perkhidmatan bangunan

  • View
    1.429

  • Download
    0

Embed Size (px)

Transcript

SOALAN Manusia dan hidupan perlu menyesuaikan diri dalam apa juga persekitaran tidak kira jenis cuaca atau iklim,jika ia gagal menyesuaikan diri ia akan menggangu kualiti hidupnya. Jelaskan bagaimana hidupan menyesuaikan diri.huraian anda mestilah menyentuh tentang heat gain dan heat loss.1|P a ge

PENGENALAN

Keselesaan adalah sesuatu yang abastrak ataupun subjektif dan sukar dinilai mahupun disukat. Dalam sains keselesaan dapat di sukat dan diukur contohnya suhu udara disukat dengan janga suhu. Keselesaan cukup penting bagi semua benda bernyawa mahu pun tidak dalam menjalani hidup ataupun menjadikan hayat sesuatu benda tahan lama. keselesaan merangkumi benda hidup iaitu manusia dan juga hidupan manakala benda bukan hidup merangkumi alat atau benda yang bernilai dan bersejarah. Ia bergantung kapada 2 perkara utama iaitu keadaan cuaca dan keadaan iklim. Iklim Iklim ialah Keadaan,suasana atau sifat sesuatu tempat bagi kawasan yang luas. Ia berlaku bagi tempoh yang lama dan perubahan jarang berlaku,namun jika berlaku perubahan ia selalunya berlaku dalam tempoh 15-20 tahun sekali. Contohnya kawasan gurun yang sentiasa panas dan kering setiap masa tiba-tiba di turuni salji. Cuaca Cuaca ialah keadaan,suasana atau sifat sesuatu tempat bagi kawasan yang tidak luas. Ia berlaku dalam tempoh yang singkat. Ia kerap berlaku dan selalunya ia berlaku dalam tempoh masa 3-5 tahun sekali. Contohnya adalah musim hujan,musim tengkujuh, musim kemarau, musim panas dan musim luruh. Dalam folio ini keselesaan hanya difokuskan kepada manusia bukan kepada hidupan lain dan benda yang berharga ataupun bersejarah. Ini kerana keselesaan bagi manusia cukup penting dalam meningkatkan kualiti hidup.

.

2|P a ge

SYARAT UNTUK MENDAPAT KESELESAAN

Terdiri daripada 3 iaitu: 1. Suhu 2. Kelembapan udara 3. Halaju/ pengaliran udara Suhu Keselesaan tubuh manusia bergantung kepada keseimbangan badan manusia dimana suhu badan manusia yang normal adalah 37 c dan suhu kulit manusia adalah 35 .manusia perlu mengekalkan suhu badan pada paras yang sekata,haba yang berlebihan mesti dikeluarkan ke alam sekitar. Lebihan atau pengurangan haba pada badan manusia akan menyebabkan ketidakselesaan. Kelembapan udara Manusia perlu berada di persekitaran yang kelembapannya adalah sederhana dimana keadaan persekitaran tidak terlalu lembap dan tidak terlalu kering bagi mendapatkan keselesaan yang cukup baik. Keselesaan tidak dapat diperolehi sekiranya manusia berada di kawasan yang mempunyai kelembapan udara yang tinggi contohnya kawasan air terjun manakala sekiranya kelembapan terlalu kering ia menimbulkan ketidakselesaan juga kepada manusia contohnya padang pasir dan sawah padi kering. Halaju udara/pengaliran udara Udara dalam persekitaraan mestilah beredar dengan cepat tidak kira samada perolakan / pancaran. Di mana lebih cepat udara bergerak maka lebih selesa kita berada di situ. Walaubagaimana pun ada kalanya halaju udara yang melampau tidak akan member keselesaan pada manusia contohnya ribut taufan.

