PENDEKATAN DALAM PSK

  • Published on
    11-Jul-2015

  • View
    975

  • Download
    1

Embed Size (px)

Transcript

PENDEKATAN DALAM PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN KBSR/KBSM Prof. Madya Dr. Chang Lee Hoon Fakulti Pendidikan Universiti Malaya Kuala Lumpur changlh@um.edu.my

1. PENGENALAN Sukatan Pelajaran Pendidikan Sivik and Kewarganegaraan KBSR/KBSM memberi cabaran dan peluang kepada para pendidik untuk melahirkan warganegara Malaysia yang patriotik dan bertanggungjawab supaya mereka sanggup dan boleh memberi sumbangan yang berkesan dalam pembangunan dan kesejahteraan negara dan global. Selain daripada itu, dalam abad 21 ini, perubahan dan kompleksiti yang sentiasa berlaku di dalam komuniti tempatan, kebangsaan dan global telah menambah cabaran kepada para pendidik untuk mendidik murid menjadi warganegara Malaysia yang berkesan serta menjadikan wawasan negara kita sesuatu realiti.

Sehubungan dengan itu, pendekatan dalam Pendidikan Sivik and Kewarganegaraan (PSK) KBSR/KBSM seharusnya menggalakkan murid menyertai secara aktif dan interaktif dalam proses pembelajaran. Pendekatan penyertaaan murid secara aktif dan interaktif dalam PSK ini akan memberi peluang kepada murid mengalami dan melibatkan diri dalam proses memperolehi pengetahuan, kemahiran serta nilai sivik dan kewarganegaraan. Dalam kata lain, dengan menggunakan pendekatan penyertaan murid secara aktif dan interaktif dalam PSK, guru seharuslah kurang bercakap dan bertanya. Sebaliknya, murid akan diberi peluang untuk bertanya, berkomunikasi dan berinteraksi antara satu sama lain dalam memberi dan berkongsi pendapat dan idea untuk memahami dan mengkaji peranan dan tanggungjawab mereka sebagai warganegara Malaysia yang patriotrik dan tanggungjawab. Berlandaskan kepada kepentingan penglibatan murid dalam proses pembelajaran, maka pendekatan penyertaan murid secara aktif dan interaktif dalam PSK akan melibatkan strategi pengajaran dan pembelajaran seperti yang berikut: (1) Pembelajaran aktif (2) Pembelajaran koperatif (3) Pembelajaran penyelesaiaan masalah

(4) Pembelajaran mesra budaya dan (5) Pembelajaran berkhidmat 2. PEMBELAJARAN AKTIF Pembelajaran aktif dalam PSK akan membolehkan murid memahami peranan dan tanggungjawabnya sebagai seorang ahli yang berkesan dalam pelbagai kumpulan sosial (keluarga, sekolah, rakan, komuniti tempatan, agama, negara dan global) sama ada pada masa kini atau masa depan. Ini adalah kerana pembelajaran aktif melibatkan penyertaan murid dalam proses pembelajaran hands on dan minds-on dan bukanlah secara pasif atau flat. Melalui pembelajaran yang bermakna sebegini, murid akan diberi peluang untuk mengembangkan kemahiran dan nilai serta mengaplikasikan pengetahuan sivik dan kewarganegaraan dalam kehidupan hariannya. Untuk mengaplikasikan pembelajaran aktif dalam PSK, aktiviti pembelajaran yang memfokuskan murid seharusnya mencabar, menarik dan relevan supaya murid dapat mengaplikasikan hasil pembelajaran yang diperolehi daripada sesuatu aktiviti kepada suasana pembelajaran yang lain. Dalam kata lain, melalui aktiviti pembelajaran yang aktif murid dapat mempelajari sesuatu yang bermakna kerana mereka akan diberi peluang untuk mengaitkan pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik dan kewarganegaraan dalam sesuatu aktiviti pembelajaran. Terdapatnya pelbagai aktiviti pembelajaran aktif yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran PSK. Antaranya ialah: Perbincangan atau kerja kumpulan kecil seperti buzzing, sumbang saran, main peranan, simulasi, debat dan forum. Aktiviti pembelajaran koperatif berkumpulan seperti berfikir-berpasanganberkongsi, permainan,main peranan, peer tutoring dan jigsaw. Aktiviti pembelajaran siber. Contohnya, seperti mencari maklumat melalui internet, membina laman web atau bertukar pendapat melalui emel dengan murid dari sekolah lain sama ada dalam atau luar negeri. Demonstrasi sama ada oleh guru atau murid seperti cara penampilan diri dalam menjaga maruah diri (KBSR Tahun 4) dan cara menolak pelawaan rakan untuk melakukan sesuatu yang negatif (KBSM Tingkatan 1) Projek yang dicadangkan oleh murid sendiri seperti mengadakan pertunjukan pakaian tradisional (KBSR Tahun 4) atau pertandingan bercerita cerita rakyat Malaysia (KBSM TIngkatan 1) Pembelajaran refleksi kendiri seperti menyimpan jurnal dan diari mengenai citacita diri (KBSR Tahun 4) atau perasaan mengenai peristiwa yang lalu yang berkaitan dengan hubungan murid dengan rakan atau ahli keluarga yang lain (KBSM Tingkatan 1)

