permainan kecil

  • Published on
    11-Oct-2015

  • View
    13

  • Download
    0

Embed Size (px)

Transcript

SUSUP GELUNG ROTAN BERGANTI-GANTI.

Senarai Keperluan1. Tempat kawasan lapang2. Bahan gelung rotan sebanyak 10 unitPeraturan permainan1. Setiap kanak-kanak perlu menyunsur dalam rotan sehingga ke hujung barisan .2. Orang yang seterusnya hanya boleh masuk ke gelung apabila orang sebelumnya sudah tamat menyusur.Cara bermain1. Buat 4 barisan , 2 barisan kanak-kanak tidak memegang gelung rotan , dan 2 barisan kanak-kanak yang memegang gelung rotan.2. Barisan kanak-kanak dan pemegang gelung rotan berada dalam barisan bertentangan .3. Apabila dibunyikan wisel orang pertama berlari dan terus menyusur ke dalam gelung rotan sehingga tamat.4. Diikuti dengan rakan dan seterusnya.

MAIN ACI KEJAR

Senarai keperluan

1. Tempat kawasan lapang2. Bilangan kanak-kanak lebih daripada 3 orang Peraturan permainan Siapa yang ditangkap akan menjadi pengejar

Cara Bermain

1. Bagi menentukan pemain yang menjadi pengejar ,pemain perlu membuat undian.2. Undian dibuat cara membuka tangan lebar, pemain lain meletakkan jari telunjuk masing-masing dibawah tapak tangan.3. Mereka akan menyebut lam alif pemain yang tangan dibuka akan menutup dan mengenggam tangan.4. Pemain lain akan cuba mencabutnya daripada genggaman.5. Pemain yang jarinya tertangkap akan menjadi pengejar.6. Pengejar akan mengejar pemain lain, jika pemain merasa di akan disentuh7. Seorang pemain berpeluang duduk sebanyak tiga kali sahaja apabila dikejar.8. Apabila dia duduk bermakna dia akan terselamat daripada dikejar.9. Apabila pemain itu duduk untuk kali yang ketiga dia tidak boleh bermain lagi.10. Pengejar perlu menyentuh pemain lain supaya pemain itu dapat menjadi pengejar pula.11. Permainan akan dimainkan semula.

PERMAINAN TANGKAP EKOR

Senarai keperluan .

1. Bahan atau peralatan sapu tangan2. Tempat kawasan lapang3. Bilangan kanak-kanak tidak terhad

Peraturan Permainan1. Pemain cuba mendapatkan ekor (sapu tangan) sebanyak mungkin dalam masa yang sama pemain cuba mempertahankan ekor masing-masing.

Cara Bermain1. Semua kanak-kanak ada ekor daripada sapu tangan .2. Masing-masing cuba mendapatkan ekor lain dan mengumpul sebanyak yang mungkin.3. Sampai satu masa guru membunyikan wisel.4. Kira berapa banyak sapu tangan yang dapat ditangkap.5. Pengutip sapu tangan yang banyak dikira juara.

PERMAINAN CUIT BERANTAI

Senarai Keperluan

Bahan peralatan : tiada. Tempat : kawasan lapang. Bilangan kanak-kanak : lebih daripada 3 orang.

Peraturan permainan Siapa yang dicuit perlu masuk barisan. Ahli dalam barisan boleh mencuit seberapa banyak asalkan barisan tidak putus.

Cara Bermain 4 5 orang kanak-kanak berpegang tangan dalam barisan. Mereka berlari dalam barisan mengejar pemain lain. Hanya pemain hujung dan pangkal boleh mencuit kerana yang lain berpegang tangan. Apabila salah seorang dikejar, dicuit ia mesti masuk barisan.

LEMBU KENA KEPUNG

SENARAI KEPERLUAN Bahan atau peralatan : tiada. Tempat : kawasan lapang. Bilangan kanak-kanak : 5 6 orang.

Peraturan permainan1)Seekor lembu di kepong oleh sekumpulan kanak- kanak yang memegang tangan.

