PUSAT PUSAT

• Published on
18-Oct-2015

• View
15

• Download
0

Embed Size (px)

DESCRIPTION

sains sains

Transcript

5/27/2018 PUSAT PUSAT

1/28

Home

AWAL SAINS DAN

KANAK-KANAK" we love science"stay updated via rss LATEST POSTS

o EKSPERIMEN BOTOL MUZIKo Assalamualaikumo MARI KITA CUBA BUAT AISKRIM GOYANG..o SURPRISE.TELURTERAPUNG !!!!!!o EKSPERIMEN OH EKSPERIMEN..o LAWATAN KE PUSAT SAINS NEGARA PADA 23 -10-2011o KITAR SEMULA DAN KANAK-KANAK PRASEKOLAH

o KEMPEN SELAMATKAN HARIMAU DARIPADA KEPUPUSANo TEORI PELAZIMAN THORNDIKEo Bahan Bacaan Sains Kanak-Kanak

CATEGORIESo eksperimen (1)o Uncategorized (10)

LAWATAN KE PUSAT SAINS NEGARA PADA 23 -10-2011Posted: November 26, 2011 inUncategorized

0
http://syimarsogimin.wordpress.com/http://syimarsogimin.wordpress.com/http://syimarsogimin.wordpress.com/http://syimarsogimin.wordpress.com/http://syimarsogimin.wordpress.com/feed/http://syimarsogimin.wordpress.com/2013/07/14/eksperimen-botol-muzik/http://syimarsogimin.wordpress.com/2013/07/12/assalamualaikum/http://syimarsogimin.wordpress.com/2013/07/12/assalamualaikum/http://syimarsogimin.wordpress.com/2011/12/21/assalamualaikum-2/http://syimarsogimin.wordpress.com/2011/12/21/assalamualaikum-2/http://syimarsogimin.wordpress.com/2011/12/21/assalamualaikum-2/http://syimarsogimin.wordpress.com/2011/12/18/surprise-telur-terapung/http://syimarsogimin.wordpress.com/2011/12/18/surprise-telur-terapung/http://syimarsogimin.wordpress.com/2011/12/18/eksperimen-oh-eksperimen/http://syimarsogimin.wordpress.com/2011/12/18/eksperimen-oh-eksperimen/http://syimarsogimin.wordpress.com/2011/12/18/eksperimen-oh-eksperimen/http://syimarsogimin.wordpress.com/2011/11/26/lawatan-ke-pusat-sains-negara-pada-23-10-2011/http://syimarsogimin.wordpress.com/2011/11/20/kitar-semula-dan-kanak-kanak-prasekolah/http://syimarsogimin.wordpress.com/2011/11/12/kempen-selamatkan-harimau-daripada-kepupusan/http://syimarsogimin.wordpress.com/2011/10/27/teori-pelaziman-thorndike/http://syimarsogimin.wordpress.com/2011/10/18/bahan-bacaan-sains-kanak-kanak/http://syimarsogimin.wordpress.com/category/eksperimen/http://syimarsogimin.wordpress.com/category/uncategorized/http://syimarsogimin.wordpress.com/category/uncategorized/http://syimarsogimin.wordpress.com/category/uncategorized/http://syimarsogimin.wordpress.com/category/uncategorized/http://syimarsogimin.wordpress.com/2011/11/26/lawatan-ke-pusat-sains-negara-pada-23-10-2011/#respondhttp://syimarsogimin.wordpress.com/2011/11/26/lawatan-ke-pusat-sains-negara-pada-23-10-2011/#respondhttp://syimarsogimin.wordpress.com/2011/11/26/lawatan-ke-pusat-sains-negara-pada-23-10-2011/#respondhttp://syimarsogimin.wordpress.com/category/uncategorized/http://syimarsogimin.wordpress.com/category/uncategorized/http://syimarsogimin.wordpress.com/category/eksperimen/http://syimarsogimin.wordpress.com/2011/10/18/bahan-bacaan-sains-kanak-kanak/http://syimarsogimin.wordpress.com/2011/10/27/teori-pelaziman-thorndike/http://syimarsogimin.wordpress.com/2011/11/12/kempen-selamatkan-harimau-daripada-kepupusan/http://syimarsogimin.wordpress.com/2011/11/20/kitar-semula-dan-kanak-kanak-prasekolah/http://syimarsogimin.wordpress.com/2011/11/26/lawatan-ke-pusat-sains-negara-pada-23-10-2011/http://syimarsogimin.wordpress.com/2011/12/18/eksperimen-oh-eksperimen/http://syimarsogimin.wordpress.com/2011/12/18/surprise-telur-terapung/http://syimarsogimin.wordpress.com/2011/12/21/assalamualaikum-2/http://syimarsogimin.wordpress.com/2013/07/12/assalamualaikum/http://syimarsogimin.wordpress.com/2013/07/14/eksperimen-botol-muzik/http://syimarsogimin.wordpress.com/feed/http://syimarsogimin.wordpress.com/http://syimarsogimin.wordpress.com/http://syimarsogimin.wordpress.com/

