Prasekolah Deena

  • Published on
    17-Nov-2015

  • View
    22

  • Download
    2

Embed Size (px)

DESCRIPTION

penubuhan

Transcript

PRASEKOLAH DEENA, KUALA TERENGGANU.

1.0Latar Belakang / Pengenalan.Sejarah Islam telah menunjukkan betapa ulama-ulama dan ahli-ahli fikir Islam seperti Imam Shafie r.a telah dapat menghafap al-Quran ketika berusia 7 tahun, menghafal kitab al-Mirwatta ketika berusia 11 tahun dan telah diminta untuk memberi fatwa ketika berusia 15 tahun. Ini semua membuktikan kepentingan pendidikan formal pada peringkat awal kanak-kanak lagi. Dan pendedahan awal pendidikan kanak-kanak pada masa ini bermula di institusi-institusi dan pusat-pusat prasekolah. Di pusat-pusat ini juga diharap dapat disediakan suasana yang kondusif bagi merangsang intelek dan fizikal kanak-kanak serta pembentukan akhlak mulia. Semua ini dapat dilahirkan secara teratur dan sistematik dengan wujudnya guru-guru yang inovatif, penyayang dan tenang melayani karenah kanak-kanak. Pendidikan awal kanak-kanak khususnya pada umur 4-6 tahun adalah semakin penting di negara ini selaras dengan prinsip yang dinyatakan dalam Dasar Prasekolah Kebangsan yang menyatakan bahawa kerajaan menyediakan pendidikan prasekolah kepada kanak-kanak yang berumur 4-6 tahun selaras dengan peruntukan Akta Pendidikan 1996 : Seksyen 2 menyatakan pendidikan Prasekolah ertinya program pendidikan murid-murid yang berumur 4-6 tahun. Oleh itu, penubuhan prasekolah yang akan diwujudkan haruslah bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak serta selari dengan Dasar Prasekolah Kebangsaan serta Akta Pendidikan 1996.Pendidikan di prasekolah merupakan lanjutan serta perincian daripada pendidikan di rumah. Ianya boleh diibaratkan sebagai pusat penyelarasan pembentukan anak-anak yang mana asasnya telahpun disemai oleh ibu bapa di rumah. Oleh kerana itu penubuhan Prasekolah Deena merupakan suatu khidmat kepada masyarakat untuk menambahkan ruang dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Selain itu, Prasekolah Deena juga berfungsi sebagai pusat yang cuba menampung perkembangan anak-anak yang tidk dapat dipenuhi oleh ibu bapa, kerana tidak semua ibu bapa mempunyai kemampuan yang sama.Motto Prasekolah Deena adalah Ke arah Pembentukan Peribadi Muslim dan bertemakan Fun In Learning.2.0Rasional.Rasional penubuhan prasekolah ini antaranya adalah untuk memenuhi keperluan masyarakat setempat terhadap kehendak pendidikan awal kanak-kanak. Selain adalah menjadi hasrat dan cita-cita prasekolah ini untuk membina sebuah prasekolah yang mampu melahirkan kanak-kanak yang mempunyai jati diri serta berketrampilan.Prasekolah Deena juga berhasrat untuk menjadi prasekolah rintis yang memberi pendedahan kepada kanak-kanak tentang budaya usahawan. Rasional penubuhan prasekolah juga adalah untuk menghasilkan kanak-kanak yang mempunyai sikap mesra masyarakat melalui usahasama penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran kanak-kanak.Penubuhan Prasekolah Deena ini juga bertujuan untuk membantu ibu bapa dalam menyediakan anak-anak mereka melangkah ke alam persekolahan. Suasana yang stimulatif diharap dapat membekalkan anak-anak dari aspek akademik, sosial dan akhlak. 3.0Nama, Visi dan Misi Prasekolah.3.1Nama PrasekolahCadangan nama prasekolah yang dipilih ialah Prasekolah Deena. Nama Deena dipilih adalah disebabkan maknanya iaitu agama dalam bahasa Arab dan hampir dengan sebutan dinar yang membawa maksud wang. Ini bertepatan dengan konsep keusahawanan Islamik prasekolah yang ingin kami bina.3.2Misi PrasekolahMenghasilkan usahawan Islam kecil yang berketrampilan dan seimbang.3.3Visi PrasekolahPembelajaran di Prasekolah Deena ini akan memberikan kanak-kanak pengalaman dalam interaksi dan sosial yang luas disamping penerapan konsep Islam dalam diri kanak-kanak yang kreatif dan inovatif.0. Objektif Penubuhan.Penubuhan Prasekolah Deena dilihat sebagai bertepatan dengan suasana dan hala tuju wawasan yang diharap-harapkan. Ia memberi peluang untuk menyuburkan potensi tersembunyi (latent potentials) dalam aspek pembangunan Jasmani, Emosi, Rohani, Intelik dan Sosial (JERIS). Objektif-objektif yang hendak dicapai adalah :1. Membentuk perkembangan mental dan intelektual kanak-kanak.2. Membentuk perkembangan sosial dan perhubungan.3. Melahirkan kanak-kanak yang mempunyai kemahiran asas dalam membaca, menulis dan mengira.0. Memberi kemahiran keusahawanan dalam diri kanak-kanak melalui pengalaman langsung.0. Membekalkan pembelajaran berkonsepkan Islam yang sebenar.0. Melahirkan kanak-kanak yang berdikari, kreatif dan inovatif.0. Mendidik kanak-kanak menyedari tentang kepentingan penampilan dan keyakinan diri.Ringkasnya, Prasekolah Deena menekankan pendidikan berasaskan Islam sebagai teras dan ilmu-ilmu sokongan yang universal. Adalah menjadi hasrat dan cita-cita prasekolah untuk melahirkan kanak-kanak yang soleh, bertanggungjawab dan cemerlang dalam pelajaran.0. Lokasi Tapak dan Bangunan.Tapak prasekolah ialah di atas sebidang tanah seluas 800 meter persegi di Jalan Sultan Ismail Kuala Terengganu. Tapak dan bangunan ini adalah kepunyaan Wan Mariam @ Wan Mahani binti beralamat di No. 104, Losong Haji Mat, 21030 Kuala Terengganu dan disewa oleh prasekolah dengan kadar sewa sebanyak RM1200 sebulan.Untuk sampai ke Prasekolah Deena ini, jika dari pusat bandar, selepas melalui Lampu Isyarat Simpang Empat Jalan Sultan Ismail, terus membuat pusingan di Bulatan Batu Bersurat dan belok ke kiri jalan bersebelahan Perkuburan Sh. Ibrahim (Pelan Lokasi disertakan dalam Lampiran 1).0. Pelan Lantai Bahagian Dalam dan Luar Prasekolah.

