Pendekatan Pengajaran Kontekstual Dalam Membentuk Tingkah Laku Positif Pelajar Masalah Pembelajaran

• Published on
27-Jul-2015

• View
1.730

• Download
6

Embed Size (px)

DESCRIPTION

laporan ini merupakan hasil kajian tindakan yang dijalankan oleh Muhamad bin Sidek & Mardhiah binti Abu Zahar - guru pelatih DPLI UKM semasa latihan mengajara di sekolah 1 Feb - 31 April 2010 dan dibentangkan di Kolokium DPLI UKM di Puri Pujangga, UKM pada 6-7 Mei.

Transcript

PENDEKATAN PENGAJARAN KONTEKSTUAL DALAM MEMBENTUK TINGKAH LAKU POSITIF PELAJAR MASALAH PEMBELAJARAN Muhamad bin Sidek & Mardhiah binti Abu Zahar Guru Pelatih DPLI UKM ABSTRAK Pelbagai kaedah pengaran dan ilmu keguruan yang lain telah dipelajari oleh guru pelatih. Kajian yang dijalankan ini menggunakan kaedah pengajaran secara kontekstual di mana untuk menarik minat pelajar terhadap sesi pengajaran yang berlangsung. Kajian ini bertujuan bagi mengkaji modifikasi tingkah laku pelajar pendidikan khas masalah pembelajaran daripada tingkah laku negatif disruptif kepada tingkah laku yang lebih positif iaitu duduk diam dalam masa lebih 10 minit. Kajian yang dijalankan hanya melibatkan seorang pelajar bermasalah pembelajaran di kelas Pendidikan Khas. Pendekatan pengajaran secara kontekstual ini diaplikasikan semasa pengajaran subjek Bahasa Melayu dan Sains. Data dikumpul melalui pemerhatian dan temubual serta kaedah kuantitatif yang berbentuk jadual. Kaedah kuantitatif ini dijalankan bagi mendapatkan laporan kekerapan pelajar keluar kelas sepanjang tempoh pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Secara keseluruhannya, kajian ini menunjukkan bahawa kaedah kontekstual yang dilaksanakan berjaya membentuk tingkah laku positif pelajar supaya duduk diam di dalam kelas selama lebih 10 minit dalam satu- satu sesi pengajaran (1sesi=40minit). Ini secara tidak langsung dapat menarik perhatian pelajar dan terlibat secara langsung dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru pelatih yang bertindak sebagai pengkaji dalam kajian ini dapat memperbaiki mutu pengajaran seterusnya meningkatkan tahap tumpuan pelajar terhadap pembelajaran mereka. PENGENALAN Pengajaran secara kontekstual ialah proses pengajaran guru yang mengaitkan ilmu yang dipelajari dengan pengalaman seharian perseorangan, masyarakat dan alam pekerjaan. Kaedah ini menyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti hands on dan minds on iaitu pemikiran dan pengalaman guru untuk memberi kefahaman kepada pelajar kerana proses pengajaran dan pembelajaran itu sendiri melibatkan pelajar, pengajar dan bahan pengajaran. Selain daripada itu, pengajaran ini juga menghubungkan isi pengajaran dengan dunia sebenar, proses interaksi antara pelajar dengan pelajar yang lain serta menjadikan situasi pengajaran di kelas sebagai simulasi kepada persekitaran luar. Students involvement in their schoolwork increases significantly when they are taught why they are learning the concepts and how those concepts can be used outside the classroom. And most students learn much more efficiently when they are allowed to work cooperatively with other students in groups or teams (Hull 1997) Menurut Hull (1997), kaedah pengajaran secara kontekstual mempunyai ciri-ciri yang perlu dilaksanakan agar pengajaran lebih berkesan. Ciri yang utama ialah guru menghubungkaitkan pengajaran dalam konteks pengalaman hidup. Guru perlu membantu pelajar memahami tujuan mempelajari sesuatu tajuk dan menghubungkaitkan pengetahuan baru dan pra-pengetahuan pelajar.

