Pp gender & pekerjaan

  • View
    375

  • Download
    7

Embed Size (px)

Transcript

  • 1. UNIVERSITI MALAYA AKADEMI PENGAJIAN MELAYU AZEA3302 GENDER DAN PEKERJAAN SESI 2013/2014

2. Soalan TutorialAdakah pembahagian buruh antarabangsa meneruskan pembahagian buruh berasaskan gender? 3. Pengenalan Pembahagian buruh berasaskan gender (Gender Division of Labour) adalah semua konsep dan gambaran pembahagian buruh global tertentu dalam membahagikan struktur, peranan dan pekerjaan berasaskan gender. Pembahagian buruh berasaskan gender ini berbeza-beza antara satu pekerjaan dan budaya dalam masyarakat global dan boleh berubah mengikut perubahan ekonomi dan budaya. Dalam pembahagian ini, konteks tertentu seperti pola-pola siapa bekerja, apa pekerjaan berdasarkan gender dan bagaimana hasil pekerjaan tersebut diberikan penekanan. Globalisasi juga menentukan pembahagian buruh kerana ianya menjadi impak perubahan di dunia berkenaan gender dipersoalkan memandangkan berlaku keadaan ketaksamarataan gender. 4. Buruh Menurut Kamus Dewan Edisi Empat : Buruh merupakan orang yang bekerja untuk orang lain dan bermatlamat untuk mendapatkan upah, mencari sumber pendapatan dan makanan. Terdapat 4 jenis buruh : I. Buruh mahir : Buruh yang mempunyai kepakaran khusus yang diperolehi daripada latihan professional dalam bidang tertentu seperti jurutera. II. Buruh separuh mahir : Buruh yang mempunyai kepakaran dalam bidang tertentu yang diperolehi daripada pengalaman bekerja dan atau latihan separuh professional seperti jurukimpalan. III. Buruh kasar : Buruh yang lebih memerlukan tenaga fizikal daripada keupayaan mental dalam pekerjaannya. IV. Buruh paksa : Buruh yang dipaksa melakukan kerja berat tanpa ganjaran yang sewajarnya. 5. Pembahagian Buruh Mies mengemukakan tesis mengenai pembahagian buruh secara internasional (international division of labour) dengan menyatakan wanita lebih dipilih sebagai tenaga untuk memperbanyakkan keuntungan kapital. Dalam hal ini, keadaan wanita sebagai buruh tambahan dan bukan sebagai pencari nafkah utama atau breadwinner dalam rumah tangga membuat wanita lebih mudah dimanipulasi. Dalam masa yang sama, wanita lebih mudah diberikan dengan upah murah dan menunjukkan produktiviti yang tinggi. Hal ini tentunya menguntungkan proses keuntungan kapital terutama pada wanita di negara-negara Dunia Ketiga. Pembahagian buruh mengikut gender (division of labour) dipengaruhi oleh budaya. Budaya yang membuat persepsi bahawa wanita adalah subordinate dan tidak sama dengan lelaki. Budaya yang menentukan peranan dan tanggungjawab seorang wanita iaitu confined to the unpaid reproductive activities in the private domain. Manakala, lelaki ditugaskan berperanan in paid activities, outside the home. Segala pemikiran, tingkahlaku, membuat keputusan dalam keluarga, komuniti, tempat kerja biasanya dipengaruhi oleh the socialnorms base on culture rather than the high ideals of religion. 