Perhubungan Rapat

• Published on
12-Jun-2015

• View
3.328

• Download
0

Embed Size (px)

Transcript

KKS 2013 Psikologi Sosial

Perhubungan Rapat

PENDAHULUAN Perhubungan yang mesra antara individu dengan sahabat dan keluarga dalam kehidupan seharian amat penting untuk memelihara keharmonian dan kesejahteraan hidup. Sebaliknya, hubungan yang tegang antara ibubapa, suami isteri dan sebagainya antara faktor yang mempengaruhi jiwa dan masa depan anak-anak mereka. Justeru itu untuk memelihara keharmonian di dalam sesebuah perhubungan seseorang itu haruslah mempunyai ilmu pengetahuan dan juga kemahiran dalam menjalinkan hubungan bagi memantapkan suasana hubungan yang sedia ada. Ilmu dan kemahiran ini boleh didapati dengan mengikuti kursus-kursus yang berkaitan dengan perhubungan dan juga melalui pengalaman iaitu semasa dalam proses interaksi dan sosialisasi sesama individu di dalam kehidupan seharian. Seseorang individu itu juga perlu peka dan prihatin kepada aspek-aspek penting yang terkandung dalam pemantapan perhubungan. Aspek-aspek tersebut antaranya adalah kemahiran membina hubungan, berkasih sayang dan lain-lain lagi. Ilmu pengetahuan di dalam bidang ini penting juga kerana dapat memberi maklumat dan input yang berguna dalam membuat pemilihan pasangan iaitu sebelum menjalinkan hubungan, semasa dan berikutnya bagaimana untuk menghadapi perpisahan atau mengendalikan perasaan apabila berakhirnya sesebuah hubungan. Kehidupan sosial dan berkeluarga memerlukan banyak komitmen dari segi psikologi dan emosi. Ia menuntut kematangan emosi dan pemikiran untuk menghadapi dan mengendalikan hakikat kehidupan yang sebenar. Bersatu dalam satu perhubungan adalah juga satu komitmen komitmen untuk sama-sama berusaha memahami di antara satu sama lain. Ramai yang tidak dapat melaksanakan komitmen ini dalam sebuah perhubungan yang kekal. Tanpa sebarang komitmen, tidak akan ada satu perhubungan yang sejati kerana hanya melalui ikatan cinta, kepercayaan dan rasa hormat akan wujud satu perhubungan yang kekal dan memuaskan.

1

KKS 2013 Psikologi Sosial

Perhubungan Rapat

DEFINISI KONSEP Menurut kamus dewan, hubungan bermaksud sambungan, rangkaian, hasil berhubung, kaitan, pertalian dan sangkut paut. Manakala rapat pula didefinisikan sebagai erat, karib, kuat dan teguh. Oleh itu, perhubungan rapat bolehlah didefinisikan sebagai kaitan atau pertalian yang sangat erat dan karib. Berdasarkan definisi tersebut, perhubungan yang akan dibincangkan dalam kerja kursus ini adalah berkaitan perhubungan dalam konteks keluarga, sahabat, kekasih dan teman hidup. Menurut Susan S. Hendrick (1995), The multidisciplinary area of close relationships includes research from psychology, sociology, communications, family studies and other disiplines and is concerned with interpersonal relationships that can be considered close or personal (for example, romantic relationships, friendships, workplace relationships). Dalam Robert S. Feldman (1998), menurut ahli Psikologi Sosial Sharon Berhm (1992), perhubungan rapat juga merujuk kepada perhubungan intim yang sekurang-kurangnya mempunyai 3 faktor iaitu lekatan emosi, keperluan untuk memenuhi kehendak dan kebergantungan. Menurutnya lagi, close relationhips (perhubungan rapat) merujuk kepada perhubungan intim yang disifatkan sebagai memiliki sekurang-kurangnya salah satu daripada sifat tersebut iaitu emotional attachment, need fulfillment, dan interdependence. Emotional attachment atau lekatan emosi ialah perasaan positif terhadap seseorang walaupun kadang-kala negatif. Apabila seseorang itu menjalinkan hubungan dengan seseorang sahabat, pasti tidak dapat lari dari mempunyai perasaan terhadap individu tersebut. Contohnya apabila kita mempunyai seorang sahabat karib di kolej, pasti tidak dapat mengelak daripada mempunyai lekatan emosi terhadap sahabat baik kita itu seperti kadang kala kita akan rasa sayang padanya. Apabila berjauhan ketika bercuti semester kita akan merinduinya. Interdependence atau kebergantungan merupakan tahap yang saling mempengaruhi dan menyertai beberapa aktiviti serta mereka akan merasa seronok dengan aktiviti tersebut. Contohnya apabila seorang anak kecil, ia memerlukan tahap pergantungan terhadap kedua ibu bapanya untuk memenuhi keperluan keselamatan. Need fulfillment atau keperluan untuk memenuhi atau dipenuhi kehendak oleh individu yang mempunyai perhubungan rapat dengan kita. Sikap dua orang individu berfikir secara bersama, secara tidak langsung mereka saling bergantung dan akan mewujudkan satu perhubungan. Sebagai contoh, kita akan cuba memenuhi kehendak kedua ibubapa dengan rajin belajar dan bertingkah laku seperti yang diasuh mereka. Manakala dalam masa yang sama kita juga mempunyai perasaan ingin