1

Rajah 1: Pendekatan pengajaran kontekstual. Menurut Wan Absah (1997) perkara ini akan membolehkan pelajar mendapat gambaran yang jelas tentang perkaitan apa yang dipelajari dengan penggunaan harian dan pelajar mengetahui penggunaan ilmu dalam bidang pekerjaan serta memberi pendedahan kepada pelajar tentang profil pekerjaan. Pembelajaran berlaku apabila murid dapat memproses maklumat atau pengetahuan baru dengan cara yang bermakna dalam rangka minda mereka. Ini diperkukuhkan lagi dengan kenyataan pakar pedagogi, John Dewey yang menyebut bahawa: A curriculum and teaching methodology tied to the childs experiences and interests. Dalam pengajaran, guru memberi pendedahan, penemuan dan penciptaan kepada pelajar. Guru dikehendaki melibatkan pelajar secara aktif dalam membuat ujikaji dan menemui idea dan fakta. Ini akan menjadikan pelajar dapat melibatkan diri dengan ujikaji secara menyeluruh dan membentangkan hasil kerja mereka dengan lebih yakin. Dengan itu, pelajar telah memperoleh pengalaman yang berguna dalam pembelajaran di kelas (Wan Absah, 1997). Antara ciri lain pengajaran secara kontekstual ialah aplikasi. Dalam hal ini, guru menyalurkan sesuatu pengajaran kepada pelajar dan seterusnya pelajar boleh menggunakan maklumat yang ada untuk menyelesaikan masalah yang mungkin dihadapi dalam alam pekerjaan pada masa akan datang. Semasa pengajaran dijalankan, para pelajar didedahkan dengan aktiviti- aktivit yang membolehkan mereka mengaplikasikan aktiviti dalam kelas dengan aktiviti di luar. Ciri yang seterusnya ialah bekerjasama iaitu pengajaran dalam konteks berkongsi dan berkomunikasi antara satu sama lain. Guru memainkan tugas penting dalam mewujudkan sikap bekerjasama yang baik dalam pengajaran dan menjadikan proses pengajaran lebih aktif dengan mempelbagaikan aktiviti yang melibatkan pelajar (Pedrotti,1997). Kesannya, membolehkan individu mengenalpasti minat dan keperluan pembelajaran yang unik, perbezaan individu dan pelajar lebih memahami aspirasi kumpulan. Pemindahan pembelajaran iaitu pengajaran dalam konteks penyaluran pengetahuan oleh guru merupakan antara cirri dalam pengajaran kontekstual. Guru akan menyalurkan pengetahuan mereka melalui kaedah- kaedah yang disarankan dalam kaedah pengajaran secara kontekstual dengan cara timbal balik. Guru akan membimbing pelajar menemui pengetahuan baru melalui penerokaan, pengujian dan mencari jawapan. Kesimpulannya, semua ciri- ciri ini dapat dilaksanakan dengan bantuan penggunaan media pengajaran yang berkesan (Hull, 1997). Pemindahan ini juga akan menyebabkan pelajar lebih mudah membuka peluang sedia ada mereka melalui pelbagai situasi pembelajaran. Ciri- ciri ini juga menunjukkan penglibatan pelajar secara maksimum dan berpotensi menarik minat pelajar terhadap isi pengajaran guru. Kaedah kontekstual merupakan sesuatu usaha pengajaran yang efisien dan sesuai diaplikasikan pada setiap langkah isi pengajaran tidak kira sama ada semasa set induksi, pengembangan isi pengajaran mahupun penutup. Setiap langkah ini boleh disesuaikan dengan pelbagai teknik dan cara sama ada permainan, tayangan video dan gambar, main peranan ataupun demonstrasi. 2

Kajian ini dicetuskan berdasarkan masalah tingkah laku seorang pelajar pendidikan khas bernama Abu (bukan nama sebenar) di sekolah yang pengkaji menjalani latihan mengajar. Melalui pemerhatian menunjukkan bahawa Abu cenderung untuk keluar kelas semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Abu sentiasa memberi pelbagai alasan untuk keluar apabila ditegur guru. Dia tidak duduk diam dalam jangka masa waktu yang pendek. Jika dia tidak dapat keluar kelas dia akan mengganggu pelajar lain dan berbuat bising. Justeru, pengkaji sebagai guru pelatih ingin mencuba kaedah pengajaran kontekstual untuk mengkaji modifikasi tingkah laku pelajar pendidikan khas daripada tingkahlaku negatif disruptif kepada tingkah laku yang lebih positif iaitu duduk diam dalam masa lebih 10 minit. Kajian ini memilih pendekatan kontekstual sebagai medium pengajaran kerana individu mengekalkan maklumat dengan lebih berkesan melalui pengalaman mereka sendiri dan setiap individu memiliki pelbagai jenis kecerdasan. Tambahan lagi, pembelajaran kontekstual mengambil kira pelbagai gaya pembelajaran dan boleh divariasikan mengikut kreativiti dan keupayaan guru itu sendiri.

