PowerPoint Kata Adjektif

• Published on
30-Jun-2015

• View
374

• Download
0

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Angin sejuk di waktu petang laut berombak luas terbentang warna-warni terumbu karang menjadi sumber para nelayanWarna-warni terumbu karang sungguh indah mata memandang kepah, remis, gonggong dan kupang siput, ketam dan juga lokanIkan kerapu ikan siakap Ikan pari berekor panjang Ikan bawal berbadan lebarSungguh enak dijadikan hidanganSotong kurita berkaki lapan Tapak sulaiman seperti bintang Mutiara bersinar di dalam tiram Kuda laut berlompat-lompatanRumpai laut dijadikan makanan Hid

Transcript

Angin sejuk di waktu petang laut berombak luas terbentang warna-warni terumbu karang menjadi sumber para nelayan

Warna-warni terumbu karang sungguh indah mata memandang kepah, remis, gonggong dan kupang siput, ketam dan juga lokan

Ikan kerapu ikan siakap Ikan pari berekor panjang Ikan bawal berbadan lebarSungguh enak dijadikan hidangan

Sotong kurita berkaki lapan Tapak sulaiman seperti bintang Mutiara bersinar di dalam tiram Kuda laut berlompat-lompatan

Rumpai laut dijadikan makanan Hidup subur di dasar lautan Hatiku tenang melihat lautan Semakin kagum semakin menakjubkan

Yok, tuliskan beberapa kata adjektif yang sesuai udang untuk ____________ ini.

Sekarang, mari kita lihat bagaimana kita boleh

menggunakan kata adjektif ini di dalam ayat.

Udang ini sungguh cantik. Badannya berwarna jingga dan putih. Ia mempunyai sesungut yang sangat panjang. Kita mesti berhati-hati semasa memegang udang kerana tanduknya tajam. Saya suka makan masakan sambal udang ibu yang sungguh sedap.

Masa untuk kamu melukis dan menulis1) Lukis dan warnakan 1 hidupan laut yang kamu gemari di kertas kecil. 2) Tuliskan 4 kata adjektif di kotak kecil di sebelah lukisan kamu. 3) Bina ayat menggunakan kata adjektif yang telah kamu tuliskan itu. 4) Setelah selesai, tunjukkan kepada cikgu kemudian ambil buku aktiviti Mekar dan buat muka surat 45 dan 46. 5) Letak buku aktiviti di sebelah kiri di atas meja kamu setelah selesai. 6) Jumpa cikgu untuk mendapatkan PERMAINAN istimewa. 7) Buat setiap kerja kamu dengan betul tetapi cepat. Ingat tanggungjawab kamu!!! 8) Buat dengan SENYAP, jika ada soalan ANGKAT TANGAN. 9) Gunakan suara 6-inci pada setiap masa.Kuda Laut kecil lentik cantik coklat

1) Kuda laut ini sejenis hidupan laut yang kecil. 2) Ia mempunyai ekor yang lentik. 3) Badannya berwarna coklat dan hitam. 4) Saya gemar kepada binatang ini kerana ia sangat cantik.