2

KKS 2013 Psikologi Sosial

Perhubungan Rapat

dipenuhi kehendak, contohnya jika kita ingin mendapatkan sesuatu kita akan meminta ibubapa memenuhinya begitu juga sebaliknya.

Peringkat-peringkat Perhubungan

Mengikut ahli psikologi George Levinger, perhubungan dianggap bukan sahaja merujuk kepada perkara yang spesifik (contoh perhubungan antara rakan, kekasih dan saudara mara) tetapi yang juga mendasari tahap perhubungan. Beliau menjelaskan terdapat tiga tahap perhubungan asas iaitu :

Peringkat Kesedaran (Awareness) Sesesorang individu yang menyedari terdapat individu lain contohnya seseorang yang dilihat dalam bilik kuliah . Seseorang itu mungkin membentuk satu impresi terhadapnya tetapi tidak berlaku interaksi antara mereka.

Peringkat kontak Permukaan (Surface Contact) Peringkat ini merupakan kontak-kontak permulaan di antara dua individu yang belum saling mengenal antara satu sama lain. Ia juga termasuk interaksi yang berulang-ulang yang berlandaskan peranan seperti interaksi perseorangan antara seorang pegawai dengan pekerja bawahannya.

Peringkat Saling Membalas (Mutuallity) Iaitu peringkat di mana terdapatnya kontak-kontak perhubungan yang semakin kerap. Interaksi di antara individu lebih bersifat peribadi dan hubungan yang saling bergantung lebih mendalam. Dalam peringkat ini juga individu akan berkongsi pengetahuan dan pengalaman antara satu sama lain serta norma peribadi yang mana secara tidak rasmi mengawal perhubungan mereka.

Dalam peringkat ini juga ia dipecahkan kepada tiga iaitu minor intersection (persilangan kecil), moderate intersection (persilangan pertengahan), dan major intersection (persilangan utama). Dalam minor intersection, iaitu peringkat awal di mana

3

KKS 2013 Psikologi Sosial

Perhubungan Rapat

seseorang itu merasa ragu-ragu untuk memdedahkan maklumat mengenai diri sendiri. Moderate intersection merupakan langkah pertengahan dalam perhubungan apabila self disclosure meningkat. Manakala major intersection yang merupakan langkah dalam perhubungan yang disifatkan lebih kuat dan rapat. Dalam communal relationship (kegunaaan bersama), dalam perhubungan ini seseorang itu akan merasa saling bertanggungjawab dan menyediakan faedah berdasarkan kepada keperluan masing-masing. Sebagai contoh, kita memberi bunga kepada jiran kita tetapi kita tidak mengharapkan pembalasan. Sebaliknya kita inginkan harga sebuah persahabatan di sebalik pemberian itu. Communal relationships ini biasanya berlaku kepada pasangan romantik, ahli keluarga dan rakan-rakan. ASPEK UTAMA YANG TERKANDUNG DALAM PERHUBUNGAN RAPAT i. Membina hubungan