PENYATAAN MASALAH Pengkaji sebagai guru pelatih telah melakukan kajian awal melibatkan temu bual dengan guru- guru Pendidikan Khas di sekolah yang pengkaji menjalani latihan mengajar. Soalan yang diajukan adalah tidak formal namun menjurus kepada masalah tingkah laku seorang pelajar bernama Abu (bukan nama sebenar) yang sering dilihat keluar kelas semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Antara soalan yang diajukan adalah seperti Adakah Abu sering keluar kelas semasa cikgu mengajar?, Kenapa Abu sering keluar kelas? dan Bagaimanakah cikgu mengatasinya? Secara keseluruhannya, melalu laporan temu bual ini dapat disimpulkan bahawa guru- guru di kelas pendidikan khas turut mengalami keadaan dan isu yang sama iaitu Abu kerap keluar kelas semasa mereka mengajar. Hal ini menyebabkan guru- guru perlu memberi tumpuan lebih kepada Abu sehingga mengganggu tumpuan pelajar yang lain. Pengkaji telah membuat rekod catatan kekerapan keluar kelas pelajar dalam bentuk jadual. Tinjauan ini dijalankan sebanyak tiga kali yang melibatkan 3 hari persekolahan secara rawak. Satu waktu kelas pengajaran ialah 40 minit dan dalam masa sehari proses pengajaran dan pembelajaran kelas pendidikan khas ialah 8 waktu (tidak termasuk waktu rehat). Dapatan menunjukkan Abu yang paling kerap keluar kelas.. Ini menunjukkan bahawa Abu mempunyai tingkah laku negatif keluar kelas yang ketara berbanding pelajar pendidikan khas yang lain. Ini menyebabkan Abu menjadi subjek penting dalam kajian ini. Pelajar ini tidak dapat duduk diam walaupun dalam tempoh yang singkat dan mengikuti sesi pengajaran dengan baik. Pengajaran secara kontekstual ini diharapkan dapat membentuk tingkah laku positif pelajar supaya kekal di dalam kelas dan mengikuti pengajaran guru. Pengajaran secara kontekstual bersifat mesra pelajar dan diharap mampu memupuk minat pelajar terhadap pengajaran. Ini secara tidak langsung dapat membentuk tingkah laku positif dalam diri pelajar itu sendiri. Objektif kajian Objektif utama kajian ini ialah untuk meneroka penggunaan pendekatan pengajaran kontekstual agar: i) pelajar dapat duduk diam dan tidak keluar kelas selama lebih 10 minit sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. ii) pelajar dapat mengawal tingkah laku disruptif di dalam kelas.

