Politik Thailand

• Published on
05-Nov-2015

• View
13

• Download
2

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Kelemahan sistem berparti

Transcript

PowerPoint Presentation

Salah satu masalah pembangunan politik di Thai berpunca daripada kelemahan sistem berparti. BincangkanRUJUKANKobkua Suwannathat, Sejarah Thai Zaman Bangkok, Pulau Pinang: Sinaran Bros Sdn.Bhd, 1991

Thawatt Mokarapong, Sejarah Revolusi Thai, Kuala Lumpur: Masadah Sdn.Bhd, 1987

Batson Benjamin. A, The End of The Absolute Monarchy in Siam, Australia: Asian Studies Associatio of Australia, 1984.Pengenalan Thai merupakan sebuah Negara yang tidak pernah dijajah. Negara Thai yang berada dibawah pemerintahan monarki mutlak telah digantikan kepada monarki perlembagaan selepas revelosi 1932.Bagi mewujudkan satu sistem demokrasi yang kukuh, pelbagai langkah yang telah diambil antaranya adalah penubuhan parti-parti politik. Parti-parti politik menjalankan pilihanraya dan banyak usaha diambil oleh kerajaan.

Salah satu masalah perkembangan politik Thai menghadapi kesukaran menginstitusikan demokrasi perlembagaan. Proses politik sebegitu tidak berjaya kerana sikap politik rakyat thai yang tidak cenderung kepada sistem demokratik kerana amalan politik mereka yang tidak demokratik. Rakyat harus yakin dan percaya dengan prinsip-prinsip asas demokrasi.

Pemerintahan majoritiKebebasan bersuaraPersamaan hakHak minoritiPenyertaan rakyat yang aktif dalam politik adalah penting. Seharusnya wujud tahap toleransi yang rendah bagi sikap autoritarian di kalangan rakyat. Satu kerajaan popular akan menghadapi masalah untuk terus hidup sekiranya majoriti daripada rakyatnya memiliki personaliti autoritarian. Mereka harus ada tahap kepercayaan dalam persekitaran politik serta kepercayaan kepada institusi awam.

Dalam kes ini Negara thai ada dua ciri utama:Sikap politik tradisional di kalangan rakyat thai tidak bersesuaian atau menguntungkan perjalanan proses demokrasi. Dengan perkataan lain, sikap demokratik tidak akan berkembang sepenuhnya.

Tahap penyertaan rakyat dalam politik adalah rendah.PARTI POLITIKParti politikialah suatu pertubuhanpolitikdi mana ahlinya mempunyai ideologi serta agendanya yang tersendiri. Matlamat utama ialah untuk membentukkerajaan, supaya ideologi mereka boleh dijadikan dasar kerajaan dan diamalkan olehrakyatjelata. Oleh itu ahli-ahli parti politik biasanya akan bertanding di dalampilihan raya.Parti politik pertama yang ditubuhkan di Thailand adalah pada tahun 1932 iaitu Parti Rakyat.Tetapi, Parti politik di Thai telah bergerak dengan bebas dan mula berfungsi sebagai sebuah parti politik pada 5 Ogos 1946.Parti parti politik adalah penting dalam negara yang mengamalkan sistem demokrasi kerana ia memainkan peranan penting sebagai penjalin hubungan antara pemerintah dan rakyat. Parti parti politik di Thai gagal menginstitusikan parti mereka.

KELEMAHAN SISTEM BERPARTISistem politik berparti merosot kerana :-Kelemahan berorganisasiCth : Pilihan raya 1975 42 parti politik mengambil bahagian.1976 39 parti politik telah mengambil bahagian. 70 % kerusi dimenangi oleh 7 parti.Ini menyebabkan dalam pilihan raya, tiada parti politik yang menang majoriti. Ini akan membawa kepada kerajaan campuran. Dengan ini, wujudlah pelbagai idea daripada pelbagai parti. Perdebatan akan berlaku bagi mengambil sesebuah keputusan. Akhirnya, tiada keputusan yang kukuh boleh diambil.Cth : Dalam pilihanraya 1975, Parti Demokrat menang 72 (daripada 272 kerusi). Parti Demokrat, merupakan parti tertua yang ditubuhkan sejak 1946 lagi dan disebabkan kemenangan mereka walaupun bukan satu majoriti dan terpaksa menubuhkan satu kerajaan campuran tetapi Seni, Ketua Parti Demokrat dilantik menubuhkan karajaan pada 13 Februari 1975. Kerajaan campuran gagal mendapat sokongan parti-parti kecil untuk bergabung dengan mereka. Dengan ini setelah gagal mendapat undi percaya, Kukrit Pramoj (adik kepada Seni Pramoj) ketua Parti Tindakan Sosial (SAP) yang mendapat sokongan semua parti telah menubuhkan kerajaan campuran. Parti yang bergabung adalah Social Justice Party, Chart Thai, Social Action Party dan Social Nationalist Party. Disebabkan masalah tidak puas hati mengenai pengagihan kuasa dan jawatan dalam kabinet di kalangan ahli- dewan perhimpunan maka, Kukrit memansuhkan dewan pada 12 Januari 1976 dan mengumumkan pilihanraya pada 4 April 1976.