3. PEMBELAJARAN SECARA KOPERATIF Pembelajaran secara koperatif akan mewujudkan suasana pembelajaran yang saling pengantungan positif di mana murid akan bekerja dan belajar bersamasama untuk mencapai sesuatu matlamat yang tertentu. Pembelajaran secara koperatif adalah penting dalam PSK kerana melalui proses pembelajaran berkumpulan mereka akan dapat memahami kepentingan saling membantu di tempat kerja atau keluarga untuk mencapai kejayaan kumpulan. Pembelajaran secara koperatif dalam PSK mempunyai ciri-ciri yang tertentu yang membezakan daripada aktivti pembelajaran tradisional di mana murid berkumpul untuk melakukan sesuatu aktiviti seperti yang digambarkan dalam jadual yang berikut: Jadual: Perbandingan antara pembelajaran berkumpulan secara koperatif dengan pembelajaran berkumpulan yang tradisional

Pembelajaran Berkumpulan Secara Koperatif -Saling pengantungan positif - Akauntabiliti individu -Kumpulan yang heterogenous -Bersama-sama memimpin -Bersama-sama bertanggungjawab -Penekanan kepada tugas dan proses -Kemahiran sosial diajar secara langsung -Guru memerhati dan membimbing -Kumpulan menilai keberkesanan kendiri

Pembelajaran Berkumpulan Secara Tradisional -Tidak ada saling pengantungan positif -Tidak ada akauntabiliti individu -Kumpulan yang homogenous -Seorang pemimpin sahaja yang dilantik -Bertanggungjawab terhadap diri sahaja -Penekanan kepada tugas -Kemahiran sosial diajar secara implisit dan kadang kala diketepikan -Guru tidak mementingkan fungsi kumpulan -Tidak ada proses berkumpulan (Sumber: Johnson Johnson & Holubee dalam Gunter, Estes & Schwab, 1999.

