PROJEK LANDSKAP TAMAN

• Published on
30-Jun-2015

• View
3.860

• Download
12

Embed Size (px)

Transcript

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA HBLS 2103:PENGENALAN AGROTEKNOLOGI SEMESTER SEPTEMBER 2010 ARAHAN KEPADA PELAJAR

1. Tugasan ini mengandungi SATU (1) soalan sahaja. Anda boleh menjawab sama

ada menggunakan Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu. 2. Tugasan anda perlu ditaip atas kertas A4 dengan menggunakan saiz font 12 Times New Roman dan langkau baris 1.5. 3. Tugasan anda hendaklah diserahkan kepada tutor sebelum atau selewat-lewatnya pada tutorial ke 4 (empat)4.

Tugasan anda akan dinilai berdasarkan kepada spesifikasi rubrik yang disertakan di dalam soalan tugasan.

5. Tugasan anda akan dinilai berdasarkan kepada keupayaan anda menghuraikan persoalan yang diberikan dengan disokong oleh hujah-hujah dan bahan-bahan bukti yang tepat dan relevan.6. Tugasan ini menyumbang sebanyak 30% kepada gred akhir kursus.

SOALAN TUGASAN Anda telah diminta oleh pihak sekolah untuk menyediakan sebuah taman di kawasan sekolah yang menggabungkan tiga elemen iaitu pokok-pokok hiasan, sayur-sayuran dan ikan hiasan. Sediakan satu kertas cadangan kepada jawatankuasa Keceriaan sekolah. Dalam penyediaan kertas cadangan tersebut, perkara-perkara berikut haruslah disertakan: i. ii. a. b. c. iii.iv.

Pengenalan Rasional pemilihan dan jenis-jenis: Pokok hiasan Sayur-sayuran Ikan Hiasan Lukisan pelan induk taman Sertakan gambar-gambar contoh taman yang telah dilawati sebagai rujukan dan

panduan dalam perancangan taman anda. v. a. b. c. Spesifikasi pengurusan dan penyenggaraan taman yang merangkumi Penjagaan pokok hiasaan Penjagaan sayur-sayuran Penjagaan dan pengurusan ikan hiasan

(markah 30)

PENGENALANTUJUAN Cadangan pembangunan untuk menyediakan sebuah taman di kawasan sekolah yang menggabungkan tiga elemen iaitu pokok-pokok hiasan, sayur-sayuran dan ikan hiasan di kawasan Sekolah Kebangsaan Ramuan China Besar ,Masjid Tanah Melaka. MATLAMAT 1. Merancang penyediaan lanskap meliputi keperluan softscape and hardscape dalam pembinaan taman di sekitar kawasan sekolah. 2. Menonjolkan imej serta identiti Sekolah Kebangsaan Ramuan China Besar yang menjadikan suasana pembelajaran murid adalah berasaskan Pembelajaran di Dalam Taman. 3. Memelihara dan memelihara flora dan fauna yang terdapat di kawasan tapak terutamanya spesis yang hampir pupus dan sukar ditemui seperti 4. Menambah nilai estetik sekolah ini terutama kepada para ibu bapa serta pelawat yang melawat ke sekolah ini. OBJEKTIF Projek ini adalah bertujuan untuk menyediakan sebuah taman yang berinformasi (mesra pelajar) di samping memelihara dan memulihara unggas dan tanaman asal yang mungkin pupus ditelan arus pembangunan..Ianya juga dapat menyediakan tapak untuk muridmurid lebih mengenali pokok-pokok hiasan ,jenis-jenis ikan hiasan dan sayur-sayuran yang mungkin sebelum ini mereka tidak pernah temui.

LATAR BELAKANG PROJEK DAN TAPAKNAMA PROJEK Cadangan pembinaan taman bunga di kawasan Sekolah Kebangsaan Ramuan China Besar. LOKASI Tapak lokasi terletak di satu kawasan lapang yang dahulunya dikenali sebagai Dataran Juara KESESUAIAN LOKASI 1. Kawasan ini telah terbiar dengan agak lama dan telah berlaku sedikit hakisan tanah terutama selepas hujan , tanah-tanah tadi akan dihanyutkan air dan sedkit demi sedikit membawa kepada hakisan yang teruk.Cadangan untuk menanam tumbuhan hortikultur terutama tumbuhan penutup bumi seperti rumput turf ,Arachis pintoi dan ros Jepun boloeh menutup bumi dengan baik dan mengelakkan hakisan dari berlaku. 2. Terdapat sebuah kolam lama di tengah-tengah kawasan projek yang akan di baik pulih serta sesuai untuk penternakan ikan-ikan hiasan. 3. Memandangkan kawasan projek sebelum ini agak panas ,maka dengan menanam tumbuhan hiasan ini dapat menyekat pancaran matahari terik dan dengan ini dapat menyejukkan persekitaran. 4. Keadaan topografinya yang rata dan rendah serta cuaca yang berangin membuatkan tapak ini sesuai sebagai tempat untuk murid-murid berehat serta dapat membuat aktiviti luar di kawasan ini.

