Persatuan Pandu Puteri Malaysia

  • Published on
    29-Jun-2015

  • View
    1.274

  • Download
    11

Embed Size (px)

Transcript

PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIADISEDIAKAN OLEH: ROZAINI ZULKIFFLE TENGKU NURA ADILA TENGKU AZMI HANI HALIM WAN AIMI MARDHIAH WAN ISMAIL

SEJARAH PENUBUHAN PPPM1916-Bermula di Kuala Lumpur. 1917-Persatuan Pandu Puteri Malaysia telah didaftarkan dengan Ibu Pejabat Pandu Puteri di Calcutta, India. Pusat pentadbiran Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah di Singapura sehingga tahun 1956.

1928-Persatuan Pandu Puteri Malaysia telah menerima pengiktirafan dan sokongan daripada kerajaan Malaysia.

Ordinan Pandu Puteri 1953 telah digantikan oleh Akta Pandu Puteri 1953 dan akta ini telah disemak pada tahun 1991.

1957-Ibu Pejabat Kebangsaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia bertapak di Wisma Pandu Puteri, Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur.

TUJUAN PPPMUnt k endidik, mel tih dan mengem angkan potensi semua ahli persatuan ini supaya menjadi warga negara yang peka, erwi awa, erketerampilan dan berdisiplin

Untuk menghasilkan insan yang taat dan setia, berguna, cekap dan amanah, bertimbang rasa, mempunyai inisiatif, berdaya kreatif, dan selalu sedia memberi khidmat untuk membantu orang lain

PERSETIAAN & UNDANGUNDANG KEPANDUANBahawa Dengan Sesungguhnya Saya Berjanji Dan Bersetia Dengan Sedaya Upaya Menunaikan Kewajipan Saya Kepada Tuhan Raja Dan Negara Saya Malaysia Menolong Orang Setiap Masa, dan Mematuhi Undang-Undang Kepanduan

PIAGAM PPPMPersatuan Pandu Puteri Malaysia sentiasa:Menerapkan sifat-sifat kepemimpinan yang tulin melalui Program Kepanduan Menyediakan latihan kepanduan yang berkualiti Melahirkan ahli yang berkaliber

Menonjolkan ahli yang mempunyai nilai-nilai murni

Menampilkan ahli sebagai warga negara yang sihat dan berguna

Menggalakkan ahli berbakti secara sukarela tanpa apaapa ganjaran

MISI DAN VISI PPPMMisi "Persatuan Pandu Puteri Malaysia mempunyai komitmen melahirkan golongan remaja wanita dan wanita dewasa yang berkaliber melalui penerapan ilmu, kemahiran dan nilai kepanduan demi kepentingan nusa, bangsa dan masyarakat sejagat."

Visi "PPPM bertujuan menjadi sebuah organisasi yang dinamik dan efektif untuk remaja dan wanita dewasa. PPPM akan menonjolkan imej yang selari dengan program berkualiti yang menyediakan remaja dan wanita dewasa hari ini untuk menjadikan pemimpin berwibawa hari esok."

BENDERA PPPM

Tiga rangkaian daun lebar melambangkan tiga Persetiaan Pandu Puteri

Bintang pecah melambangkan 13 buah negeri serta Wilayah Persekutuan di Malaysia

Lencana Pandu Puteri Malaysia di tengah latar biru membawa maksud matahari menyinari setiap kanak-kanak di dunia

LAGU PANDU PUTERI

C:\Users\User\Documents\Downloads\Video\ YouTube - LAGU DUNIA2.flv

PROGRAM KEPANDUANProgram Kepanduan yang digubal untuk ahli adalah berdasarkan Undangundang Pandu Puteri yang bertujuan supaya seseorang ahli : Boleh dipercayai Sentiasa taat dan setia Suka menolong orang lain Bersabar dengan semua orang dan Pandu Puteri yang lain Sentiasa bersopan santun Sentiasa melindungi haiwan dan memelihara alam sekitar Sentiasa menurut perintah Bersemangat dan bergembira walaupun dalam kesulitan Sentiasa berjimat cermat Suci dalam fikiran, perkataan dan perbuatan. Asas program kepanduan terdiri daripada empat komponen iaitu perkembangan diri, sahsiah dan intelek; minat dan hobi; gaya hidup sihat; dan khidmat. Program kepanduan juga menekankan empat elemen utama iaitu perkembangan jasmani, emosi, kerohanian dan kognitif.