Knapp(1984) telah menulis satu analisis lengkap mengenai tahap-tahap membangun, mengalami dan mengakhiri hubungan, dan jenis komunikasi pada setiap tahap hubungan tersebut. Tahap-tahap dalam membina hubungan meliputi tahap memulai (Initiating) merupakan usaha-usaha yang sangat awal yang kita lakukan dalam percakapan dengan seseorang yang baru kita kenal. Tujuannya adalah untuk mengadakan kontak dan menyatakan minat.Tahap kedua ialah tahap di mana membincangkan topik-topik percakapan untuk mengenal diri orang lain. Tahap ini adalah cara yang aman untuk mengetahui persamaan dan perbezaan-perbezaannya. Pada tahap ini kita terus menerus mencari cara-cara membangun beberapa kepentingan yang sama. Adalah jauh lebih mudah untuk berbual dengan seseorang bila kita mengetahui kita mempunyai suatu persamaan dan perbualan juga lebih menyenangkan. Setiap komitmen pada tahap ini umumnya sangat terbatas. Biasanya hubungan masih bersifat sambil lalu dan santai. Tahap penggiatan (Intensifying) merupakan tahap awal keintiman, berbagai informasi peribadi, dan awal pengetahuan yang lebih banyak dikumpul. Tahap ini merupakan tahap yang banyak perubahan dalam perilaku komunikasi, baik komunikasi

4

KKS 2013 Psikologi Sosial

Perhubungan Rapat

verbal ataupun komunikasi nonverbal, yang terjadi ketika kenalan menjadi teman akrab. Seterusnya tahap pengintegrasian (Integrating) terjadi apabila dua orang mulai menganggap diri mereka sendiri sebagai pasangan. Pada tahap itu pasangan tersebut aktif memupuk semua minat. Sikap dan kualiti menampakkan mereka unik sebagai pasangan. Tahap kelima pula ialah tahap pengikatan (Bonding) adalah tahap yang lebih formal atau ritualistik. Ia adalah berbentuk pertunangan atau perkahwinan, namun berhubungan tetap juga merupakan suatu bentuk pengikatan. Pasangan tersebut sepakat untuk menerima segala tanggung jawab atau norma yang mengatur hubungan mereka. ii. Cinta Segi Tiga Sternberg Menurut Sternberg (1986) kefahaman konsep cinta dapat dilihat berdasarkan tiga komponen yang membentuk Model Segi Tiga Cinta Sternberg. Model Segi Tiga Cinta Sternberg (1986) melihat bagaimana ketiga-tiga komponen ini saling bergabung hingga melahirkan beberapa bentuk perhubungan percintaan. Komponen pertama ialah keintiman iaitu kedekatan yang mengukuhkan ikatan perhubungan antara dua individu. Tahap keintiman yang tinggi dapat dilihat apabila kedua-dua belah pihak yang bercinta saling mengambil berat tentang kebajikan dan kebahagiaan pasangan masing-masing. Di sini kedua-dua belah pihak saling berkongsi, memberi dan menerima sokongan emosi dan terlibat dalam komunikasi yang intim. Komponen kedua melibatkan nafsu ghairah yang merangkumi cumbuan, penarikan fizikal dan perhubungan seksual antara kedua-dua belah pihak. Sternberg (1986) juga menegaskan perkara-perkara lain yang membentuk nafsu ghairah ialah harga diri, penampilan, dominan dan submisif. Komponen ketiga pula melibatkan aspek komitmen sama ada jangka pendek atau jangka panjang. Komitmen jangka pendek memperlihatkan apabila seseorang mengambil keputusan untuk mencintai pasangannya. Manakala komitmen jangka panjang memperlihatkan usaha untuk mengekalkan perhubungan percintaan yang sedia ada. Sternberg (1986) cuba menerangkan cinta segi tiga dalam dua keadaan yang berbeza. Pertama, cinta berbeza daripada segi keamatannya yang boleh digambarkan dalam bentuk saiz segi tiga. Semakin besar saiz segi tiga , semakin tinggi keamatan perasaan cinta. Bentuk segi tiga juga memperlihatkan sejauh mana keseimbangan