SKOP PROJEK DAN CADANGAN Projek ini bakal menggabungkan antara tiga elemen iaitu pokok-pokok hiasan , sayursayuran dan ikan hiasan.Ketiga-tiga elemen ini akan berfungsi di dalam mewujudkan suasana flora dan fauna di samping memberikan suasana santai di kalangan murid dan guru apabila berada di dalam kawasan taman ini.Rasional pemilihan jenis-jenis ketigatiga elemen ini adalah seperti berikut: 1. Pokok Hiasan BIL 1. NAMA/JENIS Rumput turf GAMBAR CONTOH RASIONAL Rumput Turf akan di gunakan

sebagai penutup bumi.Ianya bukan sahaja dapat mengindahkan suasana malah dapat menghalang hakisan tanah daripada berlaku.

2.

Pokok Jenjarum (Ixora Javanica)

Pokok di atas

Jenjarum permukaan

ini

adalah

tumbuhan renek yang hidup rendah bumi.Ianya berbunga dengan cantik dan sesuai ditanam di sekeliling taman.

3.

Pokok Palma Kipas (Licuala Grandis)

Pokok Palma ini merupakan Tumbuhan Pinggiran Jalan yang terdiri daripada pokok pokok besar yang boleh memberi teduhan kepada murid-murid yang ingin berteduh atau berehat di bawahnya.Akarnya pula tidak merosakkan jalan serta daun dan bunganya tidak mengotorkan jalan.

4.

Akar Dani (Quisqualis indica)

Pokok Akar Dani ini merupakan Tumbuhan Memanjat yang sesuai di tanam bagi memanjat kayukayu sokongan yang dinina dalam bentuk para.Pokok ini akan dapat memberi teduhan yang baik dan boleh menghiaskan kawasan kawasan pejalan kaki.Pokok ini juga mengeluarkan bunga-bunga yang menarik.

5.

Teratai

Pokok Teratai boleh tumbuh dengan baik di dalam kolam.Ianya bukan sahaja cantik malah dapat menjadi tempat untuk ikan-ikan hiasan mendapatkan makanan. Teratai termasuk tumbuhan yang hidup di air (hidrofit). Daun teratai umumnya berbentuk bulat. Ada jenis teratai yang diameter daunnya mencapai 1-2 meter. Daun yang lebar ini memudahkan penguapan air serta fotosintesis. Tanaman teratai tumbuh dari dasar air. Tangkai daun cenderung tumbuh menjalar, sehingga helai daun selalu terlihat mengapung. Tangkai bunga cenderung tumbuh tegak sehingga bunga teratai dapat muncul dan menyembul dari permukaan air. Akar tanaman teratai tumbuh di dasar air batangnya berada di dalam air. Bunga teratai memiliki banyak lapisan kelopak.

2. Sayur- sayuran Objektif untuk menanam sayur-sayuran di dalam taman ini adalah bertujuan untuk mendedahkan murid-murid tentang kepentingan sayuran tanpa mengira peringkat umur.Selain daripada membekalkan vitamin sayur-sayuran juga dapat meneutralkan bahan-bahan berasid yang dikeluarkan semasa penghadaman daging dan lain-lain makanan. Murid-murid juga bakal didedahkan tentang proses penanaman , cara pengurusan dan cara pemugutan hasil tanaman. Untuk kertas kerja ini , kami telah merancang untuk menanam sayur-sayuran daripada Jenis Daun, Jenis Buah dan Jenis Akar. Rasional pemilihan adalah seperti berikut : BIL. JENIS NAMA GAMBAR CONTOH RASIONAL Kebaikan sayur-sayuran

SAYURAN SAYURAN 1. Sayuran Daun Sawi Hijau

tidak terhingga. Pertama, ia rendah lemak, kalori dan natrium serta tidak mengandungi juga vitamin, aktif kolesterol. mengandungi mineral, serat, sebagai

Selain itu, sayur-sayuran

karoteinoid dan bahan bio(dipanggil bahan fitokimia).

Kailan

Kailan merupakan sejenis sayur daun yang bernilai sederhana digemari dipercayai kawasan tetapi kini kebanyakan beriklim sederhana. Di Semenanjung Malaysia, kawasan pengeluar utama kailan ialah Johor diikuti oleh Melaka, Perak dan Pulau Pinang. tropika tinggi ramai. berasal ditanam dan Ia dari di dan

Mediteranean, negeri

2.

