kajian saya merangkumi beberapa aspek. Antaranya :1. Konsep pencemaran alam sekitar 2. Jenis pencemaran alam sekitar 3. Punca pencemaran alam sekitar 4. Kesan pencemaran alam sekitar 5. Cadangan untuk mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar 6. Penerapan nilai atau unsur patriotisme dalam dapatan kajian

1

ISI KANDUNGAN BIL 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. TAJUK Penghargaan Pendahuluan Objektif Kajian Kawasan Kajian Kaedah Kajian Dapatan Kajian Rumusan Lampiran Bahan Grafik Rujukan HALAMAN 3 4 5 68 9 10 18 19 20 21 30 31 32 33

2

PENGHARGAAN Assalamualaikum. Alhamdulilah, bersyukuur kehadrat Allah S.W.T kerana limpah dan kurnianya dapat saya menyiapkan kerja khusus ini dalam masa yang telah ditetapkan. Saya ingin mengucapkan ucapan ribuan terima kasih kepada Pengetua SMK ( P ) Sultan Abu Bakar, Pn. Suhana bt. Sulaiman kerana telah memberikan kebenaran kepada saya untuk menjalankan kerja kursus ini. Tidak lupa juga kepada guru Geografi saya iaitu Cik Rohaida bt. Arsat yang telah banyak memberikan tunjuk ajar dan nasihat sepanjang kajian ini dijalankan. Ucapan terima kasih juga kepada kedua ibu bapa saya kerana memberikan sokongan dan dorongan kepada saya untuk menyiapkan kerja kursus ini. Banyak wang ringgit yang telah mereka habiskan demi memastikan kajian ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Tidak lupa juga buat rakan-rakan saya iaitu Ashikin dan Afiqah yang telah banyak membantu saya ketika proses soal selidik dan temu bual dilakukan. Terima kasih juga kerana sudi berkongsi idea sepanjang pembikinan folio ini. Akhir sekali saya mengucapkan terima kasih kepada penduduk Taman Sri Jeram yang telah sudi memberikan kerjasama yang baik kepada saya semasa kajian ini dijalankan. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa dan budi baik kalian semua.

3

PENDAHULUAN Kajian kerja kursus ini perlu dilakukan kerana ia merupakan syarat untuk pensijilan Penilaian Menengah Rendah ( PMR ). Kami semua telah diberikan tajuk iaitu Pencemaran Alam Sekitar. Oleh itu, kami semua telah diarahkan oleh guru untuk membuat kajian ini di taman perumahan sendiri memandangkan ia amat bersesuaian dengan tajuk yang diberikan. Saya memilih kawasan Taman Sri Jeram kerana kawasan tersebut mempunyai penduduk yang ramai dan padat. Ini akan menyebabkan banyak pencemaran yang berlaku seperti pencemaran bau, sampah, udara dan lain lain. Selain itu, terdapat juga kawasan perindustrian yang berhampiran dengan kawasan perumahan tersebut. Ini akan menyeabkan berlakunya pencemaran udara berpunca daripada asap kilang tersebut. Masa yang diberikan untuk menjalankan kerja kursus ini adalah bermula dari bulan April sehingga bulan Mei iaitu kira kira dua bulan. Setiap pelajar perlu menulis satu laporan yang lengkap tentang kajian yang telah dijalankan. Saya berharap agar kajian dan laporan ini akan mendatangkan manfaat dan faedah khususnya kepada saya dan amnya kepada masyarakat di kawasan tempat tinggal saya.

4

OBJEKTIF KAJIAN Secara khususnya kajian ini bertujuan untuk : Mentakrifkan konsep pencemaran alam sekitar. Menyatakan dan menghuraikan jenis pencemaran alam sekitar di kawasan Taman Sri Jeram. Menghuraikan punca pencemaran alam sekitar di kawasan Taman Sri Jeram. Menghuraikan kesan kesan pencemaran alam sekitardi kawasan Taman Sri Jeram. Menghuraikan cadangan untuk mengurangkan kesan pencemaran alam sekitardi kawasan Taman Sri Jeram Menerapkan nilai atau unsur patriotism seperti bertanggungjawab, berbangga dan bersyukur.

5

KAWASAN KAJIAN Kawasan kajian saya ialah Taman Sri Jeram. Kawasan Bakri merupakan kawasan yang sedang pesat membangun. Kawasan tersebut terletak di Daerah Muar. Terdapat beberapa kilang yang dibina sepanjang Jalan Bakri ini, antaranya seperti kilang perabut, kilang besi dan termasuklah kilang getah asli yang menjadi kajian ini. Kilang Hock Hin ( Muar ) Rubber Co. Sdn. Bhd. terletak di Jalan Bakri Batu 4, Muar iaitu kira-kira 6.4 km daripada pusat Bandar Maharani. Ia telah dibina lebih daripada 30 tahun yang lalu. Terdapat beberapa kawasan perumahan yang hampir dengan kilang getah asli ini, antaranya adalah kawasan perumahan Taman Sri Jeram ( bersebelahan dengan kilang tersebut ), Taman Sri Jeram 2, Taman Fajar 1 & 2, Taman Sri Bakri 1 & 2, Taman Putera Bakri, Taman Bakri Utama, Taman Anggerik dan Taman Sri Meranti. Kira-kira 1 km ke jalan arah Bandar Maharani terdapat Kompleks Kastam DiRaja Malaysia. Kawasan kajian ini mudah dikunjungi kerana mempunyai sisitem perhubungan dan pengangkutan yang sempurna.