Instruction. A models approach (3rd ed.). Boston: Allyn and Bacon) Berlandaskan kepada ciri-ciri pembelajaran berkumpulan secara koperatif, maka boleh dikatakan bahawa matlamat PSK dalam melahirkan warga negara yang bersatu padu dan erat antara anggota masyarakat yang berbilang kaum boleh dicapai melalui pembelajaran koperatif dalam kelas PSK. Contohnya, semasa berinteraski dalam kumpulan yang heterogenous, murid akan lebih peka terhadap perasaaan dan pandangan ahli kumpulan lain dan seterusnya akan mewujudkan persefahaman dan saling hormat antara satu sama lain untuk kebaikan bersama. Segala konflik yang dihadapi oleh kumpulan akan dapat ditangani dengan cara bekerjasama dan bertanggungjawab bersama untuk memastikan bahawa kumpulan berjaya. Terdapat pelbagai aktiviti pembelajaran koperatif yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran PSK. Diantaranya ialah: berfikir-berpasangan-berkongsi seperti kekuatan diri (KBSR Tahun 4) atau cara membantu anggota keluarga di rumah (KBSM Tingkatan 1) permainan main peranan projek peer tutoring jigsaw dan aktiviti pembelajaran siber 4. PEMBELAJARAN PENYELESAIAN MASALAH

Tidak dapat dinafikan bahawa murid akan menjadi pemimpin masa depan dalam merealisisikan wawasan negara kita. Dalam era globalisasi pada abad 21 ini, di mana perubahan dan kompleksiti sentiasa berlaku di dalam komuniti tempatan, kebangsaan dan global, mereka akan menghadapi pelbagai cabaran untuk menyelesaikan masalah, sama peribadi atau sosial. Ini bermaksud bahawa perkembangan kewarganegaraan dan sivik memerlukan murid mempunyai pengetahuan, kemahiran dan nilai untuk menangani cabaran dan masalah ke arah pembangunan negara dan kesejahteraan masyarakat. Untuk membimbing murid dalam pembelajaran penyelesaian masalah, maka pentingnya masalah yang akan diselesaikan adalah relevan kepada diri murid sendiri dan persekitarannya. Ini adalah kerana masalah yang akan dikaji dan keputusan yang diambil akan menjadi lebih bermakna dan boleh dipertimbangkan atau diaplikasikan dalam kehidupannya sebagai warga negara Malaysia atau global. Secara amnya, pembelajaran penyelesaian masalah dalam PSK akan

melibatkan murid sendiri mencari jawapan kepada sesuatu soalan mengenai peranan dan tanggungjawab diri dalam perkembangan sivik dan kewarganegaraan melalui proses inkuiri yang berikut:

Jadual: Proses inkuiri dalam pembelajaran penyelesaian masalah 1. Mengenalpasti dan menghuraikan sesuatu masalah 2. Menentukan pelbagai alternatif atau pilihan serta rintangan masalah dari segi fakta, pandangan dan perasaan watak yang terlibat 3. Memilih stategi yang sesuai untuk menyelesaikan masalah seperti teknik awan, sebab dan akibat, dan konflik resolusi 4. Menguji keputusan tentatif yang dipilih dengan mengumpul dan menilai maklumat yang relevan dengan masalah 5. Membuat keputusan muktamad atau mengubahsuaikan langkah atau strategi yang telah diambil, jika perlu. Pembelajaran penyelesaian masalah secara aktif dalam PSK akan menjadikan asas kepada murid untuk memahami dan menangani perubahan yang berlaku di dalam kehidupan dan persekitarannya dengan bertanggungjawab dan berkesan sebagai warganegara Malaysia. Terdapat pelbagai aktiviti pembelajaran penyelesaian masalah yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran PSK. Diantaranya ialah: perbincangan berkumpulan main peranan penyoalan debat, panel juri perundingan roundtable peta minda atau penyusunan grafik

5. PEMBELAJARAN MESRA BUDAYA Adalah sesuatu realiti bahawa masyarakat Malaysia mempunyai kepelbagaian di kalangan anggota masyarakatnya seperti dari segi bahasa, ethnik/kaum, agama/kepercayaan, fizikal, gender, bakat dan kebolehan. Kepelbagaian di kalangan anggota masyarakat inilah yang menjadi kekuatan dan cabaran bagi setiap warga negara Malaysia untuk hidup bersama secara bersatu padu ke arah kesejahteraan keluarga, komuniti dan masyarakat.

Walaupun terdapatnya kepelbagaian dalam masyarakat, setiap warga negara