Perkhidmatan peraturan alam sekitar - ?· Perkhidmatan peraturan alam sekitar ... Pemeriksaan terancang…

• Published on
27-Mar-2019

• View
213

• Download
0

Embed Size (px)

Transcript

1

Malay - Environmental regulation services - Current as at June 2018

Perkhidmatan peraturan alam sekitar

Disediakan oleh Department of Water and Environmental Regulation (dahulu Department of Environment Regulation)

Peraturan alam sekitar di Wilayah Lautan Hindi Department of Water and Environmental Regulation menyokong komuniti, ekonomi dan persekitaran Australia Barat dengan menguruskan dan mengatur sumber alam sekitar dan air negeri.

Department of Water and Environmental Regulation bertanggungjawab bagi: peraturan alam sekitar dan air, menjadi pusat sehenti bagi industri dan pemaju, dengan tujuan untuk

memperkemas dan memudahkan peraturan; dan melindungi kesihatan awam, mengurangkan kesan buruk pada alam sekitar dan melaksanakan dasar alam

sekitar di seluruh Wilayah Lautan Hindi.

Apakah ertinya bagi saya? Di bawah Bahagian V Environmental Protection Act 1986 (WA), Department of Water and Environmental Regulation bertanggungjawab mengawal atur pemancaran dan pelepasan sisa industri ke alam sekitar melalui pelesenan; pendaftaran premis yang ditetapkan; dan mengeluarkan kelulusan kerja. Tumbuhan asli negara dilarang ditebang kecuali dengan permit penebangan, atau untuk tujuan yang kecualikan. Jabatan juga mengawal atur perundangan subsidiari yang berkaitan seperti kawalan kebisingan dan operasi bahan buangan terkawal.

Pemeriksaan terancang atas premis ditetapkan, menurut definisi Jadual 1 Environmental Protection Regulations 1987, dijalankan supaya premis dikendalikan menurut undang-undang dan peraturan Department of Water and Environmental Regulation. Hal ini memastikan keselamatan penduduk dan pelawat Wilayah.

Komuniti, termasuk sekolah, terlibat dalam program yang mengenal pasti dan menggalakkan kitar semula bahan buangan, serta pengurusannya yang cekap dan berkesan. Hal ini bermanfaat bagi generasi akan datang.

Department of Water and Environmental Regulation menyediakan kemampuan respons pencemaran dan nasihat bagi insiden pencemaran demi mengurangkan kesan insiden terhadap kesihatan awam dan alam sekitar. Pollution Watch Hotline disediakan bagi melaporkan insiden pencemaran secepat mungkin, agar dapat dikelola dan diselesaikan dengan sewajarnya.

Untuk mendapatkan penerangan lanjut Cara menghubungi Butir-butir hubungan

Maklumat am 08 6364 7000 info@dwer.wa.gov.au www.dwer.wa.gov.au

Lokasi yang tercemar 1300 762 982

Insiden penebangan tumbuhan asli yang menyalahi undang-undang

1300 784 782

Native Vegetation Clearing Permit 08 6467 5020 nvp@dwer.wa.gov.au

Pollution Watch Hotline 1300 784 782 pollutionwatch@dwer.wa.gov.au