b) Masalah disiplinCth : Ramai pemimpin yang menukar parti ( lompat Parti ) bila melihat ada peluang yang lebih menguntunkan mereka seperti dalam pilihanraya 1975, 26% daripada calon-calon yang berjaya menukar parti semasa pilihanraya 1976. Gejala melompat parti disebabkan oleh kesetiaan kepada rakan ( Cliques - kadangkala parti yang berkemampuan boleh membeli ahli-ahli politik.Ini memberikan kesan negatif kepada perkembangan parti politik di negara Thai).c) Bertindak secara kumpulan asingan Cth : 1974- berlaku perselisihan dalaman Parti Demokratik. Kukrit, adik Seni mengundurkan diri daripada Parti Demokratik dan menubuhkan satu parti berasingan iaitu Parti Tindakan Sosial (Social Action Party).d) Memberi keutamaan kepada personaliti daripada isu-isu kenegaraan.e) Pembelian undiCth : Pilihan Raya : Pibul (Parti Seri Manangkasila) vs Khuang Aphawong (Parti Demokrat). Ketika pilihan raya, 2000 pelajar Universiti Chulalangkorn membuat bantahan di hadapan pejabat kerajaan kerana pilihan raya kotor. Berlaku kudeta pada 16 September 1957 dan Pote Serasin menjadi PM. Seterusnya, berlaku kudeta 20 Oktober 1958, Thanom Kittikachon menjadi PM.

f) Parti diwujudkan atas keinginan sendiri, kepentingan keluarga, kepentingan kumpulan, kepentingan setempat mereka.Cth: Thanom dan Praphat yang mempunyai kedudukan tinggi dalam tentera telah membentuk Parti Bersatu Rakyat Thai ( UTPP ) Disember 1968. Keahliannya terdiri daripada pegawai tentera, pegawai awam dan ahli peniaga. Thanom sebagai Perdana Menteri. UTPP secara langsung menjadi parti kerajaan. Parti-parti lain yang ditubuhkan di bawah perlembagaan baru bersaing dengan UTPP di dalam pilihan raya Februari 1969.Sebanyak 15 parti bukan kerajaan menyertai pilihan raya tersebut termasuk Parti Demokrat.UTPP - 34% daripada kerusi yang dipertandingkan.Demokrat - 26 % UTPP akhirnya dibubarkan oleh pemimpinnya sendiriIni juga menyebabkan rakyat tidak percaya parti politik dan ketua politik.

BUDAYA POLITIK THAIGabriel Almond mendifinasikan budaya politik sebagai satu carak orientasi dan sikap individu terhadap sistem politik. Ia juga boleh merujuk kepada nilai, sistem kepercayaan, dan sikap emosional berkaitan dengan tindakan politik.Kepercayaan Thai masih mempengaruhi kehidupan politik semasa terutama sekali berkenaan dengan hak mutlak dan paternalism.Negara Thai 7 abad(1237-1932) di bawah pemerintahan monarki.Semasa era Sukhotai sistem kerajaan Paternalistik berdasarkan sistem Khun (Father Lord). Raja dilihat bapa kepada rakyatnya.Era Ayudhya konsep perajaan kudus (Divine Kingship). Raja dianggap sebagai seorang yang mulia dan mempunyai kuasa mutlak. Konsep ini diamalkan sehingga ke Dinasti Chakri.Raja Rama IV(Mongkut) & Raja Rama V(Chulalangkorn) sistem paternalistik. Raja dianggap sebagai bapa kepada semua rakyat dan raja dibantu oleh pegawai-pegawainya yang menghormati dan mematuhi Raja.Sejak 1932, percubaan untuk menggantikan prinsip keesahan tradisi kepada demokrasi telah dibuat.Walaubagaimanapun, kepercayaan lama terus kekal dan meninggalkan kesan ke atas politik Thai sehingga kini.

AMALAN AGAMA BUDDHA YANGDIAMALKAN OLEHRAKYAT THAIAgama Buddha mengajar rakyat Thai untuk menerima keamanaan dan bukan keganasan. Mereka dipupuk dengan beberapa nilai-nilai :-Greng Chai sikap rakyat Thai yang pasif, akur, tidak pandai mengkritikSelf Discipline Ini adalah keinginan untuk tidak memalukan sesiapa dan mengambilkira perasaan orang lain. Sebarang tindakan yang boleh menjatuhkan air muka seseorang harus dielakkan. Nam Chai keikhlasan hati seseorang kepada orang lain, membuat pengorbanan dan melayan tetamu atau orang luar dengan ikhlas dan baik.Jai Yen (Cool Heart) seseorang itu harus pandai mengawal perasaan marah dan emosi diri bagi mengelakkan konflik terbuka.Mai pen rai (it doesnt matter) kesopananOleh itu, rakyat Thai dan pegawai dalam birokrat sukar untuk mengkritik masalah kepimpinan secara terbuka.Rakyat Thai bertindak terhadap masalah kepimpinan bukan secara terbuka tetapi mengelak secara pasif.