3|P a ge

MANUSIA MENYESUAIKAN DIRI DENGAN PERSEKITARAN BERDASARKAN DUA PERKARA IAITU:

1. Heat Gain 2. Heat Loss

HEAT GAIN

Heat gain bermaksud penghasilan haba dimana haba dihasilkan dari tubuh manusia. Heat gain terbentuk melalui: Metabolisme iaitu haba yang dihasikankan melalui proses biochemical. Haba yang dihasilkan sama ada melalui: 1. Proses basal metabolismeiaitu haba daripada pembakaran makanan. Dimana makanan yang di makan oleh seseorang manusia di bakar dalam tubuh manusia melalui proses pemakanan. Haba dihasilkan sekiranya manusia memakan atau meminum makanan yang panas dengan banyak contohnya minum kopi yang panas atau makan mee sup yang panas. Lebih banyak makan panas yang di makan lebih banyak penghasilan haba dapat dibuat. 2. Proses musular metabolismehaba yang terhasil melalui pergerakan otot-otot dalam badan manusia.Kaedah ini dikenali sebagai kaedah metabolik kerana kawalaturan lebih kepada penggunaan kimia badan daripada secara fizikal walaupun terdapat kawalaturan yang melibatkan otot-otot. Kawalan ini melibat peranan: y Otot rangka y Kelenjar adrenal y Kelenjar tiroid Dalam keadaan sejuk, hipotalamus akan mengawal otot rangka untuk mengecut dan mengendur secara aktif. Hal ini akan menyebabkan seseorang mengigil dan meningkatkan suhu badan. Dalam masa yang sama, kelenjar adrenal akan merembeskan hormon adrenalina dan noradrenalina manakala kelenjar tiroid akan merembeskan hormon tiroksina, semua hormon ini bertujuan untuk meningkatkan suhu badan dengan cara meningkatkan metabolisme badan. Dalam keadaan panas, aktiviti otot rangka akan berkurangan, begitu juga dengan perembesan hormon-hormon tertentu oleh kelenjar adrenal dan kelenjar tiroid akan berkurangan. Hormon adrenalina dan noradrenalina bertindak dengan: 1. 2. 3. 4. Meningkatkan kadar denyutan jantung dan kadar pernafasan. Meningkatkan tekanan darah Meningkatkan metabolisme badan Meningkatkan aras gula darah dengan merangsang penukaran glikogen kepada glukosa.4|P a ge

Pengaliran iaitu melalui sentuhan dengan permukaan panas. Dimana apabila manusia menyentuh sesuatu permukaan panas maka haba dapat dihasilkan.contohnya seseorang manusia memeluk seseorang manusia yang lain maka haba dapat dihasilkan atau pun manusia yang tinggal di kutub selatan memakai baju sejuk bagi menghasilkan haba dan membuat mereka panas dan mendapat keselesaan. Perolakan iaitu ianya terhasil apabila udara sekitar lebih panas dari suhu kulit dimana apabila manusia berada di kawasan yang iklimnya lebih panas dari suhu kulit maka haba dapat di hasilkan contohnya di padang gurun. Pancaran iaitu ia boleh didapati melalui sinaran matahari ,awan, api dan kepanasan dari tubuh manusia. Di mana apabila manusia menerima pancaran daripada sinaran matahari,awan, api dan kepanasan tubuh manusia maka manusia akan mendapat haba dan sekali gus menghasilkan haba dalam tubuh manusia. Contohnya seorang manusia kesejukan duduk berdekatan dengan unggun api mendapat haba dari api dan sekali gus dapat membantu tubuh badan manusia menghasilkan haba dan membuat manusia tersebut mendapat keselesaannya.

5|P a ge

Apabila suhu badan rendah,termoreseptor menghantar impuls kepada hipotalamus. Perbezaannya adalah bagaimana hipotalamus bertindak untuk meningkatkan suhu badan ke suhu badan yang normal.y

Mekanisme pembetulan apabila suhu badan rendah ialah:

1. Pemvasocerutan - Salur darah mengecut untuk menjauhi kulit. Dengan ini haba kurang dibebaskan ke persekitaran. 2. Bulu kulit ditegakkan - Udara akan terperangkap dicelah-celah bulu roma dan bertindak sebagai 'selimut' supaya haba sukar dibebaskan kerana udara adalah penebat haba yang baik. 3. Kurang darah pada kulit (Kulit kurang kelihatan kemerahanan atau pucat) - Kurang mengalami proses sinaran untuk mengurangkan haba daripada terbebas keluar ke persekitaran. 4. Kurang berpeluh - Apabila kurang air peluh dirembeskan oleh kelenjar peluh maka haba kurang dibebaskan melalui pengewapan air peluh.