3

KAJIAN KEPUSTAKAAN Kontekstual jika diambil daripada ayat asalnya dalam Bahasa Inggeris (asal bahasa Latin con = with + textum = woven) bermaksud mengikut konteks atau dalam konteks. Konteks pula membawa maksud keadaan, situasi dan kejadian. Secara umum, kontekstual membawa pengertian ; yang berkenaan, releven, ada hubungan atau kaitan langsung, mengikut konteks dan turut membawa erti maksud, makna dan kepentingan (meaningful). Oleh itu, kaedah kontekstual iaitu kaedah yang dibentuk berasaskan maksud kontekstual itu sendiri, seharusnya mampu membawa pelajar ke matlamat pembelajaran isi dan konsep yang berkenaan atau releven bagi mereka, dan juga memberi makna dalam kehidupan seharian mereka. Kebanyakan pelajar di sekolah tidak mampu membuat kaitan antara apa yang mereka pelajari dengan bagaimana pengetahuan itu dapat dimanfaatkan (Depdiknas, 2002). Ini berlaku oleh sebab cara mereka memproses maklumat dan perasaan motivasi untuk pelajar tidak tersentuh melalui kaedah pengajaran yang lazim digunakan (iaitu kaedah syarahan yang abstrak), namun mereka amat perlu memahami konsep itu untuk memudahkan mereka mengaitkannya dengan suasana dan juga dalam menempuh kehidupan masyarakat di mana tempat mereka menjalani kehidupan dan bekerja. Secara lazimnya, pelajar dijangkakan mampu membuat kaitan ini dengan sendiri apabila berada di luar bilik darjah. Pengajaran dan pembelajaran kontekstual merupakan satu konsepsi pengajaran dan pembelajaran yang membantu guru mengaitkan bahan subjek yang dipelajari dengan situasi dunia sebenar dan memotivasikan pelajar untuk membuat perkaitan antara pengetahuan dengan aplikasinya dalam kehidupan harian mereka sebagai ahli keluarga, warga masyarakat dan pekerja. Pemilihan kaedah pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas amat penting. Kaedah yang sesuai akan meningkatkan keberkesanan pengajaran guru dan pembelajaran pelajar. Pengajaran dan pembelajaran yang berkesan di dalam kelas akan dapat membantu para pelajar mencapai objektif pengajaran guru dan seterusnya meningkatkan penguasaan ilmu yang disampaikan. Menurut Fontana(1988) media perlu dilihat sebagai sesuatu yang dinamik yang dapat merangsang tindakbalas luaran atau dalaman yang kadang-kadang mempengaruhi psikologi seseorang. Pendekatan kontekstual tertumpu pada aspek pelbagai bagi mana-mana persekitaran pembelajaran, sama ada dalam bilik darjah, dalam makmal, dalam makmal komputer, tempat atau lokasi kerja, atau di ladang tanaman. Pendekatan ini menggalakkan pendidik memilih dan/atau membina persekitaran pembelajaran yang menggabungkan seberapa banyak bentuk pengalaman yang boleh termasuk aspek sosial, fizikal, psikologikal, ke arah mencapai hasil pembelajaran yang diinginkan (McNiff, 1993). Dalam aspek sosial, pengurusan tingkah laku perlu ditekankan untuk menjadikan suasana pengajaran di dalam kelas lebih lancar dan berkesan. Tingkah laku terbahagi kepada dua iaitu tingkah laku positif dan tingkah laku negatif. Tingkah laku positif merupakan tingkah laku yang baik untuk perkembangan mereka kerana dengan adanya tingkah laku ini, kanak- kanak akan lebih bersemangat untuk melibatkan diri dalam dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Tingkah laku negatif pula merupakan tingkah laku yang mampu memberikan masalah dan mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Tingkah laku disruptif merupakan antara tingkah laku negatif yang berlaku di kalangan pelajar (Asrin et al. 2008) Pelajar yang yang mempunyai tingkah laku disruptif merupakan kanak- kanak yang suka bergerak, suka ketawa dengan kuat dan sering menunjukkan tingkah laku agresif kepada rakan- rakan- yang lain. Jenis jenis tingkah laku disruptif termasuklah tingkah laku hiperaktif, perubahan yang melampau, kebisingan, pergerakan pelajar yang tidak perlu, mengganggu rakan, gelak ketawa yang kuat dan kelakuan agresif fizikal seperti tolak menolak atau tumbuk- menumbuk di dalam kelas. Tingkah laku disruptif merupakan tingkah laku yang boleh menjejaskan kelicinan perjalanan proses pengajaran dan pembelajaran (Sumrah, Sudirman & Ahmad, 2008). Struktur asas pembinaan kaedah kontekstual ialah menghubungkait, mengalami, mengaplikasi, bekerjasama dan pemindahan.

4

METODOLOGI KAJIAN Reka bentuk kajian tindakan merangkumi keseluruhan proses. Ia merupakan perancangan bagaimana kajian akan dilakukan dan berdasarkan kepada langkah-langkah tindakan. Pengkaji telah menggunakan Model McNiff, iaitu model yang dipanggil Tindakan-Refleksi (action-reflection) di mana melibatkan kitaran proses seperti 'memerhati - mereflek bertindak - menilai mengubahsuai. Proses ini berlaku secara berterusan. Namun, adalah lebih tepat lagi untuk mengatakan bahawa konsep yang ditekankan melalui kitar demi kitar itu pasti akan melalui tahap di mana pengkaji mengambil tindakan (bertindak atau implementasi rancangannya) dan kemudian merefleksi daripada apa yang diperhatikan berlaku terhadap perkara kajian (hasil tindakan). Namun begitu, walaupun kita mencapai satu tahap di mana kita berasa apa yang lakukan itu satu kepuasan, tahap itu akan membentuk satu masalah atau persoalan lain pula, dan seterusnya kitaran tersebut akan bermula lagi.

Rajah 2: Model McNiff Tindakan Refleksi Kajian ini telah dijalankan ke atas seorang pelajar lelaki Abu (bukan nama sebenar) berusia 16 tahun yang bermasalah pembelajaran. Dari segi tahap kecerdasan, Abu merupakan pelajar pendidikan khas yang...