PENCAPAIAN DALAMPANDU PUTERI

PENCAPAIAN TERKINI PANDU PUTERI

Ekspedisi Kinabalu (April 2004) - 49 orang ahli remaja dan dewasa berjaya naik ke puncak Gunung Kinabalu. Cycleton Puteri Terengganu (Ogos 2004) 290 ahli Pandu Puteri Remaja dan Pandu Puteri Renjer berbasikal 300 km merentasi negeri Terengganu bagi menjana dana untuk kanak-kanak kurang upaya dan sakit kronik. Hasil kutipan dana telah dimasukkan ke Tabung Amal yang dilancarkan oleh KDYMM Sultanah Terengganu. Ekspedisi Berbasikal Pulau Pinang (Oktober 2004) berjaya memasuki Malaysian Book of Records sebagai Ekspedisi Berbasikal Wanita yang Terbesar di Malaysia. Ekspedisi Berakit Sungai Pahang (April 2006) 140 orang ahli Pandu Puteri Renjer, Pemimpin dan Sukarelawan menyertai ekspedisi berakit antarabangsa ini yang berlangsung selama enam hari lima malam. Peserta mengayuh rakit sepanjang 180 km menyusuri Sungai Pahang. Persatuan Pandu Puteri Malaysia mendapat hadiah penyertaan terbanyak.

Pemimpin Persatuan Pandu Puteri Malaysia turut menerima pengiktirafan dan penghormatan daripada agensi kerajaan dan bukan kerajaan, di dalam dan di luar negeri. Antaranya ialah seperti berikut: KDYTM Tengku Puan Pahang Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj, Timbalan Yang Di Pertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia, telah dilantik sebagai Penaung Diraja Asia Pasifik WAGGGS pada Ogos 2005 Pengurus Kepanduan Persatuan Pandu Puteri Malaysia, Yang Hormat Dato Nik Faizah Mustapha menerima Anugerah Tokoh Belia Berjasa (Wanita) daripada YAB Perdana Menteri Malaysia sempena Hari Belia Negara 2005 Penolong Pesuruhjaya Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Sabah, Puan Normah Datuk Jaffar menerima Anugerah Tokoh Belia Negara Kategori Wanita daripada YAB Perdana Menteri Malaysia sempena Hari Belia Negara 2006

MAJLIS PENGURNIAAN ANUGERAH PANDU PUTERI DI RAJA KEPADA KDYTM TENGKU PUAN PAHANG TUNKU HAJAH AZIZAH AMINAH MAIMUNAH ISKANDARIAH BINTI ALMUTAWAKKIL 'ALALLAH SULTAN ISKANDAR AL-HAJ 25 NOV 2007

Menjadi ahli Brownies di sekolah rendah. Pada tahun 1983, Baginda bertemu dengan Ketua Pesuruhjaya Persatuan Pandu Puteri , Puan Nik Faizah Mustapha untuk menyuarakan hasrat baginda memakai pakaian seragam Pandu Puteri . Baginda dibenarkan memakai pakaian seragam pandu puteri sahaja tanpa lencana. Dan Baginda perlu berkerja lebih keras untuk menperoleh lencana.

Pada bulan Ogos 1984, baginda mencemar duli mengikuti kursus di Pusat Latihan Bina Semangat di Mersing, Johor. Semasa perkhemahan Baginda mengambil bahagian dalam semua aktiviti termasuk menyusur bawah wayar berduri dan menjalankan tugasan kumpulan yang telah ditetapkan. Semasa kursus tersebut, KDYTM telah mengambil ujian Pra Persetiaan dan lulus.

ANTARA AKTIVITI YANG DISERTAI OLEHBAGINDATARZAN ROPE MENYUSUR BAWAH DAWAI

Dalam tahun 1983, Baginda dilantik sebagai Yang Di Pertua Pandu Puteri Daerah Johor Bahru. Selepas penghijrahannya ke negeri Pahang, baginda telah memegang jawatan Naib Yang Di Pertua Persatuan Pandu Puteri Cawangan Negeri Pahang.

