Penilaian di Prasekolah

• Published on
19-Jul-2015

• View
61

• Download
0

Embed Size (px)

Transcript

Penilaian di Prasekolah1.0 Pengenalan Pendidikan prasekolah adalah peringkat terpenting bagi membentuk emosi, fizikal, sosial, dan perkembangan pemikiran kanak-kanak yang berusia dalam lingkungan 4 hingga 6 tahun sebagai persediaan untuk melangkah ke sekolah rendah.. Semasa belajar di prasekolah kanak-kanak memperoleh asas komunikasi, kemahiran sosial, dan kemahiran lain yang positif dari aspek fizikal, kognitif, emosi, rohani dan nilai estetika. Oleh itu, penilaian adalah salah satu aspek yang harus diberi penekanan oleh guru prasekolah bagi menentukan pencapaian dan perkembangan seseorang kanak-kanak sepanjang mereka mengikuti pembelajaran di prasekolah.

Kementerian Pelajaran Malaysia (2003) menyatakan penilaian adalah sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran dan dijalankan secara berterusan. Ianya adalah proses pengumpulan maklumat tentang perkembangan dan kemajuan kanak-kanak dengan menggunakan pelbagai kaedah. Penilaian ini bertujuan untuk mengenal pasti pelbagai kecerdasan dan potensi untuk diberi pengukuhan dan dipertingkatkan. Penilaian yang dijalankan hendaklah direkodkan dengan tepat dan jelas seperti yang termaktub dalam Akta Pendidikan (1996) dan disebutkan lagi dalam Peraturan-peraturan Pendidikan (Kurikulum Prasekolah) 1997, yang ditulis dalam perenggan: 5. (1) Tiap-tiap tadika hendaklah membuat penilaian berterusan tentang perkembangan murid-muridnya dalam domain kognitif, afektif dan psikomotor.

Penilaian di peringkat prasekolah dijalankan secara tidak formal dan berterusan. Guru prasekolah hendaklah menilai kanak-kanak dari semasa ke semasa. Setiap pengajaran yang disampaikan oleh guru hendaklah dinilai. Tujuannya supaya guru dapat mengumpul maklumat sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran serta mengetahui kemajuan kanak-kanak dalam berbagai aktiviti dan perkembangan sikap mereka. Selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh, bersepadu, dan seimbang perlu diberi pertimbangan yang sewajarnya di dalam program prasekolah kerana pengalaman pembelajaran di prasekolah bakal mencorakkan perkembangan kanak-kanak seterusnya.

2.0 Penilaian dalam Mengenal Pasti Kemajuan Kanak-kanak 2.1 Konsep Penilaian Guru memainkan peranan penting dalam mengesan kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid. Guru juga menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai, merancang dan membina instrumen penilaian, menganalisis maklumat penilaian, melapor dan membuat tindakan susulan. Penilaian ialah proses mengumpul maklumat dan mengesan kemajuan kanak-kanak dalam aspek pengetahuan, kemahiran dan penguasaan kanak-kanak terhadap sesuatu proses pembelajaran bagi membantu perkembangan yang seterusnya. Proses ini dijalankan secara berterusan dan bersesuaian dengan objektif pembelajaran dan tahap perkembangan individu setiap kanak-kanak semasa kanak-kanak mengalami proses pembelajaran. Penilaian juga dapat dianggap sebagai satu cara untuk mendapatkan bukti yang tepat tentang sesuatu perkara. Gay (1985) berpendapat bahawa penilaian ialah satu proses yang

sistematik semasa mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah ditetapkan itu telah tercapai. Arthur et.al. (1996) berpendapat penilaian ialah proses mengumpul bukti dan membuat pertimbangan tentang keperluan, kekuatan, kebolehan dan pencapaian. Ia juga membawa maksud proses mengumpul data dan membuat pertimbangan tentang keberkesanan program pengajaran, polisi dan prosedur.

