Pendidikan Alam Sekitar

  • Published on
    14-Oct-2015

  • View
    73

  • Download
    1

Embed Size (px)

Transcript

  • 5/24/2018 Pendidikan Alam Sekitar

    1/24

    1

    PERKEMBANGAN PENDIDIKAN BERKAITAN ALAM SEKITAR

    1.0 PENGENALAN

    Pendidikan boleh dilihat sebagai satu bentuk pelaburan. Ini kerana sistem pendidikan

    merupakan satu proses yang berterusan bagi melahirkan tenaga manusia untuk tujuan

    pembangunan. Sekiranya proses pembelajaran itu berkesan, maka akan melahirkan individu

    dan masyarakat yang peka, intelek, aktif dan mampu membezakan antara perkara baik dengan

    perkara yang buruk. Pendidikan yang diberikan ini telah memberi perubahan kepada

    masyarakat kerana melalui pendidikan ini masyarakat akan dapat membuka minda ke arah

    yang lebih positif. Antara pendidikan yang dilaksanakan untuk masyarakat ialah pendidikan

    alam sekitar. Pendidikan alam sekitar ini penting bagi meningkatkan kesedaran masyarakat

    terhadap kualiti alam sekitar. Pendidikan alam sekitar ini juga mampu melahirkan masyarakat

    yang memahami hubungan antara persekitaran manusia dengan persekitaran fizikal. Falsafah

    Pendidikan Kebangsaan (FPK) di Malaysia merupakan satu pendidikan yang berterusan ke

    arah mengembangkan potensi individu secara menyeluruh. Melalui FPK ini beberapa matlamat

    telah digariskan antaranya ialah untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmoni dari segi

    intelek, rohani, emosi dan jasmani (JERI). Pendidikan alam sekitar juga telah termaktub dalam

    matlamat yang digariskan iaitu bagi melahirkan insan yang seimbang dan harmoni.

    Pendidikan alam sekitar ini merupakan satu dimensi baru dalam sistem pendidikan yang

    terhasil disebabkan oleh masalah alam sekitar. Keseimbangan ekosistem telah terganggu

    akibat daripada kegiatan manusia sendiri sehingga menimbulkan pelbagai isu alam sekitar

    seperti pemusnahan hutan, hakisan, kepupusan spesies dan banyak lagi. Isu-isu ini telah

    mendorong pihak bertanggungjawab untuk bertindak memperbaiki kualiti alam sekitar. Keadaan

    ini telah mendesak pelbagai pihak untuk melaksanakan pendidikan alam sekitar ni agar

    masyarakat sedar bahawa pentingnya menjaga alam sekitar daripada tercemar. Pendidikan

    alam sekitar ini merupakan satu proses pendidikan sama ada formal atau tidak formal untuk

    membentuk sikap manusia agar lebih prihatin terhadap alam sekitar. Pendidikan alam sekitar ini

    juga dilaksanakan adalah untuk meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan memupuk

    masyarakat untuk memilih cara hidup yang bertanggungjawab dalam memelihara dan

    memulihara alam sekitar. Penjagaan alam sekitar ini penting bagi mewujudkan satu ekosistem

    yang boleh menyokong kehidupan ke arah yang lebih bersih, produktif, seimbang dan terjamin.

  • 5/24/2018 Pendidikan Alam Sekitar

    2/24

    2

    2.0 SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

    Pendidikan alam sekitar ini telah diasaskan oleh Sir Patrick Geddes pada tahun 1854

    sehingga 1933. Beliau telah digelarkan sebagai bapa Pendidikan Alam Sekitar. Thomas

    Pritchardmerupakan orang yang pertama menggunakan nama istilah Pendidikan Alam Sekitar

    ini. Istilah Pendidikan Alam Sekitar ini digunakan semasa persidangan IUCN di Paris pada

    tahun 1958. Beberapa persidangan alam sekitar di peringkat antarabangsa telah diadakan

    seperti persidangan Stockholm, The Belgrade Charter, Tbilisi, Laporan Kabinet, Malta dan

    Agenda 21. Melalui persidangan ini telah tercetusnya perbincangan tentang alam sekitar dunia

    serta peranan alam sekitar dalam memastikan keseimbangan alam sekitar terjamin. Melalui

    persidangan-persidangan yang diadakan ini juga telah menemui kata sepakat untuk merangka

    satu garis panduan, prinsip, matlamat dan objektif bagi program pendidikan alam sekitar ini.

    Persidangan Stockholm telah diadakan pada 5 hingga 16 jun 1972 di Stockholm,

    Sweden yang bertemakan Prinsip dan Alam Sekitar Manusia (Human Environment and

    Principles). Persidangan ini telah dianjurkan oleh United Nations. Tujuan persidangan ini

    diadakan adalah untuk mencapai satu keputusan tentang pendekatan global yang diperlukan

    bagi mencari jalan penyelesaian untuk memulihara kemerosotan alam sekitar yang semakin

    berleluasa. Persidangan ini telah membincang dan menghasilkan langkah bagi meningkatkan

    mutu alam sekitar. Hasil daripada persidangan ini juga telah satu badan iaitu UNEP ( United

    Nation Environmental Programme) telah ditubuhkan bagi menggubal polisi alam sekitar

    antarabangsa.

    UNEP yang ditubuhkan pada Jun 1972 ini merupakan satu institusi khusus Pertubuhan

    Bangsa-bangsa yang telah banyak menyumbangkan pelbagai kemudahan dalam menangani

    masalah alam sekitar di seluruh dunia. UNEP telah melaksanakan program-program berskala

    dunia dalam rangka memulihara alam sekitar. Dalam memuliharakan alam sekitar ini, UNEP

    mempunyai misi mengembangkan sistem kepimpinan dan kerjasama berhubung dengan

    penyebaran maklumat dalam membaiki kualiti hidup negara dan masyarakat untuk masa depan

    yang lebih baik Sehubungan itu, program Pendidikan Alam Sekitar telah dicadangkan bagi

    membantu individu memperoleh pengetahuan yang positif terhadap terhadap alam sekitar.