Penglibatan KDYTM di peringkat kebangsaan bermula pada tahun 1991 apabila KDYTM dilantik sebagai Pesuruhjaya Ibu Pejabat Bahagian Tugas-tugas Khas Persatuan Pandu Puteri Malaysia dan seterusnya sebagai Naib Yang Di Pertua sejak 1999 sehingga 2006 dan Timbalan Yang Di Pertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia dari tahun 2006 hingga kini. Komitmen KDYTM terhadap kepanduan semakin mendalam sehingga dianggap sebagai "Penyelamat Nyawa" Persatuan Pandu Puteri seperti yang tersiar dalam akhbar Daily Express(Sabah) bertarikh 3 Disember 1999.

"Whenever the association's kitty is in the red, she will come to its rescue. She is the chief fund-raiser when any Girl Guide building fund needs help". - Daily Express, 3 December 1999

Sebagai Timbalan Yang Di Pertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia, KDYTM sentiasa melibatkan diri dengan aktiviti kepanduan, termasuklah menyertai sepenuhnya Persidangan Dunia WAGGGS Ke-32 di Jordan pada Jun 2005, Perkhemahan Pandu Puteri Remaja Kebangsaan di Perlis pada Mac 2006, dan Persidangan Pesuruhjaya Tahunan pada tahun 2006 dan 2007. Selain penglibatan KDYTM dalam kegiatan kepanduan di Malaysia, Baginda juga salah seorang penyumbang dalam Olave Baden-Powell Society yang berpangkalan di Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Sedunia (WAGGGS).

Atas segala kurniaan KDYTM yang dicurahkan kepada Persatuan Pandu Puteri Malaysia, maka dengan bangganya Persatuan Pandu Puteri Malaysia menganugerahkan Anugerah Pandu Puteri Di Raja kepada Ke Bawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti AlMutawakkil 'Alallah Sultan Iskandar Al-Haj pada 25 November 2007 di Majlis Makan Malam sempena Ulang Tahun Ke90 Persatuan Pandu Puteri Malaysia.

KEPENTINGAN PANDU PUTERI

PROGRAM KEPANDUAN yang digubal untuk ahli adalah berdasarkan Undang-undang Pandu Puteri yang bertujuan supaya seseorang ahli :

Boleh dipercayai Sentiasa taat dan setia Suka menolong orang lain Bersabar dengan semua orang dan Pandu Puteri yang lain Sentiasa bersopan santun Sentiasa melindungi haiwan dan memelihara alam sekitar Sentiasa menurut perintah Bersemangat dan bergembira walaupun dalam kesulitan Sentiasa berjimat cermat Suci dalam fikiran, perkataan dan perbuatan.

Selain daripada itu, asas program kepanduan terdiri daripada empat komponen iaitu perkembangan diri, sahsiah dan intelek; minat dan hobi; gaya hidup sihat; dan khidmat. Program kepanduan juga menekankan empat elemen utama iaitu perkembangan jasmani, emosi, kerohanian dan kognitif. Untuk mencapai tujuan murni ini, didikan dan latihan untuk ahli adalah melalui PROGRAM KEPANDUAN yang mengutamakan sistem kumpulan (Patrol System) yang menjadi ciri utama pergerakan kepanduan seluruh dunia.

PERANAN GURU PENASIHATPANDU PUTERI

Memastikan mesyuarat agung dilaksanakan bagi melantik ahli jawatankuasa. Memastikan adanya perlembagaan dan peraturan Memastikan aktiviti selaras dengan objeltif sekolah seperti terkandung dalam perlembagaan Merancang aktiviti tahunan denga kerjasama murid. Memastikan aktiviti berjalan mengikut jadual yang ditetapkan

Merancang strategi untuk peningkatan kecermelangan pasukan badan berunifom. Memastikan pengurusan kweangan dan peralatan diuruskan dengan baik. Memastikan minit mesyuarat dan laporan aktiviti dised