Sayuran Buahan

Kacang Panjang

Kaya vitamin C, mineral dan nutrien. sayuran hijau membantu dalam menguatkan imunisasi badan serta kesihatan mata dan kulit Cili ialah sejenis sayuran berbuah yang popular di kalangan penduduk Malaysia. Ia dipercayai berasal dari Mexico dan Amerika Selatan, tetapi sekarang ditanam disemua negeri beriklim tropika. Cili yang dikenali juga sebagai lada atau cabai, kebanyakannya ditanam dikawasan tanah rendah

Cili

Keledek sejenis 3. Sayuran Akar Keledek yang kaya

merupakan sayuran berubi dengan dari

karbohidrat dan karotena. Dipercayai berasal Amerika Tengah dan dari barat laut Amerika Latin

3. Ikan Hiasan Ikan Hiasan merupakan satu identiti bagi mewujudkan situasi menarik bagi sesebuah taman. Dalam pada itu dapat mendedahkan murid-murid tentang perasaan sayang terhadap hidupan fauna. Di samping itu juga , murid-murid dapat mengenali sifat-sifat sebenar ikan-ikan hiasan. Untuk projek ini , ikan-ikan hiasan akan dipelihara di dalam kolam yang terletak di tengah-tengah taman.Kolam berbentuk sfera ini akan dipenuhi dengan ikan ikan daripada jenis ikan air tawar iaitu ikan koi. Rasional pemilihan bagi ikan jenis ini adalah seperti berikut : BIL 1. JENIS Ikan Koi CONTOH GAMBAR RASIONAL PEMILIHAN Ikan Koi merupakan sejenis ikan kap yang banyak dipelihara sebagai ikan hiasan kerana sifatnya yang lemah lembut. Ia hampir menyerupai ikan Emas dan memang dalam famili yang sama dengan ikan Emas.Jenis Ikan Koi Terdapat banyak sekali jenis ikan koi, tiga antaranya yang sangat terkenal disebut Gosanke.

PELAN KEDUDUKAN TAMAN

CADANGAN TAPAK TAMAN

Jalan Makmal Komputer Padang Bangunan Sekolah

PELAN INDUK TAMAN

Pokok Palma Kipas

Pokok Jenjarum Kolam Ikan Hiasan Gondola

Sayur

Pintu Masuk Sayur

Batu Rawatan Kaki Pokok Palma Kipas

Titi Kolam

Sayur Rumput Penutup Bumi

Maklumat Sokongan

(Sorotan tinjauan ke taman)

Gambar

Lokasi / Maklumat

Lokasi : Jenis Tanaman: Maklumat:

SPESIFIKASI PENGURUSAN DAN PENYELENGGARAANa.) Penjagaan pokok hiasan

b.) Penjagaan sayur-sayuran c.) Penjagaan dan pengurusan ikan hiasan

Penjagaan pokok hiasan

Tumbuhan hiasan akan tumbuh lebih sekata jika ditanam pada satu batas yang disediakan dengan betul. Untuk menanam pokok pokok hiasan di dalam taman ini kami bercadang untuk menanam secara bekumpulan atau sekelompok. 1) 2) Tanah tanah akan digemburkan terlebih dahulu sedalam 30 cm. Batas dinaikkan setinggi 15 hingga ke 30 cm tinggi.Selain itu ditambah dengan

bahan-bahan pembaikan tanah. 3) Campuran baja NPK 10-10-10 sebanyak 0.45 kg bagi setiap kaki persegi luas

batas boleh digunakan.4)

Anak pokok akan ditanam mengikut cara menanam pokok secara tunggal . Permukaaan tanah akan ditutup dengan beberapa sentimeter sungkupan untuk

5)

menghalang pertumbuhan rumpai dan mengawal kelembapan. 6) Batas seterusnya akan disiram dengan sama rata.

Kebanyakkan tanaman hiasan dalam landskap memerlukan penjagaan untuk terus hidup sihat dan menarik. Penyiraman , pembajaan ,pemangkasan ,sungkupan dan kawalan perosak serta penyakit yang teratur adalah penting dalam proses pengurusan landskap yang bagus.