5

KKS 2013 Psikologi Sosial

Perhubungan Rapat

percintaan itu. Kepentingan ketiga-tiga aspek ini iaitu saiz, keamatan

dan

keseimbangan ini dipengaruhi oleh beberapa faktor. Misalnya nafsu ghairah memainkan peranan yang penting dalam percintaan jangka pendek. Sementara keintiman dan komitmen diperlukan dalam corak perhubungan percintaan jangka panjang. Ketiga-tiga komponen ini berada pada tahap keseimbangan apabila kesemua komponen ini berada dalam saiz lebih kurang sama. Ketidakseimbangan berlaku apabila satu daripada komponen itu berbeza dengan dua komponen yang lain. Suka=Keintiman

Cinta suci Cinta romantik Cinta sempurna

Cinta kosong cinta bodoh Cinta Berahi

Rajah: Cinta Segi Tiga Sternberg

6

KKS 2013 Psikologi Sosial

Perhubungan Rapat

iii. Cinta Passionate dan Companionate Beberapa ilmuwan sosial telah berupaya membezakan jenis-jenis cinta. Salah satu perbezaan yang paling banyak diterima adalah antara cinta passionate dan cinta companionate. Cinta passionate didefinisikan sebagai keadaan emosional yang kuat di mana kehangatan dan perasaan seksual, elasi dan nyeri, kecemasan dan peredaan, altruisme dan cemburu berada bersama-sama dalam suatu campuran perasaan (Berscheid & Walster, 1978). Telah diduga bahawa pengalaman cinta passionate menggabungkan rangsangan fisiologi dengan persepsi bahawa rangsangan ditimbulkan oleh orang yang dicintai (Berscheid &Walster). Pokok utama dari hubungan romantis adalah cinta yang membara (passionate love). Cinta seperti ini dapat dilihat oleh kecenderungan untuk terus menerus tidak dapat melupakan pasangannya, baik dalam fikiran, ucapan mahupun perbuatan. Sasaran cinta juga dinilai selalu positif dan sempurna. Cinta yang membara juga dilihat dengan adanya hasrat seksual, mudah terangsang secara fizikal, selalu ingin bersama, tidak mahu memikirkan perpisahan dan selalu ingin berbalas cinta (Hatfield, 1988). Sebaliknya cinta companionate didefinisikan sebagai kasih sayang yang kita rasakan terhadap mereka yang sangat terlibat dalam kehidupan kita. Karakteristik cinta companionate adalah saling percaya, memperhatikan, toleransi terhadap kelemahan dan kekurangan pasangan, dan suasana kasih sayang yang sentiasa dibajai. Companionate love dikenali sebagai cinta karib yang berjangka waktu lebih lama. Jenis cinta ini tidak membara, tidak dihiasi dengan lagu-lagu atau puisi-puisi mesra, tetapi memang berjangka panjang. Pasangan yang sudah terlibat dengan jenis cinta ini merasa sangat dekat, banyak persamaan, saling memperhatikan kesihatan masingmasing, saling mengungkapkan perasaan suka dan saling menghargai (Caspi & Herbener, 1990). Kesimpulanya, cinta passionate dikesan dengan adanya emosi yang kuat dan seringkali bertentangan, sedangkan cinta companionate diwarnai oleh kepercayaan, perhatian, bertoleransi terhadap kelemahan pasangan, dan nada emosional kehangatan dan kasih sayang. Walaupun cinta passionate semakin melemah dengan peredaran waktu dalam hubungan jangka panjang, potensi untuk emosi yang kuat malahan meningkat. Tetapi kerana pasangan companionate menjadi sangat sepadan di dalam kehidupan seharian, frekuensi emosi sebenar cukup kuat.

7

KKS 2013 Psikologi Sosial

Perhubungan Rapat

iv. Pelangi Cinta Selain daripada cinta passionate (cinta membara) dan cinta companionate (cinta karib), masih terdapat lagi beberapa jenis cinta. Menurut Hendrick & Hendrcck, 1986 menyat...