2.2 Matlamat Penilaian Penilaian dalam pengajaran dan pembelajaran adalah sama pentingnya dengan pengajaran dan pembelajaran itu sendiri. Matlamat utama penilaian ialah untuk memperbaiki pengajaran dan pembelajaran. Menurut Putri Zabariah dan Rohani (2007) penilaian dijalankan adalah supaya guru dapat: 2.2.1 Mengesan perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh; 2.2.2 Melihat perubahan pada perkembangan setiap kanak-kanak; 2.2.3 Membuat perancangan dan pengubahsuaian aktiviti pengajaran untuk membantu meningkatkan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak; 2.2.4 Mempelajari keperluan setiap kanak-kanak; 2.2.5 Mengesan keberkesanan aktiviti, rutin, dan strategi yang digunakan; 2.2.6 Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran dari semasa ke semasa. 2.2.7 Memberi laporan yang tepat kepada ibu bapa, pakar-pakar kesihatan, guru besar dan pegawai-pegawai yang memantau; 2.2.8 Menghargai hasil kerja kanak-kanak; dan

2.2.9 Membuat tindakan susulan serta-merta 2.3 Kaedah Penilaian Penilaian di peringkat prasekolah bercorak tidak formal dan dijalankan ke atas kanakkanak secara pemerhatian yang berterusan. Pemerhatian adalah satu kaedah penilaian melalui pemerhatian yang dijalankan secara sistematik, jelas dan tepat. Penilaian dilaksanakan melalui pemerhatian terhadap tingkah laku, perbualan atau interaksi dan hasil kerja murid. Oleh sebab kadar penerimaan dan kefahaman sesuatu konsep bagi setiap murid adalah berbeza, maka penilaian sangat sesuai dilakukan secara individu. 2.3.1 Pemerhatian Pemerhatian ialah pengamatan kepada perlakuan kanak-kanak yang bersesuaian dengan perkembangan mereka. Dalam konteks penilaian, pemerhatian adalah satu kaedah yang sistematik yang dilakukan oleh guru untuk mengumpul data atau maklumat atau merekodnya dengan tepat. Guru perlu ada kemahiran memerhati secara prihatin pada apa yang berlaku pada setiap kanak-kanak melalui pemerhatian yang dibuat terhadap tingkah laku, perbualan dan hasil kerja kanak-kanak. Melalui pemerhatian terhadap tingkah laku kanak-kanak, guru boleh memerhatikan dan menilai murid semasa aktiviti bermain pondok-pondok, menyusun blok bersama rakan-rakan, semasa mereka bermain bersama rakan-rakan atau bersendirian, semasa aktiviti pembelajaran seperti membuat kolaj dalam kumpulan, aktiviti mengikat tali kasut, menyelesaikan masalah bersama rakan dan sebagainya. Manakala pemerhatian terhadap perbualan atau interaksi yang boleh diperhatikan ialah semasa perbualan atau interaksi antara murid dengan guru, perbualan atau interaksi antara murid dengan murid, interaksi murid dengan bahan, main peranan, bercerita dan bersoal-jawab,

semasa aktiviti nyanyian, hafazan, bacaan dan lain-lain. Pemerhatian ke atas kanak-kanak hendaklah dilakukan dalam semua domain iaitu domain kognitif, afektif dan psikomotor. Selain itu, guru boleh menilai hasil kerja murid melalui rekod kerja yang dikumpulkan dan menjadi sumber maklumat kemajuan kanak-kanak, kekuatan, kelemahan, konsep, dan kemahiran yang mereka ketahui dan kuasai. Setiap bahan atau hasil kerja murid dikumpulkan dalam bentuk portfolio. Beberapa bahan yang dikumpulkan dalam portfolio murid ialah hasil lukisan, mewarna, lakaran, tulisan, buku skrap, kraf tangan, buku kecil, dan model, video kanak-kanak, gambar yang diambil semasa kanak-kanak menjalani aktviti pengajaran dan pembelajaran di prasekolah dan sebagainya. 2.4 Waktu Penilaian Dalam konteks pendidikan prasekolah, setiap pengajaran yang disampaikan oleh guru kepada kanak-kanak hendaklah dinilai. Penilaian ke atas kanak-kanak hendaklah dijalankan sepanjang masa pengajaran dan pembelajaran berlangsung sama ada secara berkala masa atau mengikut kekerapan yang perlu. Hal ini bersesuaian dengan pendapat Putri Zabariah dan Rohani (2007) bahawa penilaian ke atas sesuatu pengajaran dan pembelajaran mesti bermula daripada awal, semasa dan di akhir pembelajaran. Segala maklumat yang dikumpulkan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran memberi suatu gambaran berkenaan penguasaan kanak-kanak. Melalui proses penilaian yang dijalankan, guru dapat mengikuti perubahan yang berlaku daripada semasa. Justeru itu, waktu penilaian ke atas kanak-kanak adalah secara berterusan dan tiada had masa tertentu. 2.5 Tindakan Susulan