6. Globalisasi Dan Antabangsa Menurut Profesor Dr Yusuf Al-Qardawi : Dari segi bahasa, globalisasi berasal dari kata dasar global yang bererti umum dan keseluruhan. Menurut pandangan Sarjana Barat : I. Oscar Ugarteche : Globalisasi ditakrifkan sebagai pertumbuhan dalam kegiatan ekonomi yang merentasi sempadan nasional dan rantau. Berlaku dalam peningkatan pergerakan barangan dan perkhidmatan menerusi perdagangan dan pelaburan serta pergerakan buruh merentasi sempadan-sempadan. Berlaku juga dalam pertukaran maklumat (informasi). Ia dipacu oleh pelakupelaku individu ekonomi yang mencari lebih banyak keuntungan ekonomi persaingan yang semakin menekan. II. Mittelman (1996) : Globalisasi ialah integrasi ekonomi dunia yang mendalam melalui hubungan pengeluaran barang dan penggunaan buruh serta fenomena sejagat mencantum pelbagai jenis proses rentas sempadan dan pelbagai struktur dalam negera yang membolehkan ekonomi, politik, budaya dan ideologi sesebuah negara menembusi negara-negara lain. Daripada Wikipedia Ensiklopedia Bebas : Istilah moden, 7. Kapitalisme Global Menurut AM Saefuddin (2011) : Kapitalisme global adalah sistem sosial yang didasarkan pada pengakuan hak-hak individu. Dalam ekonomi, kapitalisme memisahkan sempadan negara dengan ekonomi seperti memisahkan agama dengan negaranya. Dalam ekonomi juga kapitalisme menekankan peranan penting kapital (modal) yakni kekayaan termasuk barangan, upah dan buruh yang digunakan dalam menghasilkan barangan adalah murah.Menurut Acker 1988 : Kapitalis global terus mengabaikan keperluan pekerja dan orang ramai kecuali terpaksa membayar upah buruh murah, sama ada kerana keperluan kritikal timbul untuk kuasa tenaga pekerja tertentu atau gerakan-gerakan sosial, bertindak balas kepada krisis pertumbuhan ekonomi sama ada secara langsung atau melalui campur tangan kerajaan mencabar kuasa korporat.Kapitalisme global meliputi :I.Cara kapitalis hasilkan baranganII.Cara kapitalis eksploitasi dan diskriminasi buruh wanitaIII.Cara kapitalis agihkan sumber pendapatanIV.Rancangan sosio-ekonomi kapitalis 8. Teori Globalisasi Gender Menurut Catherine Lutz (1995) : Teori globalisasi gender ialah proses menentukan globalisasi dari penyusunan semula ruang pengeluaran merentasi sempadan negara dan luas pecutan dalam peredaran global modal, barangan, buruh dan ideaidea dikesan dalam bentuk kontemporari untuk ekoperubahan ekonomi dan politik sedunia pada tahun 1970. Teori globalisasi gender dilihat berubah dalam kilang dan perusahan menjana ekonomi serta cara pergerakan adalah disebabkan empat bentuk modal dalam ekonomi global iaitu : I. Modal buruh lelaki dan buruh wanita (imigrasi, migrasi, emigrasi) II. Modal kewangan (bantuan, ekuiti, hutang, miutang, pinjaman) III. Modal sumber (tenaga, besi, mineral, kayu) IV. Modal kuasa (ketenteraan, perikatan, pakatan) 9. Feminisasi Buruh Menurut Mehra dan Gammaye, 1999 : Feminisasi buruh adalah perubahan ekonomi global dan pertumbuhan pasaran yang diterajui telah memberi kesan ke atas buruh wanita . 'Feminisasi buruh : Digunakan untuk merujuk kepada peningkatan yang pesat dan ketara dalam nisbah wanita dalam pekerjaan yang dibayar dalam tempoh dua dekad yang lalu. Keadaan dalam feminisasi buruh telah diiringi oleh perubahan dalam pembahagian buruh dalam pekerjaan dari pembuatan kepada perkhidmatan di negara-negara maju dan daripada pertanian kepada pembuatan dan perkhidmatan di negaranegara membangun. Menurut Standing, 1999 : 'Feminisasi buruh digunakan untuk menggambarkan kesesuaian buruh wanita yang lahir dari kebangkitan kapitalisme global mengeksploitasi buruh 'sekunder berdasarkan gender. 