Pptp VPN Percuma

  • Published on
    16-Jul-2015

  • View
    353

  • Download
    0

Embed Size (px)

Transcript

Teknik Mendapatkan VPN Secara Percuma Menggunakan Aplikasi WindowsOleh: Patriot 2012 http://vpnpercuma.blogspot.com

NOTA : EBOOK INI MENGANDUNGI IKLAN PRODUK DAN PROMOSI BERBAYAR

Isi Kandungan

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8.

Pendahuluan Apa Itu Virtual Private Network (VPN) Kelebihan menggunakan Virtual Private Network (VPN) Kaedah Mendapatkan PPTP VPN Percuma Cara Memasang PPTP VPN Pada Windows 7 Cara Memasang PPTP VPN Pada Windows Vista Cara Memasang PPTP VPN Pada Windows XP Senarai PPTP VPN Percuma

m/s 4 m/s 6 m/s 10 m/s 14 m/s 18 m/s 26 m/s 34 m/s 39

Teknik mendapatkan vpn secara percuma menggunakan aplikasi windows 2012

2

www.fxsignal2u.com

Teknik mendapatkan vpn secara percuma menggunakan aplikasi windows 2012

3

1. Pendahuluan

Terima kasih kerana sudi untuk mendapatkan ebook percuma ini. Di dalam ebook ini, anda akan diajar mengenai apa itu Virtual Private Network (VPN) dan kelebihan menggunakannya. Selain itu juga, anda akan ditunjukkan cara untuk mendapatkan PPTP VPN secara percuma dan langkah-langkah untuk memasangnya pada komputer anda tanpa menggunakan sebarang software. VPN bukanlah suatu yang baru di dalam dunia internet kerana ia telah wujud sejak sekian lama malah ia telah banyak digunakan di sector-sektor korporat mahupun kerajaan kerana fungsinya dalam melindungi keselamatan maklumat dan memudahkan komunikasi antara jabatan. Pengetahuan mendalam terhadap VPN ini amat penting untuk memastikan penggunaan VPN selaras kemajuan dunia IT yang sentiasa berkembang dari semasa ke semasa. Penerbitan ebook ini cuma adalah sebagai langkah awal terhadap pengenalan VPN dan lebih menjurus kepada penggunaanya secara peribadi. Ia adalah bertujuan sebagai salah satu bentuk pembelajaran sahaja tanpa mempromosikan mana-mana penyedia servis VPN tertentu. Pihak penerbitan ebook ini juga tidak akan bertanggung-jawab sekiranya terdapat penyalahgunaan penggunaan internet akibat dari maklumat yang ditunjukkan dalam ebook ini. Ebook ini juga mengandungi ruangan iklan-iklan yang berbayar. Diharap agar anda sudi meluangkan masa untuk meneliti iklan terbabit malah sekiranya ingin berurusan dengan pengiklan tersebut, amatlah dialukan untuk berhubung terus dengan pihak terbabit. Ebook ini adalah percuma dan anda adalah digalakkan untuk mengedarkannya kepada rakan-rakan sebagai satu bentuk penyebaran ilmu dan boleh dilakukan secara terbuka dimana-mana ruangan internet. Semoga apa yang disampaikan di dalam ebook ini dapat memberikan manfaat kepada anda semua. Jika terdapat sebarang bentuk komen atau cadangan, sila emailkan kepada klpatriot@gmail.com. Untuk mengetahui sebarang update terkini mengenai VPN Percuma anda boleh melayari blog http://vpnpercuma.blogspot.com

(Tamat bab 1)

Teknik mendapatkan vpn secara percuma menggunakan aplikasi windows 2012

4

www.Batuanggurhitam.com

Teknik mendapatkan vpn secara percuma menggunakan aplikasi windows 2012

5

2.

Apa itu Virtual Private Network (VPN) ?

VPN ialah kata singkatan dari Virtual Private Network atau dalam bahasa Melayu nya Rangkaian Peribadi Virtual/Maya.

VPN adalah teknologi rangkaian yang mewujudkan sambungan rangkaian yang selamat melalui rangkaian awam seperti internet dengan mewujudkan tunnel atau terowong di antara komputer peribadi anda dengan VPN server ataupun korporat server. Tunnel yang terbentuk di antara computer kita dan server VPN adalah berbentuk privacy dan ini melindungi data yang di encrypt ke dalam tunnel, daripada diceroboh apabila melalui rangkaian internet yang tidak selamat. Tunnel VPN adalah penumpang kepada talian internet yang kita gunakan. Tanpa internet, VPN ini tidak akan berfungsi. Namun dengan mewujudkan sambungan VPN, banyak kelebihan yang bakal pengguna internet perolehi.

Teknik mendapatkan vpn secara percuma menggunakan aplikasi windows 2012

6

Hubungi : Asyraf (013-2248668)

Teknik mendapatkan vpn secara percuma menggunakan aplikasi windows 2012

7

(sambungan dari m/s 6)

Terdapat banyak penyedia servis VPN yang anda boleh dapati di internet, samada yang mempunyai yuran langganan setiap bulan maupun yang percuma. Antara penyedia servis VPN berbayar yang terkenal adalah seperti Purevpn, HideMyAss, Strong VPN, IbVPN dan banyak lagi. Penyedia servis VPN percuma pula antara yang popular dan biasa digunakan adalah seperti Hotspot Shield, Pro XPN, Reactor VPN dan Ultra VPN. Apa bezanya VPN yang percuma dan yang berbayar? Terdapat perbezaan yang agak ketara antara kedua kategori tersebut. Antaranya : 1. VPN yang berbayar menyediakan khidmat selepas langganan untuk membantu anda. 2. VPN yang percuma biasanya hanya menyediakan bandwith yang limited, manakala yang berbayar pula menyediakan bandwith sehingga ada yang unlimited. 3. Kelajuan VPN yang percuma agak perlahan kerana server yang digunakan adalah agak terhad berbanding VPN berbayar yang mempunyai banyak pilihan server. 4. Data sekuriti yang lebih terjamin bagi VPN yang berbayar. 5. Selain dari perkara di atas, segala fungsi di antara kedua-dua VPN adalah sama sahaja. Walaubagaimanapun, pada Bab 4 nanti saya akan menunjukkan kepada anda, bagaimana untuk mendapatkan VPN percuma unlimited bandwith yang boleh dianggap antara PPTP VPN yang terbaik di internet buat masa ini. Anda juga boleh merujuk senarai beberapa lagi PPTP VPN lain yang saya sertakan pada Bab 8 nanti.