1. Pelan Lantai Bahagian Dalam (Rujuk Lampiran 2).

Merujuk kepada pelan di muka surat tersebut kami telah menyediakan satu pelan bahagian dalam bangunan Prasekolah Deena. Bangunan ini adalah seluas 20 X 40 kaki persegi di atas sebidang tanah seluas 50 X 60 kaki persegi. Bangunan ini di sewa dengan harga RM 1200 sebulan.

Bangunan ini telah diubahsuai mengikut kesesuaian kanak-kanak dan aktiviti pembelajaran mereka. Pada asalnya, bangunan ini merupakan sebuah rumah banglo setingkat, yang memiliki 2 buah bilik seluas 10 x 10 kaki persegi dan sebuah bilik utama seluas 10 x 12 kaki persegi. Selain itu terdapat juga sebuah dapur seluas 8 x 12 kaki persegi dan di sebelahnya pula terdapat sebuah tandah seluas 8x8 kaki persegi. Kami telah mengubahnya menjadi sebuah prasekolah yang mempunyai 1 bilik penyediaan dan penyimpanan makanan, 2 tandas murid, 1 bilik guru dan ibu bapa, 1 bilik aktiviti khas yang dilengkapi dengan set dapur usahawan serta 2 lagi bilik pembelajaran.