Sebagaimana yang terkandung dalam Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (2003), Tindakan susulan adalah aktiviti bimbingan, pengukuhan dan pengayaan, setelah dikenal pasti kelebihan atau kekurangan perkembangan murid. Aktiviti bimbingan dirancang bagi membantu murid mengatasi masalah pembelajaran agar kelemahan murid tidak terhimpun. Proses penilaian hendaklah dilaksanakan semula. Aktiviti pengukuhan merupakan pengukuhan kepada pengetahuan dan kemahiran yang telah dikuasai. Aktiviti pengayaan hendaklah dirancang untuk memberi peluang kepada murid menjalani aktiviti yang lebih mencabar setelah aktiviti, kemahiran, atau aspek yang sepatutnya dipelajari telah dikuasai atau disiapkan. Semasa menjalankan tindakan susulan guru boleh menyediakan aktiviti bagi membantu murid yang memerlukan lebih perhatian atau pun aktiviti yang lebih mencabar. Kepekaan guru dalam penilaian berterusan ini dapat meningkatkan pencapaian setiap murid ke tahap yang optimum. Antara kebaikan menjalankan tindakan susulan di prasekolah ialah: 2.5.1 Kelebihan murid dalam pencapaian boleh diperkukuh dan dipertingkatkan melalui aktiviti yang mencabar. Kekurangan tahap pencapaian murid boleh dibantu melalui bimbingan yang sewajarnya. 2.5.2 Perkembangan dan kemajuan murid dapat dipantau dengan seadilnya secara individu, kumpulan, dan kelas melalui proses pembelajaran. 2.5.3 Murid yang telah menguasai tahap pencapaian yang sepatutnya perlu disokong dan diberi dan diberi lebih banyak aktiviti pengukuhan bagi meningkatkan pencapaian. 2.5.4 Murid yang belum menguasai tahap pencapaian yang sepatutnya perlu diberi aktiviti bimbingan dan sokongan yang bersesuaian dengan aras penguasaan murid tersebut. 2.5.5 Guru juga perlu memaklumkan kepada ibu bapa tahap penguasaan anak mereka untuk memperoleh sokongan tambahan di rumah.

2.0 Main dan Kanak-kanak Bermain ialah apa-apa kegiatan yang memberikan kegembiraan dan kepuasan kepada kanak-kanak tanpa menimbangkan apakah hasil kegiatan itu. Bermain bukan satu kegiatan yang dipaksa tetapi ia merupakan fitrah semula jadi kanak-kanak dalam proses mereka berkembang. Bagi kanak-kanak, bermain merupakan aktiviti di dalam kehidupan seharian mereka. Melalui aktiviti bermain kanak-kanak belajar berkenaan diri dan alam persekitarannya. Dalam konteks pendidikan prasekolah, bermain ialah satu proses pembelajaran yang terancang dan berstruktur dalam memberi peluang kepada murid belajar dalam suasana yang informal, menyeronokkan, bebas dan selamat. Melalui bermain, kanak-kanak berinteraksi dengan bahan, orang lain atau secara bersendirian. Kanak-kanak merasa terhibur apabila mereka bermain. Bermain adalah satu bentuk kesenian kanak-kanak. Ia merupakan saluran untuk melahirkan perasaan dan punca untuk mendapatkan kegembiraan dan keseronokan. Banyak tokoh ahli Psikologi kanak-kanak yang menekankan kepentingan bermain kepada kanak-kanak termasuklah Montessori yang menganggap permainan adalah pekerjaan kanak-kanak. Beliau berpendapat bahawa semua kanak-kanak suka belajar melalui bermain. Friedrich Wilhelm Froebel (17821852) yang digelar father of kindegarten telah meneroka dan membina satu sistem pendidikan awal kanak-kanak yang berasaskan kepada konsep belajar melalui bermain. Beliau percaya bermain adalah asas untuk kanak-kanak mempelajari sesuatu. Froebel juga yakin permainan yang sesuai dapat membantu kanak-kanak berfikir mengenai dan mampu memberi keseronokan, kebebasan, kepuasan, kerehatan dalaman dan luaran serta kedamaian di dalam dunia kanak-kanak. Beliau percaya bahawa kanak-kanak belajar dari persekitarannya dan pembentukan peribadi di pengaruhi oleh cara kanak-kanak