5/27/2018 PUSAT PUSAT

2/28

Pada 23hb Oktober yang lalu, saya dan rakan-rakan telah pergi ke Pusat Sains Negara

(http://www.psn.gov.my/bm/default.htm )

Tiket berharga RM3.00 boleh didapati di kaunter pintu masuk. Waktu lawatan: Isnin Ahad (9:00 pagi5:00 petang);

Pelawat dibenarkan masuk hingga pukul 4:00 petang.

SEKITAR LAWATAN KE PUSAT SAINS NEGARA (PSN)
http://www.psn.gov.my/bm/default.htmhttp://www.psn.gov.my/bm/default.htmhttp://www.psn.gov.my/bm/default.htmhttp://syimarsogimin.files.wordpress.com/2011/11/dscf5909.jpghttp://syimarsogimin.files.wordpress.com/2011/11/dscf5933.jpghttp://syimarsogimin.files.wordpress.com/2011/11/dscf6125.jpghttp://syimarsogimin.files.wordpress.com/2011/11/dscf6126.jpghttp://syimarsogimin.files.wordpress.com/2011/11/dscf5909.jpghttp://syimarsogimin.files.wordpress.com/2011/11/dscf5933.jpghttp://syimarsogimin.files.wordpress.com/2011/11/dscf6125.jpghttp://syimarsogimin.files.wordpress.com/2011/11/dscf6126.jpghttp://syimarsogimin.files.wordpress.com/2011/11/dscf5909.jpghttp://syimarsogimin.files.wordpress.com/2011/11/dscf5933.jpghttp://syimarsogimin.files.wordpress.com/2011/11/dscf6125.jpghttp://syimarsogimin.files.wordpress.com/2011/11/dscf6126.jpghttp://syimarsogimin.files.wordpress.com/2011/11/dscf5909.jpghttp://syimarsogimin.files.wordpress.com/2011/11/dscf5933.jpghttp://syimarsogimin.files.wordpress.com/2011/11/dscf6125.jpghttp://syimarsogimin.files.wordpress.com/2011/11/dscf6126.jpghttp://www.psn.gov.my/bm/default.htm

5/27/2018 PUSAT PUSAT

3/28

Pada hari Ahad bersamaan 23hb Oktober 2011, kami telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Pusat Sains Negara (PSN).

Kami tiba di PSN pada jam 1:30 petang. Memandangkan hari tersebut adalah hari kelepasan am, ramai pengunjung berada

disanasamada mereka datang dengan keluarga ataupun dengan rombongan sekolah. Lawatan ini adalah sebahagian daripada

tugasan mata pelajaran Awal Sains Kanak-kanak. Selain PSN, ada beberapa tempat pameran berunsurkan sains yang

terdapat di sekitar Lembah Klang seperti Petro Sains KLCC, Aquaria KLCC, taman burung, rama-rama dan sebagainya.