(Tamat bab 2)Teknik mendapatkan vpn secara percuma menggunakan aplikasi windows 2012

8

www.kulimmarketing.blogspot.com

Teknik mendapatkan vpn secara percuma menggunakan aplikasi windows 2012

9

3.3.1

Kelebihan Menggunakan (VPN)

Anonymous Internet Identity.

Apabila anda sudah bersambung dengan server VPN, IP anda akan secara automatik bertukar kepada IP yang diberikan oleh server tersebut, dan bukan lagi menggunakan IP asal yang diberikan oleh ISP. Ini akan membuatkan kehadiran anda di internet tidak dapat dikesan ataupun dijejaki oleh sesiapa pun.

3.2

Bypass Blocked Website

Mungkin ramai yang belum tahu, kerajaan kita melalui SKMM telah menghalang akses (block) banyak website daripada dilayari oleh kita. Antara website yang di sekat adalah website perkongsian file seperti fileserve, megaupload, warez, pirate bay dan banyak lagi. Sekatan ini juga dilakukan terhadap website yang mengandungi unsur-unsur yang lucah. Menggunakan VPN adalah salah satu cara yang paling efektif untuk melayari website yang disekat tersebut tanpa sebarang masalah, malah pihak ISP tidak akan dapat mengetahui anda melayari laman web tersebut. ( SEBARANG PENYALAHGUNAAN ADALAH ATAS TANGGUNG JAWAB SENDIRI)

3.3

Bypass Website Restriction di Universiti/Pejabat/Sekolah

Ada sesetengah tempat atau kawasan yang disediakan free wifi kepada penggunanya namun penggunaannya dihalang daripada melayari website tertentu seperti facebook atau youtube. Dengan menggunakan VPN, anda boleh bypass sekatan tersebut dengan mudah.

3.4

Sekuriti

Apabila anda menggunakan public hotspot wifi, kemungkinan ada pihak yang akan cuba mengambil kesempatan untuk menceroboh system komputer anda dan mencuri maklumat penting. Dengan menggunakan teknologi tunneling yang terdapat pada vpn, terdapat satu lapisan khas yang akan dapat melindungi data anda. Ini akan membuatkan data pada komputer anda lebih selamat apabila menggunakan wifi yang dikongsi.

Teknik mendapatkan vpn secara percuma menggunakan aplikasi windows 2012

10

www.satekebabjb2u.blogspot.com

Teknik mendapatkan vpn secara percuma menggunakan aplikasi windows 2012

11

(Sambungan dari m/s 10)

3.5

Menjimatkan Bandwith

Ada Internet service provider yang menghadkan bandwith pelanggannya mengikut pakej yang dilanggan. Apabila mencapai had bandwith yang ditetapkan, akan berlaku penurunan kelajuan internet secara mendadak kepada tahap yang minimum. Bandwith akan cepat habis sekiranya anda suka memuat turun file-file yang besar ataupun melayari video site seperti You Tube dan sebagainya. Namun dengan menggunakan bandwith yang disediakan oleh VPN server, kadar penggunaan bandwith asal daripada ISP akan dapat dijimatkan pada kadar tertentu, malah ada juga dakwaan dari sesetengah pengguna bahawa mereka dapat menikmati bandwith tanpa had dan mengekalkan kelajuan walaupun bandwith yang ditetapkan oleh ISP telah habis, dengan menggunakan VPN. Ini adalah bergantung kepada ISP dan juga VPN yang digunakan.

3.6

Sambungan Internet Yang Lebih Stabil

Terdapat tanggapan sesetengah pengguna yang mendakwa kelajuan internet dapat ditingkatkan dengan menggunakan VPN. Pendapat ini agak kurang tepat kerana ianya mungkin hanya kesan sampingan yang tidak bersifat kekal. Ini kerana secara amnya, terdapat sedikit penurunan kelajuan antara 1-10% apabila anda menggunakan VPN. Ini adalah disebabkan data daripada komputer anda di encrypted 128kb atau 256kb bergantung kepada jenis VPN, memasuki tunnel dan proses ini akan mengurangkan sedikit kelajuan internet anda. Namun ada juga yang tidak akan perasan mengenai penurunan kelajuan ini, kerana ia boleh berlaku pada tahap yang minimal. Namun, sambungan internet anda akan menjadi lebih stabil daripada biasa apabila anda menggunakan VPN, lebih-lebih lagi apabila anda memuat turun sesuatu fail.

3.7

Melayari Website Popular Yang Khas Untuk Pengguna US atau UK.

Terdapat banyak website popular seperti Hulu, Pandora, Netflix, Fancast, BBC dan sebagainya, yang dikhaskan hanya untuk pengunjung dari US atau UK sahaja.Dengan menggunakan VPN juga, anda boleh melayari website tersebut tanpa sebarang masalah, namun dengan memilih server yang bersesuaian. Jika anda ingin memasuki website yang dikhaskan untuk penduduk US, anda harus memilih server VPN yang terletak di U

Recommended

View more >