6|P a ge

HEAT LOSS

Heat loss bermaksud kehilangan haba dari dalam tubuh manusia. Ianya terhasil melalui: Pengaliran ianya terhasil melalui sentuhan dengan permukaan sejuk daripada suhu kulit.contohnya seseorang manusia yang kepanasan memeluk ataupun menyentuh manusia yang kesejukan. Ianya boleh menyebabkan kehilangan haba dari tubuh manusia yang kepanasan kerana haba beralih kepada orang yang kesejukan. Perolakan iaitu ianya terhasil apabila udara sekitar lebih sejuk daripada suhu kulit.di mana apabila suhu sekitar agak sejuk dari suhu badan maka ia boleh membantu seseorang manusia untuk menurunkan haba dari tubuh.contohnya cuaca hujan yang agak sejuk menyebabkan manusia kehilangan haba. Pancaran iaitu terhasil dari pencaran awan pada waktu malam atau dari permukaan yang sejuk.di mana apabila permukaan sejuk ia boleh membantu menghilangkan haba.contohnya kabus atau embun yang keluar di pagi hari menyebabkan cuaca sejuk dan sekali gus membantu menghilangkan haba dari tubuh manusia. Pemeluwapan iaitu ianya terhasil dari lembapan dalam udara dan proses pernafasan serta perpeluhan.

7|P a ge

Apabila suhu badan tinggi, termoreseptor akan mengesan suhu pada kulit lalu menghantar impuls kepada otak iaitu hipotalamus yang berfungsi sebagai termostat mengesan suhu darah yang melaluinya. Mekanisme pembetulan akan diarah atau dirangsang oleh hipotalamus dengan menggunakan koordinasi badan.y

Mekanisme pembetulan apabila suhu badan tinggi ialah:

1. Pemvasodilatan - Salur darah mengembang untuk berdekatan dengan kulit (iaitu persekitaran luar) yang membolehkan haba dibebaskan keluar. 2. Bulu kulit dicondongkan - Mengurangkan udara daripada terperangkap pada kulit supaya haba mudah dibebaskan kerana udara adalah penebat haba yang baik.Bulu kulit dikawal oleh otot erektor. 3. Lebih darah pada kulit (Kulit kelihatan merah) - Memudahkan haba daripada darah terbebas keluar melalui proses sinaran. 4. Berpeluh - Air peluh yang dirembes oleh kelenjar peluh mempunyai haba pendam tentu yang tinggi dapat menyerap haba yang tinggi dan terbebas ke persekitran apabila air peluh mengewap. Haiwan seperti anjing dan kucing tidak mempunyai kelenjar peluh kecuali di tapak kaki mereka. Oleh itu, anjing akan menjelirkan lidahnya manakala kucing akan menjilat bulunya supaya suhu badan mereka berkurangan.

8|P a ge

LAMPIRAN

9|P a ge

10 | P a g e

11 | P a g e

RUJUKAN 1. Di ambil dari laman web iaitu:http://www.daviddarling.info/encyclopedia/H/AE_heat_gain.html http://id.answers.yahoo.com/question/index?qid=20090813002833AAA3kQ6 http://www.google.com.my/search?q=kenapa+badan+manusia+perlu+bebaskan++haba&btnG= Search&hl=en&client=firefox-a&channel=s&rls=org.mozilla%3Aen-US%3Aofficial&sa=2

2. Buku perkhidmatan bangunan 1 C2083 Ditulis oleh Siti Asmiza Jabatan Kejuruteraan Awam (unit uk