Sepanjang lawatan tersebut banyak fakta-fakta dan pengalaman menarik kami peroleh. Kami percaya dengan lawatan ini,

kami dapat menimba pengalaman dan memberi idea dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) awal kanak-kanak khasnya

mata pelajaran Awal Sains.

Tempat pertama yang menjadi destinasi kami adalah ke bahagian pameran sains yang dinamakan Laluan ke Alam Sains.

Kami melihat berbagai-bagai objek sains yang dipamerkan berkenaan manusia, makanan, tumbuhan, percambahan biji

benih, alam cakerawala, bumi, bintang, cahaya, bunyi dan sebagainya. Kami berpeluang mencuba sendiri dengan objek yang

dipamerkan.

Antara bahan pameran yang menarik perhatian kami adalah:

Objek yang dinamakan Sejuta Putaran dimana ianya memiliki enam (6) gear roda besar danlima(5) gear roda kecil.

Tombol ataupun engkol merah diputarkan mengikut arah jam. Apabila diputarkan roda besar pertama akan bergerak

sehingga menyentuh roda kecil pertama dan begitulah seterusnya sehingga habis kesemua roda yang ada diputarkan. Bagi

menjatuhkan gelas di hujung roda, memerlukan sebanyak sejuta putaran. Kami mencuba membuat putaran mengikut arahan

yang diberikan akan tetapi untuk mencapai putaran sebanyak sejuta pusingan agak mustahil. Di satu sudut dipamerkan

gambaran Kitaran Bumi yang menceritakan keadaan muka bumi yang terbentuk 200 juta tahun dahulu. Fakta yang ditulis

menyatakan bahawa bumi dibentuk menjadi superbenua yang dinamakan Pengaea. Superbenua kemudiannya terpisah

perlahan-lahan dan benua terus bergerak dan diliputi lautan sehinggalah membentuk rupa Bumi pada hari ini. Dinyatakan

juga perubahan atau pergerakan Bumi disebabkan oleh tektonik plat. Pergerakan dan perlanggaran plat ini menyebabkan

kejadian yang dinamakan gempa bumi, selain itu terdapat kemungkinan berlakunya pembentukan gunung berapi. Di sini

juga menceritakan bahawa dari permukaan kerak ke bahagian dalam Bumi terdiri daripada lapisan yang bergerak. Lapisan-

lapisan tersebut terdiri daripada lapisan pepejal dan juga cecair yang mempunyai suhu yang tinggi. Terdapatlima(5) butang

pada carta yang dipamerkan bagi mengetahui jumlah suhu setiap lapisan Bumi yang dinyatakan; namun butang tersebut

tidak berfungsi. Lapisan Bumi yang dinyatakan adalah:

1) Teras dalam (The inner core)

5/27/2018 PUSAT PUSAT

4/28

2) Teras luar (The outer core)

3) Mantel (The mantle)

4) Zon peralihan (The transition zone)

5) Kerak (The crust)

Lebih menarik lagi, di satu sudut Bumi Dari Udara mempamerkan pandangan Bumi yang dilihat dari angkasa lepas dan

ianya dibina seolah-olah Bumi sedang berputar.

Pada bahagian pameran yang dinamakan Bioteknologi dalam industri makanan. Di sini ditunjukkan rajah berkenaan

penghibridan, kesihatan dan faedah nutrisi dan bahan tambahan dan bantuan pemprosesan. Di sini dinyatakan kesan

bioteknologi kepada industri makanan dalam menghasilkan produk-produk makanan. Contoh-contoh bahan makanan yang

dipamerkan seperti jagung, minyak canola, cuka putih,perasa (flavourings), keju, garam, gula, emulsifier dan bicarbonate

of soda.