10. Patriaki Menurut Kamla Bhasin, 1994 : Patriarki berasal daripada perkataan patriarch yang bererti peraturan atau pemerintahan ayah, serta digunakan untuk mendiskripsikan istilah keluarga dominasi lelaki. Menurut Sylvia Walby dalam bukunya Theorizing Patriarchy (1990) : Patriarki merupakan suatu sistem sosial dan amalan-amalan yang meletakkan lelaki dalam posisi mendominasi, menindas, dan mengeksploitasi wanita serta meletakkan wanita di bawah subordinasi lelaki. Patriaki menjelaskan kuasa yang tidak seimbang antara lelaki dan wanita disebabkan oleh subordinasi wanita, organisasi kerja berupah, pemerintahan negara dan pemahaman budaya sebagai universal sehingga membawa perubahan peranan dan tugas yang berbeza antara lelaki dan wanita. Kesan buruh wanita dalam budaya patriaki dan di bawah kapitalisme akan dieksploitasi, gangguan seksual di tempat kerja, pekerjaan domestik yang tidak tetap dan jenayah 11. Export-Led Growth Pertumbuhan eksport adalah satu strategi ekonomi yang digunakan oleh beberapa negara-negara membangun. Strategi ini bertujuan untuk pasaran dalam ekonomi dunia untuk jenis eksport tertentu.Faktor yang menarik pelabur asing dalam eksport ialah penggunaan buruh murah yang tidak mempunyai kemahiran. Pekilang menawarkan upah yang rendah khusus kepada buruh tidak mahir yang sebahagian besarnya terdiri daripada golongan wanita. Selain daripada menerima upah yang rendah berbanding buruh lelaki, buruh wanita didapati taat kepada majikan dan mempunyai kepantasan melakukan kerja tertentu. 12. Buruh EPZ Zon Pemprosesan Eksport (EPZ) diklasifikasikan sebagai sebuah wilayah bukan kastam negara tuan rumah, di mana aktiviti berorientasikan eksport dijalankan dalam kilangkilang sektor pembuatan, perkhidmatan, pemprosesan dan pemasangan. Buruh wanita datang dari kawasan luar bandar ke EPZ untuk sumber utama pekerjaan sektor formal di kilang-kilang. Sebanyak 80% - 90% buruh wanita bekerja di kilang-kilang EPZ. Buruh wanita di EPZ : i. Kemahiran rendah ii. Gaji rendah iii. Prospek rendah iv. Masa kerja yang panjang v. Tidak mempunyai akses kepada peluang latihan vi. Tidak berpotensi dan berkembang vii. Tidak selesa dari segi keadaan tempat kerja 13. Segi Tiga Pertumbuhan-Growth Triangles Ia merujuk kepada kerjasama ekonomi beberapa buah negara ASEAN tertentu untuk saling membantu dan melengkapi antara satu sama lain. Kadar upah di Malaysia adalah lebih tinggi berbanding dengan kadar upah di Indonesia. Contohnya, Jamilah seorang pekerja kilang warganegara Indonesia menjelaskan bahawa sebab-sebab utama kaum wanita berhijrah ke Malaysia bertujuan mendapatkan pekerjaan dan membaiki taraf hidup. 14. Faktor-faktor Pembahagian Buruh Berasaskan Gender 1) Pekerjaan Utama Dan Pekerjaan Sampingan Menurut Martin and Robert, 1984;Robinson and Wallace, 1984 : I. Pekerjaan utama adalah lebih cenderung kepada buruh lelaki manakala pekerjaan sampingan pula cenderung kepada buruh wanita. II. Pekerjaan sampingan adalah pekerja kurang berkemahiran. Buruh wanita dilihat sebagai pekerja tidak mahir, upah yang lebih rendah dan sukar dalam mendapatkan kenaikan pangkat jika dibandingkan dengan buruh lelaki. Contohnya, kerani lelaki dan kerani wanita berbeza dari segi upah dan kenaikan pangkat. Manakala, buruh lelaki memegang jawatan sebagai pengurus dan buruh wanita pula hanya kerani atau pekerja kilang. 15. 2) Bias Gender Menurut Martin and Robert, 1984;Robinson and Wallace, 1984 : Pekerja sambilan adalah pekerja t