    Selepas persidangan ini diadakan, beberapa persidangan lain telah diadakan bagi merangka

    garis panduan, matlamat dan objektif program Pendidikan Alam Sekitar.

  • 5/24/2018 Pendidikan Alam Sekitar

    3/24

    3

    Pada tahun 1975 satu persidangan telah diadakan iaitu The Belgrade Charter.

    Persidangan ini telah diadakan di Belgrade, Yugoslavia. Persidangan ini telah membincangkan

    langkah-langkah untuk menangani isu-isu alam sekitar di seluruh dunia. Melalui persidangan ini

    langkah-langkah menangani alam sekitar telah dipersetujui. Antara langkah-langkah yang

    dipersetujui ialah mengadakan bengkel yang dikenali sebagai The Balgrade Charter 1975.

    Bengkel ini merupakan satu bengkel antarabangsa alam sekitar. Para peserta di Pertubuhan

    Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNECSO) mencadangkan

    satu rangka kerja global bagi pendidikan alam sekitar. Rangka kerja global ini dikenali sebagai

    Piagam Belgrade. Piagam Belgrade ini telah menggariskan beberapa tujuan penting. Antaranya

    ialah pendidikan alam sekitar ini perlu difahami dengan betul dan perlu membentuk pendidikan

    sepanjang hayat yang menyeluruh. Pendidikan yang menyeluruh merupakan satu responsif

    kepada perubahan dalam dunia pesat yang sentiasa berubah mengikut peredaran masa.

    Piagam Belgrade ini juga bertujuan untuk melahirkan individu yang memahami tentang masalah

    alam sekitar dunia ini. Apabila individu ini memahami tentang masalah alam sekitar ini, mereka

    akan berperanan dalam melindungi alam sekitar dengan mengambil kira nilai etika alam sekitar

    yang telah ditetapkan.

    Persidangan Tbilisi pada tahun 1977 merupakan persidangan alam sekitar yang

    pertama di dunia dan melibatkan ramai pemerintah atau kerajaan seluruh dunia. Persidangan

    ini diadakan di Tbilisi, Georgia (USSR) pada 14 hingga 26 Oktober 1977. Persidangan ini telah

    dihadiri oleh 265 delegrasi dan 65 pembentang serta pemerhati termasuk 3 organisasi antara

    kerajaan dan 20 organisasi bukan kerajaan antarabangsa. Persidangan ini telah dikendalikan

    oleh United Nations Education, Scientific dan Cultural Organization (UNESCO) dengan

    kerjasama U.N. Environment Programme (UNEP). Hasil persidangan ini telah menemui kata

    sepakat dengan mewujudkan garis panduan, matlamat serta objektif Pendidikan Alam Sekitar

    merentas kurikulum dan latihan dalam pra-perkhidmatan bagi guru-guru. Melalui cadangan

    yang telah dicadangkan dalam persidangan ini, mereka mencadangkan guru-guru akan

    membantu memberikan panduan kepada masyarakat dalam usaha membangunkan pendidikan

    alam sekitar ini supaya dapat difahami oleh semua masyarakat di peringkat kebangsaan,

    serantau dan global. Antara peranan penting dalam pendidikan alam sekitar ini ialah

    peningkatan pemeliharaan alam sekitar dunia dalam mewujudkan pembangunan yang mantap

    dan masyarakat dunia yang seimbang.

  • 5/24/2018 Pendidikan Alam Sekitar

    4/24

    4

    Kesinambungan dengan persidangan Tbilisi ini, satu seminar Latihan Alam Sekitar telah

    diadakan di Malta pada tahun 1991. Seminar ini diadakan di bawah anjuran UNESCO. Seminar

    ini telah mengesyorkan bahawa matlamat utama dalam pendidikan alam sekitar ini adalah

    untuk membantu masyarakat supaya menyedari dan memahami isu-isu alam sekitar. Selain itu

    juga, melalui pendidikan alam sekitar ini masyarakat dapat menguasai kemahiran dan

    kesungguhan dalam usaha mengatasi isu-isu alam sekitar serta mengekalkan kualiti alam

    sekitar sekaligus dapat meningkatkan kualiti kehidupan manusia.

    Pada tahun 1992, satu perhimpunan yang melibatkan 178 buah negara termasuk

    Malaysia telah diadakan di Rio de Janeiro, Brazil. Perhimpunan ini dikenali sebagai

    persidangan bumi di Rio de Janeiro. Melalui persidangan ini, satu deklarasi telah dihasilkan

    iaitu Agenda 21. Agenda 21 ini telah diwujudkan bertujuan untuk menjalankan pembangunan

    mapan di peringkat tempatan bagi abad ke 21. Agenda ini mengandungi 40 bab yang secara

    keseluruhannya berkisar tentang pembangunan mapan. Agenda 21 ini ialah satu program

    untuk masyarakat, sektor swasta dan pihak berkuasa tempatan berkerjasama untuk merancang

    dan menguruskan alam sekitar ke arah pembangunan mapan.

    Di Malaysia, kerajaan Malaysia telah mengambil inisiatif dengan menubuhkan

    Jawatankuasa Kabinet pada tahun 1974. Jawatankuasa kebinet ini ditubuhkan bagi mengkaji

    semula Dasar Pendidikan Kebangsaan. Dasar Pendidikan Kebangsaan dikaji semula dengan

    tujuan