Di sini terdapat juga sudut pameran yang mempamerkan rangka burung yang sebenar. Akan tetapi tiada fakta lanjut yang

dinyatakan berkenaan rangka burung tersebut. Selain itu, ditunjukkan rupa sebenar pembentukan katak. Proses metamoforsis

katak yang bermula telur, menetas menjadi berudu, pembentukan kaki dan kemudiannya berubah secara berperingkat

sehingga menjadi seekor katak dewasa.

Kami juga melihat gambarajah proses pembesaran tumbuhan biji benih yang bercambah dan kemudiannya menjadi pokok

besar. Gambarajah dan penerangan yang ditunjukkan adalah jelas dan mudah difahami.

Seterusnya, bagi menguji kelikatan bendalir (liquid) dimana ianya dinamakan Tiub Kelikatan. Seperti dalam arahan,

tombol ditolak dan ditarik kembali bagi tujuan mengepam udara. Bagi membezakan kelikatan atau kepekatan bendalir di

dalam tiub tersebut, pemerhatian dibuat berdasarkan kelajuan bendalir tersebut bergerak. Dinyatakan juga semakin besar

rintangan bermakna semakin likat bendalir tersebut. Dapat kami simpulkan bahawa semakin pekat bendalir tersebut maka

semakin perlahan pergerakannya.

5/27/2018 PUSAT PUSAT

5/28

Bahagian pameran ini memang menarik perhatian. Ianya dinamakan Sinaran Cahaya. Di sini kami berpeluang bermain

sambil membuat eksperimen pantulan cahaya. Setiap jenis kanta akan memantulkan corak cahaya (rays) yang berbeza. Kanta

cembung dan kanta leper menghasilkan serakan atau corak yang berbeza; begitu juga jika sudut kanta dialihkan kepada sudut

darjah berbeza.

Kami melalui bahagian pameran yang menceritakan tentang Langit yang sentiasa resah (The restless sky), Kebijaksanaan

zaman kuno (Ancient Wisdom), Gambar-gambar di langit (Pictures in the sky) berkenaan gambaran yang terbentuk oleh

kumpulan bintang, Peralatan ahli sains Islam (Instruments of Islamic scientist), Jam cakerawala (The celestial time

clock), Mengukur alam semester (Measuring the universe),

Hujan Asid menceritakan tentang kejadian hujan yang turun bergabung dengan karbon dioksida dan g as-gas yang terdapat

di atmosfera menghasilkan hujan asid. Gas-gas yang bercampur dengan air hujan berpunca dari pencemaran udara yang

dihasilkan oleh asap kenderaan, kilang dan sebagainya.

Kami berpeluang mencuba eksperimen berkaitan Arus Udara; apabilabutang ditekan udara akan keluar melalui corong dan

bola akan terapung. Apabila kelajuan dinaikkan bola akan terapung semakin tinggi.

Kids Dicovery Place adalah satu ruang pembelajaran sains bagi kanak-kanak. Kami tertarik dan teruja akan tempat ini.

Saiz, bentuk, warna, susun atur dan hiasan perabot disesuaikan dengan saiz kanak-kanak. Situasi di sini menarik minat

kanak-kanak meneroka dan bermain dengan peralatan yang disediakan. Setiap meja dan sudut disediakan dengan set

permainan atau aktiviti sains dan matematik. Kami lihat kanak-kanak leka bermain dan memberi tumpuan terhadap perkara

yang dilakukannya. Di satu sudut lantai, ditunjukkan susunan planet yang terdapat di cakerawala manakala salah satu

dinding pula menunjukkan gambar matahari. Setiap sudut dan ruang dipenuhi dengan informasi bergambar menarik yang

bertemakan teknologi, planet dan angkasawan. Siling juga tidak ketinggalan dihias dengan menarik.