1) a)

Penyiraman dan Sungkupan Penyiraman

Tumbuhan memerlukan cukup air semasa awal pertumbuhan. Namun apabila ia telah sempurna tumbuh ,tanaman boleh hidup tanpa siraman selama beberapa hari malah berminggu-minggu. Tanda tanaman yang kekurangan air boleh kita dapati daripada melihat daun nya yang mula layu dan warnanya semakin pudar.Oleh yang demikian ,penyiraman perlu dilakukan

sekurang-kurangnya dua ke tiga kali seminggu pada musim kurang hujan ataupun di tempat-tempat yang terlindung daripada hujan. b) Sungkupan

Ia adalah merupakan proses penutupan permukaan tanah di sekeliling pangkal pokok dengan bahan-bahan seperti rumput kering , lalang kering ,jerami padi dan plastik hitam. Sungkupan dilakukan bertujuan untuk pokok tidak perlu disiram selalu.Ia juga dapatmenghalang pertumbuhan rumpai , mengelakkan penyakit bawahan tanah tertentu terutama pada daun dan menstabilkan suhu tanah agar akar terlindung daripada suhu yang ekstrim. Selain itu bahan organik pada tanah akan bertambah jika bahan organik digunakan sebagai sungkupan. 1) a) Membaja dan Memangkas Membaja

Pembajaan adalah sangat penting bagi mengekalkan unsur-unsur nitrogen , fosforus , kalium dan sebagainya kepada tanaman. Terdapat pelbagai bentuk baja di pasaran dan dalam pelbagai bentuk sama ada bentuk debu , cecair , bebutir ,kapsul ,pellet dan sebagainya.Baja berbeza dari segi kandungan dan kadar pelepasan nutriennya.Jenis baja dipilh bukan sahaja berdasarkan kos malah perhatian juga perlu diberikan terhadap jenis pokok yang hendak dibaja,kandungan nutrien yang sedia ada di dalam tanah dan bentuk pertumbuhan yang diinginkan. Cara Melakukan Pembajaan

Menabur

Alur

Poket

Suntikan

Membaja Alur Poket Gali lubang lubang kecil di bawah kanopi di sekeliling pokok jarak di antara 4560 cm dan kedalaman lubang lebih kurang 15 cm. Letak baja di dalam lubang , kambus semula dan siram. Letakkan baja di dalam alur kecil yang digali di bawah hujung kanopi di sekeliling pokok. Kambus semula alur dan siram. Tabur baja di bawah sudut pokok. Gembur tanah supaya baja mudah bergaul dengan tanah dan siram.

Suntikan Untuk keadaan tertentu sekiranya akar pokok telah rosak dan tidak dapat mengambil baja dengan baik. Lubang boleh ditebuk pada batang dan masukkan baja kapsul ke dalam lubang. Baja cecair boleh disuntik dengan alat khas ke dalam lubang.

Memangkas Bermaksud memotong bahagian bahagian tertentu tumbuhan. Bertujuan untuk : Mendapatkan sesuatu bentuk atau saiz yang diingini. Membuang dahan atau ranting yang mati , rosak atau berpenyakit. Menggalakkan pertumbuhan baru yang cergas.

Potong berhampiran dengan (a) tunas, (b) cabang sisi, dan (c) Batang utama.Jangan tinggalkan tunggul Perlindungan Tanaman a) Kawalan Rumpai Rumpai boleh dikawal secara mekanikal iaitu menggunakan tangan, sungkupan atau secara kimia dengan menggunakan racun rumpai.Racun rumpai pracambah digunakan untuk mengawal rumpai diperingkat awal sebelum percambahn biji benih rumpai. b)Perosak dan Penyakit Gunakan bahan tanaman yang tidak mudah diserang serangga perosak atau penyakit. Mengikuti program pengurusan yang betul untuk menjamin kesihatan tanaman. Awasi tanaman secara berkala.Mengesan awal penyakit dapat menyelamatkan Pokok

Pengurusan Sayur-Sayuran Sayuran sangat penting kepada manusia kerana ianya membekalkan vitamin, garam mineral, protein, karbohidrat dan lemak. Jenis Sayur-sayuran Sayur-sayuran boleh dibahagikan kepada empat jenis utama mengikut bahagian-bahagian makanan. Jadual Jenis Sayur-Sayuran

Bil 1 2 3 3

Jenis sayuran daun kekacang buah akar / umbisi

Contoh bayam, sawi bunga, sawi putih, kobis dan kangkung kacang botor/kelisa, kacang buncis, kacang tanah dan kacang panjang bendi, cili, kundur, terung, petola, timun, tomato halia, lobak putih, lobak merah, ubi keledek, ubi sengkuang, keladi

Pemilihan Tapak Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi pemilihan tapak pertanian antaranya termasuklah berhampiran dengan bandaraya atau pekan bagi memudahkan proses pemasaran.Berhampiran dengan sumber air bagi memudahkan penyiraman dan mencuci sebelum pasaran dilakukan.Di kawasan yang luas dan lapang supaya cahaya matahari terkena terus kepada tanaman bagi tujuan fotosentisis dan akar pokok tidak bersaing untuk mendapatkan air dan nutrien. Penyediaan tapak Tanah akan terjejas jika mempunyai...