Cara Permainan Kanak-kanak dibahagikan kepada kumpulan kecil. Satu kumpulan lebih kurang 5 10 orang. Kanak-kanak memegang tangan membentuk bulatan. Seorang kanak-kanak menjadi lembu duduk di tengah bulatan, sambil beraksi dan membunyikan suara seperti lembu moo.moo.moo.

Lembu cuba keluar bulatan dengan menggunakan sebarang cara. Apabila lembu dapat keluar, ganti dengan kanak-kanak yang lain pula.

BURUNG DALAM SANGKAR

Senarai keperluan

Bahan atau peralatan : gelung rotan. Tempat : kawasan lapang. Bilangan kanak-kanak : setiap kumpulan mengandungi tiga orang.

Peraturan permainan Setiap kumpulan mengandungi tiga orang kanak-kanak. Dua menjadi sangkar dan seorang lagi menjadi burung. Setiap kali burung terbang keluar mereka tidak boleh balik ke sangkar asal mereka, sebaliknya masuk ke sangkar lain.

Cara bermain Dua orang kanak-kanak mengadap antara satu sama lain berpegang tangan untuk menjadi sarang. Seorang lagi kanak-kanak menjadi burung berdiri dalam sarang. Apabila guru menyebut burung terbang ataupun membunyikan wisel, semua burung perlu terbang di luar sarang termasuk burung yang tidak mempunyai sangkar. Apabila guru menyebut burung pulang ! ataupun membunyikan wisel, semua burung perlu mencari sangkar. Burung yang tidak boleh balik ke sangkar asal, mesti bertukar ke sangkar lain. Ulang beberapa kali. Kanak-kanak yang menjadi sarang perlu bertukar menjadi burung. Ulang permainan ini beberapa kali.

IBU AYAM

SENARAI KEPERLUAN

Bahan atau peralatan : tiada. Tempat : kawasan lapang.

Bilangan kanak-kanak :a) Seorang kanak-kanak menjadi ibu ayam.b) Seorang kanak-kanak menjadi seekor helang.c) Anak tidak terhad bilangannya antara 2-10.

Peraturan permainan

Terdapat dua permainan ibu ayam dan helang. Ibu ayam cuba mempertahankan anak-anak daripada di sambar helang.

Cara bermain

Anak-anak ayam perlu sentiasa berada di belakang ibu ayam bagi mengelakkan di sambar helang sambil berbunyi cip, cip, cip. Apabila isyarat mula ditunjukkan helang hendaklah terbang dengan melakonkan aksi burung terbang dan cuba menyerang / menangkap anak-anak ayam. Ibu ayam melindungi anak-anaknya sambil bergerak ke depan dan ke belakang. Apabila helang dapat menangkap anak ayam maka anak ayam tidak dapat bermain lagi. Tukar kanak-kanak lain jadi helang, setiap kali helang yang bermain sebelumnya sudah dapat menangkap anak ayam.

PERMAINAN PERIGI BERACUN

9. PERIGI BERACUN

Senarai keperluan

-Bahan atau peralatan : gelung rotan. -Tempat : kawasan lapang. -Bilangan kanak-kanak : 4 hingga 6 orang.

Peraturan permainan.

Mereka yang termasuk dalam perigi (gelung rotan) semasa tarik menarik akan mati.

Cara permainan

-Buat beberapa kumpulan kecil mengandungi 4 hingga 6 orang kanak-kanak. -Kanak-kanak berpegang membentuk bulatan. -Mereka cuba menarik antara satu sama lain dalam bulatan. -Masing-masing cuba mengelak daripada terpijak ataupun termasuk dalam gelung rotan. -Sesiapa yang terpijak ataupun terjatuh dalam bulatan di kira mati dan dikeluarkan dari kumpulan.

JALA ITIK

Cara cara permainan 1)Mainkan sebuah lagu yang menarik untuk mengiringi setiap langkah permainan.

2)Dua orang dipilih menjadi ketua, kebiasaanya bertubuh besar dan menggunakan nama samaran yang hanya diketahui oleh mereka berdua sahaja.