bermain. Alat-alat permainan yang digunakan oleh kanak-kanak perlu dipilih dengan teliti bagi tujuan untuk menyokong perkembangan kanak-kanak. Herbert Spencer (1973) dalam teori Surplus energy menyatakan main adalah penting bagi kanak-kanak untuk membuang lebih tenaga mereka. Semua manusia telah dibekalkan dengan tenaga dan sekiranya tenaga ini tidak digunakan ia harus dibuang dan cara yang menyeronokkan ialah melalui main. Mengikut Vygotsky (1967) Main membantu perkembangan bahasa dan pemikiran. Struktur otak akan membentuk melalui penggunaan simbol dan alat, ia juga membantu dalam pembentukan ini. Main juga memberi kebebasan kepada kanak-kanak untuk meluahkan tekanan dalam menghadapi dunia sebenar. Dalam cara ini kanak-kanak dapat mengawal situasi dan menyesuaikannya dalam dunia sebenar. Mereka dibenarkan untuk memperoleh proses pemikiran yang tinggi melalui bermain. Sigmun Freud (1968) memandang main sebagai suatu cara untuk mengurangkan emosi kebimbangan, dan mengawal emosi dengan melepaskan tindakan haram dalam dunia khayalan. Maka, main memainkan peranan yang penting dalam perkembangan emosi dan sosial kanakkanak. Begitu juga dengan Jean Piaget (1962) yang berpendapat bahawa tujuan main ialah menggerakkan perkembangan kognitif kanak-kanak, di samping memperkukuhkan

pembelajaran yang baru dijalankan dalam suasana yang tenang. Terdapat pelbagai jenis main yang boleh dijadikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di prasekolah. Antaranya ialah Main Sosial (Social Play), Main Kognitif (Cognitive Play), dan Main Sosiodrama (Socio-dramatic Play). Guru haruslah peka dan memahami pelbagai nilai main yang boleh menyumbang ke arah perkembangan kanak-kanak di prasekolah secara menyeluruh dan seimbang dari aspek kognitif, fizikal, sosial, bahasa, kreativiti dan

emosi. Guru-guru prasekolah pada masa kini sedar nilai sesebuah permainan sebagai satu cara pembelajaran yang mampu merangsang minda dan mempunyai kepentingan tersendiri dalam perkembangan kanak-kanak prasekolah. 3.0 Penilaian Semasa Kanak-kanak Bermain Dari sudut psikologi terdapat 12 aspek perkembangan yang dapat dikenal pasti semasa memerhati kanak-kanak yang sedang bermain. Walau bagaimanapun hanya lima aspek perkembangan yang akan dibincangkan iaitu: 4.1 Aspek Perkembangan Kognitif Banyak kajian telah menunjukkan perhubungan yang positif antara main dan pembelajaran kanak-kanak.Mengikut Piaget (1983, keupayaan adaptasi psikologikal adalah amat penting dalam memastikan perkembangan struktur kognitif atau mental kanak-kanak. Piaget memandang main sebagai aktiviti pengukuhan untuk tingkah laku yang baru dipelajari. Walaupun main bukan kesamaan dengan pembelajaran, apa yang pasti, main

mempermudahkan cara pembelajaran. Ini adalah kerana bermain memberi peluang kepada kanak-kanak untuk memperoleh pengalaman baru agar dapat diadaptasikan dalam struktur kognitif mereka. Banyak aktiviti yang boleh dilakukan untuk membantu merangsang perkembangan kognitif kanak-kanak. Guru boleh menggalakkan kanak-kanak berfikir dengan cara mengadakan permainan yang boleh mencabar pemikiran kanak-kanak seperti bersoal-jawab apa yang mereka akan rasa sekiranya mereka menjadi sebuah buku, menjadi sebuah basikal, dan sebagainya. Permainan seperti ini mendorong kanak-kanak berfikir secara spontan dan secara langsung akan membantu perkembangan kognitif mereka.

Aktiviti lain yang guru boleh jalankan ialah aktiviti permainan air. Permainan air boleh dijalankan di dalam atau di luar kelas. Tempat air boleh berbentuk tetap atau sementara. Guru perlu mengambil kira beberapa aspek semasa kanak-kanak menjalani aktiviti main air. Antarany...