Terdapat satu bilik penyediaan makanan di prasekolah kami ini. Bilik ini adalah seluas 8 X 12 kaki persegi. Bilik ini dilengkapi dengan satu set kabinet dapur berbentuk L beserta ketuhar, dapur dan sinki, sebuah peti ais, serta sebuah rak pinggan mangkuk. Terdapat satu pintu bertutup supaya tidak mengganggu aktiviti pembelajaran kanak-kanak dan untuk keselamatan terdapat satu lagi pintu menghala ke bahagian belakang bangunan. Setiap kelengkapan dan peralatan yang ada di bilik ini dilabel bagi memudahkan kerja dan pengurusan barang-barang serta mengekalkan kekemasan bilik.

Terdapat 2 tandas di dalam bangunan prasekolah Deena dan setiap satunya adalah seluas 8 x 4 kaki persegi. Tandas ini dilengkapi dengan tingkap kecil dan kipas pengalir udara untuk mengalirkan bau busuk ke luar. Tandas ini turut dilengkapi dengan mangkuk tandas, tapak pemijak serta sinki dan cermin yang mengikut saiz dan ketinggian kanak-kanak. Lantainya pula dipasang dengan jubin anti lumut dan anti licin bagi mengelakkan kemalangan.

Bilik pembelajaran khas pula merupakan sebuah dapur usahawan dan digunakan juga sebagai bilik makan kanak-kanak. Billik ini seluas 10 X 10 kaki persegi Bilik ini menempatkan beberapa set dapur untuk kanak-kanak serta sinki untuk kemudahan kanak-kanak. Bilik ini digunakan apabila kanak-kanak menjalankan aktiviti seperti masakan, pembungkusan makanan, serta lain-lain aktiviti yang menggunakan peralatan di dapur.

Bilik Matahari pula merupakan satu bilik pembelajaran seluas 10 x 10 kaki persegi. Bilik ini menempatkan sebuah papan putih, dua buah meja bulat, enam buah meja trapezium, lima buah meja segi empat, dan dua puluh kerusi bersaiz kecil khas untuk kanak-kanak. Dinding bilik ini dihiasi dengan pelbagai jenis carta dan mural bagi membantu aktiviti pembelajaran kanak-kanak. Di bahagian syiling pula turut tergantung pelbagai mobil dan bahan bantu mengajar yang lain untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif dan menyeronokkan kanak-kanak.

Bilik pembelajaran kedua pula dinamakan Bilik Teratai dan bilik ini adalah seluas 10 X 12 kaki persegi. Bilik ini dilengkapi dengan permaidani pelbagai warna bagi menandakan kawasan kanak-kanak. Bilik ini digunakan untuk aktiviti permainan dalam, kerja berkumpulan dan juga bilik aktiviti kreativiti dan estetika. Bilik ini lebih khusus kepada sudut kreativiti dan fizikal. Terdapat juga beberapa tingkap untuk pengaliran udara dan satu pintu masuk.

Terdapat sebuah garaj berbumbung di bahagian hadapan prasekolah kami. Garaj ini adalah seluas 10 x 6 kaki persegi. Terdapat sebuah pintu masuk utama dan empat rak kasut untuk kanak-kanak yang disusun di tepi dinding. Garaj ini digunakan sebagai tapak perhimpunan kanak-kanak diwaktu pagi dan tempat kanak-kanak menunggu ibu bapa mereka ketika waktu petang selepas selesai waktu persekolahan. Lantai garaj ini dikemaskan dengan jubin jenis kesat bagi mengelakkan lantai menjadi licin apabila terkena tempias hari hujan.

Bilik guru dan ibu bapa di prasekolah kami adalah seluas 10 X 6 kaki persegi. Bilik ini menempatkan sebuah meja guru, sebuah kerusi beroda untuk guru, sebuah rak fail, dan satu set sofa untuk ibu bapa. Terdapat dua pintu masuk iaitu satu dari arah luar bangunan dan satu lagi dari arah dalam bangunan. Kedua-dua pintu masuk ini berupa pintu kaca jenis gelongsor.bagi membolehkan guru memantau keadaan di dalam dan di luar bangunan. Bilik ini dilengkapi dengan penyaman udara bagi memberi keselesaan kepada guru dan ibu bapa. Bilik ini turut dilengkapi dengan satu cermin menghadap ke dalam kelas dan dig