3)Kedua-dua ketua ini akan berhadapan antara satu sama lain dengan memegang tangan masing-masing yang diangkat keatas, bagi memudahkan para ahlinya melintasi dibawahnya. Semasa ini sebuah nyanyian dialunkan 'Jan-jan jala Jala itik jala ayam. Berapa lubang kancil? Seratus lima puluh. Singgah Cik Dayang singgah. Makan sirih mulut merah." 3)Sebaik sahaja lagu itu selesai dinyanyikan, ketua-ketua itu akan menangkap pemain terakhir yang sedang melintas. 4)Setelah itu, pemain yang ditangkap tadi dibawa ke tempat lain oleh ketua-ketua itu untuk disoal. Kemudian mereka menyebut nama samaran yang telah ditetapkan sebelum permainan. 5)Pemain yang ditangkap itu dikehendaki memilih salah satu nama tersebut. Pemain-pemain tadi dikehendaki berdiri di belakang ketua yang mana namanya dipilih oleh ahli tadi dengan merahsiakan nama pilihannya kepada ahli yang lain. 6)Kemudian permainan dimulakan semula seperti awal tadi, sehinggalah semua pemain selesai memilih ketua masing-masing. 7)ketua yang mempunyai ahli yang paling ramai dikira pemenang

LIMBO ROCK

Cara cara permainan 1)muzik dimainkan, 2)murid bergerak melepasi bawah palang kayu dengan cara meleding. 3)ketinggian kayu semakin direndahkan. 4)pemenang adalah murid yang dapat melepasi palang kayu yang paling rendah.

BOWLING BUAH KELAPA

Senarai keperluan

1)Bahan atau peralatan : buah kelapa, botol mineral 2)Tempat : kawasan lapang. 3)Bilangan kanak-kanak : 4 hingga 10 orang.

Cara cara permainan

1)Kanak-kanak berada dalam satu kumpulan 2)Kanak-kanak akan membaling botol mineral yang telah disusun dengan menggunakan buah kelapa. 3)Kanak-kanak yang banyak menjatuhkan botol mineral akan dikira pemenang .

Langkah-Langkah Permainan

1) susun botol mineral mcm ni.....

2) baling.....siapa jatuhkan botol mineral paling banyak menang..

BOLA BERSILANG

Senarai keperluan

Bahan atau peralatan : bola Tempat : kawasan lapang. Bilangan kanak-kanak : 4 hingga 10 orang.

Cara cara permainan

1)Kanak-kanak membuat satu bulatan yang besar.

2)Dua daripada kanak-kanak akan membaling bola secara bersilang kepada kanak-kanak yang lain. 3)Kanak-kanak yang tidak dapat menangkap bola akan dikira mati dan keluar daripada bulatan.

PUKUL BERAPA PAK BELANG

2. PUKUL BERAPA PAK BELANGSenarai keperluan

Bahan atau peralatan : kad nombor Tempat : kawasan lapang. Bilangan kanak-kanak : 4 hingga 6 orang.

Cara cara permainan

1)Guru memilih seorang daripada kanak-kanak supaya watak pak belang. 2)Kanak-kanak yang lain akan berdiri dibelakang pak belang. 3)Kanak-kanak yang dibelakang akan menyanyikan lagu pukul berapa pak belang? 4)Pak belang akan menjawab soalan kanak-kanak tersebut. 5 )Sampailah kiraan pak belang mencecah sehingga kiraan 12. 6)Pak belang akan menerkam kanak-kanak yang dibelakangnya apabila kiraan cukup.

PERMAINAN BOLA BERACUN

Senarai keperluan

Bahan atau peralatan : Bola,Wisel. Tempat : Kawasan Lapang. Bilangan kanak-kanak : 4 hingga 10 orang.

Cara-cara permainan

Kanak-kanak membuat satu bulatan Seorang kanak kanak akan memegang bola, Bola akan di berikan kepada kawan sebelah setelah wisel dibunyikan. Kanak-kanak yang seang memegang bola apabila wisel dibunyikan lagi,