6

7

8

KAEDAH KAJIAN Semasa saya menjalankan kajian ini, saya telah mengenal pasti beberapa kaedah yang akan digunakan untuk memudahkan saya mencatat maklumat secara terperinci dan bersistematik. Oleh itu, saya telah menggunakan tiga kaedah untuk menjalankan kerja kursus ini. Antara kaedah yang saya gunakan ialah kaedah temu bual. Saya telah menemu bual beberapa orang penduduk Taman Sri Jeram untuk mengetahui pendapat dan pandangan mereka tentang pencemaran alam sekitar yang berlaku di kawasan perumahan saya. Temu bual dijalankan kepada penduduk yang telah lama menetap disitu kerana mereka lebih berpengalaman dan tahu tentang keadaan kawasan tersebut. Selain itu, saya juga menggunakan kaedah soal selidik. Saya telah menyediakan 20 borang soal selidik yang perlu diisi oleh penduduk taman yang akan menjadi responden terhadap kajian yang akan dilakukan. Akhir sekali, saya menggunakan kaedah rujukan. Saya telah membuat rujukan di perpustakaan awam dan melayari internet untuk mendapatkan maklumat tambahan terutamanya tentang penerangan tentang pencemaran alam sekitar yang berlaku di Malaysia.

9

DAPATAN KAJIAN 1.1 Konsep Pencemaran Alam Sekitar Pencemaran boleh ditakrifkan sebagai pembuangan bahan-bahan hasil dari aktiviti manusia terhadap alam sekitar yang akan menyebabkan terganggunya keselesaan hidup masyarakat.Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka pula mengatakan bahawa pencemaran adalah suatu perbuatan yang mencemarkan kebersihan alam sekeliling dengan sampah sarap. Takrifan Pencemaran yang lebih bermaklumat adalah menurut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang menyatakan bahawa pencemaran adalah sebarang perubahan sama ada secaralangsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizik, kimia, biologi atau aras-aras radiasi mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan, mengeluarkan atau meletakkan bahan buangan sehingga menjejaskan kegunaan-kegunaan berfaedah, yang menimbulkan sesuatu keadaan berbahaya atau mungkin berbahaya kepada kesihatan, keselamatan atau kebajikan awam atau tumbuhan - tumbuhan dan haiwan. Dalam usaha mengejar kemajuan negara dan meningkatkan taraf hidup penduduk, kegiatan ekonomi danprojek-projek pembangunan sesebuah negara tidak dapat dielakkan manusia sering mengabaikan masalah masalah alam sekitar yang timbul akibat pelaksanaan aktiviti ekonomi dan projek pembangunan. Kesan -kesan negatif akibat proses pembangunan dan modernisasi secara terburu-buru semakin mendesak dan inimengakibatkan kesan pencemaran. Pencemaran dapat dikategorikan kepada pelbagai bentuk pencemaran alam. Antaranya, pencemaran udara, bunyi, laut, air, tanah, haba serta sungai dan kolam.

10

Kesemua kesan negatif ini semakin menggugat kesihatanmanusia, sumber sumber ekonomi dan bumi. Untuk mengurangkan kesan-kesan negatifpembangunan ke atas alam sekitar ,setiap aktiviti ekonomi dan pembangunan mestilah diseimbangkandengan usaha pengurusan dan pemeliharaan alam.

11

1.2

Jenis Pencemaran Alam Sekitar di Kawasan Kajian Setelah saya menjalankan kaedah pemerhatian di kawasan kajian saya iaitu Taman Sri

Jeram. Saya dapati terdapat beberapa pencemaran yang berlaku di Taman Sri Jeram ini. Antaranya ialah pencemaran udara. Di taman perumahan saya ini, terdapat sebuah kilang perindustrian yang berdekatan iaitu Kilang Getah Asli Hock Hin, Muar. Setiap hari kilang tersebut akan mengeluarkan banyak gas karbon dioksida yang akan menjejaskan kesihatan kita. Selain itu, pencemaran bunyi juga turut berlaku. Pencemaran ini berlaku disebabkan oleh bunyi bising jentera pemerosesan getah. Begitu juga dengan bunyi kenderaan seperti lori, bas, motor dan keretayang boleh menjejaskan ketenteraman orang ramai. Akhir sekali ialah pencemaran bau. Pencemaran ini berlaku disebabkan oleh pembuangan sampah yang tidak teratur serta parit - parit di kawasan tersebut juga tersumbat. Ini akan menyebabkan bau yang sangat busuk. Ini menyebabakan orang ramai merasa mual dan tidak senang hati dengan keadaan tersebut.

12

1.3

Punca Pencemaran Alam Sekitar di Kawasan Kajian

Taman Sri Jeram mengalami pencemaran udara, pencemaran bau dan pencemaran bunyi. Pencemaran yang berlaku di kawasan kajian saya ini mempunyai beberapa punca. Setelah menjalankan aktiviti soal selidik, ternyat a pencemaran udara di kampung ini berlaku disebabkan oleh kenderaan yang melalui jalan raya di Taman Sri Jeram. Selain daripada disebabkan oleh kenderaan, pencemaran udara ini juga disebabkan oleh sebuah kilang yang berdekatan dengan kawasan perumahan Taman Sri Bakri. Pencemaran udara ini berlaku disebabkan oleh asap asap yang keluar daripada kenderaan dan kilang tersebut. Bilangan kenderaan yang melalui kawasan tersebut semakin bertambah terutamanya pada waktu pagi dan petang.Manakala, kilang tersebut akan melepaskan asap pada waktu petang. Keadaan ini amat berbahaya kepada alam sekitar kerana ini boleh menjejaskan kesihatan penduduk di taman tersebut.

Seterusnya, Taman Sri Jeram ini juga mengalami pencemaran bunyi yang berpunca daripada bunyi bising yang dihasilkan daripada aktiviti perindustrian. Misalnya, melalui pemprosesan material, jentera, kenderaan dan aktiviti yang berkait