CAMPUR TANGAN TENTERARampasan kuasa telah digunakan sebagai alat untuk mengubah corak politik. Dan hal ini menunjukkan politik thai telah mengurangkan kuasa rakyat dan kuasa tentera semakin meningkat.Tentera thai aktif dalam sistem politik. Hal ini dapat dilihat apabila hampir setiap kali berlaku perubahan dalam kepimpinan dan dalam kerajaan. Ia dilakukan melalui rampasan kuasa.Sebagai contohnya, sejak tahun 1932 secara puratanya setiap satu dekad berlaku dua kali rampasan kuasa. Rampasan kuasa yang berlaku 1932 telah menggantikan kuasa daripada golongan monarki ke tangan tentera.Selain itu, ketidakseimbangan sosial juga telah menyebabkan berlaku rampasan kuasa oleh pihak tentera.Pada tahun 1947 telah berlaku kerana kerajaan yang sedia ada tidak dapat menyelesaikan masalah ekonomi seperti inflasi dan pengganguran

Perkara yang sama juga telah berlaku pada tahun 1957 yang menyebabkan Sarit menjalankan rampasan kuasa.Rakyat hilang kepercayaan terhadap wakil kerajaan. Hal ini menyebabkan proses demokrasi tergangngu.Contohnya, Kuasa pridi sebagai pegawai kerajaan pada 1947 telah diancam dengan krisis sosial dan ekonomi. Pada 1957 pula Sarit telah merampas kuasa kerana Phibun telah melakukan penipuan dalam pilihanraya.Kekuatan dan keistimewaan yang ada pada organisasi tentera juga membolehkan mereka campur tangan dalam politik thai.Organisasi tentera thai ini merupakan sebuah badan yang kuat, disanjung tinggi, dan banyak peruntukan telah diberikan kepada pihak tentera. Contohnya pada tahun 1976 dan 1982 sebanyak 20% daripada bajet keseluruhan telah diperuntukkan untuk tentera.KEKURANGAN KUMPULAN SEKEPENTINGANSepanjang sejarah pemerintahan monarki mutlak tidak ada persatuan sosial dan aktiviti yang bersaing dengan Raja tidak dibenarkan.Pegawai tinggi kerajaan akan dipilih sebagai pemimpin kumpulan sekepentingan ini dan dengan cara ini mereka menyebarkan pengaruh birokratik.Ciri rakyat Thai yang mementingkan autonomi individu menyebabkan kerjasama dalam kumpulan sukar dicapai.Undang-undang menghadkan keberkesanan kumpulan sekepentingan ini, mereka tidak dibenarkan mempunyai matlamat politik dan kesemua aktiviti politik dilarang.Pengawalan media massa oleh pihak kerajaan menyukarkan proses sosialis, dengan ini ia juga melambatkan proses kemunculan sikap dan tingkah laku politik baruSIKAP RAKYAT THAI YANG PASIFSebahagian rakyat Thai adalah pasif dan bersikap dingin terhadap politik kebangsaan. Ini kerana, kekurangan pengalaman dalam penyertaan politik dan tahap penyertaan masyarakat thai adalah rendah.80% masyarakat Thai kurang berpendidikan. Oleh itu, rakyat kurang memahami prinsip moden politik atau prinsip-prinsip asas demokrasi. Seperti, pemerintahan majoriti, kebebasan bersuara, persamaan hak dan hak minoriti.Rampasan kuasa yang sering berlaku sejak 1932 mengganggu peluang rakyat untuk menyertai demokrasi. Ini menyebabkan rakyat hilang kepercayaan dan bosan untuk melibatkan diri dalam politik. Contohnya dalam pilihanra yang keluar untuk mengundi adalah 40.7% KESIMPULANKetidakstabilan sistem dan parti politik ialah perebutan dan pergelutan kuasa antara golongan tentera dan golongan awam. Perkembangan parti selalu sahaja ditentukan oleh rampasan kuasa. Ini membawa kepada ketidaksinambungan parti politik. Golongan tentera menganggap parti politik sebagai penyebab kepada kekacauan negara. Tentera menganggap mereka sebagai pembela tanah air. Mereka memonopoli kuasa-kuasa fizikal dan tidak seperti golongan awam yang tidak bersatu padu seperti golongan tentera dan tanpa sokongan rakyat.Suasana politik Thai yang sentiasa bergolak dan tidak stabil telah melemahkan keberkesanan parti-parti politik. Rampasan kuasa menyulitkan perkembangan dan pertapakan parti-pati politik.