Kami melalui bahagian ruang tengah PSN, di sini terdapat KidzWorld dimana terdapat ruang bermain untuk kanak-kanak

berumur 4 tahun ke bawah dinamakan Peneroka Comel (Little Explorers). Permainan pelbagai bentuk seperti cendawan,

ulat bulu, hidupan laut dan sebagainya mengujakan bagi kanak-kanak. Di sini kanak-kanak kelihatan bebas bermain dan

bergerak. Bagi kanak-kanak yang matang mereka boleh bermain di Foam Factory di mana mereka menembak bola supaya

mengenai sasaran. Pertunjukan eksperimen sains juga diadakan di bahagian ini.

5/27/2018 PUSAT PUSAT

6/28

Kami berpeluang mengunjungi Pameran Dinasor yang julung kali diadakan. Pameran tersebut diadakan di tingkat dua

bangunan PSN. Pelbagai fakta menarik yang kami perolehi antaranya mengenal spesis dinasor seperti Stegosaurus,

Iguanadon, Lambeosaurus, Stegosaurus, Triceratops dan banyak lagi. Setiap specis dinasor yang dipamerkan diberikan

penerangan lengkap contohnya saiz, ketinggian, berat, jenis diet atau makanan dan jangka hayat. Di luar ruang pameran

dinasor kami lihat aktiviti kanak-kanak bermain pasir berwarna membentuk dinasor.

Selepas itu, kami singgah sekejap ke bahagian Alam Mesin Pintar di mana kami dapat melihat teknologi komputer yang

lama dipamerkan. Selain itu, terdapat banyak lagi jenis peralatan teknologi yang dipamerkan.

Memandangkan hari telah lewat petang, kami bergegas keluar ke Subterranean Journey untuk mengalami sendiri suasana

pengembaraan maya. Bangunan tersebut terletak berdekatan kaunter tiket pintu masuk ke PSN. Pada mulanya kami

sangkakan bangunan tersebut tutup tetapi petugas yang melihat kami menyuruh kami masuk dari pintu belakang

memandangkan bahagian ruang pameran depan sedang diubahsuai. Disanakami diarahkan memakai kaca mata 3D bagi

mengalami keadaan pengembaraan maya. Kami berasa gembira dan seronok berada disana, filem yang dimainkan

berdasarkan pengembaraan di dasar laut kemudian melalui kawasan hutan dan gunung berapi dan berdepan dengan haiwan

purba seperti dinasor dan burung yang besar. Suasana di dalam kabin gelap dan tempat duduk akan bergerak mengikut jalan

cerita yang dimainkan seperti cepat dan lambat. Kerana terlalu teruja kami menaiki kabin tersebut sehingga tiga (3) kali.

Di luar bangunan Subterranean Journey dipamerkan fakta dan gambar-gambar berkenaan cetusan gunung berapi.

Memandangkan kerja-kerja ubahsuai sedang dijalankan kami tidak dapat melihat dan bereksperimen dengan bahan pameran

berkenaan gunung berapi. Kami hanya mengambil gambar dan fakta melalui gambar yang dipamerkan.

Memandangkan waktu lawatan hampir tamat kami pun bersurai sekitar pukul 4:30 petang. Pengalaman lawatan ini amat

bermakna bagi kami kerana banyak bahan yang didapati yang boleh diimplementasikan dalam P&P awal sains kanak-kanak.

a) ANTARA PROGRAM-PROGRAM YANG DISEDIAKAN

1.Demonstrasi Sains

Merupakan satu aktiviti sains yang menyeronokkan dan menakjubkan. Demonstrator akanmenunjukkan fenomena sains kepada penonton yang boleh dikaitkan dengan kehidupan seharian.

AKTIVITI-AKTIVITI

Elektrostatik

Ais Ajaib

Matematik, Topologi, Berseronok dengan Nombor

5/27/2018 PUSAT PUSAT

7/28

Buih Sabun

Ilusi Optik

Cyrogenic Fun

Tindakbalas Kimia

Awesome E...