PSV SPM2014

  • Published on
    30-Dec-2015

  • View
    894

  • Download
    0

Embed Size (px)

DESCRIPTION

seni

Transcript

  • TERHAD 1 2611/3

    [Lihat halaman sebelah2611/3 2014 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD

    LEMBAGA PEPERIKSAANKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

    SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2014 2611/3PENDIDIKAN SENI VISUALKAJIAN REKAAN SENI VISUALKERJA KURSUSKertas 3Februari Julai

    1. Kertas ini mengandungi sembilan tugasan: Tugasan 1 hingga Tugasan 9.

    2. Calon diwajibkan melaksanakan satu tugasan sahaja.

    3. Calon dikehendaki melaksanakan tugasan tersebut dan memenuhi semua aspekyang ditetapkan.

    Kertas ini mengandungi 22 halaman bercetak.

  • TERHAD 2 2611/3

    2611/3 2014 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD

    ARAHAN KEPADA CALON

    1. Calon SPM yang mengambil mata pelajaran Pendidikan Seni Visual wajibmelaksanakan kerja kursus ini. Calon yang tidak melaksanakan kerja kursus ini akandianggap tidak hadir bagi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual.

    2. Kajian Rekaan Seni Visual hendaklah dilaksanakan secara individu dari bulanFebruari hingga bulan Julai 2014.

    3. Dokumentasi serta catatan bukti kajian hendaklah ditulis tangan atau menggunakancetakan komputer.

    4. Semua bukti kajian, lakaran proses dan hasil rekaan hendaklah asli, dihasilkan sendirioleh calon dan tidak ditiru daripada mana-mana sumber.

    5. Bukti kajian dan lakaran kajian hendaklah dihasilkan menggunakan kertasberukuran lebih kurang 28 cm 38 cm.

    6. Calon hendaklah mendapatkan bimbingan guru mata pelajaran dalam pemilihantugasan dan sepanjang pelaksanaan kerja kursus tersebut.

    7. Calon hendaklah mendapatkan pengesahan daripada guru pembimbing setiap kalisesi perbincangan dengan mendapatkan tandatangan guru dan tarikh.

    8. Calon mestilah memenuhi semua aspek dalam kriteria penskoran untuk mendapatkangred Cemerlang dan Baik. Gred cemerlang dan baik akan dicatat dalam sijilpencapaian calon yang akan dikeluarkan oleh pihak sekolah. PencapaianMemuaskan, Sederhana dan Tidak Mencapai Tahap Minimum tidak akan dicatatdi dalam sijil.

    9. Lakaran yang menggunakan komputer sepenuhnya dihadkan kepada tigahelai sahaja.

    10. Calon boleh menggunakan warna dan media lain untuk lakaran kajian.

    11. Hasil kerja calon hendaklah dilakukan secara manual dan calon tidak dibenarkanmenghasilkan kerja dalam bentuk kolaj sepenuhnya.

    12. Semua bukti hasil kajian hendaklah dimasukkan ke dalam satu sampul portfolio.Calon digalakkan menjilid hasil kajian.

    13. Penilaian proses kerja dan pemberian markah calon akan dilakukan sepanjangmasa kerja kursus dilaksanakan berdasarkan aspek dan kriteria.

    14. Semua hasil kajian, lakaran proses dan hasil rekaan hendaklah kemas.

  • TERHAD 3 2611/3

    [Lihat halaman sebelah2611/3 2014 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD

    TUGASAN 1

    BIDANG : REKA BENTUK

    TAJUK : LANSKAP PERSEKITARAN

    PRODUK : LANSKAP KEDIAMAN

    SITUASI

    Sumber di bawah menunjukkan rumah pangsa.

    Akibat daripada harga hartanah yang semakin tinggi, banyak rumah pangsa dibinabagi menampung keperluan perumahan penduduk. Rumah pangsa tidak mempunyailaman yang boleh dibuat lanskap kediaman untuk tujuan meredakan tekanan selepaspulang dari kerja. Rumah pangsa hanya mempunyai balkoni yang kecil. Balkoni inilahyang digunakan oleh penghuni untuk berehat dan mengambil angin bagi meringankanketegangan dan kepenatan sambil melihat pemandangan luar.

  • TERHAD 4 2611/3

    2611/3 2014 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD

    TUGASAN

    Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan satu reka bentuk lanskap kediamanyang menarik di kawasan balkoni rumah pangsa. Anda haruslah mengambil kira saiz balkoniyang kecil dan terhad.

    Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi perkara berikut:

    1. Koleksi gambar lanskap yang berkaitan dengan tajuk sebagai sumber ilham.

    2. Koleksi gambar pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan dan hiasan yang sesuai.

    3. Lakaran pelan konsep mengikut skala.

    4. Lakaran tumbuh-tumbuhan dan hiasan yang sesuai untuk lanskap.

    5. Lukisan atau catan realistik beberapa tumbuhan yang dipilih.

    6. Lakaran reka letak tumbuhan dan hiasan.

    7. Lakaran pelan tapak yang sebenar mengikut skala.

    8. Lukisan dari tiga sudut pandangan yang menarik.

    9. Lukisan persembahan pada situasi sebenar.

    10. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan.

    11. Lukisan atau gambar foto proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan.

  • TERHAD 5 2611/3

    [Lihat halaman sebelah2611/3 2014 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD

    Berdasarkan kajian tersebut, model rekaan lanskap kediaman tersebut mestilah mengikutspesifikasi berikut:

    Bahan : Bebas

    Teknik : Bebas

    Ukuran : PanjangLebar

    Tema : Mengikut kajian

    Contoh:

    Nota:1. Hasil kerja anda hendaklah kukuh dan stabil.2. Model tumbuh-tumbuhan dan hiasan hendaklah dihasilkan oleh pelajar sendiri.

    - 45 cm- 25 cm

    25 cm45 cm

  • TERHAD 6 2611/3

    2611/3 2014 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD

    TUGASAN 2

    BIDANG : REKA BENTUK

    TAJUK : REKA BENTUK INDUSTRI

    PRODUK : MOTOSIKAL ORANG KELAINAN UPAYA (OKU)

    SITUASI

    Anda mempunyai seorang sahabat Orang Kelainan Upaya (OKU) yang mengalamikecacatan di bahagian kakinya. Kecacatan ini menyukarkannya bergerak kerana motosikalyang sedia ada tidak mesra OKU.

    TUGASAN

    Anda sebagai seorang sahabat yang prihatin dikehendaki membuat kajian dan menghasilkansatu reka bentuk motosikal OKU bagi memudahkan sahabat anda bergerak dan menjalankanaktiviti harian dengan mudah.

    Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi perkara berikut:

    1. Koleksi gambar pelbagai jenis motosikal yang bersesuaian.

    2. Lukisan atau catan realistik motosikal OKU sedia ada.

    3. Lakaran olahan dan perkembangan idea reka bentuk motosikal OKU serta catatan.

    4. Lukisan reka bentuk motosikal OKU yang dipilih.

    5. Kajian warna motosikal OKU yang dipilih dengan catatan dan skema warna.

    6. Lukisan tiga dimensi dari tiga sudut pandangan berbeza.

    7. Ilustrasi persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi sebenar.

    8. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan.

    9. Lukisan atau gambar foto proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan.

  • TERHAD 7 2611/3

    [Lihat halaman sebelah2611/3 2014 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD

    Berdasarkan kajian tersebut, model reka bentuk motosikal OKU anda hendaklah mengikutspesifikasi berikut:

    Bahan : Bebas dan bersesuaian

    Ukuran : PanjangLebarTinggi

    Bilangan warna : Bebas

    Contoh:

    Nota:1. Hasil kerja anda hendaklah kukuh dan stabil.

    - 30 cm- mengikut kesesuaian- 15 cm

    Sumber : www.pushinglimits.i941.net

  • TERHAD 8 2611/3

    2611/3 2014 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD

    TUGASAN 3

    BIDANG : KOMUNIKASI VISUAL

    TAJUK : ILUSTRASI DAN PEMBUNGKUSAN

    PRODUK : SARUNG BUKU

    SITUASI

    Sebuah syarikat penerbitan buku akan menerbitkan sebuah buku cerita kanak-kanakbertemakan fiksyen sains.

    TUGASAN

    Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan sarung buku bagi buku ceritakanak-kanak tersebut supaya kelihatan eksklusif.

    Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi perkara berikut:

    1. Koleksi gambar pelbagai jenis sarung buku.

    2. Lakaran reka bentuk sarung buku dengan catatan.

    3. Lakaran olahan dan perkembangan idea ilustrasi pada sarung buku dengan catatan.

    4. Lakaran tipografi untuk kapsyen dan pelbagai teks yang berkaitan dengan catatan.

    5. Lakaran reka letak gabungan ilustrasi dan tipografi dengan catatan.

    6. Kajian warna berserta catatan dan skema warna.

    7. Ilustrasi sebenar sarung buku dari pandangan depan, tepi dan belakang.

    8. Ilustrasi persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi sebenar.

    9. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan.

    10. Lukisan atau gambar foto proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan.

  • TERHAD 9 2611/3

    [Lihat halaman sebelah2611/3 2014 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD

    Berdasarkan kajian tersebut, sarung buku anda hendaklah mengikut spesifikasi berikut:

    Bahan : Kertas yang bersesuaian

    Ukuran : PanjangLebarTinggi

    Bilangan warna : Bebas

    Teknik : Catan

    Kapsyen : Bebas mengikut kajian

    Contoh:

    Nota:1. Hasil kerja hendaklah kemas.2. Teknik kolaj tidak dibenarkan.

    - 21 cm- 2 cm- 30 cm

    Hadapan Belakang

  • TERHAD 10 2611/3

    2611/3 2014 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD

    TUGASAN 4

    BIDANG : SENI HALUS

    TAJUK : ARCA

    PRODUK : ARCA BINAAN

    SITUASI

    Maklumat di bawah menerangkan tentang bahaya plastik.

    Berdasarkan maklumat tersebut, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar inginmengadakan satu pertandingan menghasilkan arca dari botol-botol plastik supaya orangramai sedar bahawa botol-botol plastik ini selain dibuang begitu sahaja dan merosakkanalam sekitar boleh juga menghasilkan satu hasil seni yang menarik.

    BAHAYA PLASTIK KEPADA KEHIDUPAN

    SEMPORNA 18 Nov - Plastik merupakan sampah yang palingbanyak terkumpul di tapak-tapak pelupusan sampah di negeri inidengan kadar 70 peratus berbanding bahan buangan lain. Bahanitu turut mencemarkan keindahan laut yang menjadi nadi utamamasyarakat nelayan di negeri ini. Kesan daripada pembuanganplastik ke laut bukan sahaja mengancam pendapatan nelayanmalahan hidupan marin seperti penyu dan terumbu karang turutterjejas. Plastik mengambil masa lebih 20 tahun untuk reputberbanding dengan sisa pepejal lain yang hanya mengambil masabeberapa minggu sahaja untuk terurai.

    Sumber dipetik dan diubahsuai :utusan.com.myBertarikh 19 November 2010

  • TERHAD 